Wednesday, 25 November 2015

SANTAI MUSIM LURUH KOREA 2015 - PART 1


Pic kat atas ni amoi korea tolong snap.Aku tak mintak pun tapi diorang yang offer.Lain entry aku story.Dari hari pertama sampai last day aku kena bergambar dengan orang ramai pulak tu.

Sebaik kapal selamat mendarat aku terus rasa lega.Aku antara orang yang last keluar, dah sampai nak berebut buat apa bukan ada orang tunggu aku pun.

Macam biasa keluar dari pintu kapal aku tetiba fikir kenapa tak sejuk,rasa cam biasa biasa je.Jalan slow slow ala orang malas.Sempat petik pic sekeping dua.Ambik mood dulu.Orang lain semua dah kedepan tinggal aku je kat belakang.Tapi nasib aku sempat naik bus yang bawak semua ke arrival terminal.Penuh hokey.Beg aku dah la berat.Kejap je naik pun tak sampai 5 minit sampai arrival hall

Lepas tu kena beratur untuk urusan hakiki Imegresen.Manusia memang ramai hokey.Leguh aku beratur dengan seret beg berat lagi.Aku tak larat nak pikul beg tu so aku seret macam orang malas.Muka kena senyum sikit kat imeg tanda mesra.Tak boleh tunjuk muka ketat macam kat ofis.Settle semua !

Keluar je terus aku  duduk duduk dulu.Sambil duduk sambil fikir macam mana nak pergi guest house yang aku booking.Guest house dekat Seoul station.Sambil sambil tengok orang kiri kanan.

Lepas setengah jam baru aku gerak.Tapi sebelum tu aku pergi 7E dulu beli T-Money dengan top-up sekali.Aku pergi infomation kaunter,tanya amoi kat situ macam mana nak ke Seoul station.Amoi tu bagi tahu boleh naik bus atau AREX.

Aku rasa baik aku naik AREX sebab guesthouse yang aku booking memang dekat dengan Seoul station.Lagi pun naik AREX tak mahal mana pun.So aku menuju ke Ticket Kaunter.

Tak ramai orang pun,masa giliran aku tu amoi yang jual ticket tanya naik airline apa

Aku bagi tahu aku naik AirAsia.Ada diskaun agaknya.Aku pun tak check berapa harga AREX.Tapi aku bayar waktu  tu 8000won/oneway

Amoi  jual ticket suruh aku cepat sebab dia bagitahu train dah nak sampai.Aku apa lagi lari laju laju sambil pikul beg.Ada juga amoi amoi lain yang lari sama dengan aku.Nasib tak jatuh.

Ngam ngam aku turun escalator train sampai.Aku main bantai naik je.Salah naik train kan macam mana?

Pada tiket ada tulis car no dan seat no kebetulan memang aku naik car no yang betul jadi tak payah aku nak jalan lagi car car no.Penat ni !

Perjalanan lebih kurang 1 jam.Dalam train aku layan je view kat luar.Mata mengantuk sangat tetiba.Dalam flight tadi dah tidur sekarang rasa mengantuk lagu.

Sempat aku snap sekeping dua pic orang kata intro.Tengok tengok luar tingkap kenapa macam takde daun kuning, ke aku yang datang awal sangat ?

after 45minutes train tiba di Seoul Station.Sampai juga aku kat negara yang jadi idaman geng BBNU.Sebelum tu kena rest kejap dekat seoul station.Fikir nak menapak cari hostel.Aku dah ada direction untuk hostel sebenarnya tapi malas nak rushing.Ambik mood dulu sambil tengok orang.

Lepas 15 minit aku menapak keluar dari seoul station.Aku keluar ikut EXIT 15

Dari sini jalan dalam 5 minit je sampai hostel.

