Tuesday, March 14, 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA - 2015 - DAY 3 - PART 2

Mood nak jalan pun ada jom la kita.Aku plan nak pergi walking path ginko tree land.Tapi nak kesana kena lalu Pine tree lane.Area sini pun orang dah ramai apatah lagi dekat ginko tree land tu.Yang ramai ramai ni agaknya jam berapa diorang sampai.

Nak cover Nami ni ada beberapa cara untuk mereka yang malas nak jalan kaki.Tapi mungkin ada lagi pembaharuan yang diorang buat untuk bagi servis terbaik buat pengunjung.Sila la update info terkini dekat tourism website.

 boleh naik kereta electrik,aku tengok yang ramai naik warga tua.Yang muda muda ada yang naik basikal je
 Naik basikal 
 Uniceff train.Untuk yang bawa anak anak kecil sesuailah
Basikal udara





Asian cuisine.Apa yang aku baca bila datang Naminara ni diorang akan makan nasi goncang.Aku takde cuba pun.Aku ada juga yang cakap makanan kat sini agak mahal.So seiapa yang kedekut tu mohon bawak bekal nanti cari port baik boleh makan makan.
Tengok makcik pun ada kamera canggih.Terpaksa la sorok kamera aku yang tak seberapa ni.Tapi berat jugak nak bawak yang gedabak  gini.Aku yang kecik tu pun rasa malas nak pikul.Ada beberapa group yang aku jumpa geng kamera gedabak masa kat sini.Bagus jugak  makcik buat activity macam ni dari duduk bergosip siang malam dan ber PPRT sekurang kurangnya datangkan pedah dan baik untuk kesihatan sebab boleh hilangkan bosan dan stress.

Tapi sebelum tu aku pergi sini dulu.Tengah kawasan lapang ni kira ok sikit la.Takde semak dengan manusia sangat.Maple kat sini pun lawa sangat colour.



Cuaca hari tu sangat cantik,so feeling jugak bila jalan jalan tu.Bila dah sampai ginko tree lane  terus aku macam diam je.Cantik memang cantik tapi orang sangat ramai.Semua sibuk nak berselfie dan group photo kira nya semua gaya ada.

Tapi paling aku kena bertabah bila tempat tempat hot penuhnya manusia.Aku pun jadi tak reti nak snap dari celah mana.Pergi sini ada orang sana penuh orang.Last last aku lepak lepak tengok orang


Sebab ginko tree lane penuh dengan manusia,aku pergi tempat lain dulu.Nanti nak balik aku lalu situ jugak.

Aku ada jumpa orang Malaysia tapi macam biasa la muka ketat.

Aku jalan pun main redah je.Takde nak tengok map pun.Mana tempat takde orang sangat tu aku pergi.


Aku lepak kat stage ni sambil tengok orang.Lenguh pun ada.Dari sini aku snap.Nak pergi bawah ginko tree tu aku malas.Tengok orang asyik penuh je.

Aku tengok lelaki ni layan anak dia.Seronok je.Tetiba aku aku rindu adik aku.Tapi anak dia tak la sebesar adik aku,kecik lagi dalam 3 tahun  kot.Jenuh bapak dia kejar.
 Pempuan tu dari aku mula duduk sampai aku nak blah gigih la selfi,

Bila dah bosan lepak kat sini aku pergi merayap belah sungai sana.Aku belah sungai ni memang takde orang sangat,so nak snap pun rasa aman aman je.

Bila dah rasa macam tak berdaya saing aku rehat kejap.Sambil tu aku makan muffin.Tetiba sekumpulan makcik makcik pandang aku,so aku senyum je,aku dengar diaorang cakap beautiful beautiful,aku toleh belakang mana tau kot ada benda lawa kat belakang aku.Tapi aku perasan belakang aku tadi ada couple tengah selfie.Sekali makcik makcik tu datang  dekat aku ajak bergambar dengan diorang.Aku layan je la diorang.

