Monday, 31 October 2016

CHINA 2016

Aku baru balik dari China

Lama aku tak berjalan.Hampir 8 bulan aku berehat atas nasihat yang pakar.

Sebab rehat yang panjang aku terpaksa burn 2 trip.Takde rezeki agaknya

Selain kena rehat yang panjang aku ada hal hal kekeluargaan yang sangat memerlukan aku untuk tak berjalan jauh.

Trip ni aku decide last minute.Tiket dah lama aku beli cuma nak pergi atau tak je.

Aku beli tiket dari KL ----> Hangzhou  & KL ---- Beijing

Hangzhou tu memang dah lama aku nak pergi.Aku ingat lagi aku beli tiket ke Hangzhou lepas aku bergaduh dengan Subcon hahahahah

Takkan la tiap kali bergaduh ngan subcon aku nak kena beli tiket kan ?

Aku dah book awal awal cuti ngan bos aku.Dia pun macam faham nak ke tak nak dia kena bagi aku cuti.Sebelum cuti haruslah kena siapkan kerja kerja yang sepatutnya boleh disiapkan lepas aku balik.Tapi nak buat cam mana dah dia nak aku settle sebelum aku cuti.

Sebelum cuti tu aku dah pesan siap siap kat kawan aku.Kalau ada apa apa whatapps je aku.

Trip ni agak kelam kabut sebenarnya.Aku takde prepare apa pun.Semua last minute aku buat.

Aku takde itir bagai just print wikitravel je.Petang sebelum tu baru aku sibuk booking train ngan Travel China Guide

Esok tu aku pergi tukar duit semua.Aku pergi isnin so weekend tu aku ada masa nak buat semua benda.Buat apa je pun takat aku pergi tukar duit je.Pastu aku merayap ntah mana mana

Petang tu aku siap kemas kemas baju sebab malam aku nak pergi airport so berkuntum kat airport je la

Masa tu macam nak pergi tak nak pergi.Aku pun  tak tahu kenapa serba  tak kena aku nak buat trip ni.

Aku naik bus dari KL central.Sebelum pergi tu sempat makan dulu kat KFC KL sentral yang tak sedap tu.Naik bus dalam 10 lebih,nanti sampai airport aku boleh tidur terus kat surau.

Sampai airport  aku suka pergi surau nasib tak ramai orang.Ramai pun ada apa hal.Leganya boleh baring baring.Sebelum tidur set alarm dulu kan terlajak tidur.

Flight aku jam 8 lebih so awal pagi tu masa nak check in aku berbelah bagi nak pergi ke tak.Masa tu aku proceed je check in nak pergi ke tak belakang kira.Tak jadi pergi aku dah plan nak balik kampung je.

Lepas check in aku lepak jap minum  minum.

Macam dah takde apa nak buat aku masuk terus.Aku takde laguge nak drop.Bawak baju sikit je.Sempat call mak aku.Mak aku macam biasa risau,Banyak kali dia tanya aku boleh jalan jauh ke.Dah tak sakit ke aku macam serba salah nak jawab.Aku cakap aku ok ok je walaupun kadang kadang rasa sakit tu ada.

Sampai masa boarding aku masih fikir nak pergi ke tak


Dah masuk perut kapal aku tawakal je la.Just enjoy dengan trip ni

Flight penuh pagi tu.Tapi macam ada vip je sebab masa aku beratur boarding ada group masuk siap ada escot bagai.Tapi haram tak kenal

Visa

Hal hal visa tu pergi baca kat blog orang lain.Aku rasa ramai je blogger berkuntum kat China time aku pergi tu.

Buat Visa agak leceh sebenarnya.Bagi aku la orang lain mungkin lain kisahnya.1 hari kot berkampung kat tempat buat visa tu bahana orang ramai.

Travel Insurance

Trip kali ni aku beli travel insurance.Aku beli dengan AXA

Baca sini https://www.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

Bajet

Aku spend RM3000.00  ( tiket flight return,High Speed train,hostel,makan & ETC) -  waktu balik ada lagi duit balance.

Hostel aku book dekat booking.com je

High speed train

Train kat china ni tiket cepat habis.So cara yang paling selamat sila booking cepat.


Selain train, lain lain pun boleh jugak nak booking kat sini

Servis cepat dan bagus.Aku silap booking tiket ejen proses dengan cepat bila aku inform.Semua urusan melalui email je tapi nak call pun boleh jugak.

