Friday, November 21, 2014

Autumn Trip Japan 2014 - Shirakawago - Takayama - Japan

Destinasi ke 2 - Shirakawago - 5/11/2014 - Rabu

The Shirakawa-go and neighboring Gokayama regions line the Shogawa River Valley in the remote mountains that span from Gifu to Toyama Prefectures

Declared a UNESCO world heritage site in 1995, they are famous for their traditional gassho-zukuri farmhouses, some of which are more than 250 years old. (AYAT COPY PASTE JAPAN GUIDE)

Macam mana nak ke sini ????

*aku amik tour dengan j-hoppers hotel

*3500 yen - half day morning - 1 orang

refer di -----------> j-hoppers Takayama

senangkan??

Tapi tour yang aku amik ni aku booking 2 minggu sebelum aku ke sana.Sebab sebelum tu aku decide macam  aci main redah sendiri tapi bila nampak macam murah je J hoppers offer aku pun booking tanpa sebarang alasan.

Masa buat booking aku suruh diorang refer booking no. untuk bilik yang aku booking tu,sebab dapat diskaun untuk tour tu kalau tinggal kat j hoppers hostel.


Aku bagi tahu aku buat payment upon arrival sekali dengan bayar bilik N semua settle !


Pagi macam biasa bangun siap siap bekfes aku pun check out pagi tu jugak.

Sejuk sangat pagi tu 2 darjah je suhu.

Pagi aku planning nak ke old private house tapi memandangkan masa tak sempat aku pun terus ke tempat tunggu bas

tempat tunggu bas betul betul depan station JR Takayama

Sebelum tu sempat rayau rayau depan depan situ jugak.Takde apa pun sebab masih awal yang ada budak sekolah nak gi sekolah orang jepun nak gi kerja pastu aku yang nak gi shirakawago ni

Macam takde apa aku pergi ke Nohi bust station tengok tengok kot kot ada apa apa info yang aku boleh dapat.

Aku nak gi 1 tempat sebenarnya.Tempat ni takde dalam list yang aku buat tapi saja macam nak try je kalau ada rezeki sampai kalau takde next trip la jawapnya

Aku intai intai tapi macam malas pulak nak pergi tempat tu memandangkan masa tak berapa nak cukup lepas tu aku pun pergi tunggu bus

Impian nak ke tempat tu aku letak dalam peti beke dulu nanti sampai masa aku kuarkan .......
Aku tunggu bas dalam sejuk sejuk sambil layan perasaan.Masa tunggu bas sempat borak ngan minah Indo ngan 1 couple indo

Tak lama tu bas sampai lepas check semua nama aku pun naik bus lega panas sikit bila duduk dalam bus

Bus jalan aku pun layan perasaan ngan di temani view yang awesome awesome

nak je aku jalan kaki dari Takayama ke Shirakawago sebab serius view sepanjang jalan tu tak tahu nak cakap apa cantik sangat

Masa dalam bus tu sibuklah tour guide tu duk bercerita itu ini.Aku ambik tahu gitu gitu je la.Malas nak dengar sebab view kat luar lagi cantik berbanding ucapan perempuan itew

Paling tak best sepanjang perjalanan banyak sangat terowong nak kena lalu.Kejap masuk kejap keluar.

Tapi 40 minit cam tu sampai.

Mula mula sampai tu bus akan bawa ke View Point.Dari view Point tu boleh lihat perkampungan shirakawago dari atas cantik siap boleh nampak gunung ganang lagi.Masa yang di bagi 20 minit untuk pose pose sendu kat view point

VIEW POINT
BERSIH
Lepas 20 minit bus bawa kami ke Perkampungan Shirakawago.Waktu ni dah banyak bus sampai.Masa yang di beri dalam 1 jam lebih kira cukup nak explore.


BUS PARKING - SEMUA TU BUS ROMBONGAN CIK KIAH
Aku jalan jalan ikut map yang tour guide tu bagi.Aku jalan sambil layan perasaan Tapi tak boleh nak lama lama kat satu satu tempat sebab akukan datang ikut tour so tengok tengok lebih kurang.



selalu aku suka tilik tilik sampai puas.Sempat la aku jadi jurugambar orang orang kat situ.

Ada satu minah salleh pempuan ni baik hati offer diri nak tolong snap pic dekat aku,mungkin sebab dia tengok aku jalan sorang.

