Showing posts with label MACAU. Show all posts
Showing posts with label MACAU. Show all posts

Friday, April 11, 2014

MACAU 2014 - PART 2

SENADO SQUARE,RUINS ST PAUL,GRAND LISBOA
Sudah puas shopping dan jalan jalan di Venetian dan HardRock aku ke Grand Lisboa pula.Grand Lisboa berdekatan dengan Senado Square and Ruins St Paul.Nak ke Grand Lisboa senang sahaja.Aku hanya ambil  shuttle bas free untuk ke Grand Lisboa di Taipa Ferry Terminal.Perjalanan lebih kurang 15minit,dan melalui Taipa Macau Brigde.

Grand Lisboa

Bahagian depan Grand Lisboa kalau nak ke Senado Square jalan sahaja di sebelah kiri bangunan ini

Sampai sahaja di Grand Lisboa jam menunjukkan angka 4.30 petang dan di tambah cuaca yang semakin sejuk dan berangin.Sebelum ke Senado Square snap pic adalah penting.Mula-mula agak blur jugan mahu tuju jalan mana walau direction sudah ditangan.Tapi aku hanya berpandukan pada orang ramai yang berjalan kaki di arah sebelah kiri Grand Lisboa,so aku agak-agak mungkin ini adalah laluan ke Senado Square.Dalam perjalanan aku sempat tanya seorang amoi yang jaga kedai arah ke Senado Square tapi dia cakap tak tahu,Dalam hati aku memang aku maki ko Amoi,takkan  tempat sendiri ko tak tahu,nampak sangat ko tak nak bagi tahu.Akhirnya kau jalan sahaja dan akhirnya sampai juga aku ke SENADO SQUARE.rupanya tak jauh sangat pun.

Info  Senado Square
Senado Square  terletak di kawasan tengah Semenanjung Macau.Pada tahun 2005 tempat ini telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO kerana ia merupakan sebahagian daripada Tempat bersejarah di Macau.Bangunan-bangunan di Dataran Senado mempunyai ciri-ciri barat, dan bangunan-bangunan ini telah dilindungi dengan baik oleh pihak berkuasa dan tiada siapa yang dibenarkan untuk mengubah reka bentuk asal bangunan ini. Terdapat pusat-pusat membeli-belah dan restoran tradisional Cina di seluruh dataran. Fesyen pakaian, makanan ringan terkenal dan persekitaran yang indah menjadikannya sebagai tarikan terkenal. Pertunjukan bunga api, singa dan tarian naga biasanya diadakan pada hari-hari istimewa seperti Spring Festival Cina dan Krismas.

How To Get Senado Square from Grand Lisboa
  • Keluar  dari Grand Lisboa Hotel jalan sahaja di sebelah kiri
  • Jalan terus,semasa jalan akan jumpa "Sintra Hotel" di sebelah kiri
  • 10minit sudah sampai ke Senado Square yang terletak di Sebelah Kanan

Dah sampai senado Square orang ramai sedang bersantai santai di dataran tersebut ditambah cuaca yang sejuk.Apa yang aku lihat senibina  pada bangunan yang terdapat di Senado Square semuanya bercirikan barat.Aku join sekali diorang bersantai sambil makan roti dan minum coklat panas memang best.Di senado Square juga terdapat butik-butik yang memudahkan orang ramai untuk membeli belah.Kalau datang ke Macau silalah datang ke Senado Square sebab kalau tak datang sini kurang rasa macam kurang lengkap trip anda.Aku sempat juga masuk beberapa butik yang terdapat disini saja cuci mata mana tahu ada yang tersangkut jiwa boleh dibeli.
 LAYAN GAMBAR DI BAWAH.

 *  Suasana di sekitar Senado Square.Malas nak tulis caption pada setiap gambar.


Ruins of St Paul  
Sudah puas menjelajah sekita Senado Square aku meneruskan perjalanan ke Ruins St Paul.Paul.The Ruins of St Paul (juga dikenali sebagai Sam Ba Sing Tzik) berdiri bersebelahan dengan Kubu Gunung yang terkenal dan Muzium Macau.Gereja ini hanya ada tinggallan bahagian depan dan anak tangga yang agak penat untuk aku daki.Tiada apa yang menarik pada tinggalan gereja cuma apa yang aku lihat adalah ukiran ukiran yang masih utuh.Penat sesi mendaki aku rehat sambil lihat gelagat pengunjung lain yang sedang sibuk bergambar.Disekitar Gereja ini terdapat banyak kedai kedai menjual Daging B bakar,dan baunya buat aku rasa pening dan muntah.Selain itu disini juga terkeanl dengan Kuih Tart Telur Poutugis.Aku tak beli pun sebab bimbang tak halal kerana kedai yang menjual Tart tersebut turut menjual Daging B bakar.Aku habiskan masa 1 jam di sini.Seronok bila dapat tengok pelancong asing yang lain.Kalau mendaki sampai atas dari jauh dan boleh nampak Casino Lisboa yang bangunannya bentuk macam nenas.Kalau waktu petang waktu aku sampai orang sudah berkurang,so selesa sikit kalau nak bergambar.Aku survey juga harga cenderahati yang dijual tapi harga yang ditawarkan agak mahal.Rata-rata pengunjung yang datang mereka sudah semestinya beli daging B salai. dan Portugis Tart.Kalau rasa nak feefling boleh lepak di starbuck sambil minum dan tengok gelagak orang.Jika ada masa korang boleh pergi  Mount Fortress.Aku tak pergi sebab kaki sudah penat untuk mendaki lagi.

