Monday, July 15, 2013

Padang Part 4

Kutip derma

Sepanjang perjalanan ada lagi satu perkara menarik yang aku nampak iaitu mereka menggunakan anak-anak untuk mengutip derma.Korang lihat gambar kat bawah tu.Anak-anak tersebut memegang sebuah bakul dan pada bakul tersebut bertulis derma untuk membina masjid.Untunglah kita rakyat Tanah Melayu masjid penuh sepanjang jalan walaupun tiangnya lagi banyak berbanding orangnya.kedaan begini agak bahaya untuk anak-anak tersebut.Jika di malaysia sudah lama kena angkut.Rajin diorang ni walaupun cuaca panas terik.

Bagilah Derma


























Makan Tengah Hari

Hari semakin menginjak ke tengahari.Perut aku dah mula lapar mintak diisi.Dalam kepala mula memikirkan nasi Padang.Menurut blog yang aku baca mereka ada juga syorkan tempat makan yang popular.Tapi memandangkan kami tiba awal ke kota Padang restoran tu masih belum dibuka mungkin.Akhirnya kami singgah satu restoran,lupa nama kedai tu. 

Waktu kami tiba belum ada pelanggang lain yang datang makan,agaknya kami yang paling awal.Kami dihidangkan dengan nasi kapau @ nasi padang.Walau banyak makanan yang dihidang korang pilih mana yang korang nak makan sahaja kerana harga dikira berdasarkan piring lauk yang korang ambil.Kkorang sentuh sikit pun consider sold.Kami pilih dalam 5 lauk sahaja, harga lebih kurang Rp120000 = RM38.40

Pilih kak
Lihatlah Gunung Merapi


Air Terjun Lembah Anai 


Dalam Perjalanan kesini saya sempat singgah ke Air Terjun Lembah Anai.Air terjun ini terletak di pinggir jalan yang menghubungkan Padang dan Bukit Tinggi.Air terjun ini terletak hanya ditepi jalan sahaja.Kami sempat post beberapa keping gambar disini.Sorry kami tak rasa pun airnya sejuk ke tidak.Menurut catatan sumber airnya dari dari gunung Singgalang.

Kadar bayaran masuk seorang Rp2000.Dalam fikiran saya tempat macam ni pun nak ada charge masuk. Tempat ini bukannya cantik sangat. Tapi disebabkan tak pernah datang masuk dan bayar sahaja.

Kos Masuk Rp2000 = RM0.70

Kami pun memulakan sesi snap gambar.Menurut mitos jika kita basuh muka menggunakan air tersebut muka kita akan awet muda.Tapi Ya ke????? saya hanya melihat pengunjung lain sibuk bergambar di bawah berdekatan kawah air.

Disini juga terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kerepek dan barangan runcit.Jika anda rasa ingin mencuba boleh saja membeli.Selesai sesi snap pic kami pun beredar dari tempat tersebut.Perjalanan Masih jauh lagi kerrrr???


Padang Part 3



Sesi Mencari Teksi

Keluar dari sahaja muka pintu airport, jika anda tidak mengambil khidmat supir anda tidak perlu risau kerana ramai yang sudi menawarkan khidmat mereka sebagai pemandu anda.Kami telah disapa oleh seorang lelaki yang menawarkan khidmat driver.Lelaki itu menawarkan harga Rp400,000.00 tapi setelah sesi tawar menawar akhirnya lelaki tersebut setuju dengan harga yang kami letak iaitu Rp370,000.00 (termasuk petrol sekali)
  
Tambang Teksi Airport Minangkabau -> Bukit Tinggi (1 HALA SAHAJA)

    Rp370000 = RM118.40

Tapi takpe nanti driver boleh bawak korang singgah mana mana tempat yang korang rasa nak singgah.Bayar mahalkan.
Waiting Driver
Posing sebelum cabut dari Airport

Menurut kawan saya yang menetap disini,harga tambang untuk sehala perjalanan dari kota Padang ke Bukit Tinggi Sekitar Rp250,000.00 mungkin disebabkan kenaikan harga gas makanya harga tambang pun naik.Sebelum memulakan perjalanan kami sempat snap beberapa keping pic.