Aku pun apa lagi gembira menerima pelawaan perempuan itew.Pose pose sendu sekeping dua.


MACAM RUMAH PADI DEKAT KAMPUNG

Perempuan tu 1 tour juga dengan aku.

Yang si perempuan tour guide aku tu sibuk dengan patung merah dia.Menyampah betul.Sibuk suruh orang pose pose sendu dengan patung  dia.

Patung tu kalau tak silap aku nama "Sarubobo" 

Kedai kedai di Takayama banyak jual patung ni.Kira macam mascote Takayama.

Dekat sini takde maple leave cuma hutan hutan yang dekat belakang tu cantik sebab daun daun semua dah kuning dan merah.

Yang pasti aku suka perkampungan Shirakawago ni.

RUMAH DAN SAWAH
VIEW POINT
Selain bentuk umah,seni bina bumbung yang unik aku suka suasana yang tenang dan bersih.


KEREPEK - TAK TAHU HALAL KE TIDAK



Sesiapa datang Nagoya aku recom "SILA MELAWAT SHIRAKAWAGO"


PIC YANG SEMPAT AKU SNAP - nak cerita panjang panjang pun aku tak reti sangat.Kalau nak tahu lembut lanjut DATANG  SENDIRI



AKU NAK PERGI TEMPAT YANG ADA SNOW TU
KOSONG N USANG
AKU SUKA KINCIR AIR TU - KINCIR AIR KE ? KE SALAH ?

HABIS CITE SETENGAH HARI DI SHIRAKAWAGO ..............................................................



POKOK PALING MERAH AKU JUMPA KAT SINI
SAWAH PADI YANG TAKDE PADI
TEBAL LAPISAN BUMBUNG RUMAH 

Autum Trip Japan 2014 - Takayama - Japan

TAKAYAMA

how to getting Takayama From Nagoya Station

hyperdia.com - COVER BY JY PASS

Perjalanan ke Takayama cover by JR pass - JR LINE

Aku noda JR part starting 4/11/14 - 10/11/14 (7 days)

Pekan Takayama ni sunyi.Waktu aku sampai JR Takayama station dalam kul 8.

Hotel J-hopper tak jauh dari station JR Takayama,jalan kaki dalam 5 minit sampai.Tapi masa tu aku tanya orang juga sebab takut salah.

Aku nampak sorang uncle ni aku tanya dia lepas tu dia bagi tahu suruh jalan terus.Aku dah ada di simpang yang yang betul.Uncle tu macam weng je banyak minum todi kot hahhaahha.

Jalan nak ke hostel tu sunyi takde orang mungkin sebab dah malam.Aku jalan laju laju.Nampak sign terus rasa lega.

Sampai check in terus.Lepas tu aku makan sebab lapar dan takde tenaga.Aku makan maggie cup je.

ESOKNYA ...........................................................................................................................................

Takayama waktu siang pun aku rasa macam sunyi.Kereta yang lalu tak banyak.Tapi pekan ni bersih.Susah aku nak nampak sampah kat Jepun ni

Pic yang aku sempat snap - Pekan Takayama


KEDAI 
JALAN RAYA DAN KERETA - ada nampak sampah takde kan ???
JALAN TERUS KE OLD PRIVATE HOUSE
SIMPANG
CAFE
DAUN MERAH
HOTEL LAIN YANG ADA DI TAKAYAMA 
POKOK
SEJUK

Thursday, November 20, 2014

Autumn Trip Japan 2014 - Solo Travel - Korankei Valley - Nagoya

04/11/2014 (selasa)

Pagi tu aku bangun 5.30 pagi !

terkejut bangun je tengok hari dah cerah matahari dah naik kelam kabut aku ingatkan dah lambat.Sekali tengok tuh dia 5.30pagi

sebelum  tu aku check out sebab malam nanti aku overnight kat Takayama.

Aku tinggal anak gajah kat hostel sebab esoknya aku check in lagi kat hostel Ann.Aku bawak anak ayam je.

cuaca pagi itu sangat baik.Matahari memancar tapi nyaman.


