Thursday, June 11, 2015

PINOY - BORACAY PART 11

SUNSET 

Sunset yang aku dapat masa hari ke -2

Tengok sunset ni seronok sebab aku boleh tengok macam macam ragam manusia.,ada yang kiss kiss,ada peluk memeluk 

PINOY - BORACAY PART 10

Activity sebelum lihat sunset

SEMUA BARU NAK BUKA
SANTAI MANTAI
MAIN INI PUN BOLEH.SERONOK JUGA TENGOK DIORANG MEMAIN.TETIBA INGAT KENANGAN LAMA
INI PUN ADA
PENGINAPAN - TAK TAHU BERAPA HARGA SILA USHA SENDIRI
BERHIBUR TANPA BATASAN
BETUL BETUL TARIK PERHATIAN AKU,NAK BELI TAPI MALAS NAK BAWAK SEBAB BEG DAH PENUH

Wednesday, June 3, 2015

PINOY - BORACAY - PART 9

Bab makan tengah hari aku terpaksa repost sebab aku dah ter delete entry sebelumnya.Aku pun dah lupa aku tuliSsapa.Sebab entry sebelum ni memang aku draff siap siap cuma malas nak post je.Aku cerita setakat yang mampu je la.

Makan tengahhari dekat Tambisaan.Tempat ni terletak tak juah dari Crystal Cove lebih kurang 15 minit je naik bot.Masa aku sampai sini ada beberapa bot lain dah datang awal.Tempat ni lebih kurang macam kampun aku je.

Samapi je terus ke tempat makan.Makanan disediakan secara buffet.Lauk pauk adalah kurang menarik tapi boleh la kalau nak isi perut.Aku rasa tu semua masakan pinoy la kot.Aku tengok pun sendu je.

Dalam tempat makan tu ada anjing.Tu yang aku macam tak best.Aku memang tak boleh jumpa anjing and anjing pun tak boleh jumpa aku.Anjing anjing akan berperangai gila bila jumpa aku.

Amoi yang jadi kawan aku tu makan bukan main selera lagi sebab dia cakap kat aku dia lapar.Aku ambik nasi ngan udang goreng je.Tu pun aku ambik sikit je makan untuk alas perut.Tapi happy jugak sebab dapat makan nasi.

Tapi masa aku tengah makan tu tetiba ada anjing masuk bawah meja aku,celaka sangat.Terus mood makan aku takde.Anjing tu dekat dekat je dengan aku.Dasar anjing gila seks.Aku bagi tau amoi tu aku dah abis makan aku nak pergi lepak bawah pokok kelapa.

Bila dah kenyang mata aku ni cepat je ngantuk.Kalau dapat tidur time tu memang syurga sangat.Tapi tak boleh tidur tidur ayam jugak sebab ada anjing lain datang lepak tak jauh dari aku duduk.Nanti syok aku tidur ayam, anjing gila tu datang dekat dengan aku tak ke bala namanya.

Ada jugak penduduk kampung yang lepak jugak.Aku senyum senyum je la.Cuaca panas memang cepat mengangtuk.Badan rasa macam letih je.Diorang semua tak muncul muncul melantak ke apa ntah lama sangat.

Tak lama tu baru aku nampak berduyun duyun mereka keluar dari tempat makan.Muka semua gembira sebab kenyang,aku je yangtak berapa nak gemibira sebab ada gangguan terlarang.

Semua orang dah cukup mamat bot cakap kita pergi snorkelling lagi sekali.Snokerlling tak jauh jugak dari white beach.Tapi yang ini dah tak perlu nak bayar bayar bagai.Berenang la sepuas hati.Lama jugak snorkeling yang ni sejam lebih aku rasa.Air pulak  tenang je waktu tu so nak berenang memang best.Aku kejap kejap pergi belah sini kejap kejap berenang belah sana.Jam waktu tu dah hampir jam 4 petang.Sepatutnya island hooping ni habis jam 4 petang tapi budak bot tu bawak jalan jalan dulu sebelum balik ke white beach.

Sampai je kat white beach aku dengan amoi tu bawak diri.Dia balik hotel dan aku pulak pergi minum kat jonahs.Lebih kurang 1 jam aku lepak terus balik bilik.

Sampai bilik aku siap siap,lepas tu keluar lagi pergi office southwest sebab nak confirm dengan diorang suruh ambik aku kat hostel esok.Office southwest dari hostel tak jauh mana,so aku jalan kaki je dari hsotel.Adalah dalam 10 minit macam tu.Dah siap kerja aku tu aku pergi diTalipapa beli beli barang sikit lepas tu terus pergi white beach tengok sunset.


LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...