Tuesday, July 30, 2013

Percutian ke Bukit Tinggi,Padang(PadangTrip/LastDay/BukitTinggi/Malaysia)

Last day Bukit Tinggi

Part last ni aku rasa paling best nak update banyak halangan dan rintangan.Hari yang ditunggu pun tiba yahooo nak balik Tanah Melayu,dalam kepala dah terbayang Starbucks best best sampai terbawa dalam mimpi.Awal pagi aku bangun semangat nak balik Tanah Melayu tak payah cakap.Cukuplah kami kat sini 4hari 3 malam.Kalau boleh saat mata terbuka time tu juga kaki nak terbang pulang.Driver kami tempah melalui pihak hotel dan harga yang kami dapat memang berpatutan .Nama pemandu kami Pak Meldi  ni no phonenya  085263186301.Kami akan bertolak jam 8 pagi memandangkan flight kami jam 2ptg  waktuadang.

Tambang sehala Bukit Tinggi
Padang Airport = Rp270000 = RM86.40

Beg kami

Setelah semua bersiap-siap kemas beg bagi kami pun check out keluar dari hotel.Pemandu yang kami tempah sudah pun tiba.Kawan aku yang sorang tu nak ke Pasar Aur Kuning tapi memandangkan waktu masih awal terpaksa kami batalkan hasrat tersebut.


Ngarai Sianok


Sebelum bertolak ke Airport sempat kami minta pemandu singgah untuk lihat panorama iaitu Ngarai Sianok.Ngarai ni lebih kurang macam Grand Canyon yang dekat Amerika tu,so tak payah pegi jauh-jauh dekat Sumatera pun ado.Waktu kami pergi Ngarai ni masih belum dibuka,so dapat tengok dari jauh saja.Apa yang aku nampak dibawah Ngarai ni ada sungai yang mengalir.Aku sempat snap pic untuk kenangan .Sedih tak dapat masuk tapi nak masuk kena bayar ,selamat duit kami.




Selesai bergambar bagai kami menerukan perjalanan ke Airport,syukur perjalanan kami lancar cuma sorang kawan aku kurang sihat muntah-muntah sebab makan banyak sangat kot.Kami juga sempat singah di satu kedai menjual pelbagai jenis kerepek.Padang memang terkenal dengan indsutri kerepek.Sebab aku lihat sepanjang jalan banyak sangat kedai jual kerepek.Mungkin disebabkan faktor geografinya makan tanaman dapat hidup subur disini.Tapi ini bukan kedai yang popular tu ini kedai tepi jalan saja.Sebab orang kata kalau nak yang sedap jenama Christine Hakim,betul tidak aku eja nama orangnya,jika salah maafkan aku kiranya jenama ni paling glamour dan sedap.Tujuan singgah sebenarnya nak cari pisang keju,Tapi setahu aku nama sebenarnya pisang salai ynag digoreng salup tepung memang best sebab aku selalu beli kat jalan pasar malam jalan TAR.Akhirnya dapat juga beli walaupun bungkusannya kecil amat.



Airport Padang

Setibanya di Airport kami terus ke kaunter check in.Kami ada sedikit masalah bagasi bila mana shopping terlebih banyak.Keadaan agak kelam kabut.Tapi syukur kami dapat selesaikan dengan sempurna kerjasama membawa berkat.Terpaksa kami menbayar RM201.60 untuk bagasi.Sudah selesai masalah bagasi kami menuju ke kaunter bayaran cukai.Sediakan duit Rp100000 . Nasib aku dah sedia duit awal-awal.Dengan bosannya kami menunggu pesawat.Akhir tepat waktu yang dijanjikan pesawat untuk membawa kami pulang pun tiba happy sangat.Tepat jam 3.55ptg waktu Tanah Melayu kami meninggalkan bumi Padang.Bye-bye west Sumatra see u again.

