Tuesday, December 30, 2014

JAPAN TRIP 2014 - KOBE

9/11/2014 - KYOTO

Tokyo ------------> Kyoto

Pagi yang suram sebab hujan.Aku kena say good bye kat Tokyo.Lepas check out semua aku menuju ke Tokyo station.
Hari ni aku nak ke Kyoto.Jauhnya perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam 30 minit naik shinkansen.

Disebabkan hari pun bermuram durja bermakna iter aku pun akan bermuram durja.Hujan macam ni aku tak suka sangat  berjalan.

Dari dalam train lagi aku cuba decide nak pergi mana.Sebab kalau ikut iter aku memang tak nak ronda kyoto pun sebab aku nak ke Kobe atau Hiroshima.
Memandangkan JR Pass aku valid lagi 2 hari makanya harus di gulai habis habisan.

Sampai kyoto station aku kena pergi infomation konter dulu.Aku nak tanya jalan nak ke J-Hoppers Kyoto --------------> refer sini j-hoppers Kyoto

Kyoto station punya besar kalah kl central.Manusia tak payah cakap ramai sungguh

Kali ni berlenggang kankung je pergi cari infomation konter.Dalam kepala masih belum decide nak pergi mana hari ini.Hujan pun lebat kat luar sana

Aku dah confirm arah nak ke hostel.Jalan kaki dalam hujan hujan ni paling aku tak suka.Jauh jugak menapak dengan beg berat.

Sampai hostel check in n ambik kunci.Nak masuk bilik tak boleh lagi sebab masa tu awal lagi.Aku lepak lepak kejap kat reception sambil borak ngan amoi yang jaga reception.

Amoi tu siap bagi aku kyoto map semua tapi aku masih tak boleh decide nak pergi mana.Beg aku tinggal je dekat reception.Aku bagi tahu amoi aku nak pinjam payung sebab hujan tak reda jugak.

Sampai Kyoto station aku usha usha infomation konter.Tadi dah pergi ni pergi lagi.Sedang aku tilik apa yang patut tetiba ada orang bagi salam.Memula aku buat bodoh je ingat orang bagi salam kat orang lain pastu aku dengan lagi sekali dia bagi salam kat sebelah aku dan bila aku toleh sebelah aku ada sorang kakak senyum kat aku.

Aku borak jap dengan kakak tu dia datang sebab kerja dan dah nak balik pun.Lepas tu aku mintak diri.

Aku menuju ke JR train tapi tak tahu nak pergi mana.Pastu bengong jap.Akhirnya KOBE

Pergi kobe naik train biasa je.Perjalanan adalah dalam 1 jam.Aku stop dekat Kobe station.Sampai kobe station aku cari pulak konter infomation.Aku dah buat list tempat yang aku nak pergi dekat kobe ni tapi memandangkan hari hujan rasa kemalasan itu membuak buak.

Aku mintak map dan aku cakap nak pergi Masjid Kobe.Beria ria la amoi dekat konter tu explain dekat aku.Kalau aku sesat siap ko amoi !

Boleh juga beli discount pass bagi yang berminat nak ronda kobe town.Aku memula macam nak beli tapi memikirkan akan ada rombakan besar besaran iter aku makanya aku memutuskan tidak membeli pass tersebut.

SILA REFER DISINI ----------------------->KOBE INFO

Kalau nak kobe Mosque lagi dekat kalau ke Sannomiya Station makanya ayuh kita ke Sannomiya station

Dari Sannomiya station aku decide untuk jalan kaki sahaja.Barang di ingat bukan dekat sangat kalau jalan kaki sebab rasa macam nak patah kaki aku

Memula tu macam lost kejap nak cari masjid ni walau aku dah ada dijalan yang benar.Tapi berkat PR aku yang bagus bab kat bos aku dulu makanya TADAAAAAAAAAAAAAA


SELAMAT DATANG

PUSAT ISLAM JUGA ADA
Penat tak payah cakap jauh sangat aku rasa jalan kaki.Kurus dah kaki aku hahhaha

Sebenarnya takde susah mana nak cari masjid ni,sebab kebanyakkan orang yang aku tanya memang tahu masjid Kobe.Cuma nak menapak tu yang malas.

Dulu selalu tengok masjid ni dalam buku je sekarang  dah ada depan mata aku.Memula aku ingat masjid Kobe ni tepi jalan je rupanya kedudukannya agak tersorok sedikit.

Sampai je aku intai intai macam nak solat je kat sini sebab dah nak masuk zohor tapi macam takde orang

Depan masjid Kobe ada kedai jual bahan makanan Halal.Aku pun masuk dengan gembira.Depan konter ada pempuan yang jaga.Aku borak dengan pempuan tu dia dari Indonesia dan kedai  ni Abang dia punya.Dia dah lama duduk jepun dan fasih bahasa Jepun.

Aku sebenarnya nak beli makanan jugak.Hati bertambah girang bila nampak sardin.Aku beli beras dan sardin.Gembira hati sebab malam nanti boleh makan nasi.

Kawasan ni ada restoran halal tapi waktu aku sampai masih tutup.Kalau tak boleh aku makan dulu.



Waktu ni ada group pempuan tak tahu dari mana tapi yang pasti bertudung.Diaorang tengok aku dan aku tengok diorang w/out smile.

Aku spend masa kat sini kejap saja.Misi nak ke Kobe sebenarnya nak melawat masjid Kobe je.

MASJID KOBE 

Habis aku usha masjid macam tak tahu nak pergi mana dah.Nak balik Kyoto macam cepat sangat.Memang blur sangat hari ni aku rasa.Maybe faktor cuaca buat aku rasa susah nak atur iter.

Demi taknak bazirkan kan masa maka aku decide nak ronda town Sannomiya.Kalau ikut map takde apa yang menarik sangat pun tapi tawakal saja.

Aku jalan ikut kaki je.Masa jalan nampak ada Tori Gate.Nampak ada temple kat dalam.Mari kita masuk

MENDEKAT
JAGA PAGAR
TAK BESAR

Temple ni tak ramai orang mungkin bukan tourist spot.Aku usha kat bahagian luar saja.Malas nak masuk sampai belakang sana.


DUA EKOR TU MENYIBUK

BYE BYE
Aku nak masuk mall yang ke depan tu "TOKYO HANDS"

Seharian kat Kobe tak banyak benda aku buat.Aku buang masa jalan jalan kat Sannomiya je.Jalan jalan tanpa tujuan macam ni aku suka je sebab rasa bebas.Walau hujan dah reda mood malas aku tak reda reda.


COMEL JE BUDAK YANG BOGEL KAT ATAS TU

MAKAN ITU SENI BAGI ORANG JEPUN
AKU TAK MAKAN SUSHI

LORONG BELAKANG YANG BERSIH 




SENI YANG MEMBERAHIKAN
ORANG SENI NAMPAK SENI BUTA SENI NAMPAK LUCAH

Hari hampir nak gelap baik aku balik ke Kyoto semula.Lama lama pun takde apa nak buat.Bye bye Kobe ada masa aku datang lagi.Balik Kyoto dengan rasa happy sebab tak sabar nak masik nasi

Sampai Kyoto station hujan mencurah lagi 


4 comments:

  1. Aku nampak ikuta road. Tetiba teringat ikuta toma, ko kenal???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikuta Toma ? tak kenal dan tak tahu celah mana. Ko tahu ?

      Delete
    2. Ikuta toma tu pelakon jepun. Juga menyanyi

      Delete
    3. ya ke ? aku ingat nama jalan, aku dah bertahun lama tak layan cite jepun aku layan k-pop je hahaah oppa

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...