Monday, 9 October 2017

LAZY TRIP - CHINA - WUZHEN - PART 2

Lepas bersiap siap tu aku pun jalan kaki nak masuk water town.Kalau dari hostel aku ni ada satu entrance yang boleh masuk untuk east punya sebab tak plan nak masuk  2 tempat so aku kena menapak pergi main entrance maknanya tempat yang mula mula aku sampai tadi.Ni salah satu kesilapan aku sebab tak masuk 2 side.Takpe benda dah lepas.Hal lalu jangan di kenang.

As one of the top six ancient towns in the southern region of the Yangtze River, Wuzhen boasts more than six thousand years of history and has always been a fertile land with abundant rice, fish and silk. It preserves the ancient appearance well and oozes charm of the water town itself. The small town, with houses made of black bricks and gray tiles contrasting sharply with the white walls, making it appear like a Chinese ink wash drawing. Stone bridges are seen here and there. Small boats with black awnings are floating on the murmuring rivers. Whether wandering along the riverside or strolling in the lanes paved with blue flagstones, you will be deeply impressed by the picturesque scenery and slow lifestyle.

A crisscrossing river divides the whole Wuzhen Water Town into four scenic sections, which are respectively called as Dongzha, Nanzha, Xizha, and Beizha by local people. Since Nanzha and Beizha are less developed, tourists often prefer to visit Dongzha and Xizha. Dongzha maintains the basic original layout while Xizha has been reconstructed to reproduce the ancient appearance of the water town. Compared with Dongzha, Xizha is more bustling with numerous shops. 


https://www.travelchinaguide.com/attraction/zhejiang/hangzhou/wuzhen.htm

Kalau tadi rasa macam jauh je.Tapi bila jalan kaki dari hostel takde la jauh mana.Aku jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai main entrance.Nak masuk sini bukan free ok tapi kena bayar.

Mula mula kena beli tiket dulu.Sebab aku ala ala ngong ngong sikit hari tu aku beli tiket untuk masuk area West sahaja 120 Yuan padahal kalau beli combo 150 yuan (West & East).Bayar tiket mahal mahal tapi map pun  tak dapat kemut tahap cipan la cina cina bukit ni.Patutnya orang dah bayar mahal mahal kasilah map free.Salah satu hazab bedah jalan kat cina yang aku tak suka.Habis benda nak kemut

Sila masuk dan tunjuk tiket pada akak yang jaga
Boleh tahan besar jugak nak pusing kalau 2 site







tea house pun ada





ada kedai roti juga kat dalam sini.kalau terdesak  kelaparan boleh beli










Aku sempat spend 1 jam je dalam ni.Sebab tetiba sakit kepala,pastu rasa pening and nak muntah.Aku rasa perut aku masuk angin.Tambah pulak bila cina cina ni asyik menjerit je lagi bertambah stress aku.Aku fikir fikir baik aku balik hostel je.Memang aku tak tahan.Nak berjalan lagi pun rasa pening.Kejap kejap aku duduk.

Kakak tu jual jagung rebus.Tapi aku bau macam ada chinese herbs terus aku tak jadi beli.Tapi ummah cina ramai je yang beli.Sedap pulak aku tengok diorang makan.

Sebab aku rasa macam dah tak boleh tahan aku terus je balik hostel.Macam rugi je sebab tak boleh lama lama dalam ni.Tapi apa boleh buat perut aku lebih memerlukan perhatian.Sebab aku sayang perut aku so aku mengalah dengan keinginan aku.So aku takde banyak gambar kat sini.

Pada aku tempat ni memang lawa.Kalau nak rasa nak relax boleh je datang.Tapi kena tahan la suara suara cina bukit ni.Waktu aku sampai orang agak ramai.Cina cina bukit la sape lagi khennn.Bising tu memang di mana mana la.Kalau nak tau lain lain punya water town yang top boleh baca kat chinatravel guide

Kalau tak silap aku dalam ni ada jugak hotel.Kalau rasa nak bermalam kat dalam.

boleh chekc kat sini  ------->  http://www.wuzhen.com.cn/english/contact_us.asp 

Thursday, 5 October 2017

LAZY TRIP - CHINA - WUZHEN - PART 1

Hari ke 3

Pagi ni aku bangkit awal.Pagi ni dah nak kena check out hostel.Next destination aku nak pergi Wuzhen.Kat sini ada salah satu water town yang top kat china

It is about 50 miles (80 kilometers) from both Hangzhou and Suzhou, and 87 miles (140 kilometers) from Shanghai.


