Monday, April 7, 2014

BERCUTI KE HONG & MACAU 2014

03/03/2014 - Isnin -Macau

Internary
  • The Venetian 
  • City Of Dream
  • HardRock Macau
  • Senado Square
  • Ruins St Paul
Seperti yang telah dirancang aku  aku akan ke Macau selama 1 hari.seawal jam 5.30 pagi aku sudah bangun.Semangat nak ke Macau tak payah cakap.Selesai bersiap dan sarapan aku pun mula bertolakAku jugan bawak sedikit bekalan makanan. seawal jam 7 pagi menuju ke terminal ferry.Cuaca pagi itu sangat sejuk.Pagi pertama di Kota Hong Kong.Sebelum ke Macau aku dah buat survey pasal Macau dan cara nak pergi kesana.Pada yang menginap disekitar Tsim Tsha Tsui kalau nak ke Macau boleh naik CHINA FERRY TERMINAL yang terletak di Canton Road.Mula aku sesat juga masa nak cari jalan Haipong Road ini sebab aku terlepas dia punya signboard.Nasib baik ada seorang aunty yang baik hati tunjukkkan aku di mana Haipong Road,rupanya tidak jauh dari hotel aku dan betul-betul sebelah Masjid Kowloon.Depan Masjid Kowloon ni pepagi ada orang kasi  surat khabar free,sebab kat situ ada exit MTR  iaitu "EXIT A1", makanya ramailah orang lalu lalang.


How to Get CHINA FERRY TERMINAL from MIRADOR MANSION
  1. Keluar dari Mirandor Mansion terus ke Masjid kowloon.REFER MAP
  2. Dah sampai Masjid Kowloon,anda akan jumpa sign board "HAIPONG ROAD".Jalan saja sepanjang Haipong Road dan nanti disebelah kanan anda akan jumpa "Kowloon Park",abaikan Kowloon Park tersebut jalan terus sampai jumpa "JUCTION @ SIMPANG"
  3. Lintas simpang tersebut dan Jalan di sebelah kanan dan depan simpang itu terdapat "HABOUR CITY MALL",abaikan mall tersebut.Jangan risau dekat simpang tersebut ada sign board untuk ke China Ferry Terminal.Jalan terus sampai anda jumpa "CHINA HONGKONG CITY MALL" sepert pic dibawah.
  4. Masuk dalam mall tersebut naik eskalator ke tingkat 1 ikut signboard yang ada untuk ke Feery kaunter ticket.Jangan malu nak bertanya sebab aku pun tanya orang jugak bila masuk kat dalam mall tersebut.
  5. Dah jumpa kaunter tu silalah pilih ferry yang mana anda naik naik.
China Hong Kong City Mall.Nampak tak eskalotor tu.Naik saja ke Level 1
Hari tu aku lupa nak snap pic kawasan ticket kaunter tu,sebab sibuk duk tengok tengok harga  ferry dan jenis ferry  lagi satu orang agak ramai pada hari tersebut.Disni ada 2 jenis ferry yang ternama iaitu COTAI JET & TURBO JET.Ferry ini berlabuh di terminal berbeza.

COTAI JET ---> berlabuh di TAIPA FERRY TERMINAL bersebelahan dengan Airport Macau.Taipa Ferry terminal berdekatan dengan Venetian,City of Dream,Hard Rock,Galaxy.

TURBO JET ------> berlabuh di MACAU FERRY TERMINAL.Terminal ini berdekatan dengan Grand Lisboa,Senado Square,Wynn,Ruins of St.Paul

Sebenarnya tiada masalah untuk berlabuh di mana-mana terminal ferry kenara pengangkutan awam dan free shuttle bus yang diseduakan sangatlah mantap.Aku suka aku kasi "5 bintang".Setelah penat fikir nak naik ferry mana maka aku putuskan untuk beli Cotai Jet, sebab aku nak ke Venetian dulu.Venetian berdekatan Taipa ferry Terminal.
HARGA TIKET SEHALA = HKD160.00 = RM68.50