Keluar saja kenderaan kami dari Airport Minangkabau di sepanjang jalan kami lihat begitu banyak kedai yang menjual sengkuan.Menurut pemandu kami sengkuan disini manis.Kami tak berkesempatan untuk mencuba.Tapi takpe saya bukan peminat sengkuan tak rasa pun takpe.

Sepanjang perjalanan ada satu pengalaman baru buat saya dimana cara pemanduan masyarakat disini yang sangat merbahaya. Kenderaan memotong sesuka hati hati.Sepanjang perjalanan saya tak putus berdoa semoga perjalanan kami selamat. Pemandu disini hanya menggunakan hong sebagai tanda hormat bila memotong kenderaan disini.Keadaan jalan raya disini sangat sempit.


Sesi membeli Kartu Internet N Pulsa

Dalam Perjalanan kami singah sebentar disebuah pekan. Tujuan utama nak beli sim kad telefon baru.Kami putuskan untuk pakai line Indonesia sahaja. Kami tak nak rooming disebabkan charge perkhidmatannya sangat mahal.Dengan sim kad ini dapat menjimatkan duit kami.

Saya membelik kartu internet dengan harga Rp50,000 dengan pulsa@kredit pula Rp25,000.Kartu yang berjenama axiata kalau di Tanah Melayu sama seperti celcom.Cam mana nak aktif korang jangan risau kerana pekerja kedai tu yang akan aftifkan. 

Telephone Expenses = Rp50000 = RM16.00
                                               Rp25000  = RM 8.00

Total Rp75000 =  RM24.00

So kami boleh updates FB,Instagram dan sebagainya dengan sesuka hati tanpa perlu risau akan charge yang dikenakan.Update sampai lebam.

Kartu Internet
Kartu Sim Card

Padang Part 2


Hari Pertama


Ketibaan Dibumi Padang(Minangkabau Airport)

Penerbangan ke Tanah Sumatra hanya mengambil masa 1jam sahaja. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Padang juga hanya 1jam jadi anda tak perlu pening memikirkan waktu disana. Kami menaiki penerbangan jam 7.55 pagi dan tiba di Padang jam 8.55 pagi waktu malaysia. syukur cuaca yang baik pada hari tersebut memudahkan pernerbangan dan percutian kami tidak ranap.

Sewaktu dalam penerbangan anak kapal akan mengedarkan anda borang masuk ke Bumi Indonesia dan lagi satu borang kastam. Jika anda pergi by group anda hanya perlu isi satu borang saja(Customs Declaration).

Declaration Form
Sewaktu kami tiba di Minangkabau International Airport  semua berpusu pusu beratur untuk melepasi immgration checking. Kami disambut oleh keadaan yang masih gelap sewaktu dalam terminal dan keadaan agak panas. Sila keluarkan pasport anda untuk memudahkan urusan bapak bapaknya ya. Ramai juga warga Malaysia yang ke west sumatra. Airport Minangkabau ini terletak berhampiran pantai.


Gelapnya Pak
Q for IMG Indo checking
 Sewaktu urusan checking ada perkara agak lucu sewaktu checking pasport dimana kami kami perlu scan empat jari tangan dalam kepala saya terfikir kenapa tak scan lima terus.Selepas scan yang empat jari barulah scan ibu jari untuk 2 belah tangan. Jangan tak tau mata pun kena scan. Nasib dia tak cakap nak scan jari kaki.   Selesai urusan scan menscan kami ke tempat scan barang pula. Syukur melepasi. Selesai semua kami terus menuju ke tempat mencari teksi.

percutian ke Kota Padang & Bukit Tinggi Part 1



Assalamualaikum


Malasnya nak update entry backpackers ke West Sumatra@Padang@Bukit Tinggi. Percutian 4hari3malam bermula 6/07/2013 - 09/07/2013. ini agak menyeronokkan. Dengan tiket penerbangan tambang murah Air Asia denga trademark 'everyone can fly'' bumi Sumatra kami redah. Kira murah juga tiket yang kami dapat.

Harga Tiket Pergi Balik = RM344.00 (4/ORG)


Harga tiket diatas tidak termasuk bagasi yang nak masuk kargo.aku sarankan belilah bagasi anda terus. aku akan show harga bagasi.Kerana bila anda pulang aku jamin mesti terlebih muatan.Aku show dalam entry last kerana kami ada masalah bila  penhujung percutian.