How To Get Ruins St Paul
Dari dataran Senado Square jalan sahaja menyelusuri kedai kedai kecil .Semua kedai kecil ini jual daging B.Masa labih kurang 10 minit sahaja jalan kaki.Kalau tak jumpa boleh follow signboard yang disediakan.Aku just follow sign board sahaja dan ikut arah mana orang datang paling ramai.

Laluan untuk ke  Ruins St Paul.Kedai kiri kanan bayak jual danging B
Dari jauh sudah nampak



Habis 1 jam lepak kat sini aku pun menapak turun untuk pulang.Waktu menapak pulang aku sempat singgah kedai menjual sourvenir tapi rata-rata agaknya agak mahal.Aku hanya beli sekeping FM untuk diri sendiri sebagai kenangan.Bila nak balik ke ke Grand lisboa sebab nak ambil free shuttle bas.Waktu hampir gelap lampu lampu casino mula kelihat menyinari kota judi ini.Memang cantik dan tertarik.Sampai di Grand  Lisboa aku bertanya pada penyambut tertamu mana nak dapat free shuttle bus mereka sangat mambantu pelancong yang datang ke casino mereka,dengan muka manis diorang tunjukkan aku laluan untuk dapatkan bus,tapi aku kena masuk casino untuk ke tempat bas.Bila dah masuk casino aku tanya pulak amoi yang jaga casino mana laluan ke tempat bas dia bagi tahu aku kena dapatkan tiket @ resit @ pass untuk naik bas di meja judi.Mula mula cuak juga aku sebab nak kena pergi meja judi untuk ambil tiket tapi nasib baik ada 1 meja judi yang kosong aku terus menuju ke meja tersebut dan minta tiket pada amoi yang jaga meja judi tersebut.Mudahkannn.Tiket sudah dapat jom naik bas.Tapi bas untuk ke Taipa Ferry Terminal agak lambat aku terpaksa tunggu hampir 1 jam,tapi jika mahu naik di terminal Macau ferry terminal bas adalah cepat.Aku mahu naik di Taipa kerana mahu ferry terus ke China Hong Kong City kerana kalau Aku menaiki Turbo jet ferry akan berlabuh di Shun Tak Centre so nak ke pulang ke hotel aku mesti naik MTR.
Waktu tunggu bas aku sempat beramah mesra dengan pekerja casino tersebut.Bas sudah sampai yang sedih cuma aku sorang je punumpang yang nak ke Taipa sebab rata-rata penumpang lain mereka ke Macau ferry terminal.Cuak juak bila naik bas sorang tapi aku cuba beranikan diri.Sampai di ferry terminal aku terus pergi ke kaunter tiket,Tiket aku bertolak jam7.30 malam.Bila ferry sudah sampai silalah naik dan bye bye to Mcau see u again.
Semasa dalam ferry petugas akan bagi Imegresen form silalah silalah isi.Waktu dalam ferry aku agak pening dengan ferry yang berombak-ombak nasib semua ubatan aku bawa siap-siap.1 jam kemudian ferry tiba di China Ferry Terminal.Lagi sekali nak kena beratur di imegresen tapi servis mereka sangat cepat.Selesai aku pun menapak pulang ke hotel.Badan seudah penat perut sudah lapar dan cuaca pun makin sejuk.Tapi sebelum balik hotel aku merayap dahulu di sekitar Tsim Tsha Tsui saja nak menikmati suasana malam di Hong Kong yang sangat meriah.Sudah penat jalan-jalan aku pun balik ke hotel.Malam itu aku hanya menikmati maggi dan roti.Sekian cerita hari pertama di HongKong dan Macau.Tidur

How to get Ferry Terminal from Grand Lisboa
  • Naik free shuttle bas yang Casino Lisboa sediakan
  • Dapatkan tiket untuk naik bus di meja judi terlebih dahulu
  • Bas terletak di level basement dan ada 2 tempat menunggu sama ada ke Macau Ferry Terminal @ Taipa Ferry Terminal

