Thursday, June 26, 2014

TUDUNG YANG SATU

Pepagi aku buka FB cam biasa tengok tengok new terbaru.Kekadang aku muak bila ramai sangat yang persoalkan  dengan Tudung yang 1 ini.Dan hari ini tajuknya "tunjuk 3 bulan slip gaji sebelum masuk Butik Fareeda".Bunyinya agak kelakar setakat nak beli tudung takkan nak kena tunjuk slip gaji.Berapa sen sangat harga tudung tu.Nampak sangat orang yang buat tajuk ini fitnah semata mata atau dalam erti kata lain tujuan nak jatuhkan orang lain Aku masuk butik Prada pun tak payah tunjuk slip gaji inikan nak masuk butik cheap skit macam tu nak kena tunjuk slip gaji memang "what the fuck" la.Kepada yang sebarkan fitnah tersebut come on la please move on.Jangan sempitkan fikiran anda.Dengki tu tak bagus.Kalau nak berjaya usaha jangan busuk hati.

Ramai yang cakap tudung yang 1 satu ni potongannya tidak menutup Aurat.Kerana isu ini 1 kerja pula pihak pengeluar nak bagi penjelasan pada orang ramai.aku pun pernah terbaca beberapa pengomen yang bagi komen tentang tudung ini yang tak mengikut syariat.Aku sempat la stalker mereka mereka yang bagi komen komen fefeling ustazah ni.

Yang tukang bagi komen ni bila aku stalker fb mereka cara pakaian mereka takdela ikut syariat sangat.Pakai baju pun ketat walau badan macam "Tong Sampah DBKL".Pakai seluar pun ketat sampai nampak "Cipap yang macam Roti Mama yang yang baru masak".Kalau nak ikut syariat cuba ubah diri tu dulu tak perlu nak komen komen kekonon diri tu sesuci lebaran.

Moral of the story aku cuma nak cakap jangan suka berdengki.Rezeki tu milik dia Tuhan dah bagi pada dia kenapa nak berdengki.Sikap orang Melayu yang paling aku bengci suka berdengki bila lihat kesenangan orang lain.MOVE ON MOVE ON sila buang sifat kono itu.

Note:Aku bukan peminat tegar tudung tersebut cuma aku pernah beli beberapa helai.Aku cuma kesian bila ada orang nak jatuhkan orang Melayu.






Monday, June 16, 2014

EXPENSES TRIP TO HONGKONG & MACAU

07/03/2014(JUMAAT)

Awal pagi lagi aku bangun sebab teruja nak balik Mesia.Padahal baru je seminggu tinggal Mesia.Bukan apa perut aku dah rindukan segala makanan Mesia.Aku memang plaan nak check out awal.jam8.00 pagi aku dah check out.Letak kunci dan ambil balik duit deposit untuk Kunci HKD100.Sedih la sikit sebab nak balik.Tapi apapun aku akan datang lagi.

*Keluar saja dari Mirandor Mansion terus aku pergi cari pit stop A21
*Pit Stop untuk ke Airport betul betul berhadapan Standard Chartered dekat saja dengan Mirador Mansion
*Tunggu bas kejap je dalam 10 minit bas sampai.Naik bas Touch saje Octopus Card HKD33 = RM14.20
*Sampai Airport aku turun kat Terminal 2(Air Asia) sape naik Mas(Terminal 1)

Flight aku jam 1.15 tengahari.Tapi saja datang awal sebab aku tak nak kelam kabut.Tepat jam 1.15 aku kapal bawak aku terbang tinggalkan bumi Hongkong.tepat jam 4.15 aku selamat tiba di LCCT.

--------------- "sekian sahaja kembara solo pertama aku ke bumi Hong Kong"-----------------------------

 Berhabuk dah cite ni sebenarnya.

ANGGARAN KASAR BELANJA NAK KE HONGKONG.YANG OCTOPUS CARD SILA TOPUP BANYAK SIKIT.YANG AKU ISI AMOUNT TU SEKADAR ESTIMATE SAHAJA.

