Bermulanya Solo Trip
Bertolak ke LCCT
Hong Kong International Airport
*Waktu Hong Kong dan Malaysia sama sahaja,so jangan pusing jam anda.Cuma Hong Kong lebih cepat gelap
*Nak masuk Hong Kong "TAK PERLU VISA"
Sampai sahaja di Hong Kong International Airport keluar sahaja dari perut kapal terbang cuaca amat sejuk sekitar 12c sejukkan mungkin baru nak masuk Spring.
Perlu Buat apa Masa Tiba di HKIA
- petugas airport akan tunggu anda di laluan ketibaan
- Ikut arahan untuk ke Shuttle Bus,Naik bus tersebut menuju ke Terminal 1
- Sampai Terminal 1,sila beratur untuk pemeriksaan Imegresen,Sila sediakan pasport dan pastikan ada telah isi Imegesen Form.
- Semasa di kaunter Imegresen,pegawai tersebut akan check detail anda dan juga muka sama tak kat passport,lepas tu dia akan print pass kebenaran untuk memasuki hong kong seperti pic kat bawah.
- no need for scanning barang lagi,kecuali anda ada barang untuk declaration.
contoh landing slip.Pmplet ini aku ambil kat Imegresen HongKong |
Sebelum pergi dapatkan Bas aku ke HongKongTourism Board untuk dapatkan Map.Berdekatan Hong Kong Tourism Board ni ada kauter untuk AIRPORT EXPRESS.Aku juga sempat check balance Octopus Card yang kawan aku bagi di kaunter tersebut.Aku top up HKD50.Lepas itu aku ke 7Eleven utnuk dapatkan Sim Card Hong Kong.Sebenarnya aku nak traveller sim card tapi aku sudah tersalah beli.Harga sim card tersebut HKD68,sila pic di bawah.Lepas itu aku terus menuju ke bus stop.Tapi jangan risau korang boleh top up macam biasa sim card ini.So jika aku ke Hong Kong dalam masa terdekat ini aku masih boleh guna sim card ini.
sim card yang aku salah beli. |
inilah rupa Octoups Card |
Octopus card ini kalau kat Malaysia macam Touch N Go,Tapi Octopus kat kat sini lagi banyak dia punya function.Boleh guna untuk beli barang kat 7Eleven lagi selain untuk bayar tambang MTR dan Bas.
Kalau anda nak beli harga octopus card tu sila refer jadual dibawah.Korang beli dengan harga HKD150.
HKD50 = DEPOSIT (deposit akan dipulangkan jika korang kembalikan semula kad octopus tersebut.Tapi pastikan baki ada ada HKD50 atau lebih).Kat bawah aku attach jugak tempat anda boleh beli Octopus Card.Tapi aku suggest beli saja masa kat Airport.
Note:So aku cadang kalau boleh anda reload dalam HKD200.Sebab nanti anda akan sentiasa guna MTR dan bus.
senarai tempat nak beli octopus card.Ehsan by Octopus card website |
harga octopus card.Ehsan by octopus card wesite |
tempat untuk top-up octoups card.Ehsan by octopus card website |
Disebabkan aku menginap di Tsim Tsha Tsui maka kena ambik bas CITYFLYER A21.Bus 2 tingkat warna merah dan kuning.kat depan bus ada tayang no.A21,so jangan risau anda tak mungkin salah kerana nak naik bus pun kena tunggu di tempat A21
ini map untuk ke bus stop.Ehsan by Google |
* Sila ke kaunter infomation mereka akan kasi ko direction yang tepat.Ikut signboard pun boleh.
*Sudah jumpa Bus Stop sila menuju ke arah laluan sebelah kanan di mana terdapat sign board bus Cityflyer A21
UNTUK HOTEL SILA REFER ENTRY SETERUSNYA
Yeayyy dh jejak kaki ke bumi hk, makin menarik ni :-)
ReplyDeleteHAHAHAH percutian paling bertabah dalam hidup saya jalan sesorang tapi jujur saya cakap jalan disana sangat mudah.lepas ni nak buat trip solo ke Jepun pula
Delete