Harga bagasi yang kami bayar
15kg = Rp315000 = RM100.80 
15KG X 2 = Rp6300000 = RM201.60 

Harga Tax Lapangan Terbang

Rp100000 = RM32.00/Person

 Kami beli  30kg.Kalu nak beli per/kg rugi.so lain kali beringat beli terus bagasi.Selamat duit.





LCCT Airport

Tepat jam 4.50 kami tiba TANAH MELAYU,lega dan syukur perjalanan kami selamat dan cuaca yang sangat baik.Cuma yang aku rasa cam angin dah seperti nak tendang saja manusia bila kami melalui checking kastam tetiba kami ditahan.Dengan muka kerek kakak 2 ekor yang duk berdiri ngan muka cam bangkai pandang kami.Paksa rela terpaksa jugalah beg kami yang dah cantik rapi dibungkus terpaksa dibuka.Hello kami bukan bawak apa pun setakat kain ngan telekung je.Stupid sangat.Hangin satu badan.

Selesai checking segala bagai kami pun bawa haluan masing - masing untuk pulang ke rumah.Esok nak puasa dan kerja.Terima kasih kawan untuk trip ni.Nantikan trip lain pulak ok.

Tambang bas ke Kl central = RM8.00



pose sebelum pulang ke rumah masing-masing

Monday, July 29, 2013

Percutian ke Padang Part 10

Malam Kedua 

Aku nak cerita lagi aktiviti pada malam hari. Bab nak cari makanan yang sesuai ngan tekak aku memang susah sikit.Kami malas nak menapak jauh so kami cari makan sekitar Pasar atas sahaja.Harganya kira murah makanan pun ok boleh telan walau paksa rela.Aku jenis suka makan nasi so tak kisah makan kat mana janji ada nasi.
Sesiapa datang Bukit Tinggi jangan lupa try dia punya jus buah buahan memang terbaik,rasa dia punya buah asli.Nak banding kat tempat kita rasa gula je yang lebih.Memang sedap dan terbaik. 


Nasi goreng ni sangat pedas,memang tak berapa sesuai dengan aku punya selera.Suka atau tidak aku telan juga tapi sikit je alas perut.Ayam goreng tu ayam kampung aku pun mkn.
Feeling jus sedap
TERBAIKKKKKKKK


Air ksong yang terus dihidangkan,tak perlu pesan pesan.Bagus aku suka cara ni.Tak nak minum boleh masuk beg untung

Kami naik kuda

Malam kedua kebosanan melanda hidup kami,mula la teringat nak balik Tanah Melayu.Sabar.Kami pun buat keputusan nak ronda dengan kuda ni.Satu kereta kuda ni boleh muat 2 orang dewasa makan kami amik 2 buah kereta kuda.Kesian pula aku tengok kuda ni kerja dari siang sampai ke malam.Kami ronda sekita Bukit Tinggi.Keadaan agak sunyi dan tenang.Best jugak naik kuda ni.Sambil pusing sempat juga aku temubual pakcik yang bawak kuda tu saja nak beramah mesra.


Harga Rp50000 = RM16.00/Seekor (sebuah kereta kuda)

habis pusing pusing kami balik ke hotel badan sudah penat kami mahu tidur esok nak shopping lagi.

Sunday, July 28, 2013

Padang Part 9


Shopping Second Day

Ranapnya harapan untuk shopping di Pasar Aur Kuning kami tiba di Pasar Atas pula.Tut-tut yang kami naik tak masuk ke kawasan Pasar Atas.Terpaksalah kami menapak jauh sikit dengan cuaca yang panas.Tiba dipasar atas aku lihat ramainya budak bawak sepanduk,ingatkan nak sambut perayaan apa rupanya itu cara masyarakat disini nak sambut kedatangan bulan Ramadan.Sempat jugalah snap pic.Lain tempat lain caranya.