Disini aku akan show expenses harga untuk trip ke Hong Kong & Macau (
Nak refer pic atas pun boleh nak refer list kat bawah pun boleh)




  HKD           RM
Hotel
COSMIC GUEST HOUSE (6 Day 5Night) (HKD 900/ RM378) - Deposit       260.00       115.00
      260.00       115.00
Flight
* One way (exclude laguge) Kuala Lumpur ----> Hong Kong       169.00
* One way (exclude laguge) Hong Kong ----> Kuala Lumpur       350.00
 Total       519.00






2/3/2014 (Ahad) KL -----> Hong Kong

(1) KTM KOMUTER (KEPONG ----> KL CENTRAL)          1.40
(2) Bus (KL Central -----> LCCT)         10.00
(3) Bekalan makanan         50.00
Bus from Hongkong International Airpot -----> Guest House(Hotel)         33.00         14.20
Top up Octopus Card        50.00         21.40
Sim Card Hong Kong        68.00         29.10
Balance Hotel  ( hkd640 + hkd100 (key deposit))       740.00       316.70
 Total       891.00       442.80

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


       HKD         RM
3/3/2014 (Isnin) Hong Kong -----> Macau
(1)Tiket Ferry Cotai Water Jet  (Hong Kong -----> Macau)       160.00        68.50
(2)Tiket Ferry Cotai Water Jet (Macau -----> Hong Kong)       185.00        79.20
(3)Shopping       632.00      270.50
Total     977.00     418.20





------------------------------------------------------------------------------------------------------------


4/3/2014 (Selasa) 
       HKD          RM
DisneyLand Ticket       395.00       169.06
Shopping        90.00         38.50
Sub Total      485.00       207.56
MTR 
(1)Tsim Tsa Tsui ---> Mongkok          4.90          2.10
(2)Mongkok -------> DisneyLand         18.30          7.85
(3)DisneyLand -----> Tsim Tsha Tsui         18.30          7.85
Sub Total         41.50        17.80
Total       526.50       225.36





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




5/3/2014 (Rabu) 
       HKD        RM
Ocean Park Ticket       270.00       115.56
Tambang Bas Ocean Park (Return)         21.20         10.00
 Total       291.20       125.56
balik dari Ocean Park --------->CityGate Outlet.Tambang MTR lupa berapa dollar.Aku just Touch n Go.
NOTE: Expenses yang aku buat sampai hari Rabu sahaja.Sebab lagi 2 hari (06/03/14-07/03/14) adalah hari pengunaan Octopus Card sepenuhnya.Aku takde masuk dah mana mana lain tempat kat hongkong melainkan shopping semata-mata.Sila refer story hari ke 5.Sebab tu aku advise topup Octopus paling kurang HKD300.Waktu balik Mesia duit aku ada lagi balance HKD280.



Thursday, June 12, 2014

BERCUTI KE HONG KONG (SOGO,TIMES SQUARE,LADIES MARKET) - PART 7

06/03/2014(Khamis)

Hampir 2 bulan berlalu,kemalasan nak menulis dan kesibukkan kerja dan segalai bagai kesibukkan.Internary aku hari ini adalah jelajah semau tempat tempat shopping popoular yang ada kat Hong Kong.Antara tempat yang aku pergi adalah:
  1.  Sogo
  2. Times Square
  3. Habour City
  4. Avenue Of Star dan sekitrnya
  5. Kedai Jual Perfume murah(Cameron Road) - Kaki perfume cam aku digalakkan pergi sebab memang murah dan ori.
  6. Semua kedai kedai yang ada di sekitar Tsim Tsha Tsui
Hari ini aku bangun awal macam biasa,Lepas sarapan jam 8.30 pagi aku dah keluar untuk jalan-jalan.Tempat pertama aku pergi adalah Avenue Of Star.Kagum tak pepagi buta dah ketepi laut.Nak ke Avenue of Star takde jauh mana dengan hotel yang aku duduk jalan kaki dalam 10minit gitu.

