Thursday, November 27, 2014

JAPAN - TOKYO - HARAJUKU

6/11/2014 - KHAMIS

yesssss sampai juga akhirnya aku ke TOKYO !

Sampai tokyo station aku terus ambik JR LINE  ke Nakano station.

Aku booking hostel kat Nakano ---------------> YADOYA

*Hostel ni dari JR Nakono station dalam 5 minit jalan kaki.

Misi mencari hostel ni tak susah cuma sign dia kecik je.Aku memula tu terlajak pastu tanya sorang mamat ni dia bawak aku sampai muka pintu.

Sampai aku check in je tapi tak boleh masuk bilik sebab jam 2 baru ready.Tinggal je beg kat situ aku pun merayau

Kaki sakit sebenarnya.Tapi kena gigih

Aku macam takde fix ite sangat hari tu sebenarnya.Tapi plan nak ronda tokyo town je.

Fikir fikir aku pun sampai
HARAJUKU 

CC gembira bila sampai sini.


Ayuh jalan jalan

COLOUR OF MY LIFE
Nak jalan pun tak berapa best sebab kaki aku sakit.Tapi teruja bila sampai sini sebab banyak kedai dan ramai orang

Aku kan tak boleh tengok orang ramai terus rasa gembira.

Aku jalan pastu duduk duduk jap sebab kaki sakit.

Lepas tu aku rasa aku kena beli kasut baru sebab kasut yang aku pakai ni buat kaki aku sakit.

Sory kasut walau ko berjenama ko tak membantu aku.

Pastu aku bukak kasut tengok tengok jari kaki aku berdarah !

Manjanya kamu duhai kaki persis tuannya juga.Takpe duhai kaki demi kamu aku pakaikan kasut yang lebih bergaya dan murah sikit

so howww ! beli saja kasut baru !

Aku jalan jalan cari kedai kasut.Jumpa je tapi kasut yang biasa biasa.

Aku jalan sampai hujung nampak satu kedai,Masuk usha usha dulu la.Nampak jenama tu.Terus tak fikir panjang beli saja.Harga mahal sikit.Tapi takpe lah dari kaki aku luka berdarah aku kena pakaikan dia dengan busana yang lebih selesa.

Diakan akan bekerja untuk aku untuk perjalanan kaki puluh puluh kilometer.

Siap beli kasut aku pakai terus la.Barulah rasa selesa tapi ada sikit lagi rasa sakit.Tapi takpe abaikan.

PILIHAN - WHICH 1 ?
BELI TUTU KAT SINI



aku jalan dengan hati gembira sebab dapat pakai kasut baru

Most kedai kat sini banyak jual baju untuk winter time kan dah nak masuk winter.


CC LAGI GEMBIRA BILA NAMPAK INI

Aku usha semua kedai kat situ,Daiso dia besar,aku gembira bila tengok daiso besar

Masuk Daiso tengok tengok macam takde apa nak beli.Lama juga aku kat dalam Daiso tu.


GEMBIRA TAK
Waktu kat sini ada juga aku jumpa orang perempuan 2 orang,Maybe orang Malaysia kot.

Wakty ni ramai budak sekolah yang datang,maybe tempat ni banyak street fesyen untuk bebudak.Aku yang dah tak berapa remaja tengok tengok saje.

Dia senyum je  kat aku.Aku pun macam malas nak beramas mesra aku senyum je.Habis situ je !

Jalan lagi sampai penat !

GLAMOUR NI  TAPI CC TAK BELI PUN SEBAB CC NAK NASIKKK - TAPI BUKAN MARION WIFE SM NASA TU 

COMEL
BELILAH - PAKAI
KEDAI CREPE MARION JUGA

TALI LEHER


STYLE

Habis tawaf sini aku fikir lagi nak gi mana lagi lepas ni,nak balik hostel macam awal lagi.


SO HOW ?



No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...