Thursday, November 20, 2014

Autumn Trip Japan 2014 - Solo Travel - Korankei Valley - Nagoya

04/11/2014 (selasa)

Pagi tu aku bangun 5.30 pagi !

terkejut bangun je tengok hari dah cerah matahari dah naik kelam kabut aku ingatkan dah lambat.Sekali tengok tuh dia 5.30pagi

sebelum  tu aku check out sebab malam nanti aku overnight kat Takayama.

Aku tinggal anak gajah kat hostel sebab esoknya aku check in lagi kat hostel Ann.Aku bawak anak ayam je.

cuaca pagi itu sangat baik.Matahari memancar tapi nyaman.


DESTINASI CINTA PERTAMA - KORANKEI VALLEY


Korankei (香嵐渓, Kōrankei) is a valley near Nagoya reputed to be one of the best spots for autumn colors in the Chubu Region. Shaping the valley is the 254 meter tall Mount Iimori, on which Kojakuji Temple stands. In the 17th century, the head priest of Kojakuji planted some maple trees along the temple approach, prompting many locals to do the same in the area. Today, visitors to Korankei can see the fruits of these past efforts, in the form of excellent autumn scenery that peak around mid to late November each year. (copy paste JAPAN GUIDE)

Korankei Valley sangat popular di musim luruh.Sebenarnya kalau datang penhujung bulan Nov daun daun kat sini akan bertukar ke warna yang lebih cantik.

Jalan nak korankei kalau hujung bulan nov selalunya sesak.Masa aku sampai ni kan awal nov jadi orang pun tak berapa nak ramai.

HOW TO GETTING KORANKEY VALLEY FROM NAGOYA (KANAYAMA STATION)
  1. Dari Kanayama Station naik Mitetsu Line dan get off Higashi Okazaki Station(35 minit) - 660 YEN/WAY
  2. Sampai Higashi Okazaki Station naik Mitetsu Bas (Asuke)  dan get off Korankei bus stop (45 minit) - 800 YEN/WAY
  3. Sampai Korankei bus stop cari sendiri la jalan masuk korankei valley tu tak jauh pun.

Masa kat Kanayama station aku tak tahu dan tak reti nak guna machine so aku mintak tolong dengan uncle cleaner yang kerja kat situ.Thank uncle !

dekat jepun ni tak susah kalau diorang nampak korang termanggu manggu bengong mesti diorang tanya kenapa sebab diorang berbesar hati nak tolong.

Dapat tiket terus ke platform tanya orang lagi nak ke Higashi Okazaki station,and ada guy yang siap bagi tahu aku suruh naik train sama dengan dia.

Masa sampai di Higashi Okazaki station dia pun suruh aku turun.

Senang dan mudah kerja aku kan ?

Sampai tu aku cari pula bus station.Jumpa bus tanya makcik kaunter tu bus mana nak ke Korankei pastu dia cakap naik bus NO.8 dan tunggu kat platform no.4

lama jugak aku tunggu dalam 30 minit bas sampai.Nampak bus terus naik.Laluan ke Korankei ni jalannya sempit tapi view agak cantik.

Dalam bas aku layan perasaan tak lama bas stop di Korankei bus stop.Bayar tambang bus 800 yen/way

Aku tanya kakak jaga parking jalan nak masuk ke Korankei Valley dia pun tunjuk jalan lalu celah rumah orang.

Aku pun jalan sampai TADAAAAAAA

WAKTU AKU SAMPAI ORANG TAK BERAPA NAK ADA LAGI TAPI GERAI ADA YANG DAH BUKAK


View yang aku suka rasa tenang dan damai.Waktu aku sampai orang masih tak berapa ramai.

Ayuh pose pose sendu

MAPLE YANG TAK BERAPA NAK MERAH


AIR CANTIK RASA MACAM NAK MANDI JE


JAMBATAN YANG POPULAR KAT SINI Taigetsukyo Bridge


Jalan jalan sambil usha usha orang.

Jalan jalan sambil insaf diri hahaahhahah

jalan jalan jumpa pokok ginko yang tak berapa nak matang.Tapi cantik aku suka sebab daun ginko seakan duit syiling.


AKU SUKA  2 COLOUR 


Jalan jalan sambil nikmati suasana yang takde kat Malaysia

jalan jalan pahtu penat aku rehat jap tepi sungai.

