Sunday, January 19, 2014

SIGMAL GROUP ANNUAL DINNER 2013



HELLO

04/01/2014 - SIGMAL GROUP ANNUAL DINNER

Cepatnya masa berlalu.Baru lagi aku rasa aku pergi annual dinner 2012.


Committe:Hasliza,MsTeh,MsOon,MsYap,Christina,Martin,MsLong,Siti,Ima,Fariz,Jason,May,Fariz

Tempat:D'Fong Restaurant,Wisma TA,Petaling Jaya

Theme: 1 Malaysia

Sepanjang 2 tahun aku menjadi "SIGMALCREW"  ini annual dinner ke-3 aku attend.Ini tahun ke-2 aku jadi committe member.Tahun lalu tugas aku sambut tetamu tapi tahun ini aku ajdi MC.Berdebar habis sebab ini kali pertama aku jadi MC sepanjang hidup aku.Disebabkan thema tahun ini 1 Malaysia maka 3 orang MC dari 3 bangsa berbeza telah dipilih.Walau dibuat di Restoran bukan Islam tapi company dah sediakan Muslim food untuk muslim staff.Sila layan serba sikit pic dibawah.Nak tulis panjang takde idea.

photo with Sigmal "GM"

"YOYO" show by site man.

photo with QS
"YOYO" Man
comitte member take photo with Sigmal "Lady Boss" Madam Chen Moy Lin (Black Dress).So adore with her coz she very preety lady.
karok session by Sigmal "project Director"
photo with sexy lady "May"
Love Jason
short ucapan by Sigmal top Managament

photo session with comitte member



-----------------------END OF MAJLIS-----------------------







Wednesday, January 8, 2014

PEKERJAAN

I LOVE MY JOB

EHSAN GOOGLE


Topic aku hari ini  berkenaan orang yang malu nak bagi tahu tempat dia kerja dimana.Walau apa pun kerja anda dan dimana anda bekerja dan selagi majikan yang bayar gaji aku nak bagi tahu kita masih kuli.Kita bukan tauke yang perlu untuk dibanggakan. 

Aku tak faham kenapa masih ada yang malu nak bagi tahu dimana diorang bekerja.Kenapa nak bohong pada orang mengatakan kerja di company besar "Listed Company".Hina sangat ke kerja di company kecil atau nak tunjuk hebat.Kalau nama pun kuli tetap kuli.Tak faham aku kenapa masih ada orang yang berfikiran sempit dan kolot seperti itu.Bagi tahu semua orang dapat kerja international company tapi bila kangtoi kerja company biasa sahaja.memalukan sahaja.Apa salahnya jujur dari memalukan diri sendiri bila sudah kangtoi.Harapkan belajar sahaja tinggi tapi pemikiran 50tahun kebelakang.Sedihlah.

Apa yang aku tahu aku happy dengan  kerja aku sekarang kerana aku tahu aku hanya dibayar gaji dan aku tetap kuli.Tak ada apa nak dibanggakan walau aku dipanggil bos atau apa sahaja kerana aku tetap menerima gaji bulanan.Aku bangga dengan tempat kerja aku sekarang.Tak perlu company besar.So fikir-fikir




Monday, December 30, 2013

HAPPY NEW YEAR 2014


cepat nya masa berlalu.2013 akan labuh tirai dan selamat datang 2014.Segala yang suka duka tahun 2013 aku nak bungkus masuk kotak.Tahun 2014 mulakan hidup dengan lebih baik baik dan indah-indah,sikit kesusahan itu lumrah.Allah tidak rezekikan kita happy happy selalu duka duka tetap ada baru cukup rasa hidup seorang manusia.
Banyaknya perancangan aku tahun ini hope everything gonna be ok.Perancangan yang aku dah buat beberapa bulan sebelum ini.Pada semua yang rasa cita cita tahun 2013 yang mana belum tercapai boleh saja carry foward tahun 2014.Usaha itu penting.Harapnya tahun 2014 banyak lagi aku dapat masukkan entry yang berguna dalam blog aku ini.Tahun 2013 blog aku aku sekadar permulaan.Moga entry yang akan datang lebih bermakna.
So benda pertama aku nak buat kat blog aku ni sebelum masuk tahu baru ubah backgroud.Bosan dengan background yang sama.
So ini saja aku nak tulis malas nak feeling panjang sangat.Selamat cuti tahun baru.




----------------------------------------HAPPY NEW YEAR 2014----------------------------------------

Thursday, October 17, 2013

MEMOIR OF BROGA HILLS




Memoir of Broga Hills



Memoir of Broga Hill ,Aku tengok ramai sangat orang post pasal Bukit Broga,so aku pun nak post juga kat blog aku ni walaupun kat FB dah update setahun yang lalu.Rancangan nak panjat Bukit Broga ni diusulkan oleh kawan office aku.Makanya setelah kata sepakat diambil kami pun setuju.Perancangan last minute.

