Part last ni aku rasa paling best nak update banyak halangan dan rintangan.Hari yang ditunggu pun tiba yahooo nak balik Tanah Melayu,dalam kepala dah terbayang Starbucks best best sampai terbawa dalam mimpi.Awal pagi aku bangun semangat nak balik Tanah Melayu tak payah cakap.Cukuplah kami kat sini 4hari 3 malam.Kalau boleh saat mata terbuka time tu juga kaki nak terbang pulang.Driver kami tempah melalui pihak hotel dan harga yang kami dapat memang berpatutan .Nama pemandu kami Pak Meldi ni no phonenya 085263186301.Kami akan bertolak jam 8 pagi memandangkan flight kami jam 2ptg waktuadang.
Tambang sehala Bukit Tinggi
Padang Airport = Rp270000 = RM86.40
Beg kami |
Setelah semua bersiap-siap kemas beg bagi kami pun check out keluar dari hotel.Pemandu yang kami tempah sudah pun tiba.Kawan aku yang sorang tu nak ke Pasar Aur Kuning tapi memandangkan waktu masih awal terpaksa kami batalkan hasrat tersebut.
Ngarai Sianok
Sebelum bertolak ke Airport sempat kami minta pemandu singgah untuk lihat panorama iaitu Ngarai Sianok.Ngarai ni lebih kurang macam Grand Canyon yang dekat Amerika tu,so tak payah pegi jauh-jauh dekat Sumatera pun ado.Waktu kami pergi Ngarai ni masih belum dibuka,so dapat tengok dari jauh saja.Apa yang aku nampak dibawah Ngarai ni ada sungai yang mengalir.Aku sempat snap pic untuk kenangan .Sedih tak dapat masuk tapi nak masuk kena bayar ,selamat duit kami.
Selesai bergambar bagai kami menerukan perjalanan ke Airport,syukur perjalanan kami lancar cuma sorang kawan aku kurang sihat muntah-muntah sebab makan banyak sangat kot.Kami juga sempat singah di satu kedai menjual pelbagai jenis kerepek.Padang memang terkenal dengan indsutri kerepek.Sebab aku lihat sepanjang jalan banyak sangat kedai jual kerepek.Mungkin disebabkan faktor geografinya makan tanaman dapat hidup subur disini.Tapi ini bukan kedai yang popular tu ini kedai tepi jalan saja.Sebab orang kata kalau nak yang sedap jenama Christine Hakim,betul tidak aku eja nama orangnya,jika salah maafkan aku kiranya jenama ni paling glamour dan sedap.Tujuan singgah sebenarnya nak cari pisang keju,Tapi setahu aku nama sebenarnya pisang salai ynag digoreng salup tepung memang best sebab aku selalu beli kat jalan pasar malam jalan TAR.Akhirnya dapat juga beli walaupun bungkusannya kecil amat.
Setibanya di Airport kami terus ke kaunter check in.Kami ada sedikit masalah bagasi bila mana shopping terlebih banyak.Keadaan agak kelam kabut.Tapi syukur kami dapat selesaikan dengan sempurna kerjasama membawa berkat.Terpaksa kami menbayar RM201.60 untuk bagasi.Sudah selesai masalah bagasi kami menuju ke kaunter bayaran cukai.Sediakan duit Rp100000 . Nasib aku dah sedia duit awal-awal.Dengan bosannya kami menunggu pesawat.Akhir tepat waktu yang dijanjikan pesawat untuk membawa kami pulang pun tiba happy sangat.Tepat jam 3.55ptg waktu Tanah Melayu kami meninggalkan bumi Padang.Bye-bye west Sumatra see u again.
Harga bagasi yang kami bayar
LCCT Airport
Tepat jam 4.50 kami tiba TANAH MELAYU,lega dan syukur perjalanan kami selamat dan cuaca yang sangat baik.Cuma yang aku rasa cam angin dah seperti nak tendang saja manusia bila kami melalui checking kastam tetiba kami ditahan.Dengan muka kerek kakak 2 ekor yang duk berdiri ngan muka cam bangkai pandang kami.Paksa rela terpaksa jugalah beg kami yang dah cantik rapi dibungkus terpaksa dibuka.Hello kami bukan bawak apa pun setakat kain ngan telekung je.Stupid sangat.Hangin satu badan.
Selesai checking segala bagai kami pun bawa haluan masing - masing untuk pulang ke rumah.Esok nak puasa dan kerja.Terima kasih kawan untuk trip ni.Nantikan trip lain pulak ok.
Harga bagasi yang kami bayar
15kg = Rp315000 = RM100.80
15KG X 2 = Rp6300000 = RM201.60
Harga Tax Lapangan Terbang
Rp100000 = RM32.00/Person
Kami beli 30kg.Kalu nak beli per/kg rugi.so lain kali beringat beli terus bagasi.Selamat duit.
LCCT Airport
Tepat jam 4.50 kami tiba TANAH MELAYU,lega dan syukur perjalanan kami selamat dan cuaca yang sangat baik.Cuma yang aku rasa cam angin dah seperti nak tendang saja manusia bila kami melalui checking kastam tetiba kami ditahan.Dengan muka kerek kakak 2 ekor yang duk berdiri ngan muka cam bangkai pandang kami.Paksa rela terpaksa jugalah beg kami yang dah cantik rapi dibungkus terpaksa dibuka.Hello kami bukan bawak apa pun setakat kain ngan telekung je.Stupid sangat.Hangin satu badan.
Selesai checking segala bagai kami pun bawa haluan masing - masing untuk pulang ke rumah.Esok nak puasa dan kerja.Terima kasih kawan untuk trip ni.Nantikan trip lain pulak ok.
Tambang bas ke Kl central = RM8.00
pose sebelum pulang ke rumah masing-masing |