How to Get Aveneu of Star from Mirandor Mansion
  1. Keluar dari hotel jalan ke sebelah kiri,jalan sahaja terus ke depan sampai jumpa "SHERATON HOTEL" disebelah kiri.
  2. Sampai ke Sheraton Hotel akan jumpa "Jalan underground",ikut saja jalan underground tersebut dan "EXIT J2".Bawah Sheraton Hotel ni ada sogo tapi masa aku lalu sogo dah ditutup."EXIT J2" akan jumpa Avenue of Star.
 Pic:(1 & 2 & 3 )Guna saja subway untuk access tempat tempat yang di tunjukkan dalam pic tersebut
      
 Masa aku sampai di kawasan Avenue of Star ni ingatkan takde orang rupanya ramai sudah pelancong pelancong yang dah siap duk bergambar sakan.Waktu ni juga ada kerja kerja construction kat tepi laut ni.Keadaan agak berserabut di tambah angin yang agat kuat.Hujan renyai renyai mula turun.Ingat nak duk fefeling tepi laut tapi nampaknya rancangan tu terpaksa dibatalkan sebab aku tak tahan dengan cuaca dan angin yang kuat.Tapi sempat jugalah aku bergambar and thank to random girl yang tolong aku snap pic. Selesai semau kat Avenue of Star aku pun jejalan sekitar kawasan tersebut.Sebenarnya banyak tempat yang boleh dilawat sekitar Avenue of Star ni.Tapi disebabkan masa waktu itu masih diawal pagi masih ada beberapa tempat yang belum dibuka.Waktu malam akan ada pertunjukkan "SYMPHONY OF LIGHT" di Avenur of Star so silalah pergi.  

tepi laut yang sangat sejuk
nasib takde orang waktu ni
clock tower
museum of art
macam real
Heritage 1881



hadapan Heritage 1881
MERIAM BESI
TEMBAK

KEDAI PERFUME MURAH TU YANG SIGNBOARD WAR NA ORANGE SEBELAH KEDAI JAM.KEDAI PERFUME NI TERLETAK DI CAMERON ROAD.CAMERON ROAD BERDEPAN DENGAN MASJID BESAR KOWLOON
HOW TO CARI KEDAI PERFUME MURAH

  • dari Mirador Mansion pergi ke Cameron Road
  • Cameron Road berdepan dengan Masjid Besar Kowloon
  • Jalan terus sampai jumpa traffic light,lintas dahn nampak signboard warna kuning tu
Sebelum beli aku buat survey kat beberapa kedai yang ada kat sekitar tu tapi nampaknya kedai ini memang murah.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SOGO,TIMES SQUARE,LADIES MARKET

Dah habis rehat kat bilik kejap aku sambung ke destinasi tempat shopping popular kat Hong Kong pula iaitu SOGO,TIMES SQUARE dan LADIES MARKET.

How to pergi Sogo & Times Square

  • Dari Tsim Tsha Tsui ke Sogo dan Times Square naik MTR Tsim Tsha Tsui Station dan Turun di MTR Admiralty satation untuk buat pertukaran line ke Chaiwan dan turun di MTR Causewaybay Station.
  • Dah turun Causewaybay Station sila exit B
Disebabkan aku suka sangat pergi Sogo aku tak lepas peluang untuk ke Sogo Hong Kong.Macam mana ramainya orang kat Sogo kl macam tu juga kat Sogo Hong Kong.Punyalah besar Sogo ini penat aku jalan dari floor ke floor.Aku jalan jalan sampai nak patah kaki.Dah habis ronda semua aku pun balik ke hotel,kaki sudah penat.Malas tu pula sesi pack barang esoknya nak balik.

*sogo ngan Times Square tak jauh jadi aku jalan kaki sahaja.

HOW TO CARI LADIES MARKET

Disebabkan aku dari Causewaybay maka aku akan terus ke Mongkok sebab nak ke Ladies Market

  • Dari MTR Causeway Bay turun di Admiralty Station
  • Admiralty Station naik train ke laluan Tseun Wan nak turun di Mongkok Station
  • Dah turun Mongkon Station cari EXIT E2
  • DARI EXIT E2 jalan terus dan jumpa gerai gerai yang jual barangan perempuan tu adalah Ladies Market
----------------------------------------LAYAN PIC SAJO --------------------------------------------
  

 
FOREVER 21 NI SANGATLAH BESAR PENAT AKU JAJAH SEMUA FLOR
PALING AKU SUKA LANE CRAWFORD SEBAB BAWAH NI SEMUA JUAL COSMETIC
TIMES SQUARE
NI ADALAH LALUAN KE TIMES SQUARE.LALU
TADAAAAAA SAMPAI TIMES SQUARE

Sunday, June 8, 2014

BERCUTI KE HONG KONG - PART 6 - OCEAN PARK

5/03/2014 - RABU - Ocean Park

Hampir 2 bulan balik dari HongKong tapi mood nak updates malas sebab sibuk ngan kerja,balik kerja dah penat hari minggu pulak sibuk buat benda lain.