Lepas bergambar dengan diaorang,sorang makcik tu offer ambik gambar aku.Dia ambik kamera aku siap suruh aku pose pose sendu lagi.Aku ikut je la.Pic aku dah pose lama dulu.



Lepas tu aku sambung berpeleseran lagi.Walau pulau ni tak besar mana tapi nak habiskan satu pulau ni boleh tahan  la jugak.

Tapi sebelum balik aku nak cari statue pelakon winter sonata.Lain yang aku cari lain yang aku jumpa.Nak cari joon Sang and Yoo Jin sekali mak dengan anak sedang menetek yang aku jumpa.
 Semua orang yang datang sini mesti tak nak lepas peluang snap dengan makcik kpek besor ni.Besor gila kolek boleh pusing pusing ke belakang lagi.Ni nak buat kempen breastfeeding bagus kalau ada statu besar macam gini,

Selain makcik kopek besor ada juga bangku yang diukir macam kat atas ni.
Tadi statue yang besar yang ini jenis yang kecil pulak.Tapi yang ni diperbuat dari tanah liat agaknya.Aku tak tahu apa motif patung ibu dengan anak  ni.Apap pun aku rasa moral of the story patung patung ini SAYANGI LAH IBU ANDA
Joon San & Yoo Jin zaman muda
Waktu ni aku kena tunggu kejap,sebab ada couple tengah peluk peluk bergambar kat sini.Bila diorang blah tu baru aku boleh snap.Kadangkala nak pose sendu kat sini kena ikut turn jugak,tapi time aku hari takde orang pun beratur.
Ada sonata cafe jugak.Tapi tak sure jual makanan apa,tapi kalau rasa nak minum coffe macam couple dalam gambar tu boleh cuba
Tengok jam dah jam hampir jam 1 petang aku cepat cepat jalan sebab tunggu ferry lagi,orang makin ramai.Bila aku sampai dekat jeti tu aku tengok orang dah ramai tunggu ferry,sementara tu sempat aku snap apa yang patut.
Aku jumpa lori ni waktu nak balik.Comel pula aku rasa.Semua yang ada kat sini aku  nampak cantik

Aku jumpa 2 orang budak pempuan melayu,sempat aku sembang sembang dengan diorang.Lawak je sembang ngan budak 2 orang tu.

Dari jauh dah nampak ferry datang.Tapi atas ferry tu penuh yang amat manusia dah serupa bangla yang nak masuk Malaysia.

Bye bye nami,jumpa lagi tapi tak tahu tahun bila.









Aku share teksi dengan budak 2 orang tu.Jimat duit aku.Tambang lebih kurang macam aku datang tadi la.Masa dalam teksi aku perasan lalu jalan lain waktu datang lalu jalan lain.Tapi ok la takde cuak  macam aku sorang dalam teksi waktu nak datang tadi.Ada kawan ok sikit.

Dah sampai train station Sementara tunggu train tu sempat aku sambung borak lagi.Budak 2 orang tu cakap dia dah penat.Baru beberapa hari kat Seoul.Diaorang cakap lapar lepas ni nak pergi makan.Dia orang stay kat Itaewon.Budak tu bagi tahu aku susah nak jumpa makanan halal kat sana.Tapi aku cakap kat area sana paling senang nak cari makanan halal.Budak tu tanya,aku ada blog tak,aku cakap aku takde blog malas nak tulis.Tapi memang malas pun nak tulis.No no bukan malas nak tulis tapi malas nak up gambor.Malas nak select nak letak yang mana.

Dia yang baru 3 hari dah letih aku nak kena stay lagi seminggu lebih.Tak lama tu train sampai.Nasib orang tak ramai boleh duduk hilang lenguh.Budak 2 orang tu dah tidur aku je layan perasaan sesorang.

Dah sampai interchange station kita orang ambik line masing masing,dia nak balik Itaewon aku nak pergi tempat lain.Terima kasih budak 2 orang sudi share teksi dengan aku.


*Gambar yang aku up semua tak edit.Sebab malas.Kerja edit edit ni dah lama aku tak buat.

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...