Sunday, June 8, 2014

BERCUTI KE HONG KONG - PART 6 - OCEAN PARK

5/03/2014 - RABU - Ocean Park

Hampir 2 bulan balik dari HongKong tapi mood nak updates malas sebab sibuk ngan kerja,balik kerja dah penat hari minggu pulak sibuk buat benda lain.

Itenary
  1. Ocean Park
  2. CityGate Outlet - Tung Chung
  3. balik Guest House  - Jalan jalan sekitar Guest House (Mirador Mansion)
Pagi ini aku bangun pagi dengan mood yang kurang baik sedikit,sebab bila aku bangun aku nak keluar pergi ambil air panas baru aku perasan yang aku tak kunci pintu bilik waktu tidur semalam.Mahunya aku termenung sekejap.Aku tak tahu kenapa aku begitu cuai sangat malam itu.

Hari ini aku ke Ocean Park.Salah satu tempat wajid yang orang akan pergi bila ke HongKong.Dibuka sejak zaman 70-an kalau tak silap aku.Kalau dah nama Ocean haruslah konsep tempat tersebut more to laut atau dalam bahasa mudah taman tema berkonsepkan laut.Awal pagi aku bangun sebab nak bertolak awal dan boleh masuk cepat.Tiket aku sudah beli awal di Ding Ding Travel so tak perlu nak beratur beli tiket lagi.

How To get Ocean From Tsim Tsha Tsui
  1. Dari Tsim Tsha Tsui MTR Station turun di Admiralty MTR Station
  2. di Admiralty MTR Station keleuar melalui "EXIT B2"
  3. Sudah "EXIT B2" akan jumpa sign ke  Bas Station untuk ke OCEAN PARK
  4. Sudah jumpa bus station ambil bus No.629 ke Ocean Park
Waktu aku sampai di bas station bas sudah mahu jalan jalan aku pun buat larian pecut,tapi jujur aku cakap masa kat HongKong aku memang banyak lari sebab nak kejar train,sebab orang orang disini semau pantas pantas jalan cepat cepat nak tengok diorang jalan fefeling terhegeh hegeh memang non-ado.Di bas station ini juga terdapat kaunter  untuk beli tiket masuk Ocean Park tapi memandangkan aku ter over awal makanya kaunter tersebut masih belum dibuka.Tapi jika tertinggal bas jangan risau kerana kekerapan bas ke Ocean Park sangatlah terbaik iaitu 10 - 15 minit aku suka dan aku bagi 5 bintang.

Tiket Masuk ke Ocean park : HKD270

Jika naik bas sila sediakan duit tambang cukup-cukup atau guna octopus card lagi bagus just touch n go.Aku guna Octopus card sahaja dengan bayaran sehala HKD10.60
 
Perjalanan dalam 30 minit based on traffic.Tapi pagi itu traffic sangat sangat baik.Aku sampai di Ocean Park jam 9pagi.Betapa excited nak pergi ocean park.Masa tu dah ada ramai student yang tunggu pintu utama dibuka.Sebelum tu sila ambil Map dan sesi bergambar.Pada yang belum beli tiket lagi boleh beli dikaunter pintu masuk.

Note:Ocean Park juga ada tiket untuk waktu malam dan tiket tersebut hendaklah dibeli berasingan.Harga aku tak tahu berapa ringgit.Sebab apa yang aku tahu waktu malam akan ada acara istimewa pada waktu malam di Ocean Park.

Ocean Park Zone
  1. Aqua City
  2. Old HongKong Games Zone
  3. Amazing Asian Animals
  4. Whiskers Habour
  5. Thrill Mountain
  6. Polar Adventure
  7. Rainforest
  8. Adventure Land
  9. Marine World
Pintu sudah buka semua sila beratur untuk untuk check in tiket.Macam biasa masuk sahaja aku snap pic dulu nak masuk kedai sourvenir untuk lihat lihat apa yang murah dan boleh dibeli.

Nak naik ke bahagian atas boleh guna 2 cara iaitu guna trai atau guna cable car.Aku guna Cable car dan Train.Naik dengan Cable Car turun dengan train.

Cable Car 

Cable car station terletak berdekat Old Hongkong Zone.Masa ni dah ramai yang berpusu-pusu beratur nak naik cable car tapi jangan risau cable car sini banyak dan tak perlu tunggu lama.Pengalaman naik cable car di Ocean park ni pada aku lain sikit dia punya feel,mungkin sebab melalui lereng bukit dan tepi laut agaknya,tapi serius memang best tapi aku duk diam je dan tak ambik walau sekeping pic pun masa dalam cable car.Lagi pun aku cemas tiap kali naik cable car dan aku jenis yang akan duduk diam je.Sila rasai pengalaman ini yang pasti sangat best.