Itenary
  1. Ocean Park
  2. CityGate Outlet - Tung Chung
  3. balik Guest House  - Jalan jalan sekitar Guest House (Mirador Mansion)
Pagi ini aku bangun pagi dengan mood yang kurang baik sedikit,sebab bila aku bangun aku nak keluar pergi ambil air panas baru aku perasan yang aku tak kunci pintu bilik waktu tidur semalam.Mahunya aku termenung sekejap.Aku tak tahu kenapa aku begitu cuai sangat malam itu.

Hari ini aku ke Ocean Park.Salah satu tempat wajid yang orang akan pergi bila ke HongKong.Dibuka sejak zaman 70-an kalau tak silap aku.Kalau dah nama Ocean haruslah konsep tempat tersebut more to laut atau dalam bahasa mudah taman tema berkonsepkan laut.Awal pagi aku bangun sebab nak bertolak awal dan boleh masuk cepat.Tiket aku sudah beli awal di Ding Ding Travel so tak perlu nak beratur beli tiket lagi.

How To get Ocean From Tsim Tsha Tsui
  1. Dari Tsim Tsha Tsui MTR Station turun di Admiralty MTR Station
  2. di Admiralty MTR Station keleuar melalui "EXIT B2"
  3. Sudah "EXIT B2" akan jumpa sign ke  Bas Station untuk ke OCEAN PARK
  4. Sudah jumpa bus station ambil bus No.629 ke Ocean Park
Waktu aku sampai di bas station bas sudah mahu jalan jalan aku pun buat larian pecut,tapi jujur aku cakap masa kat HongKong aku memang banyak lari sebab nak kejar train,sebab orang orang disini semau pantas pantas jalan cepat cepat nak tengok diorang jalan fefeling terhegeh hegeh memang non-ado.Di bas station ini juga terdapat kaunter  untuk beli tiket masuk Ocean Park tapi memandangkan aku ter over awal makanya kaunter tersebut masih belum dibuka.Tapi jika tertinggal bas jangan risau kerana kekerapan bas ke Ocean Park sangatlah terbaik iaitu 10 - 15 minit aku suka dan aku bagi 5 bintang.

Tiket Masuk ke Ocean park : HKD270

Jika naik bas sila sediakan duit tambang cukup-cukup atau guna octopus card lagi bagus just touch n go.Aku guna Octopus card sahaja dengan bayaran sehala HKD10.60
 
Perjalanan dalam 30 minit based on traffic.Tapi pagi itu traffic sangat sangat baik.Aku sampai di Ocean Park jam 9pagi.Betapa excited nak pergi ocean park.Masa tu dah ada ramai student yang tunggu pintu utama dibuka.Sebelum tu sila ambil Map dan sesi bergambar.Pada yang belum beli tiket lagi boleh beli dikaunter pintu masuk.

Note:Ocean Park juga ada tiket untuk waktu malam dan tiket tersebut hendaklah dibeli berasingan.Harga aku tak tahu berapa ringgit.Sebab apa yang aku tahu waktu malam akan ada acara istimewa pada waktu malam di Ocean Park.

Ocean Park Zone
  1. Aqua City
  2. Old HongKong Games Zone
  3. Amazing Asian Animals
  4. Whiskers Habour
  5. Thrill Mountain
  6. Polar Adventure
  7. Rainforest
  8. Adventure Land
  9. Marine World
Pintu sudah buka semua sila beratur untuk untuk check in tiket.Macam biasa masuk sahaja aku snap pic dulu nak masuk kedai sourvenir untuk lihat lihat apa yang murah dan boleh dibeli.

