Bangkit awal pagi seperti biasa jam 3.30 pagi waktu Malaysia,sebab subuh kat Jepun ni awal.
Waktu aku bangun pagi tu aku dengar ada orang cakap Melayu,aku rasa mungkin ada orang Malaysia lain tinggal kat sini,tapi aku je yang tak jumpa
Malam tadi aku tak pergi pun tempat yang last tu.Aku memula dah naik train pastu aku patah balik.
Saki baki kaki sakit ada lagi tu salah satu factor aku patah balik.Lagi 1 aku lapar !
Pagi ni aku plan nak gi 1 tempat ni.Aku ada baca blogger SUPERMENG pergi sana so aku macam nak pergi jugak.Tapi hujung hujung autumn ni apa tinggal aku tak tahu la.Pasrah je apa ada
Cuaca pun baik hari ni so mood aku pun baik dan rajin
Aku nak pergi HITACHI SEASIDE PARK -------------------->DETAILS REFER HERE
ENTRANCE YANG CUKUP LUAS |
HOW TO GETTING THERE :
Memandangkan aku dari Shinjuku Station aku ke UENO STATION dahulu.
Dari UENO Station(JR JOBAN LINE) naik train(LIMITED EXPRESS SUPER HITACHI ) dan stop di Katsuta Station
Sampai Katsuta station naik bas ke Hitachi Seaside Park
*PERJALANAN TRAIN COVER BY JR PASS - BUS BAYAR SENDIRI
*BUS UNTUK KE HITACHI SEASIDE PARK NI BETUL BETUL PARKING DEPAN LOWSON
Sampai katsuta Station terus aku cari bas,kiranya aku ada sedikit luck sebab tak payah tunggu bas sebab bas sudah ada dan dah nak gerak.
Memula tu aku tanya pemandu bas siap tunjuk gambar lagi aku nak pergi Hitachi Seaside Park lepas tu dia angguk.Tunjuk gambar lagi mudah sebenarnya dari aku cakap pastu tak paham.
Lega bila dah ada dalam bus.Perjalanan dengan bus lebih kurang 15 minit macam tu sebab jalan clear.Bus stop betul betul depan entrance park so takde penat nak jalan jauh.
Tambang bus JPY 400/WAY
Sampai usha dulu depan tu,orang pun tak ramai pastu aku pergi kaunter tiket nak beli tiket masuk.
Entrance fee JPY 410
Dapat tiket dan ambil map terus masuk dalam.Waktu ni aku tengok macam ada show kereta,Diorang macam baru nak setup khemah semua.Aku tak ambik pedulik sebab tak minat.Tujuan aku datang sini sebab nak tengok benda lain bukan nak tengok kereta.
Masuk dalam tu aku macam blur blur jugak la.Bila aku tengok dalam map cakap ada tram tapi batang hidung tram aku tak nampak.Nak sewa basikal pun tak nampak celah mana tempat sewa basikal.
Malas nak fikir panjang aku aku decide just jalan kaki saja,sebab aku tengok ada orang orang tua jalan kaki je,so aku yang muda belia ni takkan nak berbagai bagai.Lagi pun akulan dalam misi mengecilkan badan.Park ni besar yang amat.Nak jalan kaki satu park ni aku rasa makan masa kot.
Waktu jalan tu aku jumpa pekerja yang ada dalam park tu aku just tunjuk gambar macam biasa aku nak pergi tempat orang tanam KOCHIA RED tu,dia pun tunjuk la kat aku jalan nak ke tepi laut tu,jauh jugak sebenarnya jalan kaki,takpe tabahkan hati.
Aku jalan saja sebab aku rasa aku berada di jalan yang benar sebab aku nampak ada 1 group manusia keluar dari arah bertentangan dengan aku.Jalan jalan akhirnya TADAAAAAAAAAA
VIEW YANG MENGECEWAKAN AKU |
Sebab tu agaknya orang tak ramai time.Tapi takpe alang alang dah sampai aku pergi explore apa yang ada.Tapi aku geram je tengok poko ni sebab pokok ni bulat bulat.Walau dah kering still nampak cantik.