Nak datang sini ada 2 cara dengan bas atau dengan train.Aku rasa option naik bas ni agak buang masa so aku rasa train adalah lebih baik.Kalau naik bas kena pergi ke Transport Central Station

Walaupun buang masa aku tetap pilih option naik bas.Aku pun tak leh nak fikir kenapa aku nak kena naik bas.

 https://www.travelchinaguide.com/cityguides/zhejiang/hangzhou/long-distance-bus.htm

Perjalanan nak ke Transport Central Station agak  makan masa dalam 45 minit.Tak ke buang masa.Nak ke sini aku naik bas no 100.Bawah Hangzhou Railway station cari je bus no 100.Kalau tak tahu boleh tanya penjaga kaunter kecik kecik kat bawah tu nanti diorang tunjuk dekat mana.Tapi aku  tunjuk nama station dalam chinese word so mereka faham mana aku nak pergi.Aku siap kasi pen ngan kertas suruh diaorang tulis.



Dari sini agak bosan duduk dalam bas lama lama.Bas henti henti kot.Memang makan masa.Hampir sejam dalam bas akhirnya sampi di Transport Central Station.Bas parking agak jauh dari pintu masa central station tu.So kena menapak sikit.Central ni aku rasa agak besar dan orang pun ramai.Kat luar station ni ada McD  and Mc Cafe so kalau nak tapau apa apa bolehlah.

Masuk je terus aku beli tiket.Kalau tak tahu boleh tanya guide yang ada kat dalam tu.Nanti dia tunjuk kaunter beli tiket.Tak payah acah acah sesat sangat.Dapat tiket pergi scan beg tunggu dekat departure.Departure hall kena turun bawah.Harga tiket bas aku lupa berapa ringgit.Tapi tak mahal mana pun. boleh check dekat sini  http://www.chinabusguide.com/hangzhou-to-wuzhen.html

Tapi bas hari tu lewat.Lari timing aku.Ramai yang dah mengeluh geluh yang bising pun ada.Aku pulak lapar.Sambil sambil tu aku makan roti dengan biskut.Bas lambat dalam 30 minit.Tak lama tengok bas parking tu baru rasa lega dan tak sabar.Load beg kat bawah terus naik bas.Bas pun express biasa aircond pun ok.

Perjalanan dari Central station ni ke Wuzhen lebih kurang 1jam lebih

WUZHEN

Dah sampai bas station tu kena naik bas lain pulak.Tapi jangan risau nanti ada staf kat situ yang bagi tahu bas no berapa yang kena naik.Dari bas station tu nak ke Entrance Wuzhen Water Town tak jauh pun naik bas tak sampai 5 minit.

Aku dah booking siap siap hostel kat area sini so aku kena cari hostel aku dulu.Sebab aku tak sure celah mana nak stop so aku turun je dekat entrance water town tu.Sampai dalam tu aku tanya staf kat situ macam mana nak pergi hostel tu,tapi staf kat situ pun baik hati call hostel tu.Dia cakap kat aku tunggu je nanti budak hostel akan ambik aku.Syukur settle satu masalah.Terima untuk amoi itu

Aku tunggu je kat situ dalam 10 minit.Datang sorang amoi kurus je lawa jugak.Dia datang dengan motor.Paling kelakar dia dah la kecik pastu kurus nak bawak aku pulak.Patutnya aku yang bawak dia.Nama amoi Michelle

Memula tu rasa agak jauh jugak hostel ni.Kalau aku mencari memang tak jumpa.Sebab hostel ni betul betul celah lorong belakang lot lot kedai.

aku cari dekat booking.Jumpa yang ni aku main sapu je.Baca review macam good good je.Jangan terpedaya ngan pic ni,sebab floor level dah jadi jual baju baju waktu aku datang.Tahun ni tak tahu jadi apa pulak.Sebab masa aku book last year pic ni juga mereka tepek.Tapi baju baju dalam kedai ni cantik cantik jugak.Kalau nak beli mohon bargain kaw kaw ok.