Sebelum kesana aku telah lakukan beberapa survey di google berkenaan negeri Padang.Aku perlu tahu apa yang menarik disana. Tak susah nak mencari maklumat bekenaan Tanah Minang. Cari saja di google.Anda juga boleh baca blog blog yang ada . Percutian ini adalah percutian budget. Aku kesini hanya bawak duit cukup makan sahaja. Percutian ini aku anggap sebagai sesi pengenalan, agenda untuk shopping disini memang tiada.

Sebelum pergi pastikan passport anda masih valid.

Tukaran Wang  

Trip ini aku hanya bawak 2juta rupi = RM644.00 sahaja.BUDGET INI UNTUK SEMUA SEKALI HOTEL,MAKAN MINUM,TAMBANG SEGALA PENGANKUTAN DAN SEBAGAINYA.

Resit tukaran wang

Kadar Tukaran Wang (Semasa)

1JRP = RM321.00
2JRP X RM321.00   =  RM642.00


Aku Kaya
List Tukaran Rp -> RM
Lepas tukar duit tu kalau rajin buat lah list cam kat atas senang korang nak guna duit nanti.

Jangan lupa aktifkan kad ATM anda juga. Jika anda mempunyai kredit kad itu lagi bagus. Mana tahu anda kehabisan wang disana.Tetapi saya galakan anda bawa wang lebih. Takpe jika tak digunakan anda boleh tukar nanti.Tapi aku tak aktif pun. 




Tambang Bas KL Sentral ke LCCT
 
Tiba hari yang ditunggu tanggal 06/07/2023 perasaan happy tak payah cakap. Kami bangun awal pagi bersiap untuk ke LCCT. Memandangkan penerbangan kami jam 7.55am maka kami perlu berada lebih awal di LCCT. Jam 4.00am kami bertolak ke KL Sentral untul menaiki bas ke Lcct. Terima kerani menghantar kami Encik yang saya lupa namanya.

kos Tambang bas KL Sentral  - LCCT = RM8.00

Anda jangan risau bas ke LCCT sungguh banyak. Lagi pula ramai staff Air Asia yang nak ke tempat kerja mereka. Perjalanan ke LCCT ambil masa lebih kurang 1jam. Sampai  di LCCT kami terus check  in jika lambat nanti terpaksa check in counter dan charge sebanyak RM10.00 tak ke rugi namanya.

Sarapan pagi LCCT
Selepas check in kami sarapan pagi di cafe yang terdapat disitu.Walau harganya agak mahal dan rasanya tak sedap perut yang lapar terpaksa diisi.

Kos Breakfast = RM10.00

IMG Checking

Selepas selasai breakfast kami terus ke kaunter imgresen untuk checking semua barang yang dibawa. Orang agak ramai pada waktu pagi. Syukur semua barang yang dibawa lepas,cuma kawan saya ada 2 barang yang dirampas. selepas selasai semua kami terus ke ruang menunggu . Kami masuk 1 jam awal . Ini lebih bagus kerana fligh tak tentu masa. Jam 7.15am pegumuman flight ke Padang tiba. Nasib kami masuk cepat. Rasa mengantuk kian terasa tapi takpe dalam flight boleh tidur. Apabila si gadis mengumumkan semua penumbang dibenarkan menaiki pesawat kami terus ke pintu masuk. Tepat jam 7.55am pesawat kami bergerak menuju ke West Sumatra.Bye bye Tanah Melayu jumpa lagi empat hari.
IMG Checking Lepas.Barang clear
IMG scan

Muka Happy tunggu flight

Saturday, May 11, 2013

Part 5 USS


ByE ByE USS


Pic with my friend.sesi snap pic ala syok sendiri n gedik.hari sudah petang. kami mahu pulang ke Tanah Melayu@Malaysia. Kami penat dan habis tenaga.Kami mahu cas tenaga kat dalam bas nanti.

Jangan Lupa masuk HardRock Uss.Sayang Kami tak sempat masuk HardRock. Takpe next trip kami masuk.

Sebelum meneruskan perjalan ke KL kami sempat singgah JPO(Johor Premium Outlet)@ dalam bahasa pasar saya boleh cakap tempat shopping untuk orang banyak wang. Masa yg diberi lebih kurang 1jam.Tempat ni still under construction.Mungkin ada beberap phase yang belum siap dari pandangan saya.Sory saya tak sempat nak snap pic.

