Island hopping tu kul 9.30 pagi.Tapi aku masih ada masa untuk malas malas atas katil.Aku rasa ni cara aku bercuti paling best.Takde benda sangat nak kejar.Dalam 8 lebih macam tu aku naik atas untuk breakfast.Menu breakfast sama je hokeh.
Habis makan semua aku siap siap,tapi boleh lagi aku baring baring malas.Aku rasa lama lama aku baring confirm aku boleh tidur balik dan burn je island hopping tu.Tak lama tu aku gerak pergi white beach,sebab janji dengan diorang berkumpul kat sana.
Sampai dekat sana aku bayar balance semua.
Nak menunggu sekian hal.Masa menunggu tu ada sorang omai cina borak dengan aku.Dia cikgu dari shanghai datang bercuti dengan mak dia .Mak dia tak ikut pergi island hopping.Dia macam takde geng.So aku senangkan diri untuk jadi geng dia.
Aku rasa aku boleh geng dengan amoi tu sebab dia panggil nama aku sama macam dengan kawan kawan aku panggil.Aku macam selesa pulak nak berkawanan dengan dia.
Menunggu dalam 1/2 jam orang bot tu panggil sebab bot dah datang.Cuaca dah mula panas.Bila semua dah ada dalam boat mamat yang nak bawak kitaorang tu bagi brief sikit sikit.
BERATUR NAIK BOT |
DALAM BOAT |
JANTAN BAJU PUTIH TU BAWAK BOT |
Habis snorkeling kawasan tu mamat tu bawak semua ke Crystal Cove Island.Tempat aku tunggu tunggu nak pergi.Nak masuk dalam sini kena bayar 200peso.Tempat macam ni pun nak kena bayar bagai.Masa nak bayar aku takde duit kecik amoi cina yang jadi geng aku tu pun takde duit kecik.Terkulat kulat kami 2 orang jadi orang paling last dapat masuk dalam tu.Mamat yang bawak kitaorang tu cakap takpe bayar dulu nanti dia bagi balance kemudia.Aku siap warning lagi mamat tu jangan lupa ingat muka kitaorang.
Settle hal bayar membayar aku dengan amoi tu masuk dalam.Boleh tahan besar jugak tempat ni.
AKU TAK TAHU APA HUBUNG KAIT LEMBU NI DENGAN CRYSTAL COVE NI.LEMBU KE KERBAU ? AKU PUN TAK PASTI |
Kerja aku masa jalan dalam ni adalah tolong amoi tu ambik gambar dia.Cuaca sangat cantik masa kami sampai sini,so aku macam tak boleh nak stop snap.Amoi tu pun sama.Kejap kejap dia panggil aku cakap kawasan ni cantik untuk snap pic.Aku dengan amoi tu kejap pusing sini kejap pergi belah sana.
Sebenarnya aku sedang cari laluan nak turun ke bawah.Sebab aku pernah baca blog ada laluan kecik untuk turun bawah dan tengok air yang crystal clear kat bawah.
Memula aku macam tak perasan sangat laluan nak ke bawah tu,tapi sebab aku tengok orang ramai duk berkumpul so aku usha tengok apa yang menarik, rupanya tu adalah laluan untuk turun ke bawah.
Laluan tu mahal kecik yang amat.Anak tangga boleh lalu untuk seorang sahaja.Aku rasa kalau orang gemuk sangat tak boleh lalu kot nanti tersangkut dalam laluan tu.Nak turun bawah tu kena tunggu kejap sebab bagi orang lain naik atas dulu.
Aku lupa nak snap pic laluan tu.
AKU SURUH AMOI TU BERDIRI KAT SITU DAN AKU SNAP PIC DIA |
Lama jugak kitaorang kat sini dalam 2 jam kot.
Habis je ronda kat sini sampai masa makan tengahari.
INI LALUAN YANG GELAP TU |
OMBAK YANG BUAT AKU BASAH - AIR KAT SINI LEBIH CANTIK BILA TAKDE OMBAK.MUNGKIN AKU TAKDE LUCK HARI TU AGAKNYA. |
KESIAN AMOI NI COMOT GILA SUNBLOCK KAT BADAN DIA |
lawo gak tempat ni. nak-nak part jeti yg mcm zaman flinstone tuh. eh laluan tu kecik sgt ke? risau betol aku tak muat nanti. :(
ReplyDeleteMemang lawo tempat ni.Ko ada rasa nak buat pre wedd kat sini tak ? Aku ada
DeleteKo jgn risau.Muat je ko lalu.
laluan tu sempit? rasanya kalau size badan JM ni leh lepas kot
ReplyDeleteJM kecik je mesti muat
DeleteHahhahaha......me sah2 tak muat laluan tu....hihihi
ReplyDeletetry dulu
Delete