Nak naik ke bahagian atas boleh guna 2 cara iaitu guna trai atau guna cable car.Aku guna Cable car dan Train.Naik dengan Cable Car turun dengan train.

Cable Car 

Cable car station terletak berdekat Old Hongkong Zone.Masa ni dah ramai yang berpusu-pusu beratur nak naik cable car tapi jangan risau cable car sini banyak dan tak perlu tunggu lama.Pengalaman naik cable car di Ocean park ni pada aku lain sikit dia punya feel,mungkin sebab melalui lereng bukit dan tepi laut agaknya,tapi serius memang best tapi aku duk diam je dan tak ambik walau sekeping pic pun masa dalam cable car.Lagi pun aku cemas tiap kali naik cable car dan aku jenis yang akan duduk diam je.Sila rasai pengalaman ini yang pasti sangat best.

Bila dah di The Summit zone cuaca semakin sejuk maklumlah tepi laut dan atas bukit lagi,mahu mengigil aku.Yang paling seronok dari atas sini boleh melihat ke indahan Laut Chine Selatan ditambah lagi boleh tengok kapal kapal dagang yang keluar masuk di perairan HongKong mahu tak best.Setiap masa aku bergambar.Tapi jika datang waktu musim panas mungkin view yang boleh korang nampak lebih cantik berbanding waktu spring.

Masa kat atas ni paling aku suka mengadap South Chine Sea sambil layang lagu Elegance Of Peaceable memang feling habis.

Train

Train yang terdapat disini sangat la cantik.Tapi aku lupa nak snap pic sebab dalam tarain ni agak suram  cahayanya,maklumla train ni kan melalui bukit yang telah ditebuk.Tapi masa kat dalam train memang tak rasa langsung yang train ini sedang turun ke bawah sebab tau tau sahaja sudah sampai ke bawah

Permainan

Game yang ada di Ocean Park lebih extrem berbanding di Disneyland.Paling aku suka tentulah roller Coasternya.Ada yang biasa dan ada yang luar biasa.Paling best main yang ditepi laut.Tapi waktu ada juga yang ditutup kerana under maintenance.Time waktu pagi memang tak ramai orang jadi setiap game yang aku main memang tak perlu nak beratur panjang, dan antara yang best adalah:
  • Arctic Blast - Macam roller coaster juga.Kelajuannya hanya minimum.
  • The rapid - Yang ini mesti pakai baju hujan sebab main dalam air
  • ferris wheel - buaian pusing besar tapi pusing slow je 
  • The Dragon - paling aku suka roller coaster tepi laut lagu dan agak scary,sebab bila aku cite kat kawan kawan aku yang aku main benda ni diaorng tanya aku tak takut ke jatuh dalam laut? aku ketawa je sebab sebelum naik benda the dragon aku dah fikir dah kalau tercampak kompen masuk laut.
  • The Abyss - kalau sesiapa pernah naik space shot di genting macam itulah juga feling aku nak benda ni.
  • Hair Raise - masa ni under maintenance.sayang tak dapat naik
  • The Flash - Naik benda ni pening skit lepas turun sebab masa kat atas benda ni akan pusing sana sini aku lepas naik benda ni terpaksa rest dalam 15 minit hilangkan pening
  • Whirly Bird - buaian yang lebih kiuarang sama macam kat genting.Best juga
  • Space Wheel - permainan paling aku tak faham masuk dalalm roda pastu pusing pusing tapi apa boleh  buat selagi boleh main aku main la
  • Raging River - Sila sedia baju hujan juga sebab main dalam air
  • Main Train - memang best dan tak laju sangat tapi dia punya rail memang terpusing pusing dan paling best haruslah tepi laut.
  • The Eagle - ini lagi satu aku tak faham apa motif game ni.Yang aku tahu masa naik duduk dalam sangar pastu pusing pusing kat atas
  • Ocean Park Tower - Yaang ini perlu mesti dan wajid naik bila sampai ocean park.Viem yang sangat cantik aku boleh lihat bila dah sampai ke puncak.Tapi yang tak tahan nak kena beratur panjang sebab ramai orang.Benda famous haruslah ramai yang berkenan.
  • Crazy Galleon - game ni just duduk dalam perahu @ sampan besar.Pastu sampan besar ni akan buai buai.Best sebab permainan relax minda bagi aku.

