Lena seungguh aku tidur malam tadi.Bangun pagi dengan badan yang bertenaga.Aku nak pergi Nara.
Nara dengan Osaka tak jauh mana.Naik train dalam 45 minit kot.Pagi tu aku siap siap awal.Makan semua cukup aku gerak ke Fukushima station.
Semangat nak gi Nara ni.Tak lama tunggu train pun sampai.Tapi nak di jadikan cerita aku salah naik train.2 hari ni asyik salah naik train je.Sampai aku sesat barat kemana mana ntah.Tapi ada satu tempat yang aku lalu aku nampak Tori gate sangat besar.Lagi besar dari yang aku pernah tengok sebelum ni.Tapi aku lupa nama station yang dekat Tori gate tu.
Lepas tu aku turun je dari train.Lupa lagi nama station yang aku turun tu.Aku tanya guide train mana aku perlu aku naik sebab aku dah salah train.
Guide jantan tu dengan pundeknya suruh aku beli tiket lain.Pastu aku blah malas nak layan jantan tu kan layan lama lama bergaduh pulak aku kat situ.
Pastu aku pergi tunggu train lain.Aku nampak makcik sorang ni,tawakal je la aku tanya harap dia faham.Aku just sebut Nara je.Pastu dia angguk.Pastu aku cakap kat makcik tu aku nak pergi Nara tapi aku salah naik train.Makcik tu beria la suruh aku ikut dia.Paling lucu bila train sampai dia siap pegang tangan aku ikut dia naik train.Aku duduk je sebelah dia.
Dalam 20 minit tu sampai la Nara Station.Masa nak turun keluar dari train makcik tu tak lepas tangan aku,lagi sekali makcik ni hantar aku sampai kat depan pintu keluar.Terharunya time ni.Sebelum keluar aku ucap terima kasih kat makcik tu.
Terima kasih untuk makcik makcik yang sudi tolong aku 2 hari itu.
Memula aku pergi konter infomation dulu.Mintak map semua pastu beli 1-day pass 500yen
Sebelum keluar dari station aku usha dulu dalam tu,tengok apa yang menarik tapi non ado.Baik aku pergi tunggu bus cecepat.Tempat tunggu bus nak kena menapak sikit.Tapi tak jauh pun,luar station tu juga.
Waktu aku tunggu bus tu ramai jugak manusia.Sambil sambil tunggu tengok map dulu.Bulat bulat kat map apa yang patut.
|
MEMULA SAMPAI |
|
RUSA - TERDIDIK NI - TAPI KO BUSUK LAH RUSA - MAKCIK TU JUAL MAKANAN RUSA |
Disebabkan Nara Park ni boleh tahan besar,Aku macam bengong jap nak mula dri mana,tapi jangan risau ada bus yang akan pergi di setiap tourist spot.Tapi nak mencari bus stop tu pening lalat juga.Bukan setiap masa aku tengok map,jalan ikut kaki je mana nak pergi.
Tempat aku pergi memula ada Kohfukuji Temple.Aku pergi sebab aku nak tengok Pagoda je.Tapi masa aku sampai orang tak ramai sangat.Tapi ada juga contruction beedekatan tample ni,nak bina temple baru agaknya.Habis usha lebih kurang pergi pulak tempat lain.
|
PAGODA - CANTIK |
|
ADA ORANG BUNYIKAN LOCENG BESAR |
|
BUMBUNG |
|
BUMBUNG |
|
KEDAI RUNCIT KAH ? |
|
AIR SUCI |
|
POKOK LIMAU - BUAH TU AKU NAK PETIK SEBAB CANTIK TAPI TAKUT KENA KEJAR |
|
TURUN TANGGA |
Dari temple Kohfukuji aku jalan menuju ke bawah,sebab aku nampak macam banyak deretan kedai,tapi macam tak banyak sangat kedai yang buka.Tapi takpe usha saja apa yang ada.
|
JALAN |
|
AKU MASUK KEDAI TU |
|
PINTU |
Tapi akhirnya aku merayau ntah mana mana ntah.Aku just ikut kaki je malas nak tengok map,tapi aku rasa masih dalam area Nara Park lagi kot.Masuk lorong sana masuk lorong sini,tapi setiap lorong yang aku masuk mesti ada orang pose pose sendu.
|
KEDAI - TAPI TAKDE ORANG |
Aku rasa macam dah banyak lorong aku masuk.Lorong lorong yang aku masuk ni banyak rumah rumah.Tapi aku tak pasti rumah ni ada orang duduk atau tak sebab semua bertutup.Baik aku patah balik.Aku jalan saja sampai keluar depan tasik ni.Sampai depan tasik aku lepak kejap,layan perasaan sambil minum kopi.
|
RAMAI ORANG MELUKIS DEPAN NI |
Tengok map balik aku nak pergi Kasuga Taisha Shrine.Dari sini aku nak kena menapak jauh.Boleh je naik bus tapi kat mana bus stop aku tak nampak.
Redah saja,Tapi serius jauh gila shrine ni.Penat aku jalan.Aku macam dah malas nak pergi sebab jalan dah jauh gila tapi shrine tu aku tak nampak lagi.Tapi memang ramai je yang jalan kaki tuju tempat yang sama.Tapi sebab aku dah jalan separuh baik terus je.
