Sunday, April 12, 2015

PINOY - BORACAY 2015 (SUNSET)

SUNSET HARI PERTAMA

Bangun dari tidur cepat cepat aku bersiap sebab nak tengok sunset.Motif la pergi bercuti tapi tidur tak ingat dunia.Tapi memang aku mengantuk.Bangun tergesa gesa macam gitu memang buat kepala aku jadi weng sikit.Memula tu ingat nak sambung tidur je dan tak payah tengok sunset.Tapi mengenangkan peluang tak datang selalu,gigih aku bangun.

Hasilnya adalah pic yang senget senget sebab layan sunset dalam keadaan mengantuk.Waktu aku sampai dekat white beach tu orang dah penuh.Semua duduk duduk sambil tunggu sunset.

Aku tak reti macam mana nak snap supaya nampak matahari tu betul betul bulat..So gambar sunset adalah tak ghairah sangat.Tapi kalau tengok depan mata memang cantik.

Wednesday, April 8, 2015

PINOY - BORACAY 2015 (PART 7)

PANAS 
ORANG PUN MALAS NAK BERJEMUR
PENGANTIN - TAKPE TAKPE NANTI AKU BUAT JUGAK KAT SINI

waktu patah balik tu aku sempat singgah minum manggo shake yang diwar warkan sangat sedap dan paling ternama kat Boracay.Aku masuk terus dapat tempat duduk,dan ada amoi datang bagi buku menu.Dalam buku menu yang dia bagi tu ada macam macam shake.Pilih saja nak yang mana.Aku order Manggo tanpa susu.Minum sambil hilangkan penat dan dahaga.Masa aku sampai tu orang tak ramai mana.Aku order kejap pastu dapat.

SELAMAT DATANG KE JONAH'S

Manggo shake dia memang sedap dan cukup rasa.Aku lepak layan perasaan dalam kedai.Bila lepak macam tu aku jadi malas nak berjalan balik.Mata dari tadi mengantuk saja.
DUDUK DUDUK - JONAH
USHA USHA 
DEPAN KEDAI
INI DIA - manggo shake 
HARGA
Habis minum aku jalan lagi.Sepanjang jalan ramai je orang jual package island hoping.Tapi aku malas nak layan.Ramai sangai yang mengofer sampai naik rimas aku dibuatnya.

Tapi ntah macam mana aku pergi dekat mamat yang duk offer.Aku tanya harga untuk island hopping.Mamat tu cakap dalam 4000 peso macam tu.Mahal tu.Tapi harga yang dia bagi tu sebenarnya harga untuk group

Aku cakap dekat mamat tu yang aku sorang saja.Aku cakap aku nak murah tapi dia tak nak bagi.Aku pun apa lagi terus blah.

Lepas tu dia panggil aku balik dan tanya berapa aku nak.Aku pun macam tak tahu nak letak harga berapa.Last aku cakap aku nak 800 peso.Masa aku nego nego tu ramai jugak geng diorang datang.Macam rupa orang nak cari gaduh pun ada.

Muka muka beach boy ni semua jahat jahat dan menakutkan.Tapi diorang ok je.

Mamat tu tak nak bagi.Aku blah lagi.Lepas tu dia panggil lagi.Aku memula macam malas nak patah balik tapi macam kesian pulak.Jadi aku pergi balik.

Mamat tu cakap dia nak bagi aku 1500 peso.Aku cakap lagi aku tak nak.Aku nak 800 peso.Lagi pun 1500 peso tu bot untuk aku sorang saja.Takde maknanya aku nak naik bot sesorang dengan diorang semua lelaki.Tu macam cari bala.

Aku cakap aku bayar 800 peso and aku nak joint group lain.Aku cakap aku tak nak naik bot seorang sebab aku takut.Dia tanya aku kenapa tak nak pergi hari ni.Aku  cakap aku bz dan aku nak pergi esok.Motip cakap bz.

Aku confirm betul betul dengan mamat tu harga.Dia pun setuju 800 peso.

Aku tanya lagi detail pasal island hopping tu.Mamat tu cakap start dari 9.00 sampai 4.00 petang sekali dengan makan lunch.Aku tanya naik bot yang macam mana,beria la dia tunjuk kat aku.

Lepas tu aku bayar deposit 500peso.Lepas deal apa semua aku blah.Aku pun tak tahu nak cakap mahal ke murah.Kalau pergi group boleh share tapi bila sesorang macam aku pandai pandai la nak hidup dan bergembira.

Berpeleseran aku tepi pantai tanpa tunjuan dengan tahan mata yang mengantuk.Tapi masa aku jalan jalan tu aku jumpa awek pinoy cantik sangat.Pempuan itu berniaga apa aku lupa,tapi dekat tangan pempuan tu ada kertas sibuk dia duk promo orang lalu lalang.Canti macam artis pinoy yang aku selalu tengok kat tv.
SAKAN BERGAYA
AKU NAK TRY BUAT TAPI RAMBUT TAK BERAPA NAK PANJANG
DIMANA SAHAJA - PULAU KAT MALAYSIA BELUM ADA LAGI KE ADA TAPI AKU YANG TAK TAHU
PIZZA  & CRAZY CREPES
BELI BELI

MACAM MACAM WARNA ADA
YELLOW CAB PUN ADA
JANGAN LUPA TRY NI TAPI ........
TAPI HARGA MAHAL SANGAT - 1500PESO SEORANG.GILA KE APA NAIK TAK SAMPAI 2 MINIT.AKU MACAM NAK TRY TAPI TAKDE MAKNA AKU NAK BAZIR WANG BAYAR MEMAHAL DAH MACAM HARGA MASUK THEME PARK
 GIGIH DIORANG BUAT BENDA NI
Aku dah berjalan jauh sangat rasanya.Mata pun rasa macam tak boleh nak buka sebab mengantuk sangat.Last aku patah balik ke station 2 sebab nak balik bilik.Aku nak tidur dulu.Petang nanti boleh jalan lagi sebab nak tengok sunset.



SELAMAT TIDUR..............................

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...