Thursday, August 24, 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA - DAY 4 - PART 2

ni sambungan kisah zaman purba dulu dulu........................ tak la purba mana pun baru setahun lebih je 

ni waktu nak pergi Sokcho nung jauh di sana.Tak jauh mana pun dari Seoul tu naik bas 3 jam jek

Bila naik bas waktu siang agak buang masa.Maybe aku bertolak ke Sokcho lewat petang so 1 day tu aku boleh lagi cover beberapa tempat lagi kat Seoul.

Dari hostel aku terus ke Bus terminal.Destinasi aku seterusnya Sokcho.Aku akan nak bus dari Dongseoul bus terminal.Dari Seoul station ambil line 2 get off Gangbyeon station (EXIT 4), keluar je terus melintas jalan masuk je bangunan depan tu.Dalam tu ada banyak kaunter ticket.Aku pergi kaunter yang hujung belah kanan.Bagi tahu kakak jaga kaunter nak pergi Sokcho.Aku takde nak request seat bagai.Tapi memang luck aku dapat window seat.Harga tiket KRW17300 (RM55.00)/sehala
Ini rupa bas yang akan bawa aku ke Sokcho.Bila dah dapat tiket tu sila menuju ke platform yang betul.Bas dekat korea ni sangat la panctual lambat kena tinggal.No tunggu tunggu.Tunggu tunggu valid in Malaysia Only ! Apa yang aku tahu bas ke Sokcho akan bertolak dalam 20 minit sekali.Kira kekerapan bas tu tak usah bimbanglah.Tak lama menungu bas nak ke Sokcho pun tiba.Load beg baik baik terus naik atas,cari seat.Sebelah aku makcik.Bas memang penuh la.Sebelum bas gerak driver siap checking setiap penumpang pakai seatbelt "SAFETY FIRST".Kalau kat Malaysia driver check bilangan penumpang saja.Tapi bas express kat Malaysia takde seatbelt  biasanya.
Permandang bukit bukau.Lawa jugak view sepanjang perjalanan takde la bosan sangat


Dalam perjalan bus ada stop  di R & R ,tapi aku tak turun sebab malas.Lagi pun aku rasa mengantuk sangat.Awal perjalanan tu semua ok,tapi bila dah pertengahan perjalanan agak slow sebab ada kerja kerja perbaikan jalan.Akhirnya lepas 3 jam akhirnya sampai juga kat Sokcho bus terminal.
Cuaca agak sejuk petang tu.Hari pun hampir gelap aku kena cepat jalan ke hostel.Tapi hostel yang aku book tu takde jauh mana pun dalam  5 minit je jalan kaki dari terminal.
Map ke The House Hostel
                             The House Hostel.Sebelum booking tu aku baca review ramai yang suggest hostel ni.Aku stay sini 2 malam.Aku malas nak terkejar kejar balik Seoul.Esok balik dari Mount Seorak boleh rest dulu kat Sokcho
Berdekatan hostel ni ada GS25.Dah sampai hostel ada sorang amoi jaga reception.Aku just tunjuk booking confirmation,Aku bayar untuk 2 malam terus.Lepas tu dia bagi aku kunci,lepas tu ada sorang laki yang tunjukkan aku bilik.
Waktu aku sampai tu aku sorang je dalam bilik ni.Bila dah malam baru ada yang check in
Female dorm share 4 orang.Untuk aku kira ok.Bathroom pun private.Harga dalam 1 malam  RM80.00 Dalam bilik aku ni ada sorang pempuan tu aku dia cuma stay kat bilik je.Time breakfast dia turun time aku balik dia duk baring baring atas katil sambil tengok tv.


View dari bilik aku
abaikan wayar wayar itu.Pagi pagi nak layan sunrise pun boleh




Lepas rehat kejap aku keluar balik.Saja nak jalan jalan tepi laut.Tempat ni betul betul macam kampung aku. Banyak restoran makanan laut tepi tepi ni,
gerai gerai ni beroperasi waktu pagi je aku rasa.Sebab waktu aku jalan jalan petang tu semua dah tutup
Aku jumpa sorang amoi dari Singapore.Sempat aku borak borak dengan dia.Dia dah nak balik Seoul petang tu.Dia datang dengan family stay 1 night kat Sokcho.

sejuk sejuk gigih pakcik 


Kat sini ada anjing.Tapi takde pun dia usik orang.Duduk je melepak kat tepi tu dengan muka sendu.Kurang kasih sayang agaknya.Tapi aku pernah baca review pasal hostel ni katanya anjing tu kekonon macam nak gigit dia.Kokesen kepam lah tu.bila sendiri cuai mula nak nasi tambah cerita.



malam malam aku suka lepak kat sini.Aku malas nak keluar sebab sejuk.So 2 malam tu aku lepak lepak dengan guest lain



Aku memula ingat ini prop je sekali boleh guna.Aku sempat guna 2 kali

Jadual perjalanan bas dari Sokcho ke lain destinasi.Tanya je reception kalau nak details perjalanan.

Tanda kenangan untuk mereka yang pernah stay kat sini.Aku tak letak pun cuma aku tinggal nota je.



Untuk aku kira ok sangat  hostel untuk tidur je kot.Semua ada harga pun ok.Yang terpenting owner hostel ni Mr.Yoo sangat friendly.Tanyalah apa pun dia cuba jawap dengan sebaik mungkin.Ada rezeki datang Sokcho  lagi aku akan stay sini lagi,

*Untuk yang banyak cekadak mohon cari hotel lain.

*iols baru je check rates hostel kat seoul sana bapak la mahal harganya.Banyak yang dah full chait !

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...