JPO ni ada food court dia sendiri. Tapi pada saya harganya sangat mahal. Makanannya tak sedap tak berbaloi dengan harga yang dibayar.So pada yang tak kisah boleh makan kat sini,Tapi pada yang mementingkan rasa dan harga saya nasihat elakkan.Find another kedai makan.Sebenarnya melawat JPO ini memang termasuk dalam itenary package yang aku ambik ni.Tomyam yang saya pesan harganya RM13.90 rasanya sangat menyedihkan. Say makan cuma beberapa sudu sahaja. MEMBAZIR

Aku rasa pada yang duduk kat KL tu tak payah pergi pun takpe pada aku Pavilion yang dekat Bukit Bintang tu lagi best. Koleksi pun uptodate.Sekadar pergi melawat n snap pic kat situ boleh la.


Selepas itu kami semua teruskan perjalanan pulang ke KL.Sepanjang jalan saya tidur tak ingat dunia, tambahan pula kepala saya sakit perut saya pedih sebab tak makan.Kami sampai KL jam 12.00 mlm.

So sekian Sahaja cerita saya.

Julie Andrews ntah siapa  dia n. Tapi snap je dah ada kat lantai kali lima
Ernest Borgnine sama saja nampak n snap

Part 4 USS

Shopping Time

Kat USS ni banyak disediakan kedai kedai untuk korang beli apa saja sourvenir. Setiap zone yang korang pergi akan ada kedai jual gift. dont worry  apa yang penting sediakan duit yang secukupnya. Saya cuma shopping kat USS Store je yang letaknya tak jauh dari pintu masuk utama USS.Kami tak cukup masa untuk shopping semua kedai yang ada kat dalam tu.

Time pergi ni tukaran SGD kat malaysia pada saya agak mahal.              
                      1SGD = RM2.46

Pulang Tanah Melayu saya jual SDG pun diorang beli sangat rendah. saya kerugian hampir RM0.50
                
                      1SGD = RM2.00
                                                       
Sebagai kenangan pergi USS FM wajid saya beli. Semua comel n cantik.rambang mata nak pilih. Yang dibawah itu untuk kawan kawan saya.Harga FM ni lebih Kurang SD6.Pada yang suka collect FM ni sila stanby duit banyak banyak. 

Kat USS ni saya ada cuma SGD250 saje. Balik Tanah Melayu ada lagi duit balance.Bila convert duit RM kira banyak lagi.Maybe nextime pergi baru saya shopping sakan.

FM yang sangat comel
Yang ini untuk rakan - rakan. Tapi beli tak cukup lupa lagi ada sorang kawan. selalu macam tu sebab dia selalu tertinggal dalam list saya
Tempat kami habiskan duit

Part 3 USS

Hari dah petang kami semua sudah penat n tersadai tepi kaki 5. Masa ni baru sibuk nak post dengan muka yang penat.Sempat juga snap beberap keping pic sebagai kenangan.

Ini semua kawan baru saya. 


Bangunan apa ntah yang kat belakang tu. Ada 2 ekor singa kat tangga. Ini kawan baru saya .
Kawan-kawan baru saya kecuali yang baju biru tu tak berapa nak baru sangat sebab dah kenal .
Kawan saya jual mahal.

Part 2 USS

Kat sini saya nak cerita activity kami masa kat USS ni. Disebabkan kawasan ni besar dan penat yang amat bila jalan kaki nak pergi ke satu tempat tu.Kat sini ada lebih kurang 5 @ 6 tempat yang u orang boleh explore. So many activiti yang sangat menarik.

Zone List

# Hollywood
# Madagascar
# Far Far Away
# The Lost World
# Ancient Egypt
# Sci - Fi City
# New York


Nanti saya akan ceritakan lebih detail tentang activity kat sini.
Ada lagi pic yang saya belum masukkan.

PESANAN PENTING

Beli Express Pass 

Anda disarangkan untuk membeli Express Pass.  Tujuan utama supaya anda semua tak perlu beratur panjang panjang dan bepeluh peluh.Dengan adanya express pass korang potong Q sahaja.Ruginya waktu saya pergi saya tak ambik pass ini.Sangat waste my time beratur panjang.