Kaki dah penat tapi gigih nak jalan.Nak ambil gambar pun tak tahu nak ambik apa.Tapi saki baki yang tinggal ni boleh je.Cantik jugak.Tapi ramai je orang yang beria pose pose sendu kat sini.Aku takde nafsu nak pose pose sendu kat sini.
PATUT COLOUR MERAH TAPI NOW KERING |
BANYAK POKOK POKOK YANG SUDAH DI BUANG DAN BAKAL DIGANTI DENGAN POKOK POKOK BARU |
SAKI BAKI |
ADA YANG DAH TERCABUT |
ADA RASA MACAM NAK BUAT PRE-WEDDING KAT SINI TAK ??? AKU ADA RASA |
SEBIJI JE TINGGAL UNTUK CC |
LUNTUR |
PUDAR |
KERING |
KOSONG |
LALANG - TAPI BEST JE LEPAK KAT ATAS NI SEBAB NAMPAK LAUT HILANG SEMUA STRESS AKU YANG MEMBUKIT DALAM OTAK NI..LAYAN PERASAAN JE DUDUK SINI FIKIR ITU FIKIT INI,BUAT DECISION UNTUK DIRI SENDIRI |
Time time ni mata aku rasa mengantuk DAN package with lapar !
Aku jalan cepat cepat sebab aku nak lepak bawah pokok yang ada bangku.
GERAM |
LATIHAN JALAN KAKI |
TENANG |
MERAH SUAM SUAM KUKU |
Cukup la aku dah tengok bunga bulat ni.Aku jalan kaki menuju entrance.Tunggu bas kejap saja.Aku sorang je dalam bus.Sesiapa yang nak datang sini boleh saja datang.Tapi perjalanan pergi balik makan masa dalam 3 jam.Tapi kalau datang dapat view yang cantik berbaloi kot.TAPI DAPAT VIEW MACAM AKU PERGI NI HOW ???
AKU LEPAK BAWAH POKOK NI |
Roti ni ada unsur kebabian tak ? macam tu aku tanya
Punya la susah mereka nak faham last aku tunjuk 3 titik(MAKNA ADA UNSUR KEBABIAN) pastu baru faham.,pastu mereka tunjuk pangkah maknanya takde
OK boleh beli pastu order coffe panas.Aku perlu caffeine !
MOTIP KO BOGEL ??? - BETUL BETUL DEPAN KATSUTA TATION |
TAK SEJUK KE BOGEL ??? |
alahai.. x de dah pokok merah tu.... penat je pegi.. tapi x pe.. dia suruh repeat la tu
ReplyDeletetu la penat dan mengantuk.repeat tu penting
DeleteHarus repeat!!
ReplyDeletesemua orang nak repeat
Deleteapa yg menarik selain pokok yg bulat2 tu CC..rasa x berbaloi je byr 410 yen tu
ReplyDeleteehh..pegi 15 min je ke tapi kenapa C cakap dalam last paragraph tu 3 jam pergi balik. Kiranya time pegi tu 1 jam setengah ye
selain pokok bulat tu ada theme park nak main ke JM ? Lain kali repeat musim panas
Delete15 minit lepak kat atas tapi ronda dalam tu adalah dalam 1 jam lebih jugak.
Yup 1 jam setengah pergi sahaja
ada Theme Park?..my feveret tu heeee
Delete1 jam setengah? sbb CC ada mention mcm ni - "Lega bila dah ada dalam bus.Perjalanan dengan bus lebih kurang 15 minit macam tu sebab jalan clear"
Itu sbb JM tanya heee...kiranya kalau jln clear 15 min je lah yek..ke typing error?
Nanti pergi Disneysea JM main puas puas kat sana
DeleteJgn risau jalan nak ke sini memang clear.Letak dalam iter sekarang JM ! pastikan JM pergi musim yang cantik
Comel pokok2 tu... Jgn kuciwa... Pic dah cun
ReplyDeletepokok tu comel sebab bulat bulat
Delete