Thursday, 9 March 2017

CHINA 2016 - HANGZHOU - PART 1


Sambungan cerita di China...............................

Aku  sampai Hangzhou Xiaoshan International Airport lebih kurang jam 1.30 petang.Aku antara orang last  keluar dari kapal.Malas nak terkejar kejar.Kejar pun bukan ada orang tunggu.

Sampai macam biasa lalu Imegresen semua.Orang tak ramai.Dah lepas semua aku relax jap.Tengok tengok orang dulu.Aku kena cari kaunter tiket bus.Katanya kaunter dekat dengan gate 14.Masalahnya gate 14 tu pun aku tak tahu celah mana.

Menapak la aku mencari gate 14 tanya orang pun macam tak membantu.Lepas tu nampak kaunter Infomation terus aku tanya lelaki yang jaga kat situ.Dia cakap aku kena pergi Domestic Terminal sebelah sana.gitu rupanya.

Boleh tahan jauh nak kena jalan.Akhirnya jumpa jugak Gate 14.Dah jumpa tu apalagi beratur beli tiket.Beli tiket pun nak kena tunjuk passport.Masa beli tiket tu aku just cakap nak pergi East railway station.Sebab dari sana aku ambik bus ke hostel yang aku dah book

Masa tengah beratur ada cina babik tetiba menempel sebelah aku.Nak potong q la tu lahanat Memang aku tak bagi la.Aku penat penat beratur kau macam haram datang nak potong memang tak kesampaian hajat dia tu.Duduk kat belakang aku takpe jangan depan aku.

Tambang bus murah je 20yuan je lebih kurang RM12.00

refer sini : https://www.travelchinaguide.com/cityguides/zhejiang/hangzhou/airport-transportation.htm

Dah dapat tiket keluar dari situ cari bus.Bus kat luar je.Ada tempat nak kena tunggu.Aku tanya amoi kat luar tu dia cakap bus aku yang paling depan.Ramai jugak orang beratur time tu.Masa turn aku nak naik aku pergi nak letak beg bawah bus tu tetiba kakak  yang jaga tu suruh aku buat naik beg kat atas.Kemut gila hanat tu

Malas nak bergaduh aku naik je kat atas.Bas dah penuh.Awal awal tak boleh cari gaduh sebab akan merosakan  mood aku yang tak berapa nak ada untuk trip ni.Naik dan dah dapat tempat duduk baru rasa lega.Aircond tak berapa nak kuat dalam bus sampai berpeluh peluh aku.Dalam bus ada amoi duk cakap cakap pasal Hangzhou la kot dan sesape nak beli map pun boleh dengan amoi ni.Tapi tak sure berapa yuan.Tapi ada je aku tengok orang beli.Semua benda nak kena beli hampeh la kau China

Dalam perjalanan tu sempat la usha usha luar.Permandangan kat luar biasa biasa je.Cuaca boleh tahan panas kat luar.Tak lama bus berhenti kat satu station.Dah la bus takde announce dalam BI hampeh.Tapi ramai je yang turun kat situ.Aku kan tak sure ni station mana.So aku tanya amoi yang duk cakap cakap dalam bus dia pun macam tak membantu.Last aku tanya dia kat mana Hangzhou railway station dia tunjuk kat aku suruh pergi belakang.

Bila bus dah blah dari situ aku macam blur kejap.Aku duduk kejap relax dulu.Aku tanya orang pun tak membantu.So aku tengok je kat mana orang yang ramai ramai turun dengan aku pergi tadi.Masa aku nak keluar dari pagar bus stop tu ada pulak yang duk panggil panggil.Aku buat tak layan je.Kerja nak kencing tourist la tu.

Aku tawakal je harap jumpa Hangzhou railway station.Tengah aku berjalan jalan tu ada pulak makcik konon kononya mesra alam tegur.Feeling nak membantu tapi motip nak kencing.Aku dah la penat penat pikul beg kau boleh pulak tegur tegur orang dengan harapan aku terpedaya dengan kau.Makcik silap masa tegur aku dah la aku penat,

Aku buat muka ketat dengan jeling sekali terus dia blah.

Aku jalan lepas tu aku lintas jalan  mana tau kot kot station tu belah sana.Tapi tak jugak nampak apa apa.Aku lintas jalan tu bukan apa aku nak tengok no bus,sebab kat situ ada hentian bus.Mana tau kot bus yang aku cari ada kat situ.Tapi harapan bus yang aku cari takde pun nombornya.

Tut tut aku terpandang bangunan depan aku dan  lintas balik belah aku jalan tadi aku naik escalator ke atas memang  tu Hangzhou Railway station.

Station dah jumpa nak kena cari tempat naik bus.Aku cari kaunter infomation ke apa ke yang boleh bagi tahu aku kat mana aku nak dapat bus ke hostel.Tapi non hado.Mungkin kaunter kat dalam kalau nak masuk kena scan beg bagai.

So aku tengok papan tanda ada tunjuk sign bus.Rupanya bus kena turun ke bawah.Dah turun bawah tu betul dah,tapi bus yang aku nak tu aku tak jumpa.Aku nak cari bus no.k7 , tanya orang kejap suruh aku pergi belah sini kejap belah sana aku pun naik pening.Tanya polis pun cam hanat je tak tahu.Last sekali aku tanya pakcik yang jaga kaunter bus  dia ttunjuk aku jalan yang benar.Akhirnya jumpa jugak bus no.7

Bus dah jumpa duit kecik pulak takde nak naik.Driver tu bawak aku pergi bayar kat kaunter.Tambang bus 2yuan je

Bus dah jalan kena  alert la pulak station mana dia stop.Aku tanya akak sebelah aku kat mana Yue Temple station.Akak tu bagi tahu dah tak jauh lagi 5 station je.Nasib aku  dah print nama station tu dalam chinese word.Akak tu siap ajar aku lagi nama station nama bahasa china.Thank to kakak china yang aku tak tahu nama apa,moga hidup kau bahagia.
Yue Temple - turun depan sikit je dari Temple ni

Lebih kurang 15 minit sampai kat Yue Temple station.Hostel ni pun satu bangang bagi instruction tak jelas.Katanya sampai je station tu kena jalan 500 meter.Masalahnya  aku nak jalan kiri ke depan belakang ke aku pun tak sure.
aku turun dari bus kat depan tu

Depan bus stop tu ada family mart. memang ramai umat umat cina duk  tunggu bus  depan tu aku cuba taya tapi semua tak membantu.Semua tunjuk aku ntah mana mana.Last sekali aku masuk starbuck aku tanya budak starbuck dia suruh aku jalan ke depan sampai jumpa simpang,masuk simpang tu ke kanan jalan terus dalam 150 meter macam tu.

Aku jalan je ikut apa yang budak tu cakap.Bila dah masuk simpang tu aku ada tanya guide yang jaga sekolah kat situ,dia suruh aku jalan terus.Akhirnya jumpa jugak hostel tu.Dah sampai tu rehat jap kat depan tu.Penat wei jalan dengan pikul beg tambah pulak perut lapar.

Urusan check in pantas.Bilik aku dekat tingkat satu,kena menapak naik tangga lagi.Penat tak payah cakaplah.Dah naik tak jumpa pulak,Aku nampak akak cleaner tengah kutip cadar dia cakap bilik aku kena turun bawah.

Akhirnya dah jumpa bilik lega sangat sangat terus aku baring baring.Memula macam nak keluar pergi merayap jap,tapi dah tak larat.Aku perlukan rehat yang cukup!

Tapiiiii aku rasa nak balik.Aku rasa macam tak seronok, rasa macam nak menangis pun ada.Mental sangat aku ni.Aku text kawan aku tapi aku tak cakap pun kat dia apa aku rasa.Aku just cakap aku ok walau hakikatnya aku rasa nak terbang balik hari yang sama.Nnati aku cakap kat dia risau pulak dia.

Dalam kepala aku dah rangka  kalau aku cabut dari China ni aku maybe pergi tempat lain.Option aku sama ada Hongkong atau ke Japan.Aku cuba relax dulu,cuba tenangkan aku punya fikiran.Maybe sebab aku penat sangat sebab tu aku fikir yang bukan bukan.Aku rasa baik aku tidur dulu.rehatkan aku punya badan dan fikiran.

Esok tak tahu lagi nak pergi mana ...........

No comments:

Post a Comment