Harga Express Pass   

            # Harga hari biasa(bukan Peak season)= SGD30
            # Peak season Price                  = SGD50

Beli kerana sangat berbaloi baloi.Korang semua boleh main semua benda yang ada kat dalam USS ni.

Mari kita mulakan Hikayah ini. Saya ceritakan serba sedikit mengenai zone yang terdapat di USS.

Madagascar Zone.

zone paling sesuai untuk mak ayah yang bawak anak anak. Tak faham kenapa yang tak bawak anak n takde anak cam kami boleh main kat sini.Apa yang aku boleh cakap zone ni sangat Family.Takde yang awesome sangat.


Sci-Fi City Zone

Ini zone paling best. Awesome 3D.Nak masuk dalam mesti beratur panjang.kat sini ada 2 line yang korang boleh beratur untuk group n single. disebabkan kami datang secara rombongan maka kami pun beratur ikut line group punya.Lama tak payah nak cakap.Nak naik ni mesti pakai cermin mata 3D tu.3D ni banyak scene.ada efek api,angin,air n paling awesome scene jatuh bangunan.Wajid Try


Pose dari jauh.Ramai sangat orang beratur nak snap pic ngan makluk Biru
 

Roller coaster Battlestar Galactica (Cyclone VS Human) yang tak jauh dri sci-fi City  tadi. Sebelah saja. Masa mula mula sampai saya dah sangat teruja tengok benda ni. Dengan rasa terujanya saya dah kawan saya nak naik benda ni. Tapi pesanan penting pada yang lemah semangat diharap FIKIR 1000 KALI SEBELUM NAIK

Dari apa yang saya pernah baca kelajuan roller coaster ni 82.8km/h,serius rasa hilang semangat

Nasib saya agak baik waktu ni kerana tak perlu beratur panjang. Hati sudah berdebar debar. Kami beratur lebih kurang 10minit sahaja. Sampai turn kami jantung makin laju. Aku awal awal nak duk tengah gayat kalau duk tepi. Pengembaraan pun bermula bila visel dibunyikan . huhuuuuuu serius laju  sangat. Takut dan rasa sedikit pening. Tapi yang penting best. Rasanya kalau tak naik benda ni rasanya tak puas. Aku jenis yang penakut tapi ada sejenis perasaan nak cuba.
Paling best sape pergi USS tak naik ni sangat rugi

Pic Again

tak faham kenapa snap pic ni
Muka baru baru lepas naik roller coaster orang kat tepi saya tu tak naik kurang keberanian
Far Far Away Zone - Castle - Fairytale
After main Jurassic Park Zone basah
 
The Lost World

Dalam bahasa mudah zone yang ada dinosour @ binatang zaman purba yang tak pernah kita nampak tapi pernah tengok dalam buku @ cite cite orang putih. Zone ni ada beberapa 4 games yang anda boleh main tapi kami main 1 saje iaitu (jurassic Park Rapid Adventure).

Games ni lebih kurang duduk dalam satu perahu @ sampan n ronda ronda aliran sungai pastu nampak la binatang binatang purba yang telah di electronikkan.Kiranya ada sound sound yang menarik sebagai background anda selusuri sungai ni.

Park yang palaing best bila dah hujung hujung, bila mana sampan yang anda naik tu tetiba stop n menjulang naik keatas.Pada yang ada experience layan "SPACE SHOT" Genting Highland cam tu la dia naik. Tapi tak tinggi sangat.Masa tu dalam fikiran saya dah fikir benda tu akan jatuhkan kami macam mana space shor jatuhkan kami masa kat genting, tapi sangkaan kami meleset sama sekali.

Dingatkan kalau anda semua rasa nak main benda ini patikan anda memakai  "Rain Coat". Jika anda tak bawa rain coat sendiri jangan risau kat situ ada jual rain coat . Sebelum anda masuk dalam beli saje depan pintu masuk Rapid Adventure ini.

               Harga  Rain Coat = SGD3

Jika anda mau sedikit untung anda boleh jual pada  pengunjung lain. Jual dengan harga SGD1. dapat sgd 1 pun kiran ok walau anda rugi SGD2, tapi disarankan simpan buat kenangan mana tau anda kesitu lagi.


