Hari last kat Japan.Aku nak ronda Osaka
Aku keluar lambat sikit pagi tu.Kemas semua beg.Sebab malam ni aku stay je kat airport.Flight aku pagi.Pagi tu aku check out nak aku tinggal je beg dekat hostel.Malam baru aku datang ambil.
Cuaca pagi tu sejuk lain macam.Sejuk sampai pipi aku keras kebas.Tapi kena gigih sebab esok dah nak balik dah tak boleh malas malas.
Pagi tu aku pergi Osaka Castle
sampai kat
Osakajikoen Station nak kena menapak boleh tahan jauh dengan sejuk sejuk.Nak sampai ke Istana tu jenuh aku berhenti minum air panas,rasa nak berjalan tu malas sebab sejuk.
Sambil jalan usha kiri kanan,orang tak ramai mana,cuma aku nampak ada beberapa group sedang lepak atas tujuan apa pun aku tak pasti.
|
ADA BUNGA JUGA |
|
PAGI |
|
JUMPA GERBANG MAKANYA SUDAH DEKAT MAHU SAMPAI |
dekat depan jambatan ni ada macam gerai gerai tapi belum bukak lagi wakti aku sampai.Kalau dah bukak boleh aku usha usha apa yang menarik.Dari sini dah boleh nampak Osaka Castle yang di war warkan seantero orang yang pernah sampai ke Osaka.
|
SELAMAT DATANG |
|
JALAN SAMBIL FEELING |
|
POKOK - DAUN TAK KUNING PUN |
|
DARI BELAKANG |
Aku memul ingat orang tak ramai lagi,sekali bila aku dah pergi jalan sampai depan istana rupanya sudah berduyun duyun orang tiba.Aku tak sure diorang datang sini jam berapa.Tapi yang ramai group bebudak sekolah.Diorang dah siap makan makan secara berjemaah kat gerai gerai yang ada depan istana.
Tapi sebelum usha lebih lebih Castle ni aku masuk dulu usha kedai kedai yang kat depan ni,tapi yang penting aku nak cari tempat yang panas sikit sebab dah gigil dah aku kat luar.Aku masuk kedai yang jual souvenir,harga pun boleh tahan dan aku tengok ramai sangat orang shopping.Malas pulak aku dah keluar dari kedai ni,sebab dapat berpanas dalam ni adalah sungguh enak.Sila hargai kepanasan yang ada kat Malaysia hokeh.
|
PANDANGAN SISI |
|
DEPAN - MASUK KENA BAYAR - AKU TAK MASUK PUN |
Dari Osaka Castle aku terus ke UNIVERSAL STUDION OSAKA,JAPAN
DETAILS:------------------->UNIVERSAL STUDIO OSAKA - JAPAN
Aku pergi just nak tengok bukan nak masuk.Tapi apa yang aku rasa USS lagi best kot.USJ ni macam kurang menarik.Aku nak beli souvenir kat sini tapi kurang menarik.
|
DONTOBORI
Dah sampai osaka harus pergi Dontobori area.Orang kata tak datang sini tak Osakalah kita.Aku lepak lama kot kat sini dari nampak matahari hingga hilang matahari.Best kot jalan jalan kat sini.Orang ramai dan paling penting banyak kedai yang aku boleh keluar masuk.
Kenapa kena datang sini bila ke Osaka sila bacan sini
------------->
MINAMI (NAMBA)
Masa berpeleseran kat sini aku ada jumpa 1 family dari Indonesia.Banyak kali kot aku jumpa diorang.Memula dari USJ lagi.Aku sempat borak dengan wife dia.
|
SELAMAT DATANG |
|
BESAR SUNGGUH SIGN KETAM - MAKANYA JUAL KETAM LAH |
|
AGAK AGAK JUAL NAGA KAH ? |
|
GARANG GILA MUKA |
Dotonbori river yang bersih.
|
ADA INI JUGA |
|
JUAL KURITA |
Paling utama kalau datang Namba mesti cari Glico Man.
|
ORANG KATA KALAU TAK SAMPAI GLICO MAN NI TAK OSAKA LAH - TAPI ADA AKU KISAH |
|
RAMAI SUNGGUH MANUSIA BERGAMBAR BERLATAR BELAKANG GLICO MAN |
|
SHOPPING SINI SEDIA DUIT BANYAK BANYAK |
Lebih kurang 8 malam aku balik hostel ambil bag.Sampai hostel aku lepak kejap hilangkan penat.Tak lama tu aku gerak terus ke Kansai Airport.Esok aku pulang ke Malaysia.Aku ambik train dari fukushima station terus ke Kansai Airport
Apa yang aku boleh cakap walau trip ni agak penat tapi aku rasa sangat best.Jepun memang best.Ada peluang memang aku akan datang lagi.
Sepanjang 12 hari trip Japan ni syukur takde benda yang tak best jadi.Salah satu sebab trip ni aku pergi sorang so aku decide semua benda ikut kepala aku,baik buruk aku yang hadap sendiri,tapi syukur semua selamat.Tapi bila pergi dengan group ke mungkin jalan cerita lain pula yang jadi.
-----------------------------------------------------------------
TAMAT-----------------------------------------------------------------
Syiok pergi Japan. InsyaAllah spring next year saya plan nak pergi... Tapi maybe nak explore kanto je dulu.
ReplyDeleteBtw, awkward tak travel secara solo?
tak awkward mana pun.Maybe aku dah biasa kot.Selamat berjalan ke Japan
DeleteDah abis dah....next gi mana pulak??
ReplyDeletetak fikir lagi nak gi mana.Sebab aku macam bz sgt march - may so tengok keadaan dulu.Kalau yg dekat dekat tu boleh kot.
Deleteyes..itu pasti..USS lebih heaven dari USJ...byk ride x boleh naik ..alasan..kerana BERTUDUNG...ada cite sedih dengan USJ nih
ReplyDeletemaybe dioarng ada reason tersendiri buat macam tu.Takpe nanti pergi Universal studio kat tempat lain pulak ok JM
Delete