NOTE:HARGA TIKET FERRY SIANG DAN MALAM ADALAH BERBEZA.HARGA WAKTU MALAM LEBIH MAHAL

Setelah beli tiket,sila tengok pada tiket tersebut yang belum ada Seat No.Untuk dapatkan seat no aku ke checking kaunter.Tunjuk tiket dan kerani tu akan tampat seat no pada tiket.Sila refer pic kat bawah.Sekepas itu aku terus ke Imegresen kaunter.Punya la ramai orang beratur tap.Mula-mula aku macam agak blur nak buat nak kena buat.Aku mulalah jenguk sana-sana tengok apa orang lain buat.Tetiba aku nampak seorang pegawai imegresen aku pun tanya la dia apa patut aku  buat,dan aku tanya dia perlu ke aku isi form nak masuk macau memandangkan aku dah ada salinan form masuk ke Hong Kong,lepas itu aku tunjuk passport, bila dia tengok aku punya passport dia cakapa semua dahok  dia cuma suruh aku pergi beratur.Sampai giliran aku dekat kaunter aku tunjuk passport aku,pegawai tu ambik aku punya salinan form masuk ke hong kong dan keluarkan slip untuk aku masuk ke Macau.Sekarang sudah takde "CHOP" lagi.sila refer pic di bawah.SETTLE BAB IMG

Selesai aku pun masuk ke departure hall.Ferry aku jam 9 pagi.jadi boleh la aku lepak dulu sebelum naik ferry.Tetiba satu masalah kecil terjadi.Zip beg sandang aku rosak.Punya susah aku nak cari recycle bag tapi takde pulak jual dalam terminal.Akhirnya aku ambik beberapa biji keronsang yang aku bawak aku clip dikeliling beg tersebut supaya isi beg tak terburai.Punyalah aku peluk kuat-kuat beg tu takut barang jatuh ke apa ke.


Bila sampai waktu nak berlepas sila alert pintu gate yang mana,aku just tanya amoi yang berdiri jaga pintu masuk,dia dengan baik hati bagi tahu aku akan bertolak di Gate no.11.Bila ferry dah samapai jom la naik ferry.Masa nak naik ferry tu sila beratur jangan berebut sebab semua boleh duduk.Bila dah jumpa seat apa lagi tutup mata dan tidur ayam sekejap.Memula tu aku tercari jugak mana no seat aku rupanya seat no ada di bahagian bawah kerusi.Mata ngantuk dan kaki penat jalan.Rugi kalau tidur nyeyak nanti tak boleh tengok view masa ferry jalan.Sepanjang perjalanan dapat juga aku jamu mata dengan view sekitar perairan Hong Kong,boleh lihat kapal kapal,pulau pualau kecil dan macam macam lagi  sambil menikmati coklat dan minuman panas ditambah dengan cuaca sejuk yesssss aku suka aku bagi 5 bintang.1jam perjalanan ferry berlabuh di Taipa Ferry terminal. 

Keluar sahaja dari perut ferry angin sejuk mula membelai wajah,serius sejuk,lebih sejuk dari Hong Kong.Dari Terminal boleh nampak airport Macau,masa tu ada flight Air Asia baru saja nak terbang,tetiba  rindu nak balik Malaysia.Perasaan setiap kali pergi negara orang Malaysia jugak yang aku rindu.Sudah keluar dari perut ferry terus ke kaunter imegresen untuk scan passport.Orang agak ramai servis cepat.Selesai scan passport aku ke Macau Tourism board untuk ambik Map.Macau tourism berada disebelah kiri.Orang kat Macau diorang boleh cakap Portgis dan chinese.Muka diorang pun macam orang Melayu.Mas kat kaunter visitor infomation aku sempat tanya itu ini pada amoi yang jaga kaunter.Nasib dia tahu cakap orang putih.

Visitor Information di Taipa Ferry Terminal
Beratur nak scan passport
shuttle bus free pilih saja mana mahu












freeeeee
Habis aku interview amoi di kaunter infomation,aku pun terus ke luar terminal.Taaaadaaaaa bas bas casino sedang menanti aku untuk bawa aku ke casino diorang.Pilih saja mahu ke casino mana semuanya free.Aku pilih untuk naik shuttle bus Venetian sebab aku ingin ke four season shopping mall dalam venetian.So apa lagi naik saja.Dalam bas aku ingat aku sorang je yang pakai tudung tapi nasib ada sorang amoi lagi.Aku tak tahu amoi itu dari mana.Penumpang yang duduk sebelah aku tanya aku datang dari mana aku cakap aku dari Malaysia.Jommm jalan jalan Macau.