Masa aku sampai aku tak nampak kat mana recepttion untuk aku check in.Tapi dari tempat aku berdiri aku nampak ada orang dekat bangunan sebelah.Aku tekan tekan bell takde orang pun turun.Rupanya building yang aku nampak ada makcik sedang lipat cadar tu adalah reception diorang.Nasib makcik tu nampak aku tercegat depan building lagi satu,terus dia panggil aku.

Settle semua check in terus dia tunjuk aku bilik semua.Dapat katil terus baring baring hilang lenguh.Sambil sambil tu hapdates dulu dengan seleruh orang orang kampung yang aku tinggalkan.

Aku memang takde plan nak ke mana mana malam tu.Hari pun masih awal.Aku ingat nak rehat rehat dulu ambik feel korea sebelum memulakan kehidupan selama 15 hari di KOREA SELATAN

Tetiba phone aku nak mati sebab bateri habis.Keluarkan adapter semua sebab nak charge benda benda lain jugak,sekali aku punya adapter ngak cocok,aku pulak memang takde check yang korea guna plug 2 pin.

Tapi aku try jugak cocok tapi tak jalan,nasib dalam bilik aku ada amoi yang sudi tolong.Dia tengok aku terkial kial dia offer dia punya charges dulu.Aku turun bawah pergi pinjam adapter 2 pin kat makcik bawah tapi haram adapter tu jahanam.

Last aku keluar cari adapter baru.Jalan jalan kat soul station tak jumpa,masuk lotte mart yang besar tu pun non hado.hal hal macam ni buat aku cepat naik darah.Dalam lotte mart aku nampak ada 3 orang ninah melayu.Aku pun tak sure diorang memang duduk sini atau travel.Nampak shopping penuh troli.

Last luar Seoul station nak ke hostel tu aku nampak ada satu mart gs25.Aku try pergi situ syukur akhirnya dapat juga.Harga 8000won boleh tahan mahal,nak buat macam mana suka tak suka kena beli jugak.kalau tak semua benda tak boleh nak charge nanti.

Lepas dah beli tu aku ingat nak pergi Myeongdong tapi aku tak bawah pulak subway map.Kaunter infomation pun aku tengok tadi takde orang maybe dah berambus agaknya.

So aku rasa  balik hostel je boleh rehat rehat dulu.

Sampai bilik mandi semua baru melayan orang orang kampung lagi.

Malam tu tidur lena,dan aku harap esoknya tak hujannnnn.


10 comments:

  1. ppppwweeeeeiittttt!!!! omeinyaaa!!!!

    ReplyDelete
  2. CC! dah tukar template blog eh...jap nk baca

    ReplyDelete
  3. "Dari hari pertama sampai last day aku kena bergambar dengan orang ramai pulak tu?" wahhhh! ramai pemninat!!!

    ReplyDelete
  4. 15 hari? wahhhh bestnya dapat cuti lama...ni cover Seoul, Busan dan Jeju eh

    ReplyDelete
  5. Dah jemu temp lama.Tukar baru yg simple je.

    Sesi fanmeeting hahahhahahaa.

    Yup JM 15 hari seoul busan jeju gwangju n jeolla

    ReplyDelete
    Replies
    1. gwangju dan jeolla? menarik ni...3 kali JM ke sana tak jejak lagi 2 tempat ni..next trip plan ke gyeongju je lain tempat tu still repeat tempat yang sama sbb pergi ngan member yg first time ke sana

      Delete
    2. Gyeongju pun best cc tak sempat ke sana.Ajak diorang ke gwangju n jeolla hahahahaha

      Delete
  6. Adoiii gigihnye ko bwk kamera tu! Aku punya leher mcm nak terkulai mengusung dia aje. Aish

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.Rasa nak patah leher.Kesian kat dia selalu kena tinggal.Lama tak bawak dia jejalan kan merajuk pula,sebab tu aku bawak dia p korea,bagi sejuk sikit.Dah berhabuk dalam beg tak guna.

      Delete
  7. Adoiii gigihnye ko bwk kamera tu! Aku punya leher mcm nak terkulai mengusung dia aje. Aish

    ReplyDelete