Makan jeruk yang aku beli kat Penang

Tabur tabur skit dalam sungai kasi ikan makan

Rasakan Jeruk Buah Pala Dari Penang,Malaysia - Halal

JERNIH 

Puas termenun tepi sungai aku jalan jalan lagi.Jalan sampai hujung aku pun patah balik

hujung hujung macam takde orang takut aku, mana tau ada rimau ke beruang ke

Masa makan dah sampai.Semua gerai yang ada di korankei penuh dengan manusia.Tapi semua kedai non-halal
SANGAT WINK UNTUK LEPAK 

aku cium bau je la

aku suka suasana gerai makan kat sini gerai makan style traditional best dapat lepak lepak sambil main dam haji dan daun hahahahahk


BANGKU TU AKU LEPAK SITU

LALUAN 

ramai jugak orang tua tua jepun yang habiskan masa berjalan.Aku rasa mereka ni gigih ada yang bertongkat ada yang bekerusi roda semua jenis ada.

Adakah selalu makan sushi membuatkan mereka kuat ???

ayuh layan pic sendu yang aku snap

RESTORAN HUJUNG HUJUNG DAH 


hampir 3 jam aku kat sini aku pun cabut sebab orang pun makin ramai.Aku ada misi lagi yang nak diteruskan.Bunyi cam nak gi berperang

JAMBATAN HUJUNG HUJUNG

AKU TABUR JERUK KAT SINI
aku nak ke Takayama sebenarnya.Malam nanti tidur sana

Masa nak balik phone aku pulak habis batery so aku dengan muka tak malunya pergi kedai makcik tepi jalan aku cakap kat makcik tu

"boleh saya tumpang charge phone?

memula dia macam tak faham sebab dia ingat aku ingat aku nak pinjam cable lepas puas cubaan sesi faham memahami baru dia tahu aku nak pinjam electrik je pun.

Makcik tu baik hati kasi aku charge phone kat dalam kedai dia.Membantu sungguh orang jepun ni.

Tiada pujian untuk orang Malaysia!!!

Aku charge kejap je asal hidup ,dalam 15 minit pastu aku pun cabut lepas ucap hait hait

SEPI

Gembira lepas dapat charge phone,tapi sebelum tu aku jalan jalan skit lagi tengok kedai kedai jual barang,bila dah rasa macam takde apa aku pun pergi tunggu bas.

SEKIAN CERITA KORANKEI......................................................................................................

Tempat tunggu bas depan kedai apa ntah aku pun tak perasan.Tapi yang aku ingat depan bus stop ada vending machine.

Masa aku tunggu adalah 2 group siam mari duk tunggu bus sama.

Bas sampai memang ontime.Jangan lupa kat sini ada 2 jenis bus lalu Mitetsu dan Toyota,aku nik mitetsu bus.Time ni dah kul2 petang.

Bila dah naik bus baru rasa lega.Layan view masa dalam bus.Nak layan mata tak berapa nak boleh sebab siam mari tu bising.

dalam 40 minit bus tiba di satation higashi okazaki.Sampai sini kena naik train balik ke nagoya.Dalam 40 minit sampai nagoya.

Sampai Nagoya aku kena naik train ke Takayama.


bye bye Korankei see you next year ..........................................


POKOK SENGET KE TANGAN AKU YANG SENGET

GUGUR DAH


AUTUMN
MAPLE YANG TAK NAMPAK

4 comments:

  1. mmg betul..org Jepun ni mmg helpfull...tapi senang pulak dorang faham apa yg kita nk eh..dorang faham ke waktu C tanya tu

    View sangat cantik kat sini...JM dh bookmark entri ni mana tahu ada peluang ke Nagoya pulak...tapi itulah..masih x de kekuatan nk travel sorang..nk travel berdua pulak x partner yg sporting dan serasi

    Apa?..cam salah dgr ye...see u next year hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjuk gambar la baru faham kalau pakai mulut je haram la diorang nak faham.

      Try la travel sorang JM

      apa??? next year mungkin kot sebab nak gi naik tateyama rasanya summer baru best kot.Tengok kewangan semasa

      Delete
  2. Lawa....ari tu ada plan nak dtg sini tp cancel...emmm next year? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa ke ? aku rasa hujung nov lagi lawa masa ni daun pun tak berapa nak kuning sgt.Next year ??? good good

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...