Harga bilik mohon check sebab last year masa aku stay sini RM120 semalam.Mahal jugak tapi takde pilihan sangat.
 lalu jambatan ni kena pusing ke kanan.
 akan jumpa pintu gerbang ni
 Lot lot kedai yang banyak terdapat di sekitar.Waktu siang sangat meriah kawasan sini,feel zaman zaman dulu sangat.
aku rasa betul betul macam pekan lama.Rasa macam zaman dulu dulu

gambar ni bergegar sebab cuak nampak anjing.Aku dengan anjing hubungan kami kus kus sikit
Hostel tu letak kat celah celah lorong ni.Nak suruh aku cari sendiri aku rasa sampai malam pun aku tak jumpa.Terletak di celah celah lorong bangunan lama.
Bilik pun ok kemas.Sarung bantal yang nampak kelabu tu bukan kotor tapi memang macam tu warna sarung tu.
dari bilik aku bolehlah nak skodeng local buat apa.Tapi tepi tepi terusan macam ni ada nyamuk.Sebelum keluar aku sempat layan coffee dulu

Masa aku check in tu dia bagi tahu esok pagi boleh breakfast kat kedai sebelah.Aku cuma anggup je.Tapi sebelum tu aku mintak diorang hantar aku pergi bas station esok pagi.Aku cakap aku nak keluar awal.Siap settle semua urusan check in aku naik atas rehat rehat dulu.Tapi perempuan yang jaga hostel ni boleh cakap english dengan baik.So takde masalah.Boleh tanya apa sahaja dia akan bagi jawapan yang sebaik mungkin.

Aku pun tak tahu nak recommend atau tak hostel ni.Tapi kalau rasa rasa nak bermalasan atau nak rasa tinggal kat pekan pekan kecil macam ni boleh try.Tak cuba tak tahu kan.Tapi kalau baca review kat booking tu ramai je yang bagi good review.Terpulang pada citarasa.Lokasi hostel  berdekatan dengan bas station jalan kaki dalam 1km je.Tapi Kalau beg berat mintak je mereka hantar.

Kedai kedai area sini aku tak sure tutup jam berapa.Kalau ada masa boleh je jalan jalan area sini.Boleh tengok cara hidup local kat sini.Tapi sebab aku malas aku tambah ngan penat aku rest kat bilik je sambil layan  perasaan.Nama pun lazy trip khennnn

OK la aku nak gi siap siap dulu.Nak tahu banyak banyak mohon pergi sendiri lihat dan rasa sendiri pengalaman tu.

Monday, 18 September 2017

LAZY TRIP - CHINA - HANGZHOU - PART 2

Hari Ke-2

*Trip China ni aku story sikit sikit je.

Aku terjaga pagi tu sebab dengar bunyi bising bising dari luar.Bila dah jaga nak sambung tidur memang dah tak boleh.Aku rasa pagi tu mood aku dah ok dah takde rasa nak balik.Bunyi bising yang aku cakap tu memula aku ingat ada perarakan apa ke rupanya bunyi tu dari sekolah yang dekat dengan hostel yang aku duduk ni.

Pagi tu aku naik breakfast kat rooftop.Ada sorang makcik duk santai santai.Sarapa pagi tu oat dengan susu je.Sambil tu aku text kawan aku.Aku takde plan apa pun hari ni cuma aku nak pergi railway station je petang nanti nak ambik train ticket yang aku dah booking.sebab semalam aku dah dapat semua pickup no.

Tapi dah namanya duduk kat west lake haruslah kena usha jugak tasik tu apa yang menarik.Tapi cuaca pagi tu agak kesenduan.Cuaca sendu mengundang kemalasan yang maha hebat untuk aku keluar berjalan

Dalam kul 9 pagi baru aku siap siap tapi tak keluar lagi.Dekat jam 11 pagi baru aku terhegeh hegeh menapak keluar tapi ada pulak problema.