BYE BYE MACAU SEE U AGAIN


Expenses - Macau (03/03/2014 - Monday)


     HKD              RM
(1)Tiket Ferry Cotai Water Jet  (Hong Kong -----> Macau)      160.00        68.50
(2)Tiket Ferry Cotai Water Jet (Macau -----> Hong Kong)      185.00        79.20
(3)Shopping      632.00      270.50
 Total Amount     977.00     418.20














































MACAU 2014 - PART 1

THE VENETIAN

WELCOME TO VENETIAN

How to Get The Venetian from Taipa Ferry Terminal
  • Ambil sahaja shuttle bus free yang ada gambar The Venetian
free shuttle bus - THE VENETIAN

Bila  dah jumpa bus the venetian silalah naik.Jarak antara Terminal Taipa dengan Venetian lebih kurang 10 minit sahaja.Sepanjang perjalanan ke Venetian aku perhatikan Macau adalah sebuah bandar yang bersih,kenderaan pun kurang.Bas akan berhenti depan pintu masuk casino tersebut.Aku sangan kagum dengan senibina casino tersebut.Depan pintu masuk aku boleh tengok betapa mewahnya casino tersebut.Jangan lupa camera harus ditangan,rugi tak snap sebab banyak benda menarik.First step haruslah ambil map,sebab tempat ini besar.Bila map ditangan senang sikit aku nak plan journey aku.Aku mula tanda hot spot yang aku nak pergi dalam Venetian.
The Venetian Macao is a luxury hotel and casino resort in Macau, China, owned by the Las Vegas Sands. The Venetian is a 40-story, $2.4 billion anchor for the seven hotels on the Cotai Strip in Macau. The 10,500,000-square-foot (980,000 m2) Venetian Macao is modeled on its sister casino resort The Venetian Las Vegas, and is the sixth-largest building in the world by floor area. The Venetian Macao is the largest casino in the world, and the largest single structure hotel building in Asia. http://en.wikipedia.org/wiki/The_Venetian_Macao
Dipintu masuk venetian pengunjung dihidang dengan replika patung yang aku rasa dibuat dari saduran emas.Punya ramai manusia bergambar depan patung tersebut,aku aku snap sahaja maklumlah travel solo.Cantik sangat replika petung tersebut,mungkin itu simbol untuk pihak hotel tunjukkan kepada orang ramai betapa gahnya casino mereka.Sambil sambil melihat kecantikkan senibina Venetian sempat jugak aku jeguk casino diorang tapi aku nampak macam tak ramai sangat orang berjudi,mungkin waktu masih awal.Pintu masuk casino dijaga oleh amoi amoi cantik.
AWESOME SANGAT
PATUNG EMAS

JOM JUDI

Selepas puas menikmati sinibina disini,aku terus ke Four season mall yang juga terletak dalam bangunan Venetian,cuma anda perlu keluar dari Hotel tersebut dan ke bangunan yang bersebelahan.Aku just tanya pada di kaunter yang terdapat pada pintu masuk,mereka dengan baik hati menunjuk aku arah ke four season mall.

How to get "FOUR SEASON SHOP"
  • dari pintu masuk  utama Venetian sebelah kiri ada satu pintu keluar
  • Keluar dari pintu tersebut anda akan nampak brigde @ jambatan yang berhubung dengan bangunan sebelah.Lalu sahaja jambatan tersebut sehingga jumpa pintu masuk
  • Pintu sudah jumpa masuk sahaja.Jalan terus sehingga jumpa four season shop.
Pertama kali aku tengok shopping mall ini perkataan pertama dalam kepala aku adalah awesome.Senibina bangunan ini diambil berdasarkan Venice punya bangunan.Ada terusan ada brigde,gondolo memang sangat besar dan berbaloi pelaburan yang mereka buat.Tapi berbaloilah sebab memang ramai orang datang dan labur duit kat sini.Aku meneroka setiap sudut yang ada dalam mall ini memang cantik sangat.Selain itu aku tak melepaskan peluang untuk shopping kerana ada sale.Keterujaan aku sangat  terserlah saat melihat butik butik berjenama yang ada disini.

The Venetian Macao - Gondola Rides

Jika ada yang berminat mahu naik gondola pun boleh.Pemandu gondolo siap menyanyi lagi jika anda menaiki gondola tersebut,.Fefeling di Venice.Pada yang nak rasa cam pergi venice silalah naik.Gondola ini akan bawa anda menyeluri setiap sudut bangunan ini.

current rate  HKD100 = MOP100

harga untuk naik gondola
kaunter ticket

next trip aku akan naik ini gondola

Foodcourt
Dalam mall ini juga terdapat foodcourt.Tempat makan yang halal aku kurang pasti ada atau tidak sebab aku dah bawak makanan siap-siap so tak perlu habiskan duit untuk makan kat tempat mewah ini.Duduk dalam ini berjam jam memang aku leka sangat sebab semua yang didalam ini cantik cantik semuanya.Paling menarik bumbung yang direka seolah-olah anda berada diluar bangunan.dengan effect awan dan langit siap dengan burung persis original punya langit dan awan.