DESTINASI CINTA PERTAMA - KORANKEI VALLEY


Korankei (香嵐渓, Kōrankei) is a valley near Nagoya reputed to be one of the best spots for autumn colors in the Chubu Region. Shaping the valley is the 254 meter tall Mount Iimori, on which Kojakuji Temple stands. In the 17th century, the head priest of Kojakuji planted some maple trees along the temple approach, prompting many locals to do the same in the area. Today, visitors to Korankei can see the fruits of these past efforts, in the form of excellent autumn scenery that peak around mid to late November each year. (copy paste JAPAN GUIDE)

Korankei Valley sangat popular di musim luruh.Sebenarnya kalau datang penhujung bulan Nov daun daun kat sini akan bertukar ke warna yang lebih cantik.

Jalan nak korankei kalau hujung bulan nov selalunya sesak.Masa aku sampai ni kan awal nov jadi orang pun tak berapa nak ramai.

HOW TO GETTING KORANKEY VALLEY FROM NAGOYA (KANAYAMA STATION)
  1. Dari Kanayama Station naik Mitetsu Line dan get off Higashi Okazaki Station(35 minit) - 660 YEN/WAY
  2. Sampai Higashi Okazaki Station naik Mitetsu Bas (Asuke)  dan get off Korankei bus stop (45 minit) - 800 YEN/WAY
  3. Sampai Korankei bus stop cari sendiri la jalan masuk korankei valley tu tak jauh pun.

Masa kat Kanayama station aku tak tahu dan tak reti nak guna machine so aku mintak tolong dengan uncle cleaner yang kerja kat situ.Thank uncle !

dekat jepun ni tak susah kalau diorang nampak korang termanggu manggu bengong mesti diorang tanya kenapa sebab diorang berbesar hati nak tolong.

Dapat tiket terus ke platform tanya orang lagi nak ke Higashi Okazaki station,and ada guy yang siap bagi tahu aku suruh naik train sama dengan dia.

Masa sampai di Higashi Okazaki station dia pun suruh aku turun.

Senang dan mudah kerja aku kan ?

Sampai tu aku cari pula bus station.Jumpa bus tanya makcik kaunter tu bus mana nak ke Korankei pastu dia cakap naik bus NO.8 dan tunggu kat platform no.4

lama jugak aku tunggu dalam 30 minit bas sampai.Nampak bus terus naik.Laluan ke Korankei ni jalannya sempit tapi view agak cantik.

Dalam bas aku layan perasaan tak lama bas stop di Korankei bus stop.Bayar tambang bus 800 yen/way

Aku tanya kakak jaga parking jalan nak masuk ke Korankei Valley dia pun tunjuk jalan lalu celah rumah orang.

Aku pun jalan sampai TADAAAAAAA

WAKTU AKU SAMPAI ORANG TAK BERAPA NAK ADA LAGI TAPI GERAI ADA YANG DAH BUKAK


View yang aku suka rasa tenang dan damai.Waktu aku sampai orang masih tak berapa ramai.

Ayuh pose pose sendu

MAPLE YANG TAK BERAPA NAK MERAH


AIR CANTIK RASA MACAM NAK MANDI JE


JAMBATAN YANG POPULAR KAT SINI Taigetsukyo Bridge


Jalan jalan sambil usha usha orang.

Jalan jalan sambil insaf diri hahaahhahah

jalan jalan jumpa pokok ginko yang tak berapa nak matang.Tapi cantik aku suka sebab daun ginko seakan duit syiling.


AKU SUKA  2 COLOUR 


Jalan jalan sambil nikmati suasana yang takde kat Malaysia

jalan jalan pahtu penat aku rehat jap tepi sungai.

Makan jeruk yang aku beli kat Penang

Tabur tabur skit dalam sungai kasi ikan makan

Rasakan Jeruk Buah Pala Dari Penang,Malaysia - Halal

JERNIH 

Puas termenun tepi sungai aku jalan jalan lagi.Jalan sampai hujung aku pun patah balik

hujung hujung macam takde orang takut aku, mana tau ada rimau ke beruang ke

Masa makan dah sampai.Semua gerai yang ada di korankei penuh dengan manusia.Tapi semua kedai non-halal
SANGAT WINK UNTUK LEPAK 

aku cium bau je la

aku suka suasana gerai makan kat sini gerai makan style traditional best dapat lepak lepak sambil main dam haji dan daun hahahahahk


BANGKU TU AKU LEPAK SITU

LALUAN 

ramai jugak orang tua tua jepun yang habiskan masa berjalan.Aku rasa mereka ni gigih ada yang bertongkat ada yang bekerusi roda semua jenis ada.