Far Far Away

Benda pertama yang ada dalam kepala saya tentang zone ini fairytale. Dari jauh sudah boleh lihat castle  ynag sangat cantik feeling like disneyland. Watak utama zone ini adalah Shrek and Fiona . Kami hanya masuk (Shrek 4-D Advanture). 

Semasa dipintu masuk anda akan diberikan cermin mata. Sila pakai bila menonton 4D ini. Semasa menonton  shrek ini anda akan merasa efek efek seperti water spray,air blast,jump,dump n bounces. Tayangan Shrek Adventures ni lebih kurang 10min only. New Experience .


Kami tak sempat naik layan semua games yang ada kat dalam USS ni.Ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Lain kali bila Saya kesana lagi mungkin saya akan layan semua games dan saya akan ceritakan lebih detail.

 






Part 1 USS

Trip ni kami pergi dalam 16 orang dengan package RM 178.00/pax. Nanti saya story about itenary. kami dengan 1 travel agent kalau tak silap AF Travel S/B.

Lagi satu time kami pergi cuaca kat sana sangat panas. Pastikan anda pakai baju yang selesa. Kalau boleh bawak baju extra.
Kat bawah ni saya bagi tau apa itenary package tersebut. Kalau nak detail call travel agent tu.

Package Termasuk:

# transport pergi balik KL-Sentosa Island
# pass 1/day USS
# percuma snack n lunch at USS
# Retail voucher SGD 5

# Singgah JPO(Johor Premium Outlet)

Kira ok la package ni kalau bagi orang yang tak pernah pergi. Kalau dah ada exp boleh gi sendiri. Tapi pesanan untuk anda yang bawak bawak anak bawak duit lebih skit. Barang kat sana agak mahal. Kalau convert duit Malaysia pokai jugak.

Pesanan Penting

Kalau anda pergi via travel agent macam saya mintak travel agent tu dapatkan andan EXPRESS PASS untuk anda. 


Kegunaan Express Pass

# Tak perlu beratur panjang nak main game. anda boleh potong Q sahaja.Jimat masa dan tenaga.

Harga Express Pass

                  # Hari biasa(Tak ramai orang) = SGD30
                  # Peak season                 = SGD50 

Harga Pass Masuk
                  # hari bukan peak season      = SGD68
                  # Peak season                 = SGD74


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Jimba-Jimba 1-Day Singapore
 11/05/2013

Percutian Pertama saya luar daripada Tanah Melayu @ Malaysia. Percutian Yang tak dirancang. Tapi Sangat Happy n Enjoy.Awal pagi kami sudah bangun dan bersiap-siap kerana kami nak bertolak awal, lebih kurang jam 6.15am.

Kami pergi dengan menaiki Bas. Semua berkumpul kat Jalan Imbi - kat depan Dorsett Regency Hotel. Rasa cam zaman sekolah pergi rombongan ramai-ramai.

Waktu Naik bas perasaan teruja tak payah nak cakap.firts time dapat pergi USS.Walau mata mengantuk tapi tetap gagah semata nak gi berjimba.

Lebih kurang 3jam perjalanan kami sampai img johor(KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR)

Perkara Yang Perlu buat bila sampai Imegresen
  • waktu dalam bas anda akan diminta isi imegresen kad & jangan lupa masa isi tu ingat no bas
  • Buku merah(PASSPORT)jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh
  • Ingat no bos penting sebab bas itu yang akan aku naik untuk balik Tanah Melayu
  • Bas berhenti di Imegresen Johor Bharu(Komplek Sultan Abu Bakar) semua penumpang sila turun untuk semak passport,dah siap semak aku keluar menuju ke Bas yang sedang menanti di pintu keluar
  • Sampai di imegresen Singapore(Woodland,Singapore)sekali lagi aku kene turun  untuk cop passport tapi sila bawa semua barang peribadi untuk di scan.Selesai scan dan chop sila naik bas yang sama setia menanti diluar.Selepas itu bas akan bergerak terus ke USS


Sampai sahaja kami di USS Uncle yang jadi pemandu pelancong kami pergi mendapatkan tiket dan mengingatkan kepada kami supaya berkumpul jam 6.15ptg dibasement parking.





LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...