Wednesday, March 19, 2014

BERCUTI KE HONGKONG & MACAU 2014 - PART 3 - KL - HONGKONG

02/03/2014 (Ahad)

Bermulanya Solo Trip

Bertolak ke LCCT

Dengan perasaan yang agak bedebar dan gembira aku bertolak menuju ke KL Central untuk menaiki bas  ke LCCT.Aku bertolak seawal jam 8.00 pagi walaupun aku dijadualkan berlepas ke Hong Kong jam 1.20 petang.Baik awal daripada pergi saat akhir nanti kelam kabut.Sebelum bertolak aku sempat selesaikan beberapa urusan bank.Lebih kurang jam 9.00 pagi aku bertolak ke LCCT dengan menaiki skybus.1jam perjalan sampai di LCCT,biasalah LCCT sentiasa penuh dengan orang yang nak ternbang dan kebetulan ramai pula orang yang pergi umrah.Sampai sahaja di LCCT aku terus ke Check-In machine.Punya ramai orang beratur,tapi nasib baik ada petugas Air Asia yang tolong aku untuk proses check-in memandangkan machine tersebut ada sedikit ganguan.Selesai check-in aku terus ke kaunter air asia untuk confirmation check-in  di mana kaunter tersebut akan cop pada boarding past.Selesai part check-in aku menuju ke kaunter scan barangan dan imegresen. Syukur takde barang aku yang sangkut bila waktu scan.Sudah la aku letak segala macam barang makanan dalam beg.Sambil menunggu waktu penerbangan sempat juga aku membuat sedikit review tentang aktivity yang aku akan buat di Hong Kong.Tepat jam 12.30 pengumuman penerbangan ke Hong Kong Bersedia untuk boarding.Jam 1.30 Kapal Terbang bergerak bawak aku ke bumi Hong Kong.Tepat jam 5.45 aku tiba di Hongkong International Airport.

Hong Kong International Airport

*Waktu Hong Kong dan Malaysia sama sahaja,so jangan pusing jam anda.Cuma Hong Kong lebih cepat gelap 
 *Nak masuk Hong Kong "TAK PERLU VISA"

Sampai sahaja di Hong Kong International Airport keluar sahaja dari perut kapal terbang cuaca amat sejuk sekitar 12c sejukkan mungkin baru nak masuk Spring.

Perlu Buat apa Masa Tiba di HKIA
  • petugas airport akan tunggu anda di laluan ketibaan
  • Ikut arahan untuk ke Shuttle Bus,Naik bus tersebut menuju ke Terminal 1
  • Sampai Terminal 1,sila beratur untuk pemeriksaan Imegresen,Sila sediakan pasport dan pastikan ada telah isi Imegesen Form.
  • Semasa di kaunter Imegresen,pegawai tersebut akan check detail anda dan juga muka sama tak kat passport,lepas tu dia akan print pass kebenaran untuk memasuki hong kong seperti pic kat bawah.
  • no need for scanning barang lagi,kecuali anda ada barang untuk declaration.
Note: Sekarang imegresen hong Kong Sudah tak cop passport.Mereka hanya keluarkan satu kertas merupakan kebenaran memasuki HongKong Kertasnya kecil sahaja so sila jangan hilangkan. 

contoh landing slip.Pmplet ini aku ambil kat Imegresen HongKong
 Hong Kong Tourism Board

Sebelum pergi dapatkan Bas aku ke HongKongTourism Board untuk dapatkan Map.Berdekatan Hong Kong Tourism Board ni ada kauter untuk AIRPORT EXPRESS.Aku juga sempat check balance Octopus Card yang kawan aku bagi di kaunter tersebut.Aku top up HKD50.Lepas  itu aku ke 7Eleven utnuk dapatkan Sim Card Hong Kong.Sebenarnya aku nak traveller sim card tapi aku sudah tersalah beli.Harga sim card tersebut HKD68,sila pic di bawah.Lepas itu aku terus menuju ke bus stop.Tapi jangan risau korang boleh top up macam biasa sim card ini.So jika aku ke Hong Kong dalam masa terdekat ini aku masih boleh guna sim card ini.

sim card yang aku salah beli.
Octopus Card
inilah rupa Octoups Card

Octopus card ini kalau kat Malaysia macam Touch N Go,Tapi Octopus kat kat sini lagi banyak dia punya function.Boleh guna untuk beli barang kat 7Eleven lagi selain untuk bayar tambang MTR dan Bas.

