Hotel Indria
Aku sarangkan sebelum anda kemana mana tempat sila survey dulu beberapa hotel.Aku memang jenis yang cerewet bab bab nak pilih hotel.Bukan apa aku jenis suka tempat yang selesa kita nak pergi bercuti nak releks nak tenang dan bagaian nak lagi pada aku tentu aku nak yang bagus.Aku jenis yang tanya bilik air hotel tu macam mana.Aku pun tak tahu kenapa setiap kali nak booking hotel bilik air yang aku check dulu.
Sampai sahaja diBukit Tinggi kami mula memikirkan mana hotel yang kami akan bermalam. Walaupun ada beberapa senarai hotel yang aku dah list tapi kami mahu yang berdekatan dengan pusat kota.Syukur pemandu kami membawa kami ke sebuah hotel yang betul berdekatan dengan pasar atas iaitu Indria Hotel.
Dibawah ni aku kasi link supaya korang boleh tengok lain lain hotel yang ada dikawasan kota Bukit Tinggi.Lain-lain info tentang Bukit Tinggi pun ada juga dalam page ini.Sila layari
Nama Hotel |
Kami ke ruang reception hotel tersebut.Seorang amoi cantik sedang tersenyum menyambut kedatangan kami.Kawan aku mulakan sesi soal siatat harga bilik.Sebelum setuju untuk mengmabil bilik tersebut kami lihat dulu keadaan bilik tersebut.Aku apa lagi tempat pertama aku tengok tentulah bilik air dia dan air paipnya laju atau tidak.Pantang betul aku kalau hotel ke chalet ke kalau airnya ciput je.Setelah berpuasa hati dengan bilik tersebut kami setuju untuk menginap disitu sahaja.Setelah membuat full payment kami mula punggah semua barang.Dapat kati kami semau terlentang kepenatan.Segala urat badan lenguh dan penat.Mata pula mengantuk yang amat.Syukur hal bilik sudah selesai.
Kadar Bayaran
- 3mlm/1 BILIK = Rp1,050,000.00 = RM336.00 ( Termasuk Sarapan pagi)
-Sarapan pagi dihotel hanya Teh dan Roti sahaja
-Kami pilih bilik takde Hilter save budget
Ciri-ciri bilik Aku ambil
- Tv ada tapi ada 1chanel saja ada,kira ok sebab tak tengok sangat.
- Ada Kipas meja 1
- Katil 1 queen 1 single + 1single tilam
- Plug untuk sambung apa apa barang electronik terutama handphone yang susah skit.Disini rata rata pakai socket bulat yang 2 pin.
- Takde hilter air memang sejuk sangat,tapi best balik dari shopping badan penat kena air gunung terus segar.
- Bilik air bersih/Towel n sabun mandi disediakan,tapi aku suggest bawak sendiri bagus.
Andai kesini lagi aku akan pilih hotel ini untuk menginap.Walau bukan 5 bintang tapi aku puas hati.
Alamat Hotel
Tel:(62-752) 21569
Jl. H. Agus Salim No. 1 Bukittinggi (Berdekatan Jam Gadang)
Lobi Hotel Bersih |
Luar Hotel |
No comments:
Post a Comment