Jalan sambil layan perasaan.View pun tak berapa nak cantik sangat.Kiri kanan ada rusa duduk lepak.
|
JAUH SANGAT |
|
PITAM KEJAP |
|
BANYAK RUSA BERKELIARAN |
|
RUMAH MAKAN |
|
NAK DEKAT SAMPAI AKAN JUMPA RUSA RUSA TERDIDIK KO DAHLAH BUSUK BERAK MERATA PULAK TU ADA HATI NAK DEKAT DEKAT DENGAN AKU |
|
JAMPI AGAKNYA |
|
TORI GATE |
Masa sampai tu rasa leganya.Aku usha kejap.Tapi ramai je yang buat ritual agama diorang.ku jus tengok saja.Tapi kawasan macam seram sikit,ke sebab aku nampak banyak patung patung yang macam seram semacam.
Aku cepat cepat blah malas nak berlama lama dekat sini.
|
KASUGA TAISHA SHRINE |
|
KAWASAN NI AGAK MENAKUTKAN |
|
JUAL APA NTAH MAKCIK TU |
Aku manapak lagi tapi aku lalu jalan lain,dah tak ikut jalan masa lalu tadi dah.Akhirnya jumpa juga bus stop.Malas nak jalan aku tunggu je bus.Boleh tahan lama tunggu buas dalam 30 minit rasanya.Bus dah sampai aku memula macam nak terus ke Nara station tapi boleh pulak aku turun kat tempat lain pula.
Dekat sini orang lagi ramai.Aku mana boleh tengok orang ramai terus rasa teruja.Kalau rasa bermurah hati boleh beli biskut untuk kasi rusa rusa ni makan.Tapi aku kedekut aku tak beli,sebab pada aku sumbat perut rusa ni baik aku sumbat perut aku yang dah kebulur time ni.
Turun je dari bus terus lintas jalan dan akan disambut oleh rusa rusa busuk.
Sampai kat sini aku aku usha kedai kedai yang ada.Tapi paling tak best rusa rusa macam nak mengekor je.Ada sekor tu siap masuk dalam kedai
|
MACAM TAU TAU JE ORANG NAK KASI DIA MAKAN |
|
SEE |
|
MENUNGGU |
habis usha kedai kedai tu semua aku lepak kat padang ni.Lepak sambil usha rusa rusa cerdik yang mengekor je kerjanya.Ada juga pengantin sedang bergambar sakan.
|
AKU LEPAK DEKAT BANGKU NI TETIBA RUSA BUSUK TU DATANG,MENYAMPAH BETUL |
|
DAUN |
|
MARI BERDANSA |
|
POKOK NI CANTIK SANGAT BILA KENA MATAHARI.DAUN DAUN MACAM KEPINGAN EMAS BILA ADA ANGIN |
|
PENAT LAYAN PEMINAT AGAKNYA |
Puas lepak kat padang aku terus menapak lagi ke
Todaiji Temple.Kena menapak lagi,tapi tak jauh mana pun
|
MENUJU KE TODAIJI TEMPLE |
|
AKU TAK FAHAM SIAP ADA YANG PELUK PELUK LAGI RUSANYA.TAKDE KUMAN KAH ??? |
|
NANDAIMON GATE - PINTU GERBANG UTAMA |
|
RAMAI |
|
ADA KOLAM JUGA |
|
PINTU |
|
TODAIJI TEMPLE - AKU AMBIK DARI LUAR PAGAR SAJA |
Habis berpeleleseran kat kawasan Todaiji aku rasa baik aku balik ke Nara station.Rasa macam dah takde apa nak tengok pun.Ada lagi beberapa temple lain yang aku tak tengok.Tapi takpelah sebab aku dah tengok apa yang aku nak tengok.Tengok temple banyak banyakkan muntah pulak.Masjid kat Malaysia pun aku tak beria mana tengok ni nak tengok temple bebanyak kat Jepun
Sesapa yang pergi nara kalau nak jelajah semua temple yang ada sila sila,tak siapa halang.Sampai kat Nara station hari pun dah nak gelap.
Sampai kat Nara station aku merayap depan depan tu kejap.Takde apa yang menarik pun.
Tunggu train kejap je dalam 5 minit je.Balik ke Osaka hujan pulak malam tu.Hasrat nak ronda Osaka waktu malam adalah tidak kesampaian.Balik dorm lagi bagus makan dan tidur.
Cantik jugak nara ni eh?
ReplyDeleteRusa tu mmg semuanya jinak ke?
Boleh tahan cantik la.
DeleteRusa busuk tu mesra terlampau !
mestilah busuk..tak pernah MANDI
DeleteDia tak mandi pun ramai yang nak peluk JM.
DeleteCC yang mandi tiap hari sape nak peluk ?
rugi betul..time JM pegi tu dapat jumpa rusa busuk 2 ekor je..rupanya Nara Park ni luas...kami hanya explore suku je sbb dh nk mlm huhuhu
ReplyDeleteBuleh pegi lagi JM.Ok apa jumpa 2 ekor dari tak jumpa langsung
Deletesalam kenal CC...seronok layan gambar2 dan cerita kat sini..
ReplyDeleteSalam kenal juga untuk Kamsiah
Delete