Bila dah di The Summit zone cuaca semakin sejuk maklumlah tepi laut dan atas bukit lagi,mahu mengigil aku.Yang paling seronok dari atas sini boleh melihat ke indahan Laut Chine Selatan ditambah lagi boleh tengok kapal kapal dagang yang keluar masuk di perairan HongKong mahu tak best.Setiap masa aku bergambar.Tapi jika datang waktu musim panas mungkin view yang boleh korang nampak lebih cantik berbanding waktu spring.

Masa kat atas ni paling aku suka mengadap South Chine Sea sambil layang lagu Elegance Of Peaceable memang feling habis.

Train

Train yang terdapat disini sangat la cantik.Tapi aku lupa nak snap pic sebab dalam tarain ni agak suram  cahayanya,maklumla train ni kan melalui bukit yang telah ditebuk.Tapi masa kat dalam train memang tak rasa langsung yang train ini sedang turun ke bawah sebab tau tau sahaja sudah sampai ke bawah

Permainan

Game yang ada di Ocean Park lebih extrem berbanding di Disneyland.Paling aku suka tentulah roller Coasternya.Ada yang biasa dan ada yang luar biasa.Paling best main yang ditepi laut.Tapi waktu ada juga yang ditutup kerana under maintenance.Time waktu pagi memang tak ramai orang jadi setiap game yang aku main memang tak perlu nak beratur panjang, dan antara yang best adalah:
  • Arctic Blast - Macam roller coaster juga.Kelajuannya hanya minimum.
  • The rapid - Yang ini mesti pakai baju hujan sebab main dalam air
  • ferris wheel - buaian pusing besar tapi pusing slow je 
  • The Dragon - paling aku suka roller coaster tepi laut lagu dan agak scary,sebab bila aku cite kat kawan kawan aku yang aku main benda ni diaorng tanya aku tak takut ke jatuh dalam laut? aku ketawa je sebab sebelum naik benda the dragon aku dah fikir dah kalau tercampak kompen masuk laut.
  • The Abyss - kalau sesiapa pernah naik space shot di genting macam itulah juga feling aku nak benda ni.
  • Hair Raise - masa ni under maintenance.sayang tak dapat naik
  • The Flash - Naik benda ni pening skit lepas turun sebab masa kat atas benda ni akan pusing sana sini aku lepas naik benda ni terpaksa rest dalam 15 minit hilangkan pening
  • Whirly Bird - buaian yang lebih kiuarang sama macam kat genting.Best juga
  • Space Wheel - permainan paling aku tak faham masuk dalalm roda pastu pusing pusing tapi apa boleh  buat selagi boleh main aku main la
  • Raging River - Sila sedia baju hujan juga sebab main dalam air
  • Main Train - memang best dan tak laju sangat tapi dia punya rail memang terpusing pusing dan paling best haruslah tepi laut.
  • The Eagle - ini lagi satu aku tak faham apa motif game ni.Yang aku tahu masa naik duduk dalam sangar pastu pusing pusing kat atas
  • Ocean Park Tower - Yaang ini perlu mesti dan wajid naik bila sampai ocean park.Viem yang sangat cantik aku boleh lihat bila dah sampai ke puncak.Tapi yang tak tahan nak kena beratur panjang sebab ramai orang.Benda famous haruslah ramai yang berkenan.
  • Crazy Galleon - game ni just duduk dalam perahu @ sampan besar.Pastu sampan besar ni akan buai buai.Best sebab permainan relax minda bagi aku.

Apa yang aku boleh katakan rata-rata game disini yang best semua terletak di lereng bukit dan tepi laut.Kalau rasa tak kuat semangat jangan main,kalau nak main sangat fikir dulu puas puas sebab memula tengok game yang ada kat sini memang aku pun scary,tapi gedik punya pasal naik sajalah.datang jauh dari Malaysia takkan tak nak naik betul ke tidak

Cafe

Dalam Ocean Park juga ada disediakan cafe untuk makan dan rehat.Aku macam biasa bawak bekal siap-siap sebab nak jimat punya hal.Harga makanan yang ada disini juga mahal.

