Thursday, June 11, 2015

PINOY - BORACAY PART 11

SUNSET 

Sunset yang aku dapat masa hari ke -2

Tengok sunset ni seronok sebab aku boleh tengok macam macam ragam manusia.,ada yang kiss kiss,ada peluk memeluk 

PINOY - BORACAY PART 10

Activity sebelum lihat sunset

SEMUA BARU NAK BUKA
SANTAI MANTAI
MAIN INI PUN BOLEH.SERONOK JUGA TENGOK DIORANG MEMAIN.TETIBA INGAT KENANGAN LAMA
INI PUN ADA
PENGINAPAN - TAK TAHU BERAPA HARGA SILA USHA SENDIRI
BERHIBUR TANPA BATASAN
BETUL BETUL TARIK PERHATIAN AKU,NAK BELI TAPI MALAS NAK BAWAK SEBAB BEG DAH PENUH

Wednesday, June 3, 2015

PINOY - BORACAY - PART 9

Bab makan tengah hari aku terpaksa repost sebab aku dah ter delete entry sebelumnya.Aku pun dah lupa aku tuliSsapa.Sebab entry sebelum ni memang aku draff siap siap cuma malas nak post je.Aku cerita setakat yang mampu je la.

Makan tengahhari dekat Tambisaan.Tempat ni terletak tak juah dari Crystal Cove lebih kurang 15 minit je naik bot.Masa aku sampai sini ada beberapa bot lain dah datang awal.Tempat ni lebih kurang macam kampun aku je.

Samapi je terus ke tempat makan.Makanan disediakan secara buffet.Lauk pauk adalah kurang menarik tapi boleh la kalau nak isi perut.Aku rasa tu semua masakan pinoy la kot.Aku tengok pun sendu je.

Dalam tempat makan tu ada anjing.Tu yang aku macam tak best.Aku memang tak boleh jumpa anjing and anjing pun tak boleh jumpa aku.Anjing anjing akan berperangai gila bila jumpa aku.

Amoi yang jadi kawan aku tu makan bukan main selera lagi sebab dia cakap kat aku dia lapar.Aku ambik nasi ngan udang goreng je.Tu pun aku ambik sikit je makan untuk alas perut.Tapi happy jugak sebab dapat makan nasi.

Tapi masa aku tengah makan tu tetiba ada anjing masuk bawah meja aku,celaka sangat.Terus mood makan aku takde.Anjing tu dekat dekat je dengan aku.Dasar anjing gila seks.Aku bagi tau amoi tu aku dah abis makan aku nak pergi lepak bawah pokok kelapa.

Bila dah kenyang mata aku ni cepat je ngantuk.Kalau dapat tidur time tu memang syurga sangat.Tapi tak boleh tidur tidur ayam jugak sebab ada anjing lain datang lepak tak jauh dari aku duduk.Nanti syok aku tidur ayam, anjing gila tu datang dekat dengan aku tak ke bala namanya.

Ada jugak penduduk kampung yang lepak jugak.Aku senyum senyum je la.Cuaca panas memang cepat mengangtuk.Badan rasa macam letih je.Diorang semua tak muncul muncul melantak ke apa ntah lama sangat.

Tak lama tu baru aku nampak berduyun duyun mereka keluar dari tempat makan.Muka semua gembira sebab kenyang,aku je yangtak berapa nak gemibira sebab ada gangguan terlarang.

Semua orang dah cukup mamat bot cakap kita pergi snorkelling lagi sekali.Snokerlling tak jauh jugak dari white beach.Tapi yang ini dah tak perlu nak bayar bayar bagai.Berenang la sepuas hati.Lama jugak snorkeling yang ni sejam lebih aku rasa.Air pulak  tenang je waktu tu so nak berenang memang best.Aku kejap kejap pergi belah sini kejap kejap berenang belah sana.Jam waktu tu dah hampir jam 4 petang.Sepatutnya island hooping ni habis jam 4 petang tapi budak bot tu bawak jalan jalan dulu sebelum balik ke white beach.

Sampai je kat white beach aku dengan amoi tu bawak diri.Dia balik hotel dan aku pulak pergi minum kat jonahs.Lebih kurang 1 jam aku lepak terus balik bilik.

Sampai bilik aku siap siap,lepas tu keluar lagi pergi office southwest sebab nak confirm dengan diorang suruh ambik aku kat hostel esok.Office southwest dari hostel tak jauh mana,so aku jalan kaki je dari hsotel.Adalah dalam 10 minit macam tu.Dah siap kerja aku tu aku pergi diTalipapa beli beli barang sikit lepas tu terus pergi white beach tengok sunset.


Thursday, May 28, 2015

PINOY - BORACAY 2015 PART 8

Seperti yang dijanjikan.Hari ke 2 aku bangun awal.Feling nak tengok sunrise tapi pagi tu macam mendung.Pagi itu adalah SENDU !