Kalau anda nak beli harga octopus card tu sila refer jadual dibawah.Korang beli dengan harga HKD150.
HKD50 = DEPOSIT (deposit akan dipulangkan jika korang kembalikan semula kad octopus tersebut.Tapi pastikan baki ada ada HKD50 atau lebih).Kat bawah aku attach jugak tempat anda boleh beli Octopus Card.Tapi aku suggest beli saja masa kat Airport.

Note:So aku cadang kalau boleh anda reload dalam HKD200.Sebab nanti anda akan sentiasa guna MTR dan bus.
 

senarai tempat nak beli octopus card.Ehsan by Octopus card website

harga octopus card.Ehsan by octopus card wesite

tempat untuk top-up octoups card.Ehsan by octopus card website
 Menuju ke hotel

 Disebabkan aku menginap di Tsim Tsha Tsui maka kena ambik bas CITYFLYER A21.Bus 2 tingkat warna merah dan kuning.kat depan bus ada tayang no.A21,so jangan risau anda tak mungkin salah kerana nak naik bus pun kena tunggu di tempat A21

ini map untuk ke bus stop.Ehsan by Google
How To Get Bus Stop at Hong Kong International Airport

* Sila ke kaunter infomation mereka akan kasi ko direction yang tepat.Ikut signboard pun boleh.
*Sudah jumpa Bus Stop sila menuju ke arah laluan sebelah kanan di mana terdapat sign board bus Cityflyer A21


UNTUK HOTEL SILA REFER ENTRY SETERUSNYA



BERCUTI KE HONG KONG & MACAU 2014 - PART 2 - BAJET HOTEL@GUEST HOUSE

Cosmic Guest House Hong kong

Name Card
Map pada Name Card boleh refer map ini
Untuk tempat tinggal di Hong Kong aku hanya memilih hotel bajet sahaja.Hotel di Hong Kong mahal.Kalau rasa nak budget sila buat tempahan awal.Aku buat survey dilaman online booking hotel dan aku baca juga diorang punya review tentang guest house yang aku nak booking.Akhirnya aku memilih Cosmic Guest House.Cosmic Guest House terletak di bangunan Mirandor Mansion,iaitu di jalan Nathan Road dan berdekat dengan Masjid Besar Kawloon.Ada beberapa review dari blog yang aku baca mengatakan guest house ini strategik kedudukannya.Maka aku pun mula melakukan aktiviti booking Cosmic Guest House.Pada sesiapa yang rasa nak review guest house ini sila ke ----->http://www.cosmicguesthouse.com/ 

sign board cosmic guest house
MIRADOR MANSION dalam bangunan ini ada banyak sangat guest house

Cara nak booking senang sahaja.Cara pembayaran pulak aku guna Paypal.Aku booking guest house ini 6DAY 5NIGHT.

Kenapa aku pilih COSMIC GUEST HOUSE
  • VERY HIGHT ROCOMMENDED, berdekatan MTR TSIM TSHA TSUI
  • berdekatan dengan tempat shopping,ferry terminal,Avenue of star
  • murah dan bersih
  • sesuai untuk backpacker bilik just sekadar untuk tidur sahaja memandangkan sepanjang hari kita akan berjalan.So bayar mahal untuk hotel yang cantik tak guna lor melainkan kalau aku bercuti ke pulau pulau baru lah aku pilih hotel yang cantik.

Deposit = HKD260.00 = RM115.00

*jika buat pembayaran melalui paypal selesai membuat pembayaran Paypal akan hantar confirmation email  bahawa anda sudah berjaya membuat pembayaran


selesai urusan booking pihak cosmic guest house akan send confirmation email kepada anda.Sila lihat pic dibawah


Bila sampai hotel apa perlu buat???
  • Bila anda nak check-in sila bawak salinan comfirmation booking tersebut
  • Receptionist akan minta passport anda untuk mereka scan,ini sekadar procedur biasa untuk tourist yang menginap di hotel mereka.
  • Make full payment untuk baki bilik yang aku tempah,
  • Receptionist akan bagi kunci,dan password no. untuk WIFI