Ada lagi satu ejen yang aku pernah baca yang servis diorang bagus. "Chinahighlight"

Senang je proses
  1. Select tempat dari mana ke mana nak pergi dengan date (jangan jadi macam aku punya kelam kabut date pun salah)
  2. Dah confirm tarikh,destinasi semua pilih seat (1st class dan sebagainya - aku ambil 2nd class,tapi tetap rasa macam third class sebab cina cina tu semua bising macam....... aku sediri tak tahu nak taip apa.Ada option untuk collect tiket (aku select sendiri collect dekat train station)
  3. sila buat bayaran.Aku guna paypal je
  4. Nanti ejen akan hantar confirmation email
  5. Ejen akan minta salinan passport dan gambar passort - aku email je (jelas dan nyata)
  6. Lepas settle bab passprt ejen akan hantar confimation email
  7. Tiket masih belum dapat lagi tau.Tapi pada confirmation tu ada booking no.
  8. Lepas tu ejen akan bagi tahu melalui email yang mereka akan issue tiket
  9. after tiket siap di keluarkan mereka akan send satu confimation email
  10. pada confirmation email tu ada PICKUP NO
  11. So semasa collect tiket sila tunjuk pickup no dan passport
aku booking 2 ticket dengan ejen.

Hangzhou ---> Shanghai & Suzhou ----> Beijing


ikut instruction apa yang dia nak tu.Aku kena buat 2 kali process ni
Selepas buat apa yang dia nak tu aku dapat email ni
lepas tu receive lagi emel ni
last sekali ini aku dapat - Pickup number tu yang kena tunjuk masa collect tiket
*AKU PRINT OUT SEMUA YANG EJEN HANTAR

Aku collect tiket semua dekat Shanghai Hongqiao Railway station

Hostel

Hangzhou 

Wuzhen

Shanghai

Suzhou

Beijing

Pada aku hostel ni semua ok je.Sesuai apa yang aku bayar.Banyak lagi hostel ngan hotel lain kat china ni.Terpulang nak pilih yang mana.Aku pilih ni sebab dekat ngan train station n senang nak access ke mana mana

Itirinary
Hangzhou ---> Shanghai ----> Suzhou ----> Beijing

              West Lake yang sangat ternama                          
Wuzhen water town di lupa jangan - sesiapa yang pergi shanghai ke suzhou ke Hangzhou  sila pergi sini
Luar Yuyuan Garden
Hangpu River
Nanjing Road East - tempat shopping ni biasa biasa je,tak menarik sangat tapi boleh la dari takde kan ?
Shangtang street
Olimpik Park - pasrah je waktu ni sebab hujan.Beku jari jemari nak snap pic


Trip ni aku rasa macam tak best sangat.Ntah la serba tak kena aku rasa masa tu.Aku banyak tidur.Banyak tidur tu bukan apa malas nak keluar sebab cuaca tak bagus dengan jerebu yang agak teruk.Bila kat luar mata aku rasa pedih so how aku nak jalan.

Lagi satu bila petang je hujan.Agaknya hujung tahun bukan waktu terbaik nak pergi China agaknya.Yang buat aku malas lagi satu sebab cina cina bising yang buatkan aku pulak naik menyirap.Duduk dekat dekat pun macam hanat je nak kena cakap kuat kuat.

Pempuan pempuan kat china tak lawa mana.kurang pandai bergaya dan tak stylo.Lelaki very thE tibet sangat.Nak ber eyemo pun non hado PASRAH !

Walau orang kata kat China ni orangnya suka ludah ludah tapi takde pulak aku nampak ludah merata merata.Tapu selalu nampak meeka ludah ludah.Tapu sepanjang kat sana aku selalu nampak pagi pagi ada lori bersih jalan.

Tapi paling tak suka ada je yang duk offer offer dah la cakap china,ingat aku faham agaknya.

Travel China ni best sebab kos yang murah.Tambang bus,train murah.Makan pun murah.

Travel china ni hazab sikit sebab takde pamplet ke atau subway map free semua nak kena beli.Nasib ada hsotel yang aku book tu kasi free.Bila pergi tourist centre pun ada pamplet pun semua bahasa cina.Apa  kau ingat semua yang datang china ni orang cina kah ?

Apa pun trip ni kira berjaya jugak walau last minute aku plan.Tapi yang tak best nya hujung hujung trip ni aku sound budak kastam.Banyak makan babik sangat aku cakap sekali tak faham saja buat aku naik angin.Saja nak buat aku marah sampai semua orang pandang.Nasib boleh balik Malaysia hahahahaha.

Lain kali cakap sekali je aku dah faham.Cuma aku cakap tunggu kejap.Kan dah kena tengking dengan aku.

bersambung........................................................

*tak tahu tahun bila nak update