Hati hati melintas kak


Selamat datang Ramadan


Part shopping aku malas nak cerita banyak.Shopping adalah benda basic yang semua perempuan dalam dunia tahu dan suka buat.Apa yang perlu dan apa yang tidak.Kami pun mula ronda dari satu ke satu kedai.Shopping kat Pasar atas ni selesa sikit sebab bersih.Peniaga kat cukup arif dengan tukaran duit Malaysia.Tapi hati bila menggunakan duit Rupiah,kerana warna dan nilai hampir sama.Baca dulu amount  yang tertulis kat duit tu.

Barang-barang yang banyak dijual kat  Pasar atas ini adalah telekung dan kain-kain sulaman.Telekung semua cantik-cantik dan rambang mata.Kalau tawar menawar tu letak harga serendahnya.Tapi bila aku tanya harga untuk 1 kodi berapa peniaga kat sini bagi harga sama dengan retail alasan diorang harga yang dibagi memang harga borong. Lagi 1 kalau rasa nak murah shoping kedai kedai yang tersorot sikit.Shopping sampai lebam.

Hari ketiga juga begitu,Kami habiskan masa bershopping di Pasar Atas lagi.Borong sampai wang rupiah kami habis.Aku juga tak lepas peluang tinjau apa apa yang boleh aku buat business.Tapi mungkin next trip aku beli barang untuk dijual.



Shopping Third Day

Hari ke-3 kami di Tanah Minang akctiviti shopping kami berjalan seperti biasa.Aku memang dah takde barang nak beli cuma geng yang lain masih ada kiriman mereka yang belum dibeli.Sekali lagi kami pusing Pasar Atas tapi kali ini pusing betul-betul.So next time bila datang lagi tak terkial-kial nak cari kedai.Memang dah tahu mana kedai perlu dan tak perlu pergi.

Hari ketiga kawan-kawan aku sibuk mencari kain sulam.Sulaman Bukit Tinggi memang cantik borong sakan diorang cuma aku je yang tukang ikut dan bawak barang.So layan lan pic shoppng aku.

Hari ketiga kami ada sedikit masalah after shopping.Bila dah masuk waktu lunch kami ke Restoran yang aku rasa boleh la tekak aku terima makanan .Nama Restoran tu Restoran Selamat,tak jauh dari Pasar Atas.Kalau tak salah aku sebaris ngan KFC dan Pizza.Lepas lunch kawan aku yang sorang ni nak keluarkan duit dari ATM.Dia dah aktifkan kad Maybank so senang la.Kalau di Indonesia Maybank namanya BII.

Puas juga kami bertanya dimana letaknya bank ini.Akhirnya jumpa juga.Kami jalan kaki lebih kurang 10 minit.BII ni agak tersorot sebab tu susah nak cari.Aku cadang next time jangan susahkan diri bawak saja Rupiah banyak-banyak.Dah sampai di bank bila nak cucuk card ATM dia pula bermasalah so sedih tak dapat keluarkan duit.Tak tahu kenapa card itu tak boleh masuk bila try aku punya card ok je.Tak dapat nak tolong.ok full stop.

Dah selesai urusan bank hujan pulak turun dengan lebatnya,kami pun tahan sebuah tut-tut untuk pulang ke Pasar Atas nak tahu berapa dia charge kami mahal nak mampus


Rp50000 = RM16.00

Balik ke pasar atas kami ke kedai yang kami tinggalkan barang,Kami bertanya pada kakak yang berniaga kat situ rupanya bukan semua tut-tut boleh masuk kawasan Pasar Atas sebab tu dia charge kami lebih.So hati hati kalau rasa boleh menapak jalan saja tak penat mana pun.

Sebelum pulang ke hotel kami lepak dulu depan jam Gadang nikmati waktu petang esok nak balik Tanah Melayu,Sedang enak kami lepak tetiba datang 1 lelaki kononnya nak hiburkan kami dengan main gitar buruk dia.Suara tak sedap mana pun buat bising je orang nak feeling,tetiba tali gitarnya putus rupanya tu memang cara diorang kononnya nak raih kesian.Kawan aku ni bagi jugalah dia sikit wang kononnya dah hiburkan kami dengan suara sumbangnya.Next time aku nak halau je.Diorang saje buat tali gitar tu putus.

