Garden Of Morning Calm - part 2
Aku pergi time autumn so yang terpaling gah haruslah bunga Chrysanthemun.
Apa yang aku baca garden ni sangat cantik pada musim bunga dan musim luruh.Cuma waktu aku sampai tu banyak lagi pokok pokok yang belum bertukar warna.
Jom ar aku bawak jalan jalan tengok apa yang ada dalam ni.Amoi HK dah sibuk selfie.Dia dah ke depan aku je yang masih kat belakang.Meh jalan slow slow tengoh apa ada kat dalam ni.
makcik sedang gosip.Suasana yang jarang jarang aku tengok kat Malaysia.Happy je tengok makcik ni gelak gelak.Rajin diorang spend time together.Kalau kat Malaysia makcik makcik buat apa ? sila jawap sendiri
Ada tea house juga kat dalam.Tapi aku tak masuk pun dan tak tahu dia jual menu apa.Sesiapa yang ada pergi boleh try and error
Activity susun batu tu menarik jugak aku tengok,tapi aku tak ambik tahu simbolik apa susun batu tu.Adakan dengan susun batu macam tu kita boleh dapat suami yang kaya raya berharta dan berduit kepok kepok kah ? Tapi aku macam pernah terbaca artikel pasal susun batu ni tapi lupa kat mana,tapi kalau korang rajin mohon google sendiri.
Masa aku berdiri depan gift shop ni ada sorang pempuan tergolek jatuh depan aku.Aku pun tak tahu nak gelak ke nak kesian hahahahah,sape suruh kau berselfie dekat anak tangga kan dah tergolek cam nangka busuk,sampai terselak skirt nasib tak nampak spender and orang tak ramai.Cepat cepat kawan pempuan tu datang tolong.
banyak semak terus nampak tak lawa |
Jalan jalan punya jalan sampai tak sedar jam dah dekat kul 2.00 petang,Aku janji ngan amoi HK nak tunggu dia kat entrace jam 2.30, so aku masih ada masa nak berpeleseran dalam ni.Tapi bila hujung hujung tu macam bosan sebab takde apa nak tengok dah.Aku rasa taman ni paling lawa pun yang kat tengah tengah tu je kot.
Bila dah cukup masa tu aku pun pergi entrace.Tapi bila aku sampai tu amoi HK non hado lagi,tapi bus dah ada.Aku macam serba salah nak cabut dulu ke nak tunggu dia.Aku yang beria ria janji dengan dia tetiba aku cabut dulu, huhuhuu jahatnya bila berperangai begitu.Hari pun dah petang aku ada tempat lain nak pergi kalau tunggu dia mahu jam berapa sampai.
So aku decide balik dulu.Masa naik bus tu aku toleh toleh jugak mana tahu tetiba dia muncul ke,tapi sampai bus jalan pun dia tak muncul.I'M soooooooo sorry amoi sebab bagi janji palsu.Aku doa dia selamat balik ke Hongkong dan hidup gembira,Jodoh kita sampai setakat tu saja dimusim luruh ini.
Nasib bus yang aku naik tak ramai orang,so dapatlah tempat duduk.Hilang lenguh jap.Disebabkan tadi aku main naik je bus dengan harapan bus akan terus ke train station rupa rupanya last bus stop adalah cheongpeong bus station.Bus station terletak macam dekat pekan kecil.Tapi tak jauh mana dari station station,kalau jalan kaki dalam 10 minit je.
Sebab aku malas nak jalan kaki,so aku naik bus lain yang pergi ke train station.Memula tu macam gelabah jugak tapi berkat tak malu bertanya driver bus suruh aku tunggu and dia suruh aku naik bus lagi satu.Beria ria dia suruh aku tunggu.Dalam 10 minit juga aku menuggu bus jalan.Dalam bus tu aku sorang je,cuak pun ada mana tahu driver tu nak buat jahat ke.
Tak sampai 5 minit aku dah sampai train station.Lari lari sebab nak kejar train.Tunggu train tak lama dalam 5 minit je,Tapiiiiiii paling hazab orang dalam train dalam ramai yang amat,aku tak dapat tempat duduk sadissssss !
Sebab aku takde tempat duduk aku duduk je kat lantai.Lama lagi nak sampai interchange station.Sempat aku makan minum dalam train.Dalam train layan perasaan sendiri,layan perasaan bersalah sebenarnya
Sesapa yang rasa nak pergi tu boleh je kalau ada masa.Tapuiiiiii kalau nak buat pre wedding photo lawa kot,wish me luck hoccay !
No comments:
Post a Comment