Wednesday, 29 March 2017

SANTAI MUSIM LURUH KOREA - 2015 - DAY 4 - PART 1

Bangun pagi ni dengan penuh rasa malas sebab hujan.Pagi ni aku nak check out.Bangun je terus pergi pantry sebab lapar.Sambil minum coffe aku review balik plan aku untuk hari ini.

Aku nak pergi sokcho.Mesti dah tahu apa kat sana.Mount Seorak la.Tapi sebelum pergi sana aku nak merayap dulu kat seoul ni.Sebab semalam agak kecewa sebab hujan sebelah petang.

Siap breakfast aku masuk bilik kemas kemas barang.Lepas tu baru siap siap nak check out.Hujan hujan ni sambung tidur pun best.Mandi pun gigil gigil walau dah guna air panas.Budak bilik aku semua dalam selimut lagi.I is cemburu ok !

Habis kemas semua aku turun bawah.Pagi ni makcik yang selalu aku jumpa kat pantry yang jaga.So aku bagi tahu aku nak check out.Settle semua aku bagi tahu nak tinggal beg kat situ nanti dalam jam 12 aku datang ambil.

Dari Seoul station ambik line 4 get off Hoehyeon station.Disebabkan masih awal banyak kedai belum buka.Yang bukak pun banyaknya kedai jual bahan basah dan kedai jual sayur.Aku datang sini nak beli souvenir je.Aku pun tak sure kedai mana satu yang murah.Sebelum ni ada je aku baca kat blog kedai yang murah nak beli gift tapi haram aku tak lupa nak buat note.

Aku ada beli 3 helai tudung,sebab aku bawak 3 helai je.Kualiti pun bagus bidang pun besar.Nak lilit lilit pun senang.Nak beli banyak banyak aku malas nak bawak sebab aku ada lagi seminggu lebih.Aku beli apa yang penting je.

*Aku takde tips untuk membeli belah.Tips beli belah boleh refer blog lain.

Hujung hujung aku masuk  je satu kedai dan beli apa yang patut.Laki yang jual kat kedai tu pandai cakap melayu sikit sikit.Aku spend sikit je.Beli sikit mintak freegift macam macam haahhahahaha.Dah habis beli aku sempat  ronda ronda lagi.Pendek kata pasar ni memang cukup lengkap segala keperluan atau orang putih kata one stop center


Ahjuma jual sayur.Semua nak segar segar.

first time aku tengok stong rupa macam ni.Comel sangat.Banyak juga hasil laut yang aku takj pernah tengok ada kat sini.Kalau pergi pasar pasar lain maybe ada lagi yang menarik






Adakah ini kimchi ? dipamerkan dengan penuh sopan sekali.Orang nak beli pun takde ragu ragu.Nampak bersih
 Kuih kat atas ni macam donut








Aku sempat tengok tengok periuk kuali semua tu.Banyak sangat barang yang aku suka dalam kedai ni.Mak mak sangat 


Aku suka sangat tengok benda ni.Tapi aku tak tahu kegunaan benda ni.Macam rupa span basug pinggang mangkuk pun ada.Tapi sangat comel ada banyak colour.
Natural republic taraf taraf barang pasar je.Kalau kat Malaysia ni mahu dalam mall besar.



Aku jumpa kedai jual selimut nak beli tapi nak angkut cam mana.Agaknya mintak post ke Malaysia dia buat tak ? kualiti pun bagus.Sesiapa yang datang namdaemun silalah borong selimu banyak banyak.Berbaloi sangat dari korang beli dekat mall yang tak berapa nak bagus kualitinya.
Dah habis beli tu aku jalan jalan lagi sikit.Seronok juga kalau datang shopping semata.Banyak barang barang best aku tengok.


Tapi tengah seronok seronok petik sekali memori card aku full.Stress !

Aku takde bawa memori card spare so the solution is kena beli memori card baru.Nasib la dekat pasar tu ada kedai kamera.Ada banyak jenis memori card aku pun blur nak pilih yang mana satu.Tapi beli tetap beli.Mahal jugak la.Tapi aku guna CC

Waktu  dalam kedai tu sempat la aku usha usha lense yang ada.Tujuan nak beli memori card je terus ada sesi soal jawap ngan pekerja kat situ.Acah acah nak beli konon tapi non hado duit.Aku tengok harga tripod pun boleh tahan.Takpe tanya banyak sebab aku dah beli memori card kan.CUSTOMER ALWAYS BETUL DAN BERHAK - # ayat yang aku paling tak suka sejak dulu


Habis usha kedai kamera tu aku jalan lagi sikit dekat dekat kawasan ni.Aku nak pergi tengok Namdaemun gate.

Sungnyemun Gate atau Namdaemun gate atau dalam bahasa melayu di panggil gerbang upacara agung.Gerbang ni di bina pada tahun 1395 hinga 1998 pada zaman  Maharaja Taejo.Gerbang ni pernah terbakar padun tahun 2008, dan seramai 360 orang ahli bomba di kerah untuk memadankan kebakaran tersebut yang berterusan sepanjang malam.Gerbang ni dibaik pulih  pada tahun 2009 dan dibuka semula untuk orang awam  pada tahun 2013.Nak  tengok gambar  gerbang ni hangus semasa kebakaran mohon sendiri google.

 Aku jalan kaki ke Namsan park.Aku main jalan je tetiba rasa macam jauh pulak.Nampak dari pasar macam tak jauh.Aku siap tanya tanya orang lagi.Berkat tak malu bertanya akhirnya aku sampai pintu masuk


Dah sampai nak kena mendaki pula.Penat jalan tak habis lagi nak kena mendaki lagi,betul betul senaman pagi ni.Aku mendaki slow slow,tak larat nak laju laju,nampak di situ stamina aku dah kurang.Mendaki sikit dah penat.Tapi seronok jugak sebab nyaman.Aku rasa trip ni akan banyak activity daki bukit so kiranya macam traininglah.


Hilton Seoul

 statue Lee Si Yeong - President pertama Korea 


Seoul yang sangat padat
 Statue Paikbum Kim Koo
Siapakah oppa kat atas ni.Aku pun tahu sapa.Yang aku tahu 2 yang atas tu je.

Ada banyak lagi statue kat atas ni,tapi aku takde snap semua.Aku snap mana yang aku jumpa je.Nak cari semua statue agaknya setengah hari baru habis.


Menapak turun
Aku lepak kat atas ni tak lama sangat.Awal pagi takde orang pun.Aku nak pergi Namsan tower pun macam malas dah tak jauh mana pun kalau jalan kaki.Tapi kemalasan memenangi carta hati aku kali ni.So aku turun je dari situ.Aku nak jugak tengok kunci kunci cinta kat atas sana tapi takpelah takde rezeki kot.Maybe lain kali aku datang lain.

Waktu aku nak turun baru aku nampak ada rombongan budak sekolah.Aku lupa nak snap sebab cam aku dah masuk beg.

Aku nak jalan kaki je balik ke hostel sebab dari jauh dah nampak Seoul Station,tapi aku rasa macam aku dah salah jalan balik.Jalan paling mudah aku cari station subway terdekat.Senang mudah dan cepat tak payah penat penat.

Sampai Seoul station sempat aku pergi Lotte mart.Beli dulu apa apa yang patut.Aku lepak jap dekat Seoul station.Lepas tu aku terus balik hostel ambik beg.Jauh lagi perjalanan hari ni.

*aku load so banyak pic dalam pic.Mohon jangan bosan

Tuesday, 14 March 2017