Adakah selalu makan sushi membuatkan mereka kuat ???

ayuh layan pic sendu yang aku snap

RESTORAN HUJUNG HUJUNG DAH 


hampir 3 jam aku kat sini aku pun cabut sebab orang pun makin ramai.Aku ada misi lagi yang nak diteruskan.Bunyi cam nak gi berperang

JAMBATAN HUJUNG HUJUNG

AKU TABUR JERUK KAT SINI
aku nak ke Takayama sebenarnya.Malam nanti tidur sana

Masa nak balik phone aku pulak habis batery so aku dengan muka tak malunya pergi kedai makcik tepi jalan aku cakap kat makcik tu

"boleh saya tumpang charge phone?

memula dia macam tak faham sebab dia ingat aku ingat aku nak pinjam cable lepas puas cubaan sesi faham memahami baru dia tahu aku nak pinjam electrik je pun.

Makcik tu baik hati kasi aku charge phone kat dalam kedai dia.Membantu sungguh orang jepun ni.

Tiada pujian untuk orang Malaysia!!!

Aku charge kejap je asal hidup ,dalam 15 minit pastu aku pun cabut lepas ucap hait hait

SEPI

Gembira lepas dapat charge phone,tapi sebelum tu aku jalan jalan skit lagi tengok kedai kedai jual barang,bila dah rasa macam takde apa aku pun pergi tunggu bas.

SEKIAN CERITA KORANKEI......................................................................................................

Tempat tunggu bas depan kedai apa ntah aku pun tak perasan.Tapi yang aku ingat depan bus stop ada vending machine.

Masa aku tunggu adalah 2 group siam mari duk tunggu bus sama.

Bas sampai memang ontime.Jangan lupa kat sini ada 2 jenis bus lalu Mitetsu dan Toyota,aku nik mitetsu bus.Time ni dah kul2 petang.

Bila dah naik bus baru rasa lega.Layan view masa dalam bus.Nak layan mata tak berapa nak boleh sebab siam mari tu bising.

dalam 40 minit bus tiba di satation higashi okazaki.Sampai sini kena naik train balik ke nagoya.Dalam 40 minit sampai nagoya.

Sampai Nagoya aku kena naik train ke Takayama.


bye bye Korankei see you next year ..........................................


POKOK SENGET KE TANGAN AKU YANG SENGET

GUGUR DAH


AUTUMN
MAPLE YANG TAK NAMPAK

Sunday, November 16, 2014

AUTUMN IN JAPAN

Trip japan Complate



Aku dah pun selamat pulang ke Malaysia dan journey 12 day complated !

Trip solo ke-2 aku berjaya dengan jayanya walau ada sedikit cela itu normal sebab tiada yang perfect.

ayuh mari bercerita


sebelum trip ke Japan aku ada trip pendek ke Penang dulu.So lepas kerja terus aku rush ke Penang dengan housemate ngan geng ofis dia.

Habis penang trip ahad tu aku balik kl dan sampai kl aku terus kemas kain baju lari ke klia 2.

Aku stay kat airport memandangkan takde driver takde nak hantar gi airport pepagi buta esok.BF pun takde berapa nak ada kat Malaysia ni.

*PASRAH !


Malam sampai airport melangut aku kat airport sampai pagi.Flg aku kul 8 lebih.

Sebelum fly aku call Datin Laty dulu bagi tau aku dah nak fly sebab malam tu aku lupa nak call dia.Macam biasa Datin Laty bebel skit pastu dia cakap jalan elok elok.Aku jarang call Datuk Abraham sebab apa apa mesti aku call Datin Laty je senang counting.

Serius aku penat sangat sampai minum coffee pun tak rasa nikmat.

Bila masuk dalam perut kapal terbang aku duduk pakai seatbelt semua aku pun TIDUR!!!!

Serius aku tak sedar langsung bila kapal take off ke apa ke last last aku bangun jam dan kul 1 lebih.Ko mampu buat cam aku ??


aku bangun kejap lepas tu aku sambung tidur balik kali ni lagi best aku siap lurus luris kaki sebab aku duduk sorang je kat seat.Makanya tidur haruslah seperti dirumah.


dalam kul 4 cam tu kapal selamat mendarat di CHUBU AIRPORT !

Sampai airport keluar check img dan kastam semua lepas aku pergi kejar train (Mitetsu Line) ke Nagoya Station dulu sebab nak tukar JR pass.

