Penutup entry trip zaman purba .Tahun ni aku sikit bz bahana datangnya gst.Semua benda nak kena follow-up nak kena revised dan atas dasar ini aku kurang belai belai blog.Aku tulis pastu simpa buat draf berbulan bulan.Tulis pun sikit sikit.
Ni saki baki gambar masa aku pergi Boracay 7 bulan lepas.Gambar activity petang dekat Bulabog Beach.Ramai orang main kitesurfing.Aku macam teruja jugak nak try main benda ni.Kalau ada yang nak coba coba boleh pergi kat tepi tepi tu sebab ada tempat untuk belajar main kite surfing ni.Aku tak sure berapa harga.Nanti kalau dah main bagi tahu aku berapa harga sebab aku pun rasa nak belajar main benda ni.
Masa aku terpacak tepi pantai ni ada dua tiga orang budak budak pinoy main main.Anjing pun boleh tahan banyak.
Angin memang kuat sebelah sini sebab tu sesuai untuk main kite surfing.Tetiba ada sorang pempuan tegur aku.Aku rasa pinoy yang duduk dekat dekat situ jugak agaknya.Dia tanya aku dari mana, dan aku jawap aku dari Malaysia.Dia cakap dia punya saudara ada kerja di Malaysia.Aku angguk angguk saja lah.Banyak jugaklah pempuan tu tanya aku itu ini.Tak lama lepas tu dia pun blah dari situ.Aku je yang masih terpacak kat tepi pantai layan orang main kite surfing.
Masa tengok orang main kitesurfing tamat,tak boleh lama lama sebab aku nak gi jalan jalan kat white beach pulak.Tengok orang main lama lama pun tak guna jugak,lainlah kalau aku boleh join sekaki.Belah bulabog beach takde apa sangat.Aku nak jalan jauh jauh pun macam malas.Rasa macam dah puas tu aku terus ke White beach. sebab nak tengok sunset.Bukan selalu dapat tengok sunset dan santai santai tepi pantai macam ni.Lepas balik KL ni harapan la aku ada masa nak gi bercuti moti melainkan balik umah mak aku je.Lagi pulak budak department aku ada 2 orang yang akan beranak.Lepas yang tu yang tu pulak kira macam pass baton acara 4 x 100, sebab tu aku tak boleh cuti lama lama
Aku tak ambik banyak pun belah sini sebab kurang menarik.Tengok je apa yang ada.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5/02/2015
Tahu pergi mesti tahu balik
Walau tak puas lagi nak bersantai tepi pantai masa untuk balik pun tiba.Memang aku dah siap siap bagi tahu orang southwest datang ambik aku kat hostel.
Pagi tu bangun macam biasa.Janji dengan southwest 9.45 pagi diorang datang ambik aku.So aku masih ada masa bermalas malasan atas katil.
Pagi pagi aku breakfast macam biasa.Rasa macam tak nak balik pun ada.Seronok sebab tak payah nak fikir pasal kerja tak payah fikir pasal hal hal di KL yang sangat serabut.Sedih ni sebab kena balik KL.Tapi apakan daya ramai orang sedang tunggu aku pulang kat KL.
Takpe panjang umur ada rezeki datang lagi.
Jam 9 lebih aku pun check out sambil tunggu budak soutwest datang ambik aku.
Tepat jam 9.45 van southwest sampai.Kebetulan masa tu aku memang ada kat bawah, budak tu tunjuk kertas kat aku.Aku pun angguk je.Memang betul la tu dia datang ambik aku.Sempat aku bye bye pempuan yang jaga hostel tu.
Lepas ambik aku tu baru ada pergi ambik orang lain pulak.Tapi tak ramai pun.Dalam 4 orang je pagi tu dalam van.
Macam biasa nak tuju ke airport kena naik Fery bus bagai.Masa dalam fery tu baru aku perasan ada 4 orang budak melayu.Tapi aku tak tegur pun
Takpe abaikan diorang,cuma masa kat airport aku jumpa lagi couple yang sama sama naik van dengan aku masa nak ke jetty waktu datang hari tu.Aku lepak lepak je dalam airport Kalibo yang kody tu.Nak tunggu check in lambat lagi sebab katanya kaunter air asia akan bukan jam 1 petang
Manusia sangat ramai mostly korean.Air asia philip. kan ada direct flight Kalibo ke Seoul sebab tu ramai minah korea kat boracay.
Settle check in semua kena bayar airport tax 500 peso.Tapi aku macam ada luck masa beratur tu mamat korea tu bagi aku dulu.Maybe sebab aku sorang kot.Aku nampak kat tangan dia ada banyak passport,so aku rasa mesti dia taknak aku yang sorang ni buang masa nak tunggu dia yang lama tu.Terima kasih korean Guy !
Settle semua Imeg n Kastam dah boleh tunggu kat gate.Tapi hampeh orang terlalu ramai dan takde tempat duduk.Aku lepak je kat tepi tepi tu.Sempat la ronda ronda airport Kalibo yang kecik tu.Kecik kecik pun ok la.Tapi barang barang mahal berbanding dekat luar.
Tepat jam 2.45 kapal pakcik Tony bawak aku balik ke Kuala Lumpur.Syukur aku selamat pergi dan balik.Sampai je terus membalas segala text text yang tertangguh sepanjang 4 hari 3 malam terputus hubungan.Penat Hokey !
Overall aku suka je trip ni.Trip santai.Cost pun tak mahal sangat
Aku tukar duit RM800 je.Masa balik ada lagi balance 200+
Tu semua termasuk hostel + sundry + island hopp
Sekian..............................
CC
Kembara Dunia & Urus Harta Pusaka Akhirat ?
ReplyDeleteKami menyediakan khidmat nasihat eksklusif dan dokumentasi untuk mereka yang mahukan solusi perancangan urus harta pusaka mengunakan instrumen Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan lain2 berdasarkan keutamaan dan keperluan client.
Call saudara Khaidir Zakaria ditalian 011 3292 8711 untuk maklumat lanjut. Tq.
habis gak akhirnya..patutlah x kuar entri baru..sibuk kwn i sorang ni..mesti entri korea tu pun ntah bila nk sambung eh hikss
ReplyDeletehhahaha entry korea tu dah siap cuma pic belum tepek
DeleteCC ooo CC....nanti emailkan JM alamat eh..nak pos small gift sbg kenangan coz support my blog dan sudi jd kwn maya JM
ReplyDelete