How To Get Cosmic Guest House (Mirandor Mansion) From Airport
  • Take bus CITYFLYER A21,from airport Harga tambang HKD33/PAX.Dalam bus ada WIFI.
  • Henti di Pit top no.13,jangan risau kerana dalam bas akan ditunjukkan bus stop no.13 ------> sila refer pic kat bawah
  • Jalan terus lebih kurang dalam 50m,Sila alert dengan sign board Mirandor Mansion.(Refer Map kat bawah)
  • Nampak sign "Mirandor Mansion",masuk dan sebelah kanan ada lift.Lift di Mirandor Mansion ada 2 jenis:   
  •  (1) lift untuk tingkat angka genap ---> refer pic kat bawah
           (2) lift untuk tingkat angka ganjil
  • COSMIC GUEST HOUSE kat tingkat 12,so ambil lift angka genap
  • Lift sangat kecil,muat lebih kurang 5 orang,Sampai tingkat 12 tadaaaaa,welcome to "COSMIC GUEST HOUSE" 
LIF NO 3 - Lif untuk tingkat angka genap
Mirandor Mansion ada 4 Entrance.So sila alert anda perlu masuk pintu mana.Sebab COSMIC GUEST HOUSE perlu masuk di pintu yang aku tunjuk (PINTU MASUK)

Ini adalah pit stop NO.13
Ciri-ciri bilik yang aku duduk (SINGLE ROOM)
  • Bilik yang sangat kecik,boleh refer cosmic guest house punya website
  • bilik lengkap TV,Aircond,WIFI
  • Bilik air ada air sejuk dan panas,showel gel,shampoo
  • Bilik bersih,Tapi aku cadangkan sila bawak sarung bantal atau kain lapik untuk untuk bantal,keran sarung bantalnya agak sedih sedikit,tapi jika anda tak kisah no hal,small kes sahaja
  • Sila bawak towel sendiri,sebab nanti ada charge HKD50 kalau guna tower hotel .Jadi aku bawak sendiri punya.
  • PLUG 3PIN sama macam di Malaysia.Tapi ada satu main Plug sahaja.Kalau banyak gajet bawaklah extension
Bila sudah selesai check in bagai aku  terus masuk bilik dan rehat.Planning asal aku nak jejaln sekitar terpaksa dibatalkan disebabkan aku sangat penat.Malam itu aku hanya abiskan masa dibilik sambil baca dan review untuk itenary esok.Good night......

BERCUTI KE HONGKONG & MACAU 2014 - PART 1


Lets start journey.

Persiapan untuk bercuti

Hong Kong & Macau dalam kepala apa yang best  disana aku aku pun mula google.Ranapnya harapan untuk ke Beijing memandangkan waktu yang aku nak pergi time winter beberapa kawan aku advise jangan pergi lagi hold first kerana cuaca disana sangat sejuk.Setelah berfikir  aku putuskan untuk ubah haluan ke Hong Kong.Mungkin ini adalah Trip Solo aku untuk pertama kalinya.Aku nak juga perasaan ke negara orang secara solo nak uji diri sendiri berani atau tidak.Tiket belum beli tapi perancangan sudah ada.Sekarang nak cari date yang sesuai aje rasa.Seperti biasa pergi secara backpacker jimat dan murah.Dalam kepala memang dah rancang nak pergi tempat - tempat orang selalu pergi bila ke Hong Kong antaranya :
  1. Ocean Park,
  2. DisneyLand,
  3. Madame Tussauds
Mak ayah aku bukan orang kaya nak bawak anak dorang ronda dunia setakat dalam Tanah Melayu boleh lagi tapi bila dah kerja pergi sendiri.Tak juga aku lupa paling utama nak masuk Macau.Segala info nak ke Macau aku google saje. Harap-harap dapatlah jejak kaki ke sana.Jika Trip ini tiada halangan aku akan lakar apa yang aku dapat.Hope Dream come True.  Kalau nak pergi holiday tentunya ada tiketnya.So pandai-pandai la anda semua cari tiket.Tunggu masa Air Asia buat promotion silakan membeli tiket dengan bahagianya.Selepas puas aku mencari dan menunggu ni dia tiket yang aku dapat dari Air Asia. 