Island hopping tu kul 9.30 pagi.Tapi aku masih ada masa untuk malas malas atas katil.Aku rasa ni cara aku bercuti paling best.Takde benda sangat nak kejar.Dalam 8 lebih macam tu aku naik atas untuk breakfast.Menu breakfast sama je hokeh.

Habis makan semua aku siap siap,tapi boleh lagi aku baring baring malas.Aku rasa lama lama aku baring confirm aku boleh tidur balik dan burn je island hopping tu.Tak lama tu aku gerak pergi white beach,sebab janji dengan diorang berkumpul kat sana.

Sampai dekat sana aku bayar balance semua.

Nak menunggu sekian hal.Masa menunggu tu  ada sorang omai cina borak dengan aku.Dia cikgu dari shanghai datang bercuti dengan mak dia .Mak dia tak ikut pergi island hopping.Dia macam takde geng.So aku senangkan diri untuk jadi geng dia.

Aku rasa aku boleh geng dengan amoi tu sebab dia panggil nama aku sama macam dengan kawan kawan aku panggil.Aku macam selesa pulak nak berkawanan dengan dia.

Menunggu dalam 1/2 jam orang bot tu panggil sebab bot dah datang.Cuaca dah mula panas.Bila semua dah ada dalam boat  mamat yang nak bawak kitaorang tu bagi brief sikit sikit.

BERATUR NAIK BOT
DALAM BOAT
JANTAN BAJU PUTIH TU BAWAK BOT
Memula pergi snorkeling dulu tak jauh dari white beach.Snorkeling kat kawasan taman laut ni kena bayar 20 peso.Tapi aku bayar 15 peso je.Sebab tu je aku ada.Mamat yang bawak bot tu tak kisah.Snorkeling dalam 1 jam kat situ.coral kat situ nak kata lawa sangat pun tak tapi boleh la.Puas jugaklah aku boleh main air,pusing pusing kat situ.

Habis snorkeling kawasan tu mamat tu bawak  semua ke Crystal Cove Island.Tempat aku tunggu tunggu nak pergi.Nak masuk dalam sini kena bayar 200peso.Tempat macam ni pun nak kena bayar bagai.Masa nak bayar aku takde duit kecik amoi cina yang jadi geng aku tu pun takde duit kecik.Terkulat kulat kami 2 orang jadi orang paling last dapat masuk dalam tu.Mamat yang bawak kitaorang tu cakap takpe bayar dulu nanti dia bagi balance kemudia.Aku siap warning lagi mamat tu jangan lupa ingat muka kitaorang.

Settle hal bayar membayar aku dengan amoi tu masuk dalam.Boleh tahan besar jugak tempat ni.
AKU TAK TAHU APA HUBUNG KAIT LEMBU NI DENGAN CRYSTAL COVE NI.LEMBU KE KERBAU ? AKU PUN TAK PASTI 



Kerja aku masa jalan dalam ni adalah tolong amoi tu ambik gambar dia.Cuaca sangat cantik masa kami sampai sini,so aku macam tak boleh nak stop snap.Amoi tu pun sama.Kejap kejap dia panggil aku cakap kawasan ni cantik untuk snap pic.Aku dengan amoi tu kejap pusing sini kejap pergi belah sana.

Sebenarnya aku sedang cari laluan nak turun ke bawah.Sebab aku pernah baca blog ada laluan kecik untuk turun bawah dan tengok air yang crystal clear kat bawah.

Memula aku macam tak perasan sangat laluan nak ke bawah tu,tapi sebab aku tengok orang ramai duk berkumpul so aku usha tengok apa yang menarik, rupanya tu adalah laluan untuk turun ke bawah.

Laluan tu mahal kecik yang amat.Anak tangga boleh lalu untuk seorang sahaja.Aku rasa kalau orang gemuk sangat tak boleh lalu kot nanti tersangkut dalam laluan tu.Nak turun bawah tu kena tunggu kejap sebab bagi orang lain naik atas dulu.

Aku lupa nak snap pic laluan tu.

AKU SURUH AMOI TU BERDIRI KAT SITU DAN AKU SNAP PIC DIA
Budak yang bawak bot tu bawak semua round seluruh tempat ni.Ada sekali kena lalu laluan yang gelap.Nasib aku ada bawak torch light.Cuma part paling tak best aku bila sekali aku terkena ombak bila turun bawah.Habis basah baju semua.Amoi yang yang ikut aku tu pun sama.Aku rasa cam dia pun kena air jugak.

Lama jugak kitaorang kat sini dalam 2 jam kot.

Habis je ronda kat sini sampai masa makan tengahari.

INI LALUAN YANG GELAP TU
OMBAK YANG BUAT AKU BASAH - AIR KAT SINI LEBIH CANTIK BILA TAKDE OMBAK.MUNGKIN AKU TAKDE LUCK HARI TU AGAKNYA.
KESIAN AMOI NI COMOT GILA SUNBLOCK KAT BADAN DIA

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...