Thursday, October 17, 2013

MEMOIR OF BROGA HILLS




Memoir of Broga Hills



Memoir of Broga Hill ,Aku tengok ramai sangat orang post pasal Bukit Broga,so aku pun nak post juga kat blog aku ni walaupun kat FB dah update setahun yang lalu.Rancangan nak panjat Bukit Broga ni diusulkan oleh kawan office aku.Makanya setelah kata sepakat diambil kami pun setuju.Perancangan last minute.

Awal pagi lagi aku sudah bangun memandangkan kami nak gerak jam 4 pagi.Gigih bangun pagi buta semata nak panjat bukit.Pejalan ke Broga kat Semenyih ambil masa lebih kurang 1 jam.Pagi mana jalan nak jem tambah nak ke Semenyih plus hari itu public holiday.Sampai je kat sana aku tengok memang dah ramai orang tak tahulah diorang datang jam berapa.Kereta memenuhi ladang kelapa sawit ibarat ada pesta.

BAYAR PARKING = RM2.00 

Sampai je kami terus memulakan aktiviti daki bukit,takde buat aktiviti senaman ringan langsung.Jangan tiru cara kami.Sebab kalau nak buat aktiviti cam gini baik korang buat senaman ringan dulu.

Barang penting Perlu bawa

#Makanan & minuman - aku syor bawak mineral water & isotonik atau apa apa enegy water dn sikit makanan untuk makan bila sampai atas.Sebab bila dah sampai atas nak tunggu matahari tunjuk muka tu lama juga,baik makan n minum dulu.
#Minyak urut@angin@panas - sila bekalkan mana tahu separuh jalan tetiba rasa nak pitam ke kaki cramp ke boleh juga disapu
#Lampu suluh - laluannya sempit dan gelap gelita,kalau takde lampu susah nak jalan takut masuk lubang.

Masa pendakian aku lebih kurang 45 minit nak sampai puncak,sebab aku terpaksa perlahankan langkah sebab penat dan rasa nak pitam bila separuh jalan.Kalau rasa nak pitam tu jangan duduk terus perlahankan langkah dan buat gerakan yang ringan bila dah ok baru duduk.




Sampai je puncak memang dah penuh orang.Tempat nak lepak pun penuh.Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam atas sana.Sudah puas posing sana sani  kami bergerak turun.Hati hati semasa turun kerjasama sesama group sangat penting.Masa kami semua turun kami jumpa ramai lagi orang yang baru nak daki broga.Ada yang bawak anak dan paling aku kagum ada ada juga nenek yang nak panjat Bukit Broga.Sambil tu jangan lupa senyum senyum dengan mereka yang baru nak naik. 


Broga Info

Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Broga 
 
               



 S-I-L-A   --------- L-A-Y-A-N-G  --------- G-A-M-B-A-R


kami dan kami kami betiga je faham

lepaskan penat
sesi tengok kaki & kasut

kawan baru saya
pose



lihat lah kami disini


sebelum balik pose dulu
ladang sawit yang ku tinggalkan
tambahkan tenaga

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...