Friday, January 23, 2015

JAPAN TRIP 2014 - KYOTO - ARASHIYAMA

10/11/2014

Hari last kat Kyoto.Malam nanti kena bermalam kat Osaka

Pagi sebelum keluar aku check out dulu lepas tu tinggal bag kat hostel.Aku cakap nak ambik malam nanti.Aku nak ronda Kyoto hari ni.

Aku dah plan nak pergi Arashiyama dulu pagi ni.Hari ni takde guna JR pass dah, aku beli single tiket je.Arashiyama boleh pergi dengan bus atau naik train.So aku pilih train cepat sikit.

Perjalanan dalam 20 minit dari kyoto station.

Getting to Arashimaya

From Kyoto Stn.: Take Kyoto City bus #28 or Kyoto Bus #71, #72, #73, or take the JR Sagano Line to Saga Arashiyama Stn.


From downtown: Take Kyoto City Bus #28 or #11 (#11 also can be caught from Shijo Kawaramachi), or take the Keifuku Arashiyama Line to Arashiyama Stn. (from Shijo Omiya Stn.)

Sampai Arashiyama station aku usha dulu apa yang patut.Tapi most yang datang mereka beratur beli tiket untuk naik Sagano Romantic train --------------->REFER SINI SAGANO ROMANTIC TRAIN

Aku tak naik so tahu tahu nak cerita feel dia macam mana.

Memula sampai aku ambil map lepas tu masuk kedai kat dalam Sagano Romantic train station.Tengok tengok apa yang menarik.


Mari kita pergi tengok pokok buluh.Motif la datang jauh jauh nak tengok pokok buluh.

Dari Arashiyama station nak menapak ke Bamboo Groves agak jauh jugak.Kena lalu rumah rumah orang.Nanti baru jumpa pekan kecik Arashiyama.Nak sewa basikal pun boleh.Tapi harga aku tak tahu berapa.

Jalan punya jalan akhirnya sampai kat pekan kecil,tapi yang menjadi masalah aku tak jumpa lorong nak ke bamboo groves tu.Lepas tu aku tanya makcik yang kebetulan ada tak jauh dari aku berdiri.

Aku just tunjuk gambar.Kalau aku tanya mesti tak faham.Lepas tu makcik tu beria ria la tunjuk kat aku ke arah depan.Tapi depan aku ada bus.Aku pulak punya lembap aku pun cakap aku tak nak naik bus.Dia tunjuk lagi arah depan yang sama.Aku pun cakap aku tak nak naik bus.Sekali dia tarik tangan aku ajak lintas.

Rupa rupanya lorong masuk ke Bamboo groves tu betul betul depan bus yang berhentu tu.Aku pula yang termalu sendiri.Patut la makcik tu beria beria suruh aku pergi dekat bus tu.


Waktu aku masuk dalam ni orang tak ramai pun.Redup je dalam tu.Pokok pokoh buluh ni memang dijaga rapi.Kalau kat Malaysia ni laku jual buluh sebab orang buat leman.

Aku jumpa ada group tak tahu dari Malaysia or Indonesia.Tapi tak tegur pun.

Ada juga pengantin sedang berphoto dalam hutan buluh ni.

Boleh tahan luas juga hutan buluh ni.Yang penting hutan ni terjaga rapi.Bersih tak payah cakap.


berjalan jalan sa,api kawasan ini.Ada kolam yang airnya kurang cantik.Tak ada ramai orang.Sunyi sikit belah belah sini yang ada cuma taman taman kecil yang agak kurang menarik.


Aku kena keluar dari hutan buluh ni sebab nak pergi lepak tepi sungai yang di war warkan itu.

Aku menapak keluar dari hutan buluh ke pekan kecil Arashiyama.Orang makin ramai.

BEG BEG - CANTIK TAPI HARGA AGAK MAHAL - KUALITI JAHITAN KEMAS - BAHAN PUN BAGUS
PEKAN 
PAYUNG
Aku rasa nak sampai ke tepi sungai sana aku banyak berpeleseran kat kedai kedai.Nampak menarik je masuk.Lepas tu berlama lama dalam kedai.

Banyak kedai kedai jual sourvenir yang harga pun agak murah,Comel comel pulak tu.Aku rambang mata tengok semua.

Jalan jalan lagi nampak pula ini.
MARI MASUK
POKOK
BUMBUNG


TERNAMA - TAPI AKU TAK MASUK PUN TENGOK DARI LUAR SAJA
Yang pasti aku tak masuk dalam Tenryu -ji Zen temple walau aku tahu temple ni sangat ternama.

Menapak menuju tepi sungai






2 comments:

  1. kalau ke arasiyama haruslah ke kebun buluh nih..ntahlah apa yg menarik kat sini kan rasa biasa je..pokok buluh je pung hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah cc pun rasa buluh tu biasa je,tapi sebab terjaga dengan baik nampak cantiklah

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...