Sudah puas shopping dan jalan jalan di Venetian dan HardRock aku ke Grand Lisboa pula.Grand Lisboa berdekatan dengan Senado Square and Ruins St Paul.Nak ke Grand Lisboa senang sahaja.Aku hanya ambil shuttle bas free untuk ke Grand Lisboa di Taipa Ferry Terminal.Perjalanan lebih kurang 15minit,dan melalui Taipa Macau Brigde.
Grand Lisboa
Bahagian depan Grand Lisboa kalau nak ke Senado Square jalan sahaja di sebelah kiri bangunan ini |
Sampai sahaja di Grand Lisboa jam menunjukkan angka 4.30 petang dan di tambah cuaca yang semakin sejuk dan berangin.Sebelum ke Senado Square snap pic adalah penting.Mula-mula agak blur jugan mahu tuju jalan mana walau direction sudah ditangan.Tapi aku hanya berpandukan pada orang ramai yang berjalan kaki di arah sebelah kiri Grand Lisboa,so aku agak-agak mungkin ini adalah laluan ke Senado Square.Dalam perjalanan aku sempat tanya seorang amoi yang jaga kedai arah ke Senado Square tapi dia cakap tak tahu,Dalam hati aku memang aku maki ko Amoi,takkan tempat sendiri ko tak tahu,nampak sangat ko tak nak bagi tahu.Akhirnya kau jalan sahaja dan akhirnya sampai juga aku ke SENADO SQUARE.rupanya tak jauh sangat pun.
Info Senado Square
Senado Square terletak di kawasan tengah Semenanjung Macau.Pada tahun 2005 tempat ini telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO kerana ia merupakan sebahagian daripada Tempat bersejarah di Macau.Bangunan-bangunan di Dataran Senado mempunyai ciri-ciri barat, dan bangunan-bangunan ini telah dilindungi dengan baik oleh pihak berkuasa dan tiada siapa yang dibenarkan untuk mengubah reka bentuk asal bangunan ini. Terdapat pusat-pusat membeli-belah dan restoran tradisional Cina di seluruh dataran. Fesyen pakaian, makanan ringan terkenal dan persekitaran yang indah menjadikannya sebagai tarikan terkenal. Pertunjukan bunga api, singa dan tarian naga biasanya diadakan pada hari-hari istimewa seperti Spring Festival Cina dan Krismas.
How To Get Senado Square from Grand Lisboa
- Keluar dari Grand Lisboa Hotel jalan sahaja di sebelah kiri
- Jalan terus,semasa jalan akan jumpa "Sintra Hotel" di sebelah kiri
- 10minit sudah sampai ke Senado Square yang terletak di Sebelah Kanan
Dah sampai senado Square orang ramai sedang bersantai santai di dataran tersebut ditambah cuaca yang sejuk.Apa yang aku lihat senibina pada bangunan yang terdapat di Senado Square semuanya bercirikan barat.Aku join sekali diorang bersantai sambil makan roti dan minum coklat panas memang best.Di senado Square juga terdapat butik-butik yang memudahkan orang ramai untuk membeli belah.Kalau datang ke Macau silalah datang ke Senado Square sebab kalau tak datang sini kurang rasa macam kurang lengkap trip anda.Aku sempat juga masuk beberapa butik yang terdapat disini saja cuci mata mana tahu ada yang tersangkut jiwa boleh dibeli.
LAYAN GAMBAR DI BAWAH.
* Suasana di sekitar Senado Square.Malas nak tulis caption pada setiap gambar.
Ruins of St Paul
Sudah puas menjelajah sekita Senado Square aku meneruskan perjalanan ke Ruins St Paul.Paul.The Ruins of St Paul (juga dikenali sebagai Sam Ba
Sing Tzik) berdiri bersebelahan dengan Kubu Gunung yang terkenal dan
Muzium Macau.Gereja ini hanya ada tinggallan bahagian depan dan anak tangga yang agak penat untuk aku daki.Tiada apa yang menarik pada tinggalan gereja cuma apa yang aku lihat adalah ukiran ukiran yang masih utuh.Penat sesi mendaki aku rehat sambil lihat gelagat pengunjung lain yang sedang sibuk bergambar.Disekitar Gereja ini terdapat banyak kedai kedai menjual Daging B bakar,dan baunya buat aku rasa pening dan muntah.Selain itu disini juga terkeanl dengan Kuih Tart Telur Poutugis.Aku tak beli pun sebab bimbang tak halal kerana kedai yang menjual Tart tersebut turut menjual Daging B bakar.Aku habiskan masa 1 jam di sini.Seronok bila dapat tengok pelancong asing yang lain.Kalau mendaki sampai atas dari jauh dan boleh nampak Casino Lisboa yang bangunannya bentuk macam nenas.Kalau waktu petang waktu aku sampai orang sudah berkurang,so selesa sikit kalau nak bergambar.Aku survey juga harga cenderahati yang dijual tapi harga yang ditawarkan agak mahal.Rata-rata pengunjung yang datang mereka sudah semestinya beli daging B salai. dan Portugis Tart.Kalau rasa nak feefling boleh lepak di starbuck sambil minum dan tengok gelagak orang.Jika ada masa korang boleh pergi Mount Fortress.Aku tak pergi sebab kaki sudah penat untuk mendaki lagi.
Dari dataran Senado Square jalan sahaja menyelusuri kedai kedai kecil .Semua kedai kecil ini jual daging B.Masa labih kurang 10 minit sahaja jalan kaki.Kalau
tak jumpa boleh follow signboard yang disediakan.Aku just follow sign
board sahaja dan ikut arah mana orang datang paling ramai.