Apa yang aku boleh katakan rata-rata game disini yang best semua terletak di lereng bukit dan tepi laut.Kalau rasa tak kuat semangat jangan main,kalau nak main sangat fikir dulu puas puas sebab memula tengok game yang ada kat sini memang aku pun scary,tapi gedik punya pasal naik sajalah.datang jauh dari Malaysia takkan tak nak naik betul ke tidak

Cafe

Dalam Ocean Park juga ada disediakan cafe untuk makan dan rehat.Aku macam biasa bawak bekal siap-siap sebab nak jimat punya hal.Harga makanan yang ada disini juga mahal.

Ocean Park From My Opinion & My Experiance

Bila dah semakin petang orang semakin ramai.Rata rata mereka datang dari tanah besar Cina,sebab aku tengok mereka semua datang melalui group yang besar.Yang paling aku hangin mereka semua tak berdisiplin terjerit jerit macam orang gila.Kalau kat kampung aku panggil CINA BUKIT @ Cina Kampung.Yang paling aku hangin bila waktu nak turun ke bawah dengan train mereka siap tolak tolak lagi aku dengan Tiada hati dan perasaan tolak la mereka balik.Dengan bangsa diorang tak perlu nak berlemah lembut  sebab cara diorang memang kasar so aku balas la kasar.Even dengan makcik tua yang ada masa tu pun aku tolak sajo,sebab selfish sangat penting di waktu ini.

Waktu waktu dah semakin petang aku just jalan jalan di bahagian bawah pula.Ramai juga yang sudah beransur pulang mungkin kurang selesa dengan ketibaan pelancong dari China yang bising dan kurang berdislin.Lebih kurang jam 5 petang aku pun keluar dari Ocean park dan terus menuju ke CityGate Outlet di Tung Chung.Yang pastu kedatangan aku kat Ocean Park ni memang best.

Dah puas main jom kita cuci mata sambil shopping skit kat CITYGATE Outlet.

How to get CITYGATE OUTLET from Admiralty MTR station


  1. From Admiralty MTR Station turun di Lai King MTR Station
  2. Lai King MTR station tukar ke Tung Chung Line dan turun di Tung Chung MTR station
  3. Terus ke  "Exit B" dan CITYGATE bebetul depan mata
Keluar sahaja nampak CityGate tersergam depan mata,suka suka suka sangat sebab nak shopping.Orang makin ramai time tu mungkin sebab waktu orang habis bekerja.Dalam citygate ni ada macam macam outlet,paling aku suka outlet Adidas yang sangat besar.Boleh dikatakan outlet barangan sport waktu ni memang ada sale sangat rambang mata sebab harga pun murah jika nak dibandingkan kat Malaysia.Barang barang yang ada dioutlet citygate ni kebanyakkan barang yang outdated punya design tapi bukan lama outdated pun cuma beberapa bulan saja.Aku sempat shopping barang barang skit dekat sini.Lebih kurang jam 8 malam aku pun beredar untuk pulang ke hotel.

SILA LAYANG GAMBAR DI BAWAH .GAMBAR GAMBAR INI AGAK BERTERABUR SEBAB MALAS NAK SUSUN.ENTRY YANG BERHABUK BARU NAK POS SEBAB KEKANGAN MASA.

TANGGA TANGGAAN




SOUVE 
COMEL
SAKAN KO BERGAYA
POSE POSE SENDU
KO DAH KENAPA GEMUK
OLD HONG KONG KATANYA

WELCOME

PORT PALING AKU SUKA 

SHOW YANG SENDU
PORT BEST LAYAN PERASAAN
ko makan apa kak ?????
ko suka naik benda tu aku pun suka
NAK MAKAN KE TIDAK NI "KALAU MAKAN BUAT TAIK GIGI JE LA"
MANDI SAMPAI BASAH
KOSONG KOSONG
PALING AKU SUKA VIEW KAT BELAKANG (SCS)
PIC SENDU

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...