Sampai Nagoya Station cari Office JR bukan main susah dengan ank gajah sekor kat belakang mahu aku menyumpah yumpah.


Siap tukar semua aku naik train (MITETSU LINE) ke Hostel.Aku booking hostel kat Kanayama ------>Hostel Ann

refer sini HOSTEL ANN

Note:

aku berpuas hati dengan hostel ini !!!!

sampai Kanayama station termanggu pula nak cari exit tanya orang jumpa exit pastu tanya lagi cam mana nak pergi hostel yang kau booking tu.Terima kasih random guy yang tolong aku.

Sebelum tu ada sorang guy yang tolong bawa aku sampai depan pintu hostel.Moral of the story orang orang jepun sangat membantu dan aku sangat suka !

Sampai check in semua aku rehat !!!


TOY MUSEUM - PENANG







Tuesday, October 14, 2014

LUAHAN PERASAAN

MOOD RAJIN NAK MENGUTUK

Kegilaan aku dengan instagram membuatkan aku terfikir sesuatu.Dulu aku pernah berkerja di sebuat butik di KL.Owner orang Melayu.Masa tu aku baru habis belajar saja nak cari pengalaman aku try la.Kerja kat situ banyak aku timba pengalaman pasal textile industries.So sape sape nak kelentong aku pasal types of kain sorry la.

Masa kerja kat situ aku jumpa so many people dari orang biasa sampai la VVIP dalam dan luar negera.Aku belajar erti sabar layan kerenah manusia.Biasa la slogan "CUSTOMER ALWAYS RIGHT".Sampai satu masa aku resign sebab aku dapat kerja baru.Thank bos sebab bagi aku peluang dan bagi aku pengalaman.

Beberapa waktu aku aku selalu follow up juga dengan kawan kawan yang masih kerja kat sana.Kawan kawan aku cakap sales agak merosot.Kekadang aku terfikir kenapa jualan merosot adakah sebagai seorang Bos dia tidak melunaskan tanggungjawabnya kepada pekerjanya.Kadangkala aku terfikir bila tuhan nak tarik rezeki semua bersebab.

Masa aku kerja kat butik ni ada beberapa perkara yang aku tak suka terutama hak sebagai pekerja.Hak pekerja selalu diketepikan.Selalu buat meeting tapi hasilnya sampah.Sedangkan pekerja la yang bersusah payah .Bila dah jadi bos jangan berkira sangat dengan staff.Jaga kebajikan staff itu penting dalam sesebuah organisasi.


Apapun tunggu aku jadi taukeh dan aku harap aku akan jadi taukeh yang ingati.

#MENUNGTEPIKATIL




Thursday, August 14, 2014

JAPAN TRIP (HOSTEL)/TEASER BAB HOSTEL

Aku akan buat entry khas bab bab hostel yang aku booking.Hostel hokeh bukan hotel.


aku booking hanya 10 malam sahaja memandangkan malam last aku ingat lepak kat airport sahaja memandangkan flight aku sebelah pagi.Aku takut nanti aku terlambat ke apa ke baik terlebih awal dari terlambat.Ni review awal detail lain kemudian hokeh.

Tuesday, August 12, 2014

JAPAN TRIP - TEASER SAHAJA

JAPAN TRIP

Japan eerrmmmmmm apa ada kat jepun tu.Persoalan memula yang muncul dalam kepala aku bila nama jepun duk terlayar kat mata aku.Jepun sebagai destinasi pilihan untuk aku hujung tahun ini.Bila mana berpusu pusu bloger ke jepun pada tahun ini.Impian nak ke korea aku hold dahulu kerana Doraemon dah panggil aku dulu.Ni adalah preparation awal aku nak ke Jepun.Trip ke Jepun merupakan trip solo yang kedua aku lepas ke hongkong awal tahun ini.

JEPUN TAK PERLU VISA SEJAK 2013

konsulat Malaysia kat Jepun


Embassy of Malaysia in Tokyo




Address 20-16, Nanpeidai-Cho

Shibuya-Ku

Tokyo 150-0036

Japan

Phone local: (03) 3476.3840

international: +81.3.3476.3840

Fax local: (03) 3476.4971

international: +81.3.3476.4971

Email maltokyo@kln.gov.my

Web site http://www.kln.gov.my/perwakilan/tokyo

Hours Monday to Friday

9:00 - 12:30 & 1:30 - 5:00

ni kedutaan Malaysia kat jepun.Ada apa apa boleh ler call mereka.Kalau nak inform kedatangan anda kat sini pun boleh.Bukan nak suruh kedutaan sambut ngan carpet merah tapi sebagai salah satu langkah keselamatan bila keluar negara.





