Friday, 10 March 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA 2015 - DAY 3 PART - 1

Hari ke - 3
Sambung lagi citer zaman purba...........................................................

yeahhh hari paling excited ni,awal pagi lagi aku dah bangun,nampak tak betapa semangatnya aku.cepat cepat siap dan cepat cepat keluar dan cepat cepat boleh cabut nanti.

Hari ni aku nak pergi Naminara @ Nami Island !

Siapa tak tahu Nami Island ni tak tahulah aku nak cakap apa.Dari zaman aku tengok winter sonata dulu aku dah berangan nak pergi nami.Tapi rezeki aku datang masa autumn.Apa yang aku baca dulu pulau ni takde orang tapi sejak drama Winter sonata tu shooting kat situ sejak tu nami island jadi tumpuan pelancong.

Namiseom Island was formed as a result of the construction of Cheongpyeong Dam. It is a half moon-shaped isle, and on it is the grave of General Nami, who led a great victory against the rebels in the 13th year of the 7th king of the Joseon Dynasty, King Sejo (reign 1455-1468). 

Namiseom Island is 63 km away from Seoul in the direction of Chuncheon, and is famous for its beautiful tree lined roads. The island is 30 minutes away from Chuncheon and an hour away from the suburbs of Seoul. Since it is not far from Seoul, many couples and families come to visit.

A special feature of Namiseom Island is that there are no telephone poles. This is because all electric wires were built underground to keep the natural feeling of the landscape. The island is 553,560 square yards with chestnut trees and poplar trees throughout. 

In the middle of the isle, there is a grass field about 316,320 square yards. It features education and training facilities and camping sites. The island also has a swimming pool and water-sports facilities for motorboats and water skiing, as well as a theme park with a merry-go-round, shooting range, and roller skating rink. Lodging facilities such as resort villas and bungalows are available for visitors to stay on the island. --- thank  Visit Korea


Kawan aku pernah tanya aku macam mana nak pergi nami,aku bagi tau dia aku start dari mana ke mana sebab hostel aku dekat Seoul station.Aku suruh dia faham train line baru senang nak bergerak.Dia cakap dia tak faham. hahahahaahah.

Bila nak berjalan tanpa tourguide mohon study sikit sikit.Paling penting mohon reti baca subway line.Memang la banyak line tapi tak susah pun nak paham.Aku rasa Jepun punya lagi berselirat.

Infomation semua boleh baca sini  https://namisum.com/en/information/ macam mana nak sampai sini berapa entrance fee semua ada.mohon baca,tapi untuk orang yang tak pernah sampai lagilah.Untuk orang yang dah 10 kali pergi nami mohon skip,sebab aku rasa pejam mata pun diorang boleh sampai 

Macam biasa benda paling hazab tukar tukar train.Orang agak ramai walau hari tu hari bekerja.Aku rasa semua yang dalam train ni memang nak ke Naminara.Aku ingat kalau awal awal takde orang ke sana.

Sesiapa yang nak ikut tour pun boleh check dekat link bawah ni.
http://funtastickorea.com/shop/nami-island-petite-france-shuttle-bus-package


Perjalanan nak ke Nami boleh tahan ambik masa walaupun naik train.Dalam train layan perasaan je.Aku mengantuk sebenarnya tapi tahan mata tak nak tidur.

Sampai Gapyeong station aku terus ambik teksi.Aku naik sorang je sebab takde orang nak share. Memula tu macam takut jugak nak naik teksi sesorang,mana kita tahu hati manusia ni,dibuatnya ada niat tak baik ke tapi aku doa semoga pakcik tu bawa aku dengan selamat dan takde niat buruk.Tambang teksi dari gapyeong station ke entrance pulau nami 4000 won.

Teksi tu stop tak jauh dari entrance.Sebelum tu aku sempat snap.

nampak ada hotel kat kawasan ni,so sesapa rasa nak bermalam kat sini ok jugak.Boleh terjah nami time takde orang.





Aku sampai sana dalam jam 10 pagi,terus aku pergi beratur beli tiket.Masa  beli tiket dia ada mintak passport aku.Nasib orang tak ramai.Kalau tak mahu berkulat kat situ nak kena beratur.








Memula aku macam nak try wirezip tu.Tapi macam leceh la pulak ngan beg bagai.So aku tunggu je ferry.Tunggu pun tak sampai 10 minit.


Naik ferry tak sempat panas bontot dah sampai.Agaknya kalau berak nak basuh pun tak sempat.

Waktu atas ferry tu sempat la aku snap sikit sikit.Rasa macam tak sabar nak sampai.Teruja kot.











Bila dah sampai tu,aku usaha usha dulu apa yang patut.Yang terpenting aku duduk dulu sambil ambil mood.Aku baca map dulu tengok apa yang patut aku buat dan pergi





Apapun mari termenung jap sementara nak tunggu nak entry............................................................

*Warna pakaian untuk kesini pada musim luruh harus beda dari warna daun ok.Nanti orang tak boleh beza mana satu kau mana satu pokok

4 comments:

  1. mek.. mung pakai kamera apa lening?

    ReplyDelete
  2. Feberet sgt aku dgn musim luruh ni. Warna warni gitewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa semua tempat cantik bila musim luruh.Semak samun nampak cun gitewwww

      Delete