ShoppingDay Pasar Aur Kuning
Awal pagi lagi aku dah bangun.Udara kat sini memang sejuk dan segar.Nak mandi pagi termenung sekejap kat dalam bilik air. Serius airnya sejuk.Memandangkan mengikut perancangan kami nak bertolak awal ke Pasar Aur Kuning.Seawal jam 7 pagi sarapan dihantar kebilik kami.Setelah selesai bersiap dan sarapan kami bergerak menuju ke Pasar Aur Kuning dengan menaiki tut tut sahaja.jimat dan murah Rp2500/orang.Tapi menurut pekerja hotel harga tambang seorang Rp2000 mungkin sebab kami orang luar maka mereka naikkan harga.Jahat!!!
Tambang Tut tut = Rp2500/person
![]() |
| Dalam Tut-Tut |
Kalau dari hotel tempat aku sewa ni memang mudah nak dapatkan tut tut.Kami tahan tut tut depan hotel saje memandangkan tut tut lalu depan hotel Indria.Perjalanan ke PasarAur Kuning ambil masa dalam 15minit sahaja.Sepanjang jalan menuju ke Pasar Aur aku lihat banyak juga terdapat pasar ala pasar tani.Aku ingatkan itulah Pasar Aur nasib ade soorang makcik yang sama sama menaiki tut tut bagi tau kami itu bukan Pasar Aur.Makcik tu pun menuju ke Pasar Aur.Terima kasih makcik.Namanya aku sudah lupa.
![]() |
| Pasar Tani |
![]() |
| Kotorkan???? |
![]() |
| Terminal Bas |
![]() |
| Cuci Mata |
![]() |
| Walau Kotor Kami tetap nak posing |
Sesapa yang tak tahu kodi tu maksud harga untuk :
20helai = 1 kodi
![]() |
| Borong Sampai muntah |
![]() |
| Cantikkan ????? |
Restoran Simpang Raya
Disebabkan kami semua belum heavy breakfast maka kami putuskan untuk makan dahulu.Kami ke satu restoran yang terletak tidak jauh dari Pasar Aur iaitu Restoran Simpang Raya.Disebabkan kami tak tahu nak makan apa jadi kami telan nasi kapau sahaja.Makanan kat kedai tak sedap mana.Pagi pagi dah telan nasi walau tak selera nak makan bantai jugalah.Selesai menjamu selera kami masuk kembali ke Pasar Aur.
Disebabkan kami semua belum heavy breakfast maka kami putuskan untuk makan dahulu.Kami ke satu restoran yang terletak tidak jauh dari Pasar Aur iaitu Restoran Simpang Raya.Disebabkan kami tak tahu nak makan apa jadi kami telan nasi kapau sahaja.Makanan kat kedai tak sedap mana.Pagi pagi dah telan nasi walau tak selera nak makan bantai jugalah.Selesai menjamu selera kami masuk kembali ke Pasar Aur.
![]() |
| Restoran Simpang Raya |
![]() |
| Menu |
Pasar Aur Kuning
Makin ramai pengunjung yang memenuhi pasar ini.Keadaan makin panas dan buatkan kami rasa tak selesa.Kami mula menyeluri dari kedai ke kedai.Ntah kenapa kawan aku sorang tu nak cari telekung memilihnya yang ampun.Nak cari yang kualiti bagus katanya.Aku rasa kualitinya kainnya sudah kira ok.Katanya nak cari france cotton setahu aku kain jenis ni orang panggil cotton paris.kalau yang mengirimnya tak tahu yang membelinya lagi tak tahu.Nasib baik takde orang kirim dekat aku.Kalau tak pitam aku nak mengangkut.
Jika kesini aku sarangkan anda jalanlah sepuas hati dan shopping hingga pitam Kalau rasa nak berniaga sila datang kesini barang-barang kat sini memang murah.Macam-macam ada.Kat sini semua ada.Aku nak datang lagi nanti.Aku nak shopping sakan kat pasar Aur.Balas dendam sebab tak shopping banyak
![]() |
| Muka Kenyang |
![]() |
| Jom Shopping |
![]() |
| Beli beli Telekung |
Setelah ronda
punya ronda kaki pun dah penat dengan keadaan yang makin tak selesa kami
putuskan untuk ke Pasar Atas. Kami meninggalkan Psar Aur tanpa beli apa
- apa.Kami pergi ke Pasar Atas menaiki tut tut. Kami pulang dengan tangan kosong.


















