ITERNARY (14 HARI 11 MALAM)
  1. NAGOYA
  2. TOKYO
  3. HIROSHIMA
  4. KOBE
  5. NARA
  6. KYOTO
  7. OSAKA 
boleh ke nak cover dalam masa 11 hari..Aku letak keyakinan 95% untuk aku cover semua tempat ini memandangkan iternary disetiap tempat aku dah buat.Sebelum terbang mesti lah ada tiketnya dan pillihan utama ada perkhidmatan pakcik Tony la "NOW EVERYONE CAN FLY" SO RAJIN RAJIN LA SURVEY HARGA MOGA DAPAT YANG ECONOMI



ROUTE YANG AKU PILIH

Kuala Lumpur ------> NAGOYA
KANSAI(OSAKA) -------> Kuala Lumpur

harga tiket termasuk insurance (tidak termasuk laguge dan makan)

Entry ni teaser saje.Nak story pasal hotel yang aku dah booking kemudian la sebab masa tak cukup.Iter yaang aku plan pun aku akan post kemudian juga sebab masih under construction, date of complated end of aug'14 belum masuk EOT lagi.Kenapa aku pilih sebab aku nak cover tempat best yang dekat dengan nagoya.apa apa pun wish luck untuk diri sendiri semoga perjalanan aku solo ke 2 aku mudah seperti mana waktu aku ke hong kong dulu.So sesiapa yang ada plan nak ke Japan awal nov'14 nanti boleh la kita say hi sama sama mana tau kot kot sama flight ke.Ok la bye................ pening GST NEXT YEAR



Thursday, June 26, 2014

TUDUNG YANG SATU

Pepagi aku buka FB cam biasa tengok tengok new terbaru.Kekadang aku muak bila ramai sangat yang persoalkan  dengan Tudung yang 1 ini.Dan hari ini tajuknya "tunjuk 3 bulan slip gaji sebelum masuk Butik Fareeda".Bunyinya agak kelakar setakat nak beli tudung takkan nak kena tunjuk slip gaji.Berapa sen sangat harga tudung tu.Nampak sangat orang yang buat tajuk ini fitnah semata mata atau dalam erti kata lain tujuan nak jatuhkan orang lain Aku masuk butik Prada pun tak payah tunjuk slip gaji inikan nak masuk butik cheap skit macam tu nak kena tunjuk slip gaji memang "what the fuck" la.Kepada yang sebarkan fitnah tersebut come on la please move on.Jangan sempitkan fikiran anda.Dengki tu tak bagus.Kalau nak berjaya usaha jangan busuk hati.

Ramai yang cakap tudung yang 1 satu ni potongannya tidak menutup Aurat.Kerana isu ini 1 kerja pula pihak pengeluar nak bagi penjelasan pada orang ramai.aku pun pernah terbaca beberapa pengomen yang bagi komen tentang tudung ini yang tak mengikut syariat.Aku sempat la stalker mereka mereka yang bagi komen komen fefeling ustazah ni.

Yang tukang bagi komen ni bila aku stalker fb mereka cara pakaian mereka takdela ikut syariat sangat.Pakai baju pun ketat walau badan macam "Tong Sampah DBKL".Pakai seluar pun ketat sampai nampak "Cipap yang macam Roti Mama yang yang baru masak".Kalau nak ikut syariat cuba ubah diri tu dulu tak perlu nak komen komen kekonon diri tu sesuci lebaran.

Moral of the story aku cuma nak cakap jangan suka berdengki.Rezeki tu milik dia Tuhan dah bagi pada dia kenapa nak berdengki.Sikap orang Melayu yang paling aku bengci suka berdengki bila lihat kesenangan orang lain.MOVE ON MOVE ON sila buang sifat kono itu.

Note:Aku bukan peminat tegar tudung tersebut cuma aku pernah beli beberapa helai.Aku cuma kesian bila ada orang nak jatuhkan orang Melayu.






