Thursday, March 26, 2015

WEEKEND

Hujung minggu lepas aku baru saja face 1 masalah yang aku tak pernah buat. Demi masalah ini maka aku terpaksa batalkan semua aktiviti dihujung minggu.

Nak di jadikan cerita pada hari sabtu paip dalam toilet rosak.Makanya air keluar dari mangkuk tandas tanpa henti diikuti bunyi bising yang sangat menyakitkan hati.Nak tutup main paip kawan aku semua sibuk nak mandi apa semua so aku biar je air tu mengalir.Dalam kepala fikir mesti bil air melambung bulan ni.Rumah aku tu air under management so air memang sangat mahal.Tapi takpe mahal pun perkhidmatannya bagus.

Memang sangat stress duduk rumah 1 hari dengan bunyi bising dalam bilik air.So aku try usha usha plumber.Kalau nak baiki sendiri malas pulak nak ketuk dinding sendiri lepas tu kena pergi kedai hardware cari barang lagi.

So aku decide nak cari plumber saja.Aku google plumber area rumah aku sebanyak mungkin.Tapi aku dah agak plumber mesti charge mahal punya.

Hari sabtu tu berlalu begitu saja tanpa apa apa tindakan.Malam tu memang aku tak boleh tidur sebab bunyi bising.

Esoknya aku bangung awal.Aku call semua plumber yang aku dah usha.Aku call dalam 8 orang plumber mintak diorang bagi aku quotation.

Quotation tu mereka bagi bila aku send gambar paip yang rosak.Ada 3 kerosakan.2 stopcock dalam bilik air memang tak boleh tutup dan tiub pada toilet pump rosak.

Semua plumber yang aku call berduyung bagi quotation.Harga dari 500 ke 300

Tapi ada juga yang tak boleh buat kerja hari ahad.Ada jugak plumber yang tanya aku boleh ke buat kerja kat umah tinggi tanpa permisi management.

Management rumah  aku tu siut sikit semua ikut peraturan.Keluar masuk hari hari pun kena tunjuk pas.Nak pindah pun kena request ngan management kalau nak angkut barang.Kalau tak jangan harap guard kat situ nak bagi masuk.

Dalam ramai ramai tu ada sorang plumber ni dia cakap boleh datang terus dan harga yang dia bagi 320.Lepas bincang ngan budak rumah aku semua diorang setuju.

Datang la plumber tu 2 orang seperti yang dijanjikan.Tapi plumber tu lewat 1 jam.Biasa ar tu janji Melayu.Mana nak tepat

Dia datang pastu tengok tengok ketuk ketuk bukak stopcock yang rosak pastu pergi cari barang.Hampir 2 jam pergi cari barang pastu baru datang balik.Diorang pergi makan dulu rupanya.

Lepas tu baru diaorang buat kerja.Aku rasa sekejap je diaorang buat lepas tu dah siap.

Harga yang diaorng bagi kat aku RM280.00 selepas aku nego nego.

Nak kata murah pun tak nak kata mahal pun tak.Tapi ok la dari yang nak charge sampai 500 tu.

Lepas tu baru la rasa lega sikit.

Sekian


*GAS HABIS MASA AKU NAK MASAK MALAM TU STREEESSSSSSS SEBAB KEDAI DAH TUTUP





Tuesday, March 24, 2015

PINOY - BORACAY 2015 (PART 6)

Masih lagi di white beach

Aku jalan sampai ke Diniwid Beach.Bleah sini sunti sikit orang tak berapa ramai.Tapi masih ada hotel hotel yang agak mewah.Tepi pantai banyak batu batu.

Tapi ada ramai jugak yang mandi manda kat sini.

Aku usha ngan lepak kejap pastu berambus sebab nak kena patah balik sebab aku nak boat station 3

Aku taknak cerita panjang panjang

NAMPAK MACAM JALAN MATI KAN - tapi bukan hokey sila pergi dekat dekat sebab ada kawan aku kat IG cakap dia ingat sini jalan mati
BUKAN JALAN MATI TAPI ADA LALUAN KECIK UNTUK KE BELAH SANA
KAKAK BERBIKINI BIRU
KENA PERGI DEKAT DEKAT BARU NAMPAK JALAN TU
PUSING SAJA BELAH SANA
TADAAAAAAAAAAA - boleh mandi manda
PATAH BALIK AKU LALU TEPI TEPI POKOK SEBAB PANAS SANGAT
RESORT JUGAK NI

Monday, March 23, 2015

PINOY - BORACAY 2015 (PART 5)

Nak jalan dari hujung ke hujung makan masa

Tapi takpe sebab view adalah sedap mata memandang tak rasa pun kejauhan itewwww.

Sepanjang white beach ni memang banyak hotel hotel dan restoran.Dari semahal mahal sampai yang paling murah.Yang murah murah tu biasanya bahagian dalam sikit.Tapi takde kena menapak berbatu batu.Paling jauh jalan 1 minit saja.Ketiak pun tak sempat basah.

Sepanjang pantai ni boleh buat banyak aktiviti.Kalau umat umat dari SEA aku rasa tak perlu la nak feling lebih lebih berjemur bagai.

Kalau nak tidur idur bawah pokok Kelapa pun ok.

Pokok kepala kat sini takde buat.Maybe pokok kelapa kat sini dah disuntik dengan ubat kemandulan.Makanya jangan kuatir takut buah kelapa jatuh atas kepala,tapi daun kelapa mungkin



Aku sebenarnya nak pergi Willy Rock.Sangat ternama di Boracay.Dari jauh dah boleh nampak Willy Rock.

WILLY ROCK
Sampai dekat Willy Rock tu aku usha usha benda aapa yang menarik sangat pasal batu ni,nampak macam biasa je.Cuma aku nampak macam ada patung sembah kat atas.Aku tak naik pun sebab ada orang sibuk duk pose sendu kat atas.Snap lebih kurang aku blah.
ADA KERJA KERJA MEMBAIK PULIH
ADA JUGAK YANG MANDI TEPI TEPI BATU
AMOI AMOI SAKAN POSING

Blah dari situ aku berjalan lagi.Panas tak payah cakap.Jalan kejap pastu aku lepak lepak bawah pokok kelapa yang ada kat situ.Masa kau lepak lepak tu tak jauh dari aku ada satu group amoi dari korea agaknya sakan terkinja kinja pose.

Aku tetiba rasa macam mengantuk masa tu.Maybe sebab angin pastu bawah pokok kelapa lagi.

SUSUN ATUR - AKU BAGI TAHU MAK & AYAH AKU NAK BUAT MAJLIS KAWIN KAT SINI TERUS MAK DENGAN AYAH AKU JELING - LEPAS MAJLIS BOLEH TERUS BERPARTY
SEIRING SEJALAN
VILLA AKU TAK TAHU ADA ORANG KE TAK
TAPI JAUH SIKIT 

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...