Awal pagi lagi aku sudah bangun memandangkan kami nak gerak jam 4 pagi.Gigih bangun pagi buta semata nak panjat bukit.Pejalan ke Broga kat Semenyih ambil masa lebih kurang 1 jam.Pagi mana jalan nak jem tambah nak ke Semenyih plus hari itu public holiday.Sampai je kat sana aku tengok memang dah ramai orang tak tahulah diorang datang jam berapa.Kereta memenuhi ladang kelapa sawit ibarat ada pesta.

BAYAR PARKING = RM2.00 

Sampai je kami terus memulakan aktiviti daki bukit,takde buat aktiviti senaman ringan langsung.Jangan tiru cara kami.Sebab kalau nak buat aktiviti cam gini baik korang buat senaman ringan dulu.

Barang penting Perlu bawa

#Makanan & minuman - aku syor bawak mineral water & isotonik atau apa apa enegy water dn sikit makanan untuk makan bila sampai atas.Sebab bila dah sampai atas nak tunggu matahari tunjuk muka tu lama juga,baik makan n minum dulu.
#Minyak urut@angin@panas - sila bekalkan mana tahu separuh jalan tetiba rasa nak pitam ke kaki cramp ke boleh juga disapu
#Lampu suluh - laluannya sempit dan gelap gelita,kalau takde lampu susah nak jalan takut masuk lubang.

Masa pendakian aku lebih kurang 45 minit nak sampai puncak,sebab aku terpaksa perlahankan langkah sebab penat dan rasa nak pitam bila separuh jalan.Kalau rasa nak pitam tu jangan duduk terus perlahankan langkah dan buat gerakan yang ringan bila dah ok baru duduk.




Sampai je puncak memang dah penuh orang.Tempat nak lepak pun penuh.Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam atas sana.Sudah puas posing sana sani  kami bergerak turun.Hati hati semasa turun kerjasama sesama group sangat penting.Masa kami semua turun kami jumpa ramai lagi orang yang baru nak daki broga.Ada yang bawak anak dan paling aku kagum ada ada juga nenek yang nak panjat Bukit Broga.Sambil tu jangan lupa senyum senyum dengan mereka yang baru nak naik. 


Broga Info

Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Broga 
 
               



 S-I-L-A   --------- L-A-Y-A-N-G  --------- G-A-M-B-A-R


kami dan kami kami betiga je faham

lepaskan penat
sesi tengok kaki & kasut

kawan baru saya
pose



lihat lah kami disini


sebelum balik pose dulu
ladang sawit yang ku tinggalkan
tambahkan tenaga

Tuesday, July 30, 2013

Percutian ke Bukit Tinggi,Padang(PadangTrip/LastDay/BukitTinggi/Malaysia)

Last day Bukit Tinggi

Part last ni aku rasa paling best nak update banyak halangan dan rintangan.Hari yang ditunggu pun tiba yahooo nak balik Tanah Melayu,dalam kepala dah terbayang Starbucks best best sampai terbawa dalam mimpi.Awal pagi aku bangun semangat nak balik Tanah Melayu tak payah cakap.Cukuplah kami kat sini 4hari 3 malam.Kalau boleh saat mata terbuka time tu juga kaki nak terbang pulang.Driver kami tempah melalui pihak hotel dan harga yang kami dapat memang berpatutan .Nama pemandu kami Pak Meldi  ni no phonenya  085263186301.Kami akan bertolak jam 8 pagi memandangkan flight kami jam 2ptg  waktuadang.

Tambang sehala Bukit Tinggi
Padang Airport = Rp270000 = RM86.40

Beg kami

Setelah semua bersiap-siap kemas beg bagi kami pun check out keluar dari hotel.Pemandu yang kami tempah sudah pun tiba.Kawan aku yang sorang tu nak ke Pasar Aur Kuning tapi memandangkan waktu masih awal terpaksa kami batalkan hasrat tersebut.


Ngarai Sianok


Sebelum bertolak ke Airport sempat kami minta pemandu singgah untuk lihat panorama iaitu Ngarai Sianok.Ngarai ni lebih kurang macam Grand Canyon yang dekat Amerika tu,so tak payah pegi jauh-jauh dekat Sumatera pun ado.Waktu kami pergi Ngarai ni masih belum dibuka,so dapat tengok dari jauh saja.Apa yang aku nampak dibawah Ngarai ni ada sungai yang mengalir.Aku sempat snap pic untuk kenangan .Sedih tak dapat masuk tapi nak masuk kena bayar ,selamat duit kami.