Shopping 
Bila nak shopping aku just guna HKD sahaja.Aku tak buat tukaran mata wang Macau,sebab mereka accept HKD.Rata-rata kedai disini akan pamerkan kadar tukaran wang HKD ke Macau Pataca.So senang nak buat kiraan.
                current rate  HKD100 = MOP100
Current raters DIATAS yang aku tunjukkan adalah nilai tukaran yang ditunjukkan di kedai.Tapi jika buat tukaran melalui money changes nilai tukaran seperti DIBAWAH

                                                                  current rate HKD100 = MOP103

Apa yang aku shoppping tak perlu aku tunjuk,sebab semua barang keperluan yang memang aku guna sebab harga lebih murah berbanding di Malaysia.Datang sini memang kena bawak duit bebanyak sebab banyak benda yang aku teruja nak beli.Tapi apakan daya aku hanya travel bajet makan shopping harus bajet walau tersasar dari perancangan asal.

Lebih kurang 4 jam aku habiskan masa dalam Venetian.Kaki rasa macam nak patah sebab jalan non stop,tapi hari rasa puas.Bila kaki dah mula tak boleh jalan aku ambi; masa untuk rehat 1jam.Sambil makan bekal yang aku bawak sambil lihat pemandangan dan gelagat pelancong yang datang kesini.Selesai makan aku pun menreuskan langkah ke HardRock and City of Dream.Kesimpulannya segalanya yang ada dalam bangunan Venetian ini sangat best termasuk tandasnya yang cantik dan bersih bagai kan sebuah bilik tidur.



Thank to random girl yang snap pic ini.tapi senget skit
cantik
langit itu tiruan punya,kalau duduk dalam ni dari siang sampai malam langit tu tetap cam gitu juga,cerah je memanjang walaupun kat luar dah ribut atau malam
jangan lupa shopping disini.Aku suka
aku ingatkan patung tapi orang hidup rupanya
City Of Dream & Hard Rock Macau 

City of Dream & Hard Rock Macau terletak bersebelahan Venetian sahaja.Hanya perlu lintas jalan  aku pun sampai ke pintu masuk City Of Dream.Masuk sahaja City of Dream seekor naga besar menyambut kedatangan aku.Dalam city of dream ada 2 aktivity@acara yang paling famous iaitu The House of Water Dancing dan Dragon Treasure.Aku tak berkesempatan untuk lihat 2 acara tersebut kerana kesuntukkan  masa.Waktu ini jam dah hampir 3.30 petang masih ada beberapa tempat untuk aku pergi.Tapi aku ini sedikit info berkenaan 2 show tersebut.Ini akan jadi reference aku untuk next trip ke Macau.Harga untuk Dragon Treasure show lebih murah berbanding Water Dancing Show.Sila refer pic dibawah harga bagi setiap show.Rugi pulak rasanya tak tengok show ini.


Harga untuk WATER DANCING SHOW
Harga untuk Dragon Treasure
Jom jelajah apa yang ada  dalam city of dream ini.Aku mula meneroka setia sudut dalam city of dream ini,cantik dan mewah haruslah menjadi trademark setiap casino dan hotel yang ada disini.outlet-outlet berjenama turut menjadi tarikan pengunjung.Casino pula setiap terbuka menanti tetamu.Sudah puas merayap dalam city of dream aku masuk ke HardRock hotel.Sempat singgah di HardRock shop.Aku just masuk cuci mata sahaja tiada apa yang menarik untuk aku beli,sebab di Venetian sudah shopping.HardRock hotel ini sangat cantik dengan decoration yang amat mewah.Sudah habis ronda HardRock Aku pun ambik shuttle bus balik ke terminal ferry,sebab nak ke Grand Lisboa pula.Kali ini aku naik The city of dream punya shuttle bus.Masa nak cari bas city of dream aku just tanya penjaga pintu mana free shuttle bus,dia dengan baik hati tunjukkan pada aku jalan untuk dapatkan bas,senang dan mudah.

Lintas sahaja jalan tersebut  aku pun sampai ke CITY OF DREAM
Hidangan pertama bila hadap City  of Dream.Naga
HardRock Macau
Mermaid yang seksi hasil dari effect air.Aku pun tak tahu nak cakap apa tapi sangat best.Boleh tengok free bersebelahan casino dalam city of dream.Tapi mermaid ini akan muncul kejap dalam 1 minit sahaja
pic ini senget.COTAI SAND
casino & hotel

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...