Hari Pertama
Ketibaan Dibumi Padang(Minangkabau Airport)
Penerbangan ke Tanah Sumatra hanya mengambil masa 1jam sahaja. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Padang juga hanya 1jam jadi anda tak perlu pening memikirkan waktu disana. Kami menaiki penerbangan jam 7.55 pagi dan tiba di Padang jam 8.55 pagi waktu malaysia. syukur cuaca yang baik pada hari tersebut memudahkan pernerbangan dan percutian kami tidak ranap.
Sewaktu dalam penerbangan anak kapal akan mengedarkan anda borang masuk ke Bumi Indonesia dan lagi satu borang kastam. Jika anda pergi by group anda hanya perlu isi satu borang saja(Customs Declaration).
Declaration Form |
Sewaktu kami tiba di Minangkabau International Airport semua berpusu pusu beratur untuk melepasi immgration checking. Kami disambut oleh keadaan yang masih gelap sewaktu dalam terminal dan keadaan agak panas. Sila keluarkan pasport anda untuk memudahkan urusan bapak bapaknya ya. Ramai juga warga Malaysia yang ke west sumatra. Airport Minangkabau ini terletak berhampiran pantai.
Gelapnya Pak |
Q for IMG Indo checking |
Sewaktu urusan checking ada perkara agak lucu sewaktu checking pasport dimana kami kami perlu scan empat jari tangan dalam kepala saya terfikir kenapa tak scan lima terus.Selepas scan yang empat jari barulah scan ibu jari untuk 2 belah tangan. Jangan tak tau mata pun kena scan. Nasib dia tak cakap nak scan jari kaki. Selesai urusan scan menscan kami ke tempat scan barang pula. Syukur melepasi. Selesai semua kami terus menuju ke tempat mencari teksi.
No comments:
Post a Comment