Selesai bergambar bagai kami menerukan perjalanan ke Airport,syukur perjalanan kami lancar cuma sorang kawan aku kurang sihat muntah-muntah sebab makan banyak sangat kot.Kami juga sempat singah di satu kedai menjual pelbagai jenis kerepek.Padang memang terkenal dengan indsutri kerepek.Sebab aku lihat sepanjang jalan banyak sangat kedai jual kerepek.Mungkin disebabkan faktor geografinya makan tanaman dapat hidup subur disini.Tapi ini bukan kedai yang popular tu ini kedai tepi jalan saja.Sebab orang kata kalau nak yang sedap jenama Christine Hakim,betul tidak aku eja nama orangnya,jika salah maafkan aku kiranya jenama ni paling glamour dan sedap.Tujuan singgah sebenarnya nak cari pisang keju,Tapi setahu aku nama sebenarnya pisang salai ynag digoreng salup tepung memang best sebab aku selalu beli kat jalan pasar malam jalan TAR.Akhirnya dapat juga beli walaupun bungkusannya kecil amat.



Airport Padang

Setibanya di Airport kami terus ke kaunter check in.Kami ada sedikit masalah bagasi bila mana shopping terlebih banyak.Keadaan agak kelam kabut.Tapi syukur kami dapat selesaikan dengan sempurna kerjasama membawa berkat.Terpaksa kami menbayar RM201.60 untuk bagasi.Sudah selesai masalah bagasi kami menuju ke kaunter bayaran cukai.Sediakan duit Rp100000 . Nasib aku dah sedia duit awal-awal.Dengan bosannya kami menunggu pesawat.Akhir tepat waktu yang dijanjikan pesawat untuk membawa kami pulang pun tiba happy sangat.Tepat jam 3.55ptg waktu Tanah Melayu kami meninggalkan bumi Padang.Bye-bye west Sumatra see u again.

Harga bagasi yang kami bayar
15kg = Rp315000 = RM100.80 
15KG X 2 = Rp6300000 = RM201.60 

Harga Tax Lapangan Terbang

Rp100000 = RM32.00/Person

 Kami beli  30kg.Kalu nak beli per/kg rugi.so lain kali beringat beli terus bagasi.Selamat duit.





LCCT Airport

Tepat jam 4.50 kami tiba TANAH MELAYU,lega dan syukur perjalanan kami selamat dan cuaca yang sangat baik.Cuma yang aku rasa cam angin dah seperti nak tendang saja manusia bila kami melalui checking kastam tetiba kami ditahan.Dengan muka kerek kakak 2 ekor yang duk berdiri ngan muka cam bangkai pandang kami.Paksa rela terpaksa jugalah beg kami yang dah cantik rapi dibungkus terpaksa dibuka.Hello kami bukan bawak apa pun setakat kain ngan telekung je.Stupid sangat.Hangin satu badan.

Selesai checking segala bagai kami pun bawa haluan masing - masing untuk pulang ke rumah.Esok nak puasa dan kerja.Terima kasih kawan untuk trip ni.Nantikan trip lain pulak ok.

Tambang bas ke Kl central = RM8.00



pose sebelum pulang ke rumah masing-masing

Monday, July 29, 2013

Percutian ke Padang Part 10

Malam Kedua 

Aku nak cerita lagi aktiviti pada malam hari. Bab nak cari makanan yang sesuai ngan tekak aku memang susah sikit.Kami malas nak menapak jauh so kami cari makan sekitar Pasar atas sahaja.Harganya kira murah makanan pun ok boleh telan walau paksa rela.Aku jenis suka makan nasi so tak kisah makan kat mana janji ada nasi.
Sesiapa datang Bukit Tinggi jangan lupa try dia punya jus buah buahan memang terbaik,rasa dia punya buah asli.Nak banding kat tempat kita rasa gula je yang lebih.Memang sedap dan terbaik. 


Nasi goreng ni sangat pedas,memang tak berapa sesuai dengan aku punya selera.Suka atau tidak aku telan juga tapi sikit je alas perut.Ayam goreng tu ayam kampung aku pun mkn.
Feeling jus sedap
TERBAIKKKKKKKK


Air ksong yang terus dihidangkan,tak perlu pesan pesan.Bagus aku suka cara ni.Tak nak minum boleh masuk beg untung

Kami naik kuda

Malam kedua kebosanan melanda hidup kami,mula la teringat nak balik Tanah Melayu.Sabar.Kami pun buat keputusan nak ronda dengan kuda ni.Satu kereta kuda ni boleh muat 2 orang dewasa makan kami amik 2 buah kereta kuda.Kesian pula aku tengok kuda ni kerja dari siang sampai ke malam.Kami ronda sekita Bukit Tinggi.Keadaan agak sunyi dan tenang.Best jugak naik kuda ni.Sambil pusing sempat juga aku temubual pakcik yang bawak kuda tu saja nak beramah mesra.


Harga Rp50000 = RM16.00/Seekor (sebuah kereta kuda)

habis pusing pusing kami balik ke hotel badan sudah penat kami mahu tidur esok nak shopping lagi.

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...