Monday, May 8, 2017

THAILAND - PATTAYA - PART 1

Hello............

Trip ke Pattaya ni pendek je  3 hari 2 malam.Trip ni aku hampir cancel sebab aku takde prepare apa pun.Semua last minute aku settle.Tapi tiket tu dah lama aku beli tapi macam biasa lepas beli aku pandang sepi sampai la dekat dekat nak pergi aku dapat email dari AA.Aku pun lupa yang aku ada trip ke Pattaya,Seingat aku beli tiket waktu AA buat free seat tahun lepas agaknya.Trip ni jatuh pulak waktu aku memang sangat bz bunyinya kalah waljibun punya kebezian.Aku macam nak cancel je memula tu tapi macam sayang pulak.Tiket aku beli waku tu agak murah.Bila aku check balik aku rasa aku boleh proceed trip ni memandangkan ofis aku akan cuti awal sehari.So tak payah la aku apply cuti banyak hari dan aku tak perlu tinggal banyak kerja kat kawan aku.

Beberapa hari sebelum pergi tu aku sempat book hotel.Aku main book je.Aku takde masa nak cari cari sangat.Tapi yang tak best aku macam nak deman.Sampai hari nak bertolak aku pergi office macam biasa,cuma petang tu aku halfday.Tapi pagi tu sempat aku pergi klinik.Aku minta doc kasi ubat lebih.Aku bagi tahu aku nak MC dan dapat 1 day.

Selain hotel ,Travel protection di lupa jangan.Aku beli 2 hari sebelum bertolak.

Sebab aku dapat MC aku boleh keluar awal.Tapi aku settle dulu mana yang kerja yang urgent.Dari ofis terus aku pergi KL central ambik bas KLIA 2.Sebelum tu aku pergi tukar duit dulu.Aku tukar dalam RM600.Rates  waktu aku tukar tu THB1000.00 = RM120.00

Settle urusan tukar duit terus aku turun bawah ambik bas ke KLIA2.Dalam bas aku tidur je.Rasa letih sangat time tu.Bila dah sampai airport terus aku pergi kaunter verify document.Aku takde barang nak drop bawak baju sikit je.Lepas check in terus masuk.

Dah nak departure baru aku call mak aku,call bff aku.Mak aku macam tau tau je aku tak sihat,Dia cakap kat aku tak payah pergi.Aku cakap sayang nak burn tiket lagipun aku pergi 2 hari je.Dia cuma pesan kat aku jalan baik baik.Aku cakap aku dah pergi klinik dan bawak ubat semua.

Sampai waktu nak berlepas tu aku macam tak nak pergi.Trip cina hari tu aku rasa macam gini juga.Nak tak nak je pergi.Tapi aku tawakal.Masuk dalam perul kapal terbang.Flight penuh jugak petang tu.Ada beberapa orang Melayu kat dalam.So tak lama flight take off.Aku sempat beli nasi lemak 2 bungkus.Mahal macam apa.1 nak makan malam nanti.Yang paling best aku duduk seorang so boleh baring baring.

Selepas 2 jam penerbangan akhirnya kapal selamat mendarat di Utapao Pattaya Airport.Airport ni takde besar mana.Ada bus tunggu untuk bawa penumpang ke arrival hall.Makanya dengan ini bermuala episod memaki dalam hati.Punya la panjang dan very lembap untuk proses imegresen aku rasa hampir 2 jam nak kena beratur.Sebab aku malas nak beratur so aku duduk kat tepi sampai semua orang dah lepas.Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bila kat sini.

Lepas imgresen tu kena scan bag pula.Semua ok so boleh keluar.Aku terus pergi kios beli tiket door to door.Harga untuk sehala 250,000.00 bath lebih kurang RM25.00.Ada juga bas untuk ke Pattaya city tapi kena stop kat bas station so dari sana  aku kena teksi untuk ke hotel.Malas aku nak buat banyak kerja.Lagipun dengan rasa yang makin tak selesa,sebab aku rasa badan aku panas siap batuk batuk non stop.

