Tuesday, August 29, 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA - SOKCHO - SEORAKSAN NATIONAL PARK - PART 2

Disebabkan masa pun banyak lagi aku plan nak pergi ULSAN BAWI ROCK

Ulsanbawi is composed of six granite peaks, each bearing a width of 4km. You can see the spectacular scenery of Seorak Mountain, the East Sea, Dalma Peak, and Haksapyeong Reservoir from the top. There are three varying theories as to what the name Ulsanbawi implies: that it looks like a fence, that its name was copied from Ulsan of Gyeongsangnam-do, and that the Korean term of “crying mountain” was translated into Chinese characters. 

Because of the way the whole mountain reverberates the sound of thunder in rain, it is also referred to as Cheonhusan. The arduous 4km hike up that takes roughly two hours to reach the peak is worth it. Views from the top are simply breathtaking.


Dari dalam cable car dah boleh nampak.
Untuk sampai ke Ulsanbawi kena jalan sejauh 3.1km.

Ulsanbawi Rock (2hrs, 3.8km): Sogongwon → Sinheungsa Temple → Heundeulbawi Rock/Gyejoam → Ulsanbawi Rock 

Jauh jugak tu.Kalau dah pergi balik makan masa jugak.So pandai pandai rancang perjalanan

Tapi sebelum tu aku tepek sikit pic bahagian bawah.Bawah ni daun daun memang lawa habis.Aku rasa tala cam belah mana pun lawa.Kiri kana lawa.

Laluan untuk mendaki Ulsanbawi ni kena pergi bahagian belakang.Nanti akan jumpa benda benda semua ni
 Pintu gerbang untuk ke Sinheungsa Temple




Makcik 2 orang ni baru turun agaknya
Sebelum nak masuk kawasan hutan kat belakang sana aku rasa macam banyak je jumpa jambatan pendek

jangan tertipu dengan kedekatan itew


Bila dah sampai area sini orang pun makin kurang
mula memasuki hutan lawa not makcik lawa ok 

bila dah makin kedalam orang pun tak ramai.Sese

Sunyi sepi kadang kadang je berselisih dengan orang.Agaknya semua orang dah sampai puncak sana kot.Tapi view kat dalam ni super wow la.Jalan sorang pun tak takut mana bila waktu sianglah.

aku rasa aku jalan dah satu kilometer aku baru perasan jari aku bengkak.bukan semua tapi jari kelingking aku macam bengkak.Aku pun tak sure kenapa.Tapi bukan bengkak yang teruklah.Aku pun duduk kejap fikir fikir jari aku terkena apa.Dah la aku duduk dalam hutan ni,mula la aku fikir macam macam.Sebab  malas nak fikir sangat aku terus jalan lagi.
Bila sesekali jumpa orang yang dah menghala turun aku mesti tanya diorang berapa jauh lagi.Ada sorang amoi tu cakap lebih kurang 1 jam lagi baru sampai



Tak lama aku jalan tu aku tengok langit macam nak hujan.Ini tak boleh jadi.Aku macam dah berbelah bagi nak terus ke nak patah balik.Kalau aku terus tetiba sampai sana hujan lebat aku dapat apa.Hujung hujung tersadai.

Kalau ikut hati memang aku nak terus.Alang alang dah separuh jalan.Alang alang aku dah ada kat sini,dan aku pun tak datang sini tiap tiap bulan mahu pun tahun.Tapi bila fikir fikir balik risiko tu aku pun patah balik.

Aku anggap je memang aku takde rezeki nak daki Ulsanbawi.Kecewa tu sampai terbawak bawak.Maybe tahun mendatang ada rezeki aku datang lagi kesini.

Sebab dah kecewa tu aku pun terus balik.Memang takde pandang pandang belakang dah.Aku rasa kalau aku pandang ke belakang memang aku akan patah balik.

Aku keluar je dari pintu masuk tu memang dah ada bas.Good good tak payah nak menunggu nunggu dalam hutan lagi.Best tapi tak capai kepuasan sebab tak dapat nak naik Ulsanbawi.Mungkin kecewa tu bakalan terubat hari hari seterusnya.Takpe aku lama lagi kat Korea ni.

Balik dari sini aku singgah kejap kat Abai Village.

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...