Hari ketiga kami shopping habis habisan sebab esok mau pulang ke Tanah Melayu.Rindu tak payah cakap. 

Kedai pertama kami shopping
Borong Telekung
cantik cantik ,banyak warna
Harga sepasang ni Rp500000 = RM150.00.Cantik tapi aku tak beli sebab kain jenis Thai silk yang kalau berpeluh confenm tak selesa.Tapi kalau pakai sekejap gi kenduri kira ok.Balik Tanah Melayu nyesal sebab tak beli.
Kain sulam warma coklat tu harga Rp190000 =  RM60.00 kedai lain offer aku Rp400000. Kain ni aku beli kat kedai tersorot hujung - hujung gitu, warna tak banyak sangat so aku rembat yang ini sebab aku suka warna bunganya
Aku punya harga Rp350000 = RM112.00 mahal ada kedai offer Rp280000
FM 7 packet Rp350000 = RM112.00 mahal pulak rasa harganya
Hasil Borongan Kami
Hari ketiga shopping
Cantik cantik cantik
Sulaman peniti serius cantik dan kemas atas fabrik cotton

Saturday, July 27, 2013

Padang Part 8


ShoppingDay Pasar Aur Kuning

Awal pagi lagi aku dah bangun.Udara kat sini memang sejuk dan segar.Nak mandi pagi termenung sekejap kat dalam bilik air. Serius airnya sejuk.Memandangkan mengikut perancangan kami nak bertolak awal ke Pasar Aur Kuning.Seawal jam 7 pagi sarapan dihantar kebilik kami.Setelah selesai bersiap dan sarapan kami bergerak menuju ke Pasar Aur Kuning dengan menaiki tut tut sahaja.jimat dan murah Rp2500/orang.Tapi menurut pekerja hotel harga tambang seorang Rp2000 mungkin sebab kami orang luar maka mereka naikkan harga.Jahat!!!

Tambang Tut tut = Rp2500/person

Dalam Tut-Tut

Kalau dari hotel tempat aku sewa ni memang mudah nak dapatkan tut tut.Kami tahan tut tut depan hotel saje memandangkan tut tut lalu depan hotel Indria.Perjalanan ke PasarAur Kuning ambil masa dalam 15minit sahaja.Sepanjang jalan menuju ke Pasar Aur aku lihat banyak juga terdapat pasar ala pasar tani.Aku ingatkan itulah Pasar Aur nasib ade soorang makcik yang sama sama menaiki tut tut bagi tau kami itu bukan Pasar Aur.Makcik tu pun menuju ke Pasar Aur.Terima kasih makcik.Namanya aku sudah lupa.
Pasar Tani
Setibanya di Pasar Aur aku agak terkejut melihat keadaan disitu yang agak kotor.Sampah sarap tidak diselenggara dengan baik.Disitu juga terdapat terminal bas.Aku kurang pasti bas-bas ni semua menuju kemana tapi yang aku dengar mereka promo ke Pekan Baru.Cuaca agak panas walaupun jam menunjukkan angka 9pagi.

Kotorkan????

Terminal Bas
Cuci Mata

Walau Kotor Kami tetap nak posing
Kami mula menyelusuri lorong lorong kecil dalam pasar tersebut Keadaan dalam pasar agak kotor. Mungkin tiada selenggaraan yang baik.Aku pun tak tahu macam mana diorang boleh berniaga dalam keadaan macam tu.Apa yang kawan aku bagi tahu Pasar Aur ni terkenal sebagai pasar untuk pemborong.Aku sempat singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis tudung dan bertanya harga untuk satu kodi harga ditawarkan memang murah.Tudung-tudung yang dijual sama macam yang jual kat aked aked jalan Tar.

