Thursday, October 5, 2017

LAZY TRIP - CHINA - WUZHEN - PART 1

Hari ke 3

Pagi ni aku bangkit awal.Pagi ni dah nak kena check out hostel.Next destination aku nak pergi Wuzhen.Kat sini ada salah satu water town yang top kat china

It is about 50 miles (80 kilometers) from both Hangzhou and Suzhou, and 87 miles (140 kilometers) from Shanghai.


Nak datang sini ada 2 cara dengan bas atau dengan train.Aku rasa option naik bas ni agak buang masa so aku rasa train adalah lebih baik.Kalau naik bas kena pergi ke Transport Central Station

Walaupun buang masa aku tetap pilih option naik bas.Aku pun tak leh nak fikir kenapa aku nak kena naik bas.

 https://www.travelchinaguide.com/cityguides/zhejiang/hangzhou/long-distance-bus.htm

Perjalanan nak ke Transport Central Station agak  makan masa dalam 45 minit.Tak ke buang masa.Nak ke sini aku naik bas no 100.Bawah Hangzhou Railway station cari je bus no 100.Kalau tak tahu boleh tanya penjaga kaunter kecik kecik kat bawah tu nanti diorang tunjuk dekat mana.Tapi aku  tunjuk nama station dalam chinese word so mereka faham mana aku nak pergi.Aku siap kasi pen ngan kertas suruh diaorang tulis.



Dari sini agak bosan duduk dalam bas lama lama.Bas henti henti kot.Memang makan masa.Hampir sejam dalam bas akhirnya sampi di Transport Central Station.Bas parking agak jauh dari pintu masa central station tu.So kena menapak sikit.Central ni aku rasa agak besar dan orang pun ramai.Kat luar station ni ada McD  and Mc Cafe so kalau nak tapau apa apa bolehlah.

Masuk je terus aku beli tiket.Kalau tak tahu boleh tanya guide yang ada kat dalam tu.Nanti dia tunjuk kaunter beli tiket.Tak payah acah acah sesat sangat.Dapat tiket pergi scan beg tunggu dekat departure.Departure hall kena turun bawah.Harga tiket bas aku lupa berapa ringgit.Tapi tak mahal mana pun. boleh check dekat sini  http://www.chinabusguide.com/hangzhou-to-wuzhen.html

Tapi bas hari tu lewat.Lari timing aku.Ramai yang dah mengeluh geluh yang bising pun ada.Aku pulak lapar.Sambil sambil tu aku makan roti dengan biskut.Bas lambat dalam 30 minit.Tak lama tengok bas parking tu baru rasa lega dan tak sabar.Load beg kat bawah terus naik bas.Bas pun express biasa aircond pun ok.

Perjalanan dari Central station ni ke Wuzhen lebih kurang 1jam lebih

WUZHEN

Dah sampai bas station tu kena naik bas lain pulak.Tapi jangan risau nanti ada staf kat situ yang bagi tahu bas no berapa yang kena naik.Dari bas station tu nak ke Entrance Wuzhen Water Town tak jauh pun naik bas tak sampai 5 minit.

Aku dah booking siap siap hostel kat area sini so aku kena cari hostel aku dulu.Sebab aku tak sure celah mana nak stop so aku turun je dekat entrance water town tu.Sampai dalam tu aku tanya staf kat situ macam mana nak pergi hostel tu,tapi staf kat situ pun baik hati call hostel tu.Dia cakap kat aku tunggu je nanti budak hostel akan ambik aku.Syukur settle satu masalah.Terima untuk amoi itu

Aku tunggu je kat situ dalam 10 minit.Datang sorang amoi kurus je lawa jugak.Dia datang dengan motor.Paling kelakar dia dah la kecik pastu kurus nak bawak aku pulak.Patutnya aku yang bawak dia.Nama amoi Michelle

Memula tu rasa agak jauh jugak hostel ni.Kalau aku mencari memang tak jumpa.Sebab hostel ni betul betul celah lorong belakang lot lot kedai.

aku cari dekat booking.Jumpa yang ni aku main sapu je.Baca review macam good good je.Jangan terpedaya ngan pic ni,sebab floor level dah jadi jual baju baju waktu aku datang.Tahun ni tak tahu jadi apa pulak.Sebab masa aku book last year pic ni juga mereka tepek.Tapi baju baju dalam kedai ni cantik cantik jugak.Kalau nak beli mohon bargain kaw kaw ok.

Harga bilik mohon check sebab last year masa aku stay sini RM120 semalam.Mahal jugak tapi takde pilihan sangat.
 lalu jambatan ni kena pusing ke kanan.
 akan jumpa pintu gerbang ni
 Lot lot kedai yang banyak terdapat di sekitar.Waktu siang sangat meriah kawasan sini,feel zaman zaman dulu sangat.
aku rasa betul betul macam pekan lama.Rasa macam zaman dulu dulu

gambar ni bergegar sebab cuak nampak anjing.Aku dengan anjing hubungan kami kus kus sikit
Hostel tu letak kat celah celah lorong ni.Nak suruh aku cari sendiri aku rasa sampai malam pun aku tak jumpa.Terletak di celah celah lorong bangunan lama.
Bilik pun ok kemas.Sarung bantal yang nampak kelabu tu bukan kotor tapi memang macam tu warna sarung tu.
dari bilik aku bolehlah nak skodeng local buat apa.Tapi tepi tepi terusan macam ni ada nyamuk.Sebelum keluar aku sempat layan coffee dulu

Masa aku check in tu dia bagi tahu esok pagi boleh breakfast kat kedai sebelah.Aku cuma anggup je.Tapi sebelum tu aku mintak diorang hantar aku pergi bas station esok pagi.Aku cakap aku nak keluar awal.Siap settle semua urusan check in aku naik atas rehat rehat dulu.Tapi perempuan yang jaga hostel ni boleh cakap english dengan baik.So takde masalah.Boleh tanya apa sahaja dia akan bagi jawapan yang sebaik mungkin.

Aku pun tak tahu nak recommend atau tak hostel ni.Tapi kalau rasa rasa nak bermalasan atau nak rasa tinggal kat pekan pekan kecil macam ni boleh try.Tak cuba tak tahu kan.Tapi kalau baca review kat booking tu ramai je yang bagi good review.Terpulang pada citarasa.Lokasi hostel  berdekatan dengan bas station jalan kaki dalam 1km je.Tapi Kalau beg berat mintak je mereka hantar.

Kedai kedai area sini aku tak sure tutup jam berapa.Kalau ada masa boleh je jalan jalan area sini.Boleh tengok cara hidup local kat sini.Tapi sebab aku malas aku tambah ngan penat aku rest kat bilik je sambil layan  perasaan.Nama pun lazy trip khennnn

OK la aku nak gi siap siap dulu.Nak tahu banyak banyak mohon pergi sendiri lihat dan rasa sendiri pengalaman tu.

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...