Problem aku adalah aku nak print pickup no untuk collect ticket.Sebab aku tak sure kalau tunjuk je guna phone terima atau tak.Kalau tak terima naya la aku nak cari tempat print out.So aku tanya budak hostel nasib dia bagi aku guna PC dekat reception.Patutnya PC tu untuk staff je,,mungkin dia tengok aku macam terdesak so dia bagi aku guna.Membantu jugak ar staff kat sini.

Dah siap print semua tu,baru lega nak keluar jalan jalan.

Apa apa pun aku pergi lepak starbucks dulu.Hot coklat jadi pilihan.Tapi starbucks kat sini tak sedap mana.Tak sedap pun tiap hari aku berkuntum kat situ.

Melepak lama lama kat starbucks tu tak guna juga.

Nak masuk sini free je,tak macam kat Malaysia masuk tasik sendu yang amat pun kena bayar.Bukan ada apa pun hujung hujung nyamuk je penuh sodihhhhh

Pic from Google 

INFO : https://www.travelchinaguide.com/attraction/zhejiang/hangzhou/west_lake.htm

Dari hostel tu tak jauh mana pun west lake ni dalam 5minit je.Orang pun dah mula ramai.Kalau nak best ronda west lake ni dengan basikal.Sewa jek basikal kat hostel.Ntah kenapa aku kedekut sangat nak sewa basikal kat sana.

West lake ni memang besar.Kalau setakat nak jalan kaki memang memang penatlah.Kalau tengok map kat atas tu dah boleh agak besar mana.

Ada KFC jugak kat sini.Tapi non Halal, aku cium bau pun jadilah

Aku tak explore habis pun tasik ni,sekadar jalan jalan je.Menyesal pun ada tak sewa basikal

Budak budak buat lawatan sambil belajar agaknya

Ada perkhimatan naik cruise,tapi aku tak sure berapa harga.Boleh check kat sini kot https://www.travelchinaguide.com/cruise/westlake/

Aku takde snap pic banyak pun kat west lake,ntah kenapa aku sangat sangat malas hari.Bawa cam tapi malas nak guna.Bila dah balik Malaysia baru rasa tak puas hati sebab gambar tak banyak.Bila aku tengok tengok balik pic yang sendu sendu je banyak.

Aku tepek je apa yang ada dalam  simpanan aku.Sesendu pic yang aku tepek kat sini macam tu lah sendunya trip aku ke china

Agak rimas sebenarnya kat area sini sebab cina cina bukit tu semua terjerit jerit bila bercakap.Aku macam nak maki je bila tengok diorang bercakap kuat kuat.Pahala lawan yang diaorang bercakap tu depan muka diorang je bukan duduk sebatu jauh pun,Tak kira lelaki ke perempuan ke semua sama.

Palaing tak boleh blah keje nak meludah je.Banyak sangat ke air liur diorang sampai tiap masa nak kena meludah.




Best friend forever


 Aku tak sure ni sapa
makciks lepak
Laluan ni bila dah hujung hujung tu ada ramai orang  memancing
 Work out more to reduce weight katanya.Lepas tu aku penat lepas tu makan nasi.Bosan gila aku rasa aktivity kat sini.Maksud aku bukan sini tak best tapi aku yang malas sebenarnya.

 Aku suka pic ni.Bukan couple tapi maybe ayah ngan anak lelaki dia kot


see tu je pic yang aku ada.Memang pemalas tahap berapa pun aku tak tahu.Aku berjalan tapi macam takde arah tuju.Sebenarnya ................................................................

West lake lagi cantik bila waktu matahari terbenam.Tapi tu lah dengan jerebunya dapat ke tengok sunset wow wow kat sini.

Kalau tengok pic kat IG memang wow wow la time sunset.Apa pun tasik ni ada jelitanya tak kira pagi atau petang.Tak kira musim apa,tasik akan sentiasa gojes.Macam manusia kalau dah lawa pakai kain buruk pun tetap lawa.

Aku rasa aku macam kena repeat balik Hangzhou.Banyak lagi tempat kat sini aku tak explore.

Aku kena keluar cepat sebab aku nak gi collect tiket.