Sesapa yang tak tahu kodi tu maksud harga untuk :
      
20helai = 1 kodi 

Borong Sampai muntah
Cantikkan ?????
Restoran Simpang Raya

Disebabkan kami semua belum heavy breakfast maka kami putuskan untuk makan dahulu.Kami ke satu restoran yang terletak tidak jauh dari Pasar Aur iaitu Restoran Simpang Raya.Disebabkan kami tak tahu nak makan apa jadi kami telan nasi kapau sahaja.Makanan kat kedai tak sedap mana.Pagi pagi dah telan nasi walau tak selera nak makan bantai jugalah.Selesai menjamu selera kami masuk kembali ke Pasar Aur.

Restoran Simpang Raya

Menu



Pasar Aur Kuning

Makin ramai pengunjung yang memenuhi pasar ini.Keadaan makin panas dan buatkan kami rasa tak selesa.Kami mula menyeluri dari kedai ke kedai.Ntah kenapa kawan aku sorang tu nak cari telekung memilihnya yang ampun.Nak cari yang kualiti bagus katanya.Aku rasa kualitinya kainnya sudah kira ok.Katanya nak cari france cotton setahu aku kain jenis ni orang panggil cotton paris.kalau yang mengirimnya tak tahu yang membelinya lagi tak tahu.Nasib baik takde orang kirim dekat aku.Kalau tak pitam aku nak mengangkut.

Jika kesini aku sarangkan anda jalanlah sepuas hati dan shopping hingga pitam Kalau rasa nak berniaga sila datang kesini barang-barang kat sini memang murah.Macam-macam ada.Kat sini semua ada.Aku nak datang lagi nanti.Aku nak shopping sakan kat pasar Aur.Balas dendam sebab tak shopping banyak
Muka Kenyang
Jom Shopping
Beli beli Telekung
 
Setelah ronda punya ronda kaki pun dah penat dengan keadaan yang makin tak selesa kami putuskan untuk ke Pasar Atas. Kami meninggalkan Psar Aur tanpa beli apa - apa.Kami pergi ke Pasar Atas menaiki tut tut. Kami pulang dengan tangan kosong.

Friday, July 26, 2013

Padang Part 7


 Pasar Atas/Jam Gadang 

Pose dulu sebelum jalan
Hari pertama aku dah cerita banyak benda rasanya.Ini ada lagi cerita hari pertama iaitu sesi petang selepas kami semua puas tidur.Bangun dari tidur kami pun bersiap-siap untuk keluar membuat tinjauan awal disekitar kawasan Bukit Tinggi.Dari hotel kami berjalan kaki menuju ke Jam Gadang.Gadang dalam bahasa minang bermaksud besar.Aku kasi skit info pasal jam Gadang yang aku cilot dari google.



History of Jam Gadang


Jam Gadang
Jam Gadang dibangun pada tahun 1926 oleh arsitek Yazid Sutan Gigi Ameh. Peletakan batu pertama jam ini dilakukan putra pertama Rook Maker yang saat itu masih berumur 6 tahun. Jam ini merupakan hadiah dari Ratu Belanda kepada Controleur(Sekretaris Kota). Pada masa penjajahan Belanda, jam ini berbentuk bulat dan di atasnya berdiri patung ayam jantan, sedangkan pada masa pendudukan Jepang, berbentuk klenteng. Pada masa kemerdekaan, bentuknya berubah lagi menjadi ornamen rumah adat Minangkabau.

