Internary
- The Venetian
- City Of Dream
- HardRock Macau
- Senado Square
- Ruins St Paul
Seperti yang telah dirancang aku aku akan ke Macau selama 1 hari.seawal jam 5.30 pagi aku sudah bangun.Semangat nak ke Macau tak payah cakap.Selesai bersiap dan sarapan aku pun mula bertolakAku jugan bawak sedikit bekalan makanan. seawal jam 7 pagi menuju ke terminal ferry.Cuaca pagi itu sangat sejuk.Pagi pertama di Kota Hong Kong.Sebelum ke Macau aku dah buat survey pasal Macau dan cara nak pergi kesana.Pada yang menginap disekitar Tsim Tsha Tsui kalau nak ke Macau boleh naik CHINA FERRY TERMINAL yang terletak di Canton Road.Mula aku sesat juga masa nak cari jalan Haipong Road ini sebab aku terlepas dia punya signboard.Nasib baik ada seorang aunty yang baik hati tunjukkkan aku di mana Haipong Road,rupanya tidak jauh dari hotel aku dan betul-betul sebelah Masjid Kowloon.Depan Masjid Kowloon ni pepagi ada orang kasi surat khabar free,sebab kat situ ada exit MTR iaitu "EXIT A1", makanya ramailah orang lalu lalang.
- Keluar dari Mirandor Mansion terus ke Masjid kowloon.REFER MAP
- Dah sampai Masjid Kowloon,anda akan jumpa sign board "HAIPONG ROAD".Jalan saja sepanjang Haipong Road dan nanti disebelah kanan anda akan jumpa "Kowloon Park",abaikan Kowloon Park tersebut jalan terus sampai jumpa "JUCTION @ SIMPANG"
- Lintas simpang tersebut dan Jalan di sebelah kanan dan depan simpang itu terdapat "HABOUR CITY MALL",abaikan mall tersebut.Jangan risau dekat simpang tersebut ada sign board untuk ke China Ferry Terminal.Jalan terus sampai anda jumpa "CHINA HONGKONG CITY MALL" sepert pic dibawah.
- Masuk dalam mall tersebut naik eskalator ke tingkat 1 ikut signboard yang ada untuk ke Feery kaunter ticket.Jangan malu nak bertanya sebab aku pun tanya orang jugak bila masuk kat dalam mall tersebut.
- Dah jumpa kaunter tu silalah pilih ferry yang mana anda naik naik.
China Hong Kong City Mall.Nampak tak eskalotor tu.Naik saja ke Level 1 |
COTAI JET ---> berlabuh di TAIPA FERRY TERMINAL bersebelahan dengan Airport Macau.Taipa Ferry terminal berdekatan dengan Venetian,City of Dream,Hard Rock,Galaxy.
TURBO JET ------> berlabuh di MACAU FERRY TERMINAL.Terminal ini berdekatan dengan Grand Lisboa,Senado Square,Wynn,Ruins of St.Paul
Sebenarnya tiada masalah untuk berlabuh di mana-mana terminal ferry kenara pengangkutan awam dan free shuttle bus yang diseduakan sangatlah mantap.Aku suka aku kasi "5 bintang".Setelah penat fikir nak naik ferry mana maka aku putuskan untuk beli Cotai Jet, sebab aku nak ke Venetian dulu.Venetian berdekatan Taipa ferry Terminal.