Ocean Park From My Opinion & My Experiance

Bila dah semakin petang orang semakin ramai.Rata rata mereka datang dari tanah besar Cina,sebab aku tengok mereka semua datang melalui group yang besar.Yang paling aku hangin mereka semua tak berdisiplin terjerit jerit macam orang gila.Kalau kat kampung aku panggil CINA BUKIT @ Cina Kampung.Yang paling aku hangin bila waktu nak turun ke bawah dengan train mereka siap tolak tolak lagi aku dengan Tiada hati dan perasaan tolak la mereka balik.Dengan bangsa diorang tak perlu nak berlemah lembut  sebab cara diorang memang kasar so aku balas la kasar.Even dengan makcik tua yang ada masa tu pun aku tolak sajo,sebab selfish sangat penting di waktu ini.

Waktu waktu dah semakin petang aku just jalan jalan di bahagian bawah pula.Ramai juga yang sudah beransur pulang mungkin kurang selesa dengan ketibaan pelancong dari China yang bising dan kurang berdislin.Lebih kurang jam 5 petang aku pun keluar dari Ocean park dan terus menuju ke CityGate Outlet di Tung Chung.Yang pastu kedatangan aku kat Ocean Park ni memang best.

Dah puas main jom kita cuci mata sambil shopping skit kat CITYGATE Outlet.

How to get CITYGATE OUTLET from Admiralty MTR station


  1. From Admiralty MTR Station turun di Lai King MTR Station
  2. Lai King MTR station tukar ke Tung Chung Line dan turun di Tung Chung MTR station
  3. Terus ke  "Exit B" dan CITYGATE bebetul depan mata
Keluar sahaja nampak CityGate tersergam depan mata,suka suka suka sangat sebab nak shopping.Orang makin ramai time tu mungkin sebab waktu orang habis bekerja.Dalam citygate ni ada macam macam outlet,paling aku suka outlet Adidas yang sangat besar.Boleh dikatakan outlet barangan sport waktu ni memang ada sale sangat rambang mata sebab harga pun murah jika nak dibandingkan kat Malaysia.Barang barang yang ada dioutlet citygate ni kebanyakkan barang yang outdated punya design tapi bukan lama outdated pun cuma beberapa bulan saja.Aku sempat shopping barang barang skit dekat sini.Lebih kurang jam 8 malam aku pun beredar untuk pulang ke hotel.

SILA LAYANG GAMBAR DI BAWAH .GAMBAR GAMBAR INI AGAK BERTERABUR SEBAB MALAS NAK SUSUN.ENTRY YANG BERHABUK BARU NAK POS SEBAB KEKANGAN MASA.

TANGGA TANGGAAN




SOUVE 
COMEL
SAKAN KO BERGAYA
POSE POSE SENDU
KO DAH KENAPA GEMUK
OLD HONG KONG KATANYA

WELCOME

PORT PALING AKU SUKA 

SHOW YANG SENDU
PORT BEST LAYAN PERASAAN
ko makan apa kak ?????
ko suka naik benda tu aku pun suka
NAK MAKAN KE TIDAK NI "KALAU MAKAN BUAT TAIK GIGI JE LA"
MANDI SAMPAI BASAH
KOSONG KOSONG
PALING AKU SUKA VIEW KAT BELAKANG (SCS)
PIC SENDU

8 comments:

  1. Ocean park mmg best! Tak ramai yg nak naik rides kat sana. Siap pekerja kat sana lambai2 tangan panggil org ramai..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab tempat ni sesuai untuk orang dewasa kot.Sebab kalau bawak anak anak permainan yang ada cam tak sesuai sangat la.Tapi yang pasti layan game kat sana memaang best.

      Delete
  2. Waduh waduh Cc lama dong x update story, Jm sentiasa skodeng sini cari entry baru tp non hado. Biasalah bz kan Jm pun dh byk hari x update blk umah sibuk dgn benda lain :-)
    Yg pasti ocean park mmg byk extreme game lebih sesuai tuk org dewasa klau kanak2 maybe sesuai pegi disneyland

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya sangat bz sekarang tak sempat nak fefeling depan blog lama lama.Mungkin akan ada entry baru lepas ni.ahahaha

      Delete
  3. Wahh, saya dok tengah baca review antara Disneyland HK dgn Ocean Park. Ramai yang kata Ocean Park lagi best drpd Disneyland HK. Hihi. Ya eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak yang cute pergi Disneyland,tapi Ocean Park macam dah usang

      Delete
  4. hai sis.. nak tanya.. kalau kita pakai tudung kan masa main contoh hair raiser dorg sediakan wind breaker ke atau pn kita boleh naik macam tu je?sebab pengalaman saya naik roller coaster di Fuji Q wanita bertudung akan diberi wind breaker untuk di pakai.
    tq

    ReplyDelete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...