Ukuran diameter jam ini adalah 80 cm, dengan denah dasar 13x4 meter sedangkan tingginya 26 meter. Pembangunan Jam Gadang yang konon menghabiskan total biaya pembangunan 3.000 Gulden ini, akhirnya menjadi markah tanah atau lambang dari kota Bukittinggi. Ada keunikan dari angka-angka Romawi pada Jam Gadang ini. Bila penulisan huruf Romawi biasanya pada angka enam adalah VI, angka tujuh adalah VII dan angka delapan adalah VIII, Jam Gadang ini menulis angka empat dengan simbol IIII (umumnya IV).

sumber:
http://www.websejarah.com/2010/11/sejarah-berdiri-jam-gadang-bukit-tinggi.html

Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk sekitar Bukit Tinggi.Disebabkan kami tiba dibumi Minang ini hari Liburan @ hari minggu maka ramailah perduduknya keluar beriadah.Tapi satu yang aku tak berapa suka kawasan Jam Gadang ini agak kotor.Sampah sarap merata-rata.Lagi satu kat sini ada pencemaran bau sikit.Aku rasa bau tu datang dari teksi berkuda yang disediakan disekitar jam gadang.Orang Minang kata kalau ke Bukit Tinggi mesti ke Jam Gadang kalau tak percutian anda tak bermakna.

Kopiah pun ada

Banyak jual T-Shirt
Rombongan kami
Sebelah petang banyak perniaga kecil yang akan bukak gerai  disekitar Jam Gadang.Mereka hanya hampar sehelai canvas dan meletakkan barang jualan mereka.Sewaktu kami tiba hampir semua peniaga suka bukak gerai mereka.Kami sempat tanya harga beberapa barangan yang dijual tapi diorang sengaja letakkan harga yang tinggi memandangkan kami datang dari Malaysia.Kami bukan nak beli pun saja suka suka tanya.Kami bergerak menuju ke Pasar Atas.Pasar Atas ni tutup jam 6 petang.Masa kami ronda kebanyakkan perniaga sudah tutup kedai.Kami Putuskan untuk datang esok sahaja.

Kami juga ronda sekitar kawasan pasar Atas.Serius best kalau nak shopping kat sini.Ada pelbagai kedai dalam pasar Atas.Aku rasa satu hari belum tentu habis nak ronda.Waktu suidah senja time kami cari tempat makan.Bila jalan-jalan disini sila jaga keselamatan beg anda.Disini ada penyeluk saku.

Suka Sangat
KFC n Kami 

KFC dan Gelas Biru


Kami dinner di KFC sahaja.Tapi KFC disini berlainan dengan di Tanah Melayu.Disebabkan malas nak cari tempat makan lain kami pasrah dengan apa yang ada.Serius KFC Tanah Melayu lagi sedap.Pizza hut pun ada kat sini tapi tak tahu apa rasa.Kalau anda jenis yang tidak kisah boleh saja beli makanan yang dijual ditepi  jalan.Peniaga yang menggunakan kereta sorong  sangat banyak.Ada banyak makanan yang dijual antaranya sate padang,burger sup dan banyak lagi.Tapi kami jenis yang memilih sikit so hanya cium bau dan pandang sahaja.Harga KFC aku sudah lupa.

Kami n Kereta Ronda Berhias





Selesai makan malam kami ronda lagi ke Plaza Bukit Tinggi.Dalam Plaza ni banyak lot kedai jual pakaian dan tempat permainan.Tapi tak best sangat plaza ni.Kawasan jam gadang bertambah meriah menjelang malam.

Disebabkan dah tak tahu nak buat apa kami putuskan untuk naik kereta ronda.Serius aku rasa legend sangat.Duduk pun himpit himpit.Kereta ronda akan ronda sekitar Bukit Tinggi.Harganya Rp2000/person.Sedang enak menikmati pemandangan malam Bukit Tinggi tetiba budak kat belakang aku pulak menangis.Stress.Maknya pun kalau dah tahu anak tu takut tak payah naik.Duk diam diam kat umah.Habis je aktiviti ni kitaorang balik hotel untuk tidur.Tak sabar nak tunggu esok.Good Night.zzzzzzzzzzzzzz 
                                                          
Tambang Kereta berhiasa = Rp2000 = RM0.70/person


Untuk seterusnya aku nak sambung cerita Hari ke-2. 



LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...