Monday, March 23, 2015

PINOY - BORACAY 2015 (PART 5)

Nak jalan dari hujung ke hujung makan masa

Tapi takpe sebab view adalah sedap mata memandang tak rasa pun kejauhan itewwww.

Sepanjang white beach ni memang banyak hotel hotel dan restoran.Dari semahal mahal sampai yang paling murah.Yang murah murah tu biasanya bahagian dalam sikit.Tapi takde kena menapak berbatu batu.Paling jauh jalan 1 minit saja.Ketiak pun tak sempat basah.

Sepanjang pantai ni boleh buat banyak aktiviti.Kalau umat umat dari SEA aku rasa tak perlu la nak feling lebih lebih berjemur bagai.

Kalau nak tidur idur bawah pokok Kelapa pun ok.

Pokok kepala kat sini takde buat.Maybe pokok kelapa kat sini dah disuntik dengan ubat kemandulan.Makanya jangan kuatir takut buah kelapa jatuh atas kepala,tapi daun kelapa mungkin



Aku sebenarnya nak pergi Willy Rock.Sangat ternama di Boracay.Dari jauh dah boleh nampak Willy Rock.

WILLY ROCK
Sampai dekat Willy Rock tu aku usha usha benda aapa yang menarik sangat pasal batu ni,nampak macam biasa je.Cuma aku nampak macam ada patung sembah kat atas.Aku tak naik pun sebab ada orang sibuk duk pose sendu kat atas.Snap lebih kurang aku blah.
ADA KERJA KERJA MEMBAIK PULIH
ADA JUGAK YANG MANDI TEPI TEPI BATU
AMOI AMOI SAKAN POSING

Blah dari situ aku berjalan lagi.Panas tak payah cakap.Jalan kejap pastu aku lepak lepak bawah pokok kelapa yang ada kat situ.Masa kau lepak lepak tu tak jauh dari aku ada satu group amoi dari korea agaknya sakan terkinja kinja pose.

Aku tetiba rasa macam mengantuk masa tu.Maybe sebab angin pastu bawah pokok kelapa lagi.

SUSUN ATUR - AKU BAGI TAHU MAK & AYAH AKU NAK BUAT MAJLIS KAWIN KAT SINI TERUS MAK DENGAN AYAH AKU JELING - LEPAS MAJLIS BOLEH TERUS BERPARTY
SEIRING SEJALAN
VILLA AKU TAK TAHU ADA ORANG KE TAK
TAPI JAUH SIKIT 

8 comments:

  1. Cantik sgt! Aku ingatkan Maldives je cantik. Rupanya ...sini pon cantik!

    ReplyDelete
  2. itu pokok kelapa jantan itu sbb x berbuah hohohoh

    view di Willy rock tu sgt cantik..ye lah white beach...x nampak pun sampah sarap...bersih je

    ahaahah...mak ayah jeling2 tanda setuju ke bantah

    fuh...view sgt ohsem maybe sbb cuaca cerah dan cantik..bab panas tu tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampah memang takde dan pantai kat sini memang terjaga

      Jeling tu takda tak setuju.Mahunya nanti keturunan CC kena cerca tujuh keturunan dengan Village people

      Delete
  3. sis..guna camera model apa nih..cantik sesgt kejadiannye...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak guna phone s2 saja.Cuma ubah part setting saja.

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...