Kuala Lumpur -----------> Hong Kong


Harga Tiket (Sehala) = RM169.00 (KL - Hong Kong)
*Harga tidak termasuk laguge
 
Aku beli tiket sehala dahulu memandangkan aku nak ke Macau mungkin aku akan ambik flight dari Macau ke Kuala Lumpur.So disebabkan itu aku beli untuk sehala dahulu.Aku nak kena siapakan aku punya iternary aku dahulu selepas itu baru aku nak booking tiket untuk pulang.  Selepas puas memikirkan mahu pulang ke Tanah Melayu melalui Macau atau Hong Kong makanya ni dia


Harga Tiket (Sehala) = RM345.00 (KL - Hong Kong)
*Harga tidak termasuk laguge

Harga tiket sebelum tu lagi muarah berbanding yang aku booking ni iaitu RM209.00/hala.Tapi yang lalai amik masa lama sangat nak fikir akhirnya tiket yang mahal aku dapat.So moral of the story kalau nampak yang murah betul terus booking jangan tunggu.Sebab apa yang aku survey Air Asia ni ada sejenis paten dimana kadang kala harga tiketnys sangat murah. 

Harga Tiket Air asia
Sebelum buat apa trip selalu buat list:
- Keselamatan
- Hotel(penginapan)
- Mata wang
- Cuaca 
- Pengangkutan 
- Cuti Umum Hong kong  & Macau

Perkara kat atas aku rasa paling penting.Kita nak pergi negara orang yang kita tak pernah hadap.Kalau pergi first time mesti rancang betul- betul.

Aku juga banyak melakukan rujukan berkenaan HongKong dan Macau melalui google.Sebelum melakukan aktiviti berjalan cuba survey dahulu tentang negara tersebut atau baca blog blog orang berpegalaman dah kesana.

HOTEL

Awal lagi aku dah buat tempahan hotel dengan "COSMIC GUEST HOUSE".Segala entry berkenaan guest ini sila refer page next page


Tukaran Wang 

Sebelum masuk negara orang mesti kita tukar duit mata wang negara tersebut.So nak masuk HongKong kena la tukar mata wang HongKong.Aku buat 2 kali pertukaran.Sebelum buat pertukaran survey  aku survey juga beberapa money changes,tapi rata - rata rates tukar sama sahaja.So aku buat pertukaran ni di Money changer berdekatan umah aku saja.

ini duit yang aku tukar dan berapa aku dapat
Ini rate semasa.List ini kalau rasa nak buat boleh tak pun boleh

Bekalan Makanan
  • Nama pun percutian bajet so makan pun harus bajet.Lagi pun Hong Kong buka syurga makanan untuk orang muslim ataupu untuk orang Melayu.Sebab itu aku tak kisah untuk cut cost pada bab makan.Masa di Hong kong aku memand tak keluarkan duit 1 sen pun untuk makan.
  • Aku bawak bekalan makanan untuk 5 hari.Sila la tengok pic kat bawah.
  • Pada yang tak mahu bersusah payah bawak makanan jangan risau terdapat restoran makanan halal di HongKong.
  • Sila refer di sini --------> http://www.islam.org.hk/eng/E-islamfoodstore.asp  
  • Jika anda menginap di 'CHUNG KIN MANSION"  dalam bangunan ini pun terdapat 1 restoran halal iaitu Restoran Bismillah Tsim Tsa Tsui (TST), tepatnya Shop No. 75,1/F, Chung King Mansion Building, 36-44 Nathan Road, TST, HK.Nak tahu detail anda boleh refer kat sini --------> http://www.ddhongkong.org/restoran-bismillah-kebab-house-pelanggannya-banyak-juga-non-muslim/
Makan stok 6 Day 5 Night

Antara Keperluan Lain
  1. Pakaian bawak beberapa helai.Sebab aku dah plan nak shopping kat sana
  2. Bekalan ubat ubatan seperti minyak angin,panadol
  3. Passport - pastikan belum tamat tempoh
  4. Travel Insurance - Penting bagi yang travel solo macam aku.Masa pergi Trip ini aku tak beli pun Travel Insurance,melainkan aku cuma beli insurance penerbangan sahaja.Jadi pada sesiapa nak buat trip solo ke by group ke sila dapatkan Travel Insurance.Untuk next trip mungkin aku akan dapatkan travel Insurance.Mana nak beli ??? boleh ke laman web syarikat insurance kat Malaysia.Taip saja Travel Insurance dekat google.
How to get info about Hong Kong & Macau

Ini antara sumber infomasi aku dapatkan mengenai trip ke HongKong & Macau

Hongkong & Macau Info

http://www.discoverhongkong.com/my

http://my.macautourism.gov.mo

http://www.travelchinaguide.com/cityguides/macau/ 


Ini ada Consulat Malaysia di HongKong,Jika ada apa-apa berlaku boleh lah anda hubungi untuk buat pertanyaan atau pertolongan.

