Thursday, May 12, 2016

SANTAI MUSIM LURUH 2015 - DAY 1 - PART 1


24/10/2015

Malam sebelum aku  tidur ada kejadian di bilik.Aku salah ambik katil orang lain.Aku pun tak tahu katil tu ada orang sebab masa aku sampai tu katil bawah tu clear.Malam tu tuan punya katil bawah balik,amoi korea juga terkezut terus tengok aku lepak katil dia.

Suka tak suka aku kena naik katil atas sebab katil bawah penuh.Lain kali tinggal la barang satu spender ke bra ke baru takde orang caras tempat ko.

Hari Pertama

Pagi tu bangun tidur dengan semangat nak jelajah Seoul.Aku memang dah plan nak pergi Everland.Aku memang sedia maklum  weekend of cos penuh umat umat korea.

Sesampai di Seoul station fikir lagi,line yang terdekat aku boleh sampai ke Gangnam station.

Setelah difikir fikir aku decide untuk tukar di Sadang station.Dari Seoul station aku naik line 1 (blue colour) dan stop di Sadang station dan naik subway ke Gangnam station.Dari Gangnam station naik bus ke Everland.

Keluar dari Gangnam station (exit 10) aku tercari cari juga bus stop yang betul,sebab kat situ ada banyak bus stop dan every bus stop different bus yang akan stop.Aku tanya sorang amoi dia tunjuk suruh lintas jalan dan tunggu bus sebelah sana.Aku ikut apa yang amoi tu bagitahu,tapi bila aku ke bus stop belah sana aku rasa macam salah.Aku melintas balik dan aku nampak ada orang beratur panjang kat satu bus stop.Aku pergi dekat sikit nak tengok bus apa yang akan stop kat istu,dan memang aku betul besar besar ada tulis bus 5002

Makan dan minum adalah dilarang semasa dalam bas.Waktu tengah tunggu bas ada minah minah korea nak bawa naik makanan dengan minuman atas bas tapi tidak dibenarkan.

Menunggu bas datang agak lama dalam 20 minit.Tambang aku berapa aku lupa sebab main touch T-MONEY.Yang penting dapat duduk.Ada jugak yang kena berdiri.



Perjalanan agak membosankan.Takde apa boleh buat dalam bas dan aku hanya membuta saja.Ntah kenapa aku rasa asyik ngantuk.Lebih kurang 45minit  perjalanan akhirnya bas tiba di everland.Turun dari buas cepat cepat sebab nak kejar shuttle untuk masuk ke Everland.

Dari bas station ke Everland dalam 5 minit.Waktu aku sampai orang dah penuh.Aku tengok tengok dulu kawasan.
Siap lepak lepak kejap sebelum  beli ticket.Orang tak ramai dekat tiket kaunter.Aku pergi ke kauter tiket.Amoi yang jaga kaunter minta passport,sebab aku ada tanya pasal diskaun,sebab tu dia mintak aku punya passport agaknya.


Urusan adalah pantas sebab tak ramai orang dekat foreigner ticket kaunter.Akhirnya ticket bertukat tangan dengan harga 24,000.00won @ RM90.00

SILA MASUK

4 comments:

  1. amboiii rupa baru dah blog ni. clap..clap..

    ReplyDelete
  2. JM mmg excite klau cite pasal trip Korea ni..x pernah jemu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahahah JM always suka korea.Bila nak balik kampung lagi

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...