Monday, June 16, 2014

EXPENSES TRIP TO HONGKONG & MACAU

07/03/2014(JUMAAT)

Awal pagi lagi aku bangun sebab teruja nak balik Mesia.Padahal baru je seminggu tinggal Mesia.Bukan apa perut aku dah rindukan segala makanan Mesia.Aku memang plaan nak check out awal.jam8.00 pagi aku dah check out.Letak kunci dan ambil balik duit deposit untuk Kunci HKD100.Sedih la sikit sebab nak balik.Tapi apapun aku akan datang lagi.

*Keluar saja dari Mirandor Mansion terus aku pergi cari pit stop A21
*Pit Stop untuk ke Airport betul betul berhadapan Standard Chartered dekat saja dengan Mirador Mansion
*Tunggu bas kejap je dalam 10 minit bas sampai.Naik bas Touch saje Octopus Card HKD33 = RM14.20
*Sampai Airport aku turun kat Terminal 2(Air Asia) sape naik Mas(Terminal 1)

Flight aku jam 1.15 tengahari.Tapi saja datang awal sebab aku tak nak kelam kabut.Tepat jam 1.15 aku kapal bawak aku terbang tinggalkan bumi Hongkong.tepat jam 4.15 aku selamat tiba di LCCT.

--------------- "sekian sahaja kembara solo pertama aku ke bumi Hong Kong"-----------------------------

 Berhabuk dah cite ni sebenarnya.

ANGGARAN KASAR BELANJA NAK KE HONGKONG.YANG OCTOPUS CARD SILA TOPUP BANYAK SIKIT.YANG AKU ISI AMOUNT TU SEKADAR ESTIMATE SAHAJA.

Disini aku akan show expenses harga untuk trip ke Hong Kong & Macau (
Nak refer pic atas pun boleh nak refer list kat bawah pun boleh)




  HKD           RM
Hotel
COSMIC GUEST HOUSE (6 Day 5Night) (HKD 900/ RM378) - Deposit       260.00       115.00
      260.00       115.00
Flight
* One way (exclude laguge) Kuala Lumpur ----> Hong Kong       169.00
* One way (exclude laguge) Hong Kong ----> Kuala Lumpur       350.00
 Total       519.00






2/3/2014 (Ahad) KL -----> Hong Kong

(1) KTM KOMUTER (KEPONG ----> KL CENTRAL)          1.40
(2) Bus (KL Central -----> LCCT)         10.00
(3) Bekalan makanan         50.00
Bus from Hongkong International Airpot -----> Guest House(Hotel)         33.00         14.20
Top up Octopus Card        50.00         21.40
Sim Card Hong Kong        68.00         29.10
Balance Hotel  ( hkd640 + hkd100 (key deposit))       740.00       316.70
 Total       891.00       442.80

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


       HKD         RM
3/3/2014 (Isnin) Hong Kong -----> Macau
(1)Tiket Ferry Cotai Water Jet  (Hong Kong -----> Macau)       160.00        68.50
(2)Tiket Ferry Cotai Water Jet (Macau -----> Hong Kong)       185.00        79.20
(3)Shopping       632.00      270.50
Total     977.00     418.20





------------------------------------------------------------------------------------------------------------


4/3/2014 (Selasa) 
       HKD          RM
DisneyLand Ticket       395.00       169.06
Shopping        90.00         38.50
Sub Total      485.00       207.56
MTR 
(1)Tsim Tsa Tsui ---> Mongkok          4.90          2.10
(2)Mongkok -------> DisneyLand         18.30          7.85
(3)DisneyLand -----> Tsim Tsha Tsui         18.30          7.85
Sub Total         41.50        17.80
Total       526.50       225.36





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




5/3/2014 (Rabu) 
       HKD        RM
Ocean Park Ticket       270.00       115.56
Tambang Bas Ocean Park (Return)         21.20         10.00
 Total       291.20       125.56
balik dari Ocean Park --------->CityGate Outlet.Tambang MTR lupa berapa dollar.Aku just Touch n Go.
NOTE: Expenses yang aku buat sampai hari Rabu sahaja.Sebab lagi 2 hari (06/03/14-07/03/14) adalah hari pengunaan Octopus Card sepenuhnya.Aku takde masuk dah mana mana lain tempat kat hongkong melainkan shopping semata-mata.Sila refer story hari ke 5.Sebab tu aku advise topup Octopus paling kurang HKD300.Waktu balik Mesia duit aku ada lagi balance HKD280.



LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...