KEDUTAAN MALAYSIA DI HONG KONG

Address: 24th Floor, Malaysia Building
47-50 Gloucester Road
Wanchai,Hong Kong
Telephone: (852) 2821 0800 ( Main Office Consulate )
(852) 28210818 / 28210823 (Immigration)
Fax: (852) 28651628, (852) 25278826
Email: mwhkg3@biznetvigator.com, malhkong@kln.gov.my
GMT: + 8 hrs
Work days: Monday - Friday 9.00 a.m -1.00pm ,2.00 p.m- 5.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday



GENERAL ABOUT HONG KONG & MACAU


Solo trip ke HongKong & Macau

sebelum membuat solo trip ke Hong Kong dan Macau meh aku review skit tentang tempat tersebut.Solo trip yang pertama dalam hidup aku.Kekuatan apakah yang ada aku pun tak tahu.Tapi kalau tak cuba tak tahu sejauh mana kemampuan aku.

Hong Kong

Musim

Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan pelbagai musim. Satu-satunya keadaan cuaca yang boleh diramal yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada rancangan perjalanan anda adalah taufan.
Musim taufan bermula pada Mei dan berakhir pada November.
 Hong Kong Map Ehsan from google
Apabila taufan menghampiri, amaran disiarkan di televisyen dan radio. Pelbagai tahap tanda amaran dikeluarkan oleh Hong Kong Observatory, tetapi apabila amaran nombor 8 dikeluarkan, kebanyakan perniagaan dan kedai akan ditutup dan penerbangan akan dibatalkan. Terdapat sistem amaran berasingan bagi hujan lebat.

Anda boleh mendapat maklumat terperinci mengenai cuaca semasa dan bermusim di laman web Hong Kong Observatory. Apabila anda di Hong Kong, anda juga boleh mendail 1878 200 dan tekan '3' untuk bahasa Inggeris bagi mendapatkan maklumat keadaan terkini

MUSIM-MUSIM DI HONG KONG
Musim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C

Musim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C

Musim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C

Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C

Macau

Macau, yang terletak di pantai tenggara China, merupakan kawasan khas pentadbiran negara. Sebagai  Pusat Perjudian terkenal di Asia , ia adalah tempat untuk mencari budaya Cina tradisional sambil menikmati eksotik bangunan Portugis. Nama bandar yang berasal dari Magao (A-Ma Temple) perkataan, yang merupakan kuil yang didedikasikan untuk Mazu, seorang dewi laut suci dihormati oleh penduduk tempatan.

Kebanyakan pelawat yang telah ada membuat kesimpulan bahawa ia adalah lokasi yang sesuai untuk kedua-dua pelancongan dan hidup kerana ia adalah sebuah bandar yang indah dengan jalan-jalan bersih, taman-taman dan landskap berbukit yang indah.

So anda semua pilih musim mana yang anda semua nak pergi.Pilihan terletak ditangan anda.Setiap waktu ada feeling tersendiri.

Sunday, February 23, 2014

AIR ASIA PROMOTION

Salam

Lamanya aku tak menulis.Tetiba angin pagi ini buat aku terasa rajin pula nak tulis sepatah dua perkataan.Sempena Air Asia buat promotion untuk tahun 2014 aku dengan rajin mencari HARGA MAMPU TERBANG.Disebabkan suka sangat menonton rancangan KE KOREA KE KITA sejak dua menjak ini buatkan aku begitu teruja nak teroka Kota Korea.Harga aku yang aku survey ini adalah waktu WINTER TIME.Pada aku harga ini memang tersangat murah.Kalau orang lain boleh dapat lagi murah itu aku tak tau la.Harga ini tidak termasuk Insurance,luggage,makanan ok.Kalau include semua tu aku rasa masih murah.So apa lagi kita BOOKING LAHHHHH

HARGA TIKET PERGI BALIK MURAH KAN!!!