Habis 1 jam lepak kat sini aku pun menapak turun untuk pulang.Waktu menapak pulang aku sempat singgah kedai menjual sourvenir tapi rata-rata agaknya agak mahal.Aku hanya beli sekeping FM untuk diri sendiri sebagai kenangan.Bila nak balik ke ke Grand lisboa sebab nak ambil free shuttle bas.Waktu hampir gelap lampu lampu casino mula kelihat menyinari kota judi ini.Memang cantik dan tertarik.Sampai di Grand Lisboa aku bertanya pada penyambut tertamu mana nak dapat free shuttle bus mereka sangat mambantu pelancong yang datang ke casino mereka,dengan muka manis diorang tunjukkan aku laluan untuk dapatkan bus,tapi aku kena masuk casino untuk ke tempat bas.Bila dah masuk casino aku tanya pulak amoi yang jaga casino mana laluan ke tempat bas dia bagi tahu aku kena dapatkan tiket @ resit @ pass untuk naik bas di meja judi.Mula mula cuak juga aku sebab nak kena pergi meja judi untuk ambil tiket tapi nasib baik ada 1 meja judi yang kosong aku terus menuju ke meja tersebut dan minta tiket pada amoi yang jaga meja judi tersebut.Mudahkannn.Tiket sudah dapat jom naik bas.Tapi bas untuk ke Taipa Ferry Terminal agak lambat aku terpaksa tunggu hampir 1 jam,tapi jika mahu naik di terminal Macau ferry terminal bas adalah cepat.Aku mahu naik di Taipa kerana mahu ferry terus ke China Hong Kong City kerana kalau Aku menaiki Turbo jet ferry akan berlabuh di Shun Tak Centre so nak ke pulang ke hotel aku mesti naik MTR.
Waktu tunggu bas aku sempat beramah mesra dengan pekerja casino tersebut.Bas sudah sampai yang sedih cuma aku sorang je punumpang yang nak ke Taipa sebab rata-rata penumpang lain mereka ke Macau ferry terminal.Cuak juak bila naik bas sorang tapi aku cuba beranikan diri.Sampai di ferry terminal aku terus pergi ke kaunter tiket,Tiket aku bertolak jam7.30 malam.Bila ferry sudah sampai silalah naik dan bye bye to Mcau see u again.
Semasa dalam ferry petugas akan bagi Imegresen form silalah silalah isi.Waktu dalam ferry aku agak pening dengan ferry yang berombak-ombak nasib semua ubatan aku bawa siap-siap.1 jam kemudian ferry tiba di China Ferry Terminal.Lagi sekali nak kena beratur di imegresen tapi servis mereka sangat cepat.Selesai aku pun menapak pulang ke hotel.Badan seudah penat perut sudah lapar dan cuaca pun makin sejuk.Tapi sebelum balik hotel aku merayap dahulu di sekitar Tsim Tsha Tsui saja nak menikmati suasana malam di Hong Kong yang sangat meriah.Sudah penat jalan-jalan aku pun balik ke hotel.Malam itu aku hanya menikmati maggi dan roti.Sekian cerita hari pertama di HongKong dan Macau.Tidur
How to get Ferry Terminal from Grand Lisboa
- Naik free shuttle bas yang Casino Lisboa sediakan
- Dapatkan tiket untuk naik bus di meja judi terlebih dahulu
- Bas terletak di level basement dan ada 2 tempat menunggu sama ada ke Macau Ferry Terminal @ Taipa Ferry Terminal
BYE BYE MACAU SEE U AGAIN
Expenses - Macau (03/03/2014 - Monday)
HKD | RM | |
(1)Tiket Ferry Cotai Water Jet (Hong Kong -----> Macau) | 160.00 | 68.50 |
(2)Tiket Ferry Cotai Water Jet (Macau -----> Hong Kong) | 185.00 | 79.20 |
(3)Shopping | 632.00 | 270.50 |
Total Amount | 977.00 | 418.20 |
Yeay 2 tempat ni wajib pegi klau ke macau, wahh nk ke macau lg yek leh la jm polowww heee
ReplyDeleteHAHAH boleh sebab kat sana banyak benda menarik tempat pun bersih.Paling suka free shuttle yang berlambak
Deletesalam,
ReplyDeletenk tanye la..agak2 susah tak nak carei semua tmp ni?? sbb akan travel dgn husband n sorg anak 3 tahun..kteorg stay kat TST, hong Kong... terminal ferry ni dekat je kan ket area Kowloon/TST tu??
hi mamamia
DeletePada saya memang senang nak cari tempat tempat ni semua di Hong Kong.Terminal ferry Dekat sahaja jalan kaki dalam 10 minit je.Tapi kalau boleh bertolak awal sebab ramai orang.
tq ye sbb sudi jawab. nak tanye lagi.. dr Grand Lisboa ni memang wajib amik tiket kat meja judi ek?? just amik je n xyah bayar kan?? pastu dr lisboa ni akan ke terminal ferry yg mula2 kte turun masa dtg tu kan? yg dekat dengan airport macau tu?
ReplyDeleteThank mama mia sebab sudi baca blog saya.Yup memang kena ambik tiket kat meja judi.Just ambik sahaja tak payah bayar.Cakap sahaja nak tiket untuk untuk bas.Terminal ferry Taipa yang sebelah Airport Macau.Tapi ada lagi satu Terminal iaitu MACAU FERRY TERMINAL lagi dekat dengan GrandLisbo ni.Tapi bergantung pada mama mia nak pergi mana.Keduany- duanya tiada masalah.
Delete