Dah dapat tiket tu terusa keluar airport pergi dekat parking lot ada sorang pempuan yang jaga so tunjuk je tiket pada perempuan tu dia suruh aku  pergi dekat 1 minivan.Dalam tu ada penumpang lain jugak.Sebab aku sorang aku duduk sebelah pemandu.Tapi yang tak best dia sumbat lagi sorang mamat cina.So depan tu agak sempit.Rupanya mamat tu dari Malaysia fasih gila cakap melayu.Dia datang seminggu kat Pattaya.

Dalam van tu aku borak borak dengan dia,tapi yang tak best aku batuk je.Memang tak selesa sangat.Dalam hati doa mohon cepat cepat sampai hotel.Perjalanan nak ke Pattaya city agak jauh,Driver nak kena hantar yang lain dulu aku antra yang last dia hantar.Waktu aku sampai hari dah gelap.

Sebab hotel yang aku book tu agak kedalam dan tempat tu banyak bar bar yang di buka driver cakap dia tak nak masuk.So dia turunkan aku tepi jalan je.Tapi tak jauh mana pun jalan dalam 50 meter je.Aku tak recommed hotel ni sebab bila malam bising dengan orang melalak sampai jam 3 pagi.2 malam tu lepas 3 pagi baru aku boleh tidur.

Bila dah sampai hotel aku tunjuk je booking yang aku buat.Kena bayar deposit 100,000.00 THB.Nanti nak check out boleh dapat balik.Check in smooth je.Bilik aku dekat tingkat 2.Masuk bilik aku rehat kejap.Check phone tapi wifi tak boleh guna pulak.So aku nak kena cari simcard la jawapnya.

Tak lama tu aku turun bawah pergi 7e kat depan hotel aku ni,cari simcard tapi non ada jual.Pekerja kat situ suruh aku pergi festivalcity mall dia cakap kat sana ada,Malasnya aku nak pergi sebab aku rasa macam  tak larat nak jalan jauh.Tapi tak jauh manapun keluar je lorong hostel tu jalan dalam 1 minit dah sampai Central festival  mall

Depan mall tu ada orang berniaga so happening la kalau nak lepak lepak cuti mata.Mall ni agak best untuk soping.Harga pun tak mahal mana.Tapi aku datang bukan untuk soping so pandang sepi je.Punya la susah nak cari kedai jual simcard.Aku tanya sales girl kat situ dioarng bagi tahu kedai tu dekat tingkat 2.Kedai dah jumpa tapi simcard habis katanya.Penat je aku turun naik.

Bila dah banyak kedai aku cari takde so aku balik blik je.Badan rasa panas semacam.Kepala rasa pening pening.Aku plan nak pergi walking street malam tu tapi apakan daya memang aku takde tenaga nak jalan jauh.Adakah sebab niat aku yang kurang suci murni,maka aku kedemangan ?

Dah siap mandi semua aku baring baring.Lepas makan nasi lemak aku terus makan ubat.Malam tu aku baca buku sambil tengok tv kat bilik.Malam tu aku tak boleh tidur sebab badan aku macam makin panas tekak pulak pedih ngan batuk yang tak berhenti.Aku terlelap kejap lepas tu terjaga dalam jam 1.00 pagi.Aku bangun makan roti dan biskut.Nak tidur pun memang tak boleh sebab orang duduk melalak.Paling tak boleh blah siap ada yang nyanyi lagi melayu lagi.

Hampir jam 4.00 pagi baru aku boleh lena..........................

cost untuk trip ni tak mahal pun RM800.00 (HOTEL,FLIGHT RETURN,TRANSPORT DOOR TO DOOR RETURN),cuma bab hotel tu kalau pergi 2 orang maybe boleh cut cost sebab sharing is caring.Pergi sorang harap maklum!

Makan semua tu terpulang nak murah ke mahal.Ada banyak je tempat makan,muslim punya kedai pun ada,tapi pakistan punya.Tapi kedai makan tepi tepi jalan tu banyak serve seafood so takde masalah nak makan.Apa yang aku nampak seafood tu semua  bakar je.Takde bercampur dengan non halol punya bahan mentah.Harga pun agak murah.

1 comment:

  1. TQ for sharing info...nak ambik semangat travel solo ni...

    ReplyDelete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...