Sunday, January 19, 2014

SIGMAL GROUP ANNUAL DINNER 2013



HELLO

04/01/2014 - SIGMAL GROUP ANNUAL DINNER

Cepatnya masa berlalu.Baru lagi aku rasa aku pergi annual dinner 2012.


Committe:Hasliza,MsTeh,MsOon,MsYap,Christina,Martin,MsLong,Siti,Ima,Fariz,Jason,May,Fariz

Tempat:D'Fong Restaurant,Wisma TA,Petaling Jaya

Theme: 1 Malaysia

Sepanjang 2 tahun aku menjadi "SIGMALCREW"  ini annual dinner ke-3 aku attend.Ini tahun ke-2 aku jadi committe member.Tahun lalu tugas aku sambut tetamu tapi tahun ini aku ajdi MC.Berdebar habis sebab ini kali pertama aku jadi MC sepanjang hidup aku.Disebabkan thema tahun ini 1 Malaysia maka 3 orang MC dari 3 bangsa berbeza telah dipilih.Walau dibuat di Restoran bukan Islam tapi company dah sediakan Muslim food untuk muslim staff.Sila layan serba sikit pic dibawah.Nak tulis panjang takde idea.

photo with Sigmal "GM"

"YOYO" show by site man.

photo with QS
"YOYO" Man
comitte member take photo with Sigmal "Lady Boss" Madam Chen Moy Lin (Black Dress).So adore with her coz she very preety lady.
karok session by Sigmal "project Director"
photo with sexy lady "May"
Love Jason
short ucapan by Sigmal top Managament

photo session with comitte member



-----------------------END OF MAJLIS-----------------------







Wednesday, January 8, 2014

PEKERJAAN

I LOVE MY JOB

EHSAN GOOGLE


Topic aku hari ini  berkenaan orang yang malu nak bagi tahu tempat dia kerja dimana.Walau apa pun kerja anda dan dimana anda bekerja dan selagi majikan yang bayar gaji aku nak bagi tahu kita masih kuli.Kita bukan tauke yang perlu untuk dibanggakan. 

Aku tak faham kenapa masih ada yang malu nak bagi tahu dimana diorang bekerja.Kenapa nak bohong pada orang mengatakan kerja di company besar "Listed Company".Hina sangat ke kerja di company kecil atau nak tunjuk hebat.Kalau nama pun kuli tetap kuli.Tak faham aku kenapa masih ada orang yang berfikiran sempit dan kolot seperti itu.Bagi tahu semua orang dapat kerja international company tapi bila kangtoi kerja company biasa sahaja.memalukan sahaja.Apa salahnya jujur dari memalukan diri sendiri bila sudah kangtoi.Harapkan belajar sahaja tinggi tapi pemikiran 50tahun kebelakang.Sedihlah.

Apa yang aku tahu aku happy dengan  kerja aku sekarang kerana aku tahu aku hanya dibayar gaji dan aku tetap kuli.Tak ada apa nak dibanggakan walau aku dipanggil bos atau apa sahaja kerana aku tetap menerima gaji bulanan.Aku bangga dengan tempat kerja aku sekarang.Tak perlu company besar.So fikir-fikir




Monday, December 30, 2013

HAPPY NEW YEAR 2014


cepat nya masa berlalu.2013 akan labuh tirai dan selamat datang 2014.Segala yang suka duka tahun 2013 aku nak bungkus masuk kotak.Tahun 2014 mulakan hidup dengan lebih baik baik dan indah-indah,sikit kesusahan itu lumrah.Allah tidak rezekikan kita happy happy selalu duka duka tetap ada baru cukup rasa hidup seorang manusia.
Banyaknya perancangan aku tahun ini hope everything gonna be ok.Perancangan yang aku dah buat beberapa bulan sebelum ini.Pada semua yang rasa cita cita tahun 2013 yang mana belum tercapai boleh saja carry foward tahun 2014.Usaha itu penting.Harapnya tahun 2014 banyak lagi aku dapat masukkan entry yang berguna dalam blog aku ini.Tahun 2013 blog aku aku sekadar permulaan.Moga entry yang akan datang lebih bermakna.
So benda pertama aku nak buat kat blog aku ni sebelum masuk tahu baru ubah backgroud.Bosan dengan background yang sama.
So ini saja aku nak tulis malas nak feeling panjang sangat.Selamat cuti tahun baru.




----------------------------------------HAPPY NEW YEAR 2014----------------------------------------

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...