HARGA TIKET SEHALA = HKD160.00 = RM68.50
NOTE:HARGA TIKET FERRY SIANG DAN MALAM ADALAH BERBEZA.HARGA WAKTU MALAM LEBIH MAHAL
Setelah beli tiket,sila tengok pada tiket tersebut yang belum ada Seat No.Untuk dapatkan seat no aku ke checking kaunter.Tunjuk tiket dan kerani tu akan tampat seat no pada tiket.Sila refer pic kat bawah.Sekepas itu aku terus ke Imegresen kaunter.Punya la ramai orang beratur tap.Mula-mula aku macam agak blur nak buat nak kena buat.Aku mulalah jenguk sana-sana tengok apa orang lain buat.Tetiba aku nampak seorang pegawai imegresen aku pun tanya la dia apa patut aku buat,dan aku tanya dia perlu ke aku isi form nak masuk macau memandangkan aku dah ada salinan form masuk ke Hong Kong,lepas itu aku tunjuk passport, bila dia tengok aku punya passport dia cakapa semua dahok dia cuma suruh aku pergi beratur.Sampai giliran aku dekat kaunter aku tunjuk passport aku,pegawai tu ambik aku punya salinan form masuk ke hong kong dan keluarkan slip untuk aku masuk ke Macau.Sekarang sudah takde "CHOP" lagi.sila refer pic di bawah.SETTLE BAB IMG
Selesai aku pun masuk ke departure hall.Ferry aku jam 9 pagi.jadi boleh la aku lepak dulu sebelum naik ferry.Tetiba satu masalah kecil terjadi.Zip beg sandang aku rosak.Punya susah aku nak cari recycle bag tapi takde pulak jual dalam terminal.Akhirnya aku ambik beberapa biji keronsang yang aku bawak aku clip dikeliling beg tersebut supaya isi beg tak terburai.Punyalah aku peluk kuat-kuat beg tu takut barang jatuh ke apa ke.
Bila sampai waktu nak berlepas sila alert pintu gate yang mana,aku just tanya amoi yang berdiri jaga pintu masuk,dia dengan baik hati bagi tahu aku akan bertolak di Gate no.11.Bila ferry dah samapai jom la naik ferry.Masa nak naik ferry tu sila beratur jangan berebut sebab semua boleh duduk.Bila dah jumpa seat apa lagi tutup mata dan tidur ayam sekejap.Memula tu aku tercari jugak mana no seat aku rupanya seat no ada di bahagian bawah kerusi.Mata ngantuk dan kaki penat jalan.Rugi kalau tidur nyeyak nanti tak boleh tengok view masa ferry jalan.Sepanjang perjalanan dapat juga aku jamu mata dengan view sekitar perairan Hong Kong,boleh lihat kapal kapal,pulau pualau kecil dan macam macam lagi sambil menikmati coklat dan minuman panas ditambah dengan cuaca sejuk yesssss aku suka aku bagi 5 bintang.1jam perjalanan ferry berlabuh di Taipa Ferry terminal.
Keluar sahaja dari perut ferry angin sejuk mula membelai wajah,serius sejuk,lebih sejuk dari Hong Kong.Dari Terminal boleh nampak airport Macau,masa tu ada flight Air Asia baru saja nak terbang,tetiba rindu nak balik Malaysia.Perasaan setiap kali pergi negara orang Malaysia jugak yang aku rindu.Sudah keluar dari perut ferry terus ke kaunter imegresen untuk scan passport.Orang agak ramai servis cepat.Selesai scan passport aku ke Macau Tourism board untuk ambik Map.Macau tourism berada disebelah kiri.Orang kat Macau diorang boleh cakap Portgis dan chinese.Muka diorang pun macam orang Melayu.Mas kat kaunter visitor infomation aku sempat tanya itu ini pada amoi yang jaga kaunter.Nasib dia tahu cakap orang putih.
Visitor Information di Taipa Ferry Terminal |
Beratur nak scan passport |
shuttle bus free pilih saja mana mahu |
freeeeee |
Macau mmg best sehari x cukup rasanya :-)
ReplyDeleteyup sangat best terutama kat Venetian
Deletehai awk. sy baru follow blog awk n sy rasa blog awk memang best. boleh tak share interney or plan dalam excel utk ke hongkong n macau. sy plan nak pergi bulan Jan 2015.
ReplyDeleteemail me : nanie_nakata@yahoo.com
thank sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.Nanti saya send.Nak kena riki riki dulu ada ke tak lagi simpan.
Delete