Friday, 5 December 2014

JAPAN - IBARAKI - HITACHI SEASIDE PARK

7/11/2014 - JUMAAT

Bangkit awal pagi seperti biasa jam 3.30 pagi waktu Malaysia,sebab subuh kat Jepun ni awal.
Waktu aku bangun pagi tu aku dengar ada orang cakap Melayu,aku rasa mungkin ada orang Malaysia lain tinggal kat sini,tapi aku je yang tak jumpa

Malam tadi aku tak pergi pun tempat yang last tu.Aku memula dah naik train pastu aku patah balik.

Saki baki kaki sakit ada lagi tu salah satu factor aku patah balik.Lagi 1 aku lapar !

Pagi ni aku plan nak gi 1 tempat ni.Aku ada baca blogger SUPERMENG pergi sana so aku macam nak pergi jugak.Tapi hujung hujung autumn ni apa tinggal aku tak tahu la.Pasrah je apa ada

Cuaca pun baik hari ni so mood aku pun baik dan rajin

Aku nak pergi HITACHI SEASIDE PARK -------------------->DETAILS REFER HERE
ENTRANCE YANG CUKUP LUAS
HOW TO GETTING THERE :

Memandangkan aku dari Shinjuku Station aku ke UENO STATION dahulu.

Dari UENO Station(JR JOBAN LINE) naik train(LIMITED EXPRESS SUPER HITACHI ) dan stop di Katsuta Station

Sampai Katsuta station naik bas ke Hitachi Seaside Park

*PERJALANAN TRAIN COVER BY JR PASS - BUS BAYAR SENDIRI

*BUS UNTUK KE HITACHI SEASIDE PARK NI BETUL BETUL PARKING DEPAN LOWSON 

Sampai katsuta Station terus aku cari bas,kiranya aku ada sedikit luck sebab tak payah tunggu bas sebab bas sudah ada dan dah nak gerak.

Memula tu aku tanya pemandu bas siap tunjuk gambar lagi aku nak pergi Hitachi Seaside Park lepas tu dia angguk.Tunjuk gambar lagi mudah sebenarnya dari aku cakap pastu tak paham.

Lega bila dah ada dalam bus.Perjalanan dengan bus lebih kurang 15 minit macam tu sebab jalan clear.Bus stop betul betul depan entrance park so takde penat nak jalan jauh.

Tambang bus JPY 400/WAY

Sampai usha dulu depan tu,orang pun tak ramai pastu aku pergi kaunter tiket nak beli tiket masuk.

Entrance fee JPY 410

Dapat tiket dan ambil map terus masuk dalam.Waktu ni aku tengok macam ada show kereta,Diorang macam baru nak setup khemah semua.Aku tak ambik pedulik sebab tak minat.Tujuan aku datang sini sebab nak tengok benda lain bukan nak tengok kereta.

Masuk dalam tu aku macam blur blur jugak la.Bila aku tengok dalam map cakap ada tram tapi batang hidung tram aku tak nampak.Nak sewa basikal pun tak nampak celah mana tempat sewa basikal.

Malas nak fikir panjang aku aku decide just jalan kaki saja,sebab aku tengok ada orang orang tua jalan kaki je,so aku yang muda belia ni takkan nak berbagai bagai.Lagi pun akulan dalam misi mengecilkan badan.Park ni besar yang amat.Nak jalan kaki satu park ni aku rasa makan masa kot.

Waktu jalan tu aku jumpa pekerja yang ada dalam park tu aku just tunjuk gambar macam biasa aku nak pergi tempat orang tanam KOCHIA RED tu,dia pun tunjuk la kat aku jalan nak ke tepi laut tu,jauh jugak sebenarnya jalan kaki,takpe tabahkan hati.

Aku jalan saja sebab aku rasa aku berada di jalan yang benar sebab aku nampak ada 1 group manusia keluar dari arah bertentangan dengan aku.Jalan jalan akhirnya TADAAAAAAAAAA

VIEW YANG MENGECEWAKAN AKU
Sebab tu agaknya orang tak ramai time.Tapi takpe alang alang dah sampai aku pergi explore apa yang ada.Tapi aku geram je tengok poko ni sebab pokok ni bulat bulat.Walau dah kering still nampak cantik.

Kaki dah penat tapi gigih nak jalan.Nak ambil gambar pun tak tahu nak ambik apa.Tapi saki baki yang tinggal ni boleh je.Cantik jugak.Tapi ramai je orang yang beria pose pose sendu kat sini.Aku takde nafsu nak pose pose sendu kat sini.

PATUT COLOUR MERAH TAPI NOW KERING
BANYAK POKOK POKOK YANG SUDAH DI BUANG DAN BAKAL DIGANTI DENGAN POKOK POKOK BARU
Waktu ni adalah beberapa pasang couple tua yang dating kat kawasan ni.Rajin sungguh diorang.Aku jalan usha usha apa yang tinggal.Ramai pekerja yang sedang lakukan pembersihan.

SAKI BAKI 
ADA YANG DAH TERCABUT
ADA RASA MACAM NAK BUAT PRE-WEDDING KAT SINI TAK ??? AKU ADA RASA
SEBIJI JE TINGGAL UNTUK CC
LUNTUR

PUDAR
KERING
Aku dah aim nak jalan sampai atas,sebab bila dah sampai atas nanti boleh nampak lauk.Gigih jalan dalam sejