Sunday, 22 November 2015

SANTAI MUSIM LURUH KOREA 2015 - INTRO

Hahaahhahahahh


HAPPY HALLOWEEN

Lama tak hapdates sebab tak gi berjalan.Ada pun dalam Malaysia je yang aku rasa semua orang dah pergi dan aku sendiri kurang minat nak pergi banyak kali tapi atas sebab sebab tertentu kena pergi dengan jiwa yang kurang senang.

Seperti tahun lepas hujung hujung tahun adalah masa terbaik untuk habiskan cuti tahunan.Walaupun kerja aku belambak lambak tapi aku tak kisah.Sebab budak department aku semua dah cukup corum dan sampai masa aku pergi hiburkan hati.Aku memang dah book awal awal cuti dengan boss aku, and dia pun sedia maklum bila hujung tahun aku memang akan cuti panjang.Maka sebelum aku start cuti tu memang aku dah siap siap past kerja aku dekat kawan aku.Dia kena cover aku untuk 3 minggu.Thank u Fatin sebab tolong cover !

aku dengan bunga yang tiada beza
Trip kali ni aku rasa paling susah aku nak decide sebab sebelum aku pergi ni macam macam hal jadi.Aku memula macam nak cancel je trip ni tapi bila dah jodoh tu tak kemana jugak.Dekat Incheon Airport terpacak jugak.

Trip ke korea ni sepatutnya aku plan nak gi bulan 12.Tapi ntah kenapa ada satu hari tu aku rasa macam nak tengok musim luruh dekat korea dan aku memang suka tengok benda yang berwarna warni.Sebab konon konon nak tukar date aku pun call air asia x tnya macam mana nak tukar date.Sembang punya sembang aku rasa macam banyak pulak kena tambah duit.Dari tambah duit itu ini baik aku beli tiket baru.Sebab masa tu aku takde tiket balik.Aku cuma beli tiket pergi je sebab masa beli tu murah dalam 200+ je.

Tiket untuk bulan 12 aku tak cancel lagi.Any idea ???

Lepas tu aku skoden AA dengan MAS.Feeling nak naik MAS tapi mahal.Aku tetap berbalik pada pakcik Tony punya transport.Harga pun murah  tanpa menoleh ke belakang aku beli KL ---> SEOUL & BUSAN ---->KL

 23/10/2015 ---->06/11/2015 = 15 hari tolak 2 hari naik kapal terbang sebab aku ambik flight siang.

Lepas dah beli tu terus tiket tiket tu aku simpan dah takde buat apa apa action untuk trip ni.Tapi masa Matta Fair sept tu aku sempat la pergi korea tourism cari info sikit sikit.

Alang alang dah pergi tu kena pergi JEJU jugaklah.Aku kan ada masa yang cukup so dengan bajet bajet yang agak sendu aku cari dulu flight ke Jeju.Orang kata booking awal dapat murah.Tapi tak murah mana pun tapi kira ok la masih dalam konsep mampu terbang 220 return tiket.Tapi sebab masa tu aku takde itir lagi so main booking tu ikut suka je.Next entry aku story.

Aku booking JEJU AIR.Nak booking jeju air kena guna kad kredi,aku takde kredit card tapi boleh je pinjam orang punya nanti bayar cash kat orang tu.Terima kasih wahai peminjam kredit card tapi aku tak bayar balik pun hhhhhahahahahah.

Aku ada baca jugak blog orang orang yang memang selalu pergi korea dan jadikan Korea sebagai KAMPUNG HALAMAN mereka.Sebulan sebelum pergi tu memang aku gigih la buat itu ini.Bilik macam biasa aku pilih Dorm cuma untuk ada tempat tu aku terpaksa ambik bilik single sebab takde pilihan.

Dua hari sebelum pergi tu aku deman.Tapi tetap gigih pergi kerja sebab aku nak settle benda penting yang sepatutnya benda tu aku boleh buat lepas aku balik cuti.Tapi aku kadang kurang faham kenapa boss aku nak cepat cepat.Tiap tahun memang macam tu.Budak ofis aku dah bising suruh aku pergi klinik.Tapi aku kan jenis tak suka pergi klinik.Tapi demi nak bersuka ria aku gigih pergi klinik.

Doktor siap offer MC lagi tapi aku terpaksa tolak.Kalau tak kerana trip ni memang kaw kaw aku MC sebab MC aku banyak lagi.Tapi sehari sebelum tu deman aku macam dah ok lega sungguh rasa.

Aku siap mintak ubat extra buat bekal mana tau tetiba sampai sana deman datang balik.Tapi aku memang tak cukup rehat 2 minggu sebelum trip ni.Balik kerja kadang lambat.

Flight aku pagi so malam tu aku dah pergi airport.Tapi siang tu aku gigih lagi kat office settle apa yang patut.Pesan itu ini.Malam tu masa kat airport aku lepak kat surau yang dekat dengan entrance.Surau tu memang tak ramai orang kalau nak tidur pun lena je.Tapi malam tu ada satu group maybe geng geng BBNU kot bukan main bising lagi diorang duk gebang.aku rasa diorang baru balik dari korea kot.Annoy pulak bila aku dengar.

Abaikan mereka yang tak membawa pekdah pada aku.

Baik aku tidur lagi bagus sebab memang mengantuk sangat.Tapi sebelum tu aku telan ubat dulu.Malam tu aku tidur dengan lena dalam surau.Jam dah siap alarm.Aku dah check in siap siap.Takde apa nak gopoh gopoh.

Pagi tu dalam jam 5.00 pagi aku bangun.Tak mandi pun pagi tu.Takpe nanti dah sampai sana boleh mandi.Lepas siap siap ala kadar aku pergi departure hall.Orang tak ramai lagi aku beratur kat lorong untuk check in saja.Aku takde beli laguge.Akak yang jaga kaunter pun macam  tak banyak songeh.Dia cuma minta tiket balik je.Settle semua aku terus masuk.Dah lepas kastam semua dengan imeg terus menapak ke gate yang terletak di Hujung Dunia.

Masa aku sampai orang takde lagi cuma aku sorang je.

Tak lama aku duduk ada pulak 1 family Indonesia datang,tapi yang aku tak fahamnya No Gate lain tapi datang tempat lain.Dia tanya aku gate yang dia kena masuk tu kat mana,Tak faham betul aku dengan orang orang yang macam ni punya banyak penunjuk arah takkan gate mana kau tak boleh cari.Saja nak buat aku marah pagi pagi buta !

Dalam 7.00 pagi tu baru orang mula ramai.Muka masing masing happy je terutama family makcik sebelah aku ni


Pagi tu ramai jugak geng akak akak yang nak gi Korea.

Tiba masa nak boarding.Macam biasa semua macam berebut nak beratur,termasuk aku.Aku suka masuk cepat senang nak letak beg.Kadang tu tempat letak beg kan selalu penuh kadang aku terpaksa sumbat beg tempat lain duduk tempat lain bila masuk lambat.

Pilot untuk Flight pagi itu adalah Handsome OK

Aku siap text kawan aku bagi tahu dia pilot pagi tu handsome.Cuma pramusaji diorang biasa biasa je

Macam biasa bile semua dah cukup masa untuk Take Off

Masa dalam flight aku dah pre order nasi lemak pak nasir yang ciput lagi mahal dan tak berapa sedap.Sambal pun dah hitam mesti yang panaskan banyak kali !

Aku dapat seat tengah kiri kanan aku makcik dan pakcik.Aku mengantuk sebenarnya tapi sebab nak makan nasi lemak dulu lepas tu baru nak tidur.Tapi punya lambat nak sampai turn aku.Diorang tak tahu ke aku lapar dah cepat  rasa nak marah

Bila dah dapat aku makan sambil tengok movie pakcik sebelah.Pakcik sebelah bukak laptop tapi cerita korea kot takde subtitle pun,tumpang sekaki tengok tanpa rasa bersalah.

Perut dah kenyang mata pun dah layu masa terbaik untuk tidur.Lagipun lagi 5 jam baru sampai.

10 comments:

  1. Ni apsal tak ajak nak gi korea ni??? Hahhha

    Sama la kita....asal nak cuti jer....bos mula start tunjuk kuasa veto dia.....semua benda nak suh siapkan....mcm la kita tak akan balik dah....huhhhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tau ada orang nak ikut akan ku war warkan di blog.



      Delete
  2. kalau belum cancel tiket bulan 12 tu...beli tiket balik..winter d seoul pun cantik...cucuk sikit je ni hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahhaha cuti dah tak berapa nak ada.Orang lain dah book dulu cc dah tak boleh cuti

      Delete
  3. yee betul...ramai blogger dh ada kg halaman di korea but not me hehehee

    ReplyDelete
  4. setuju..nasi lemak pak nasir sudah tidak menjadi pilihan sekarang

    ReplyDelete
  5. Sis xde nk trvel ke korea lg ke?😀

    ReplyDelete
  6. Sis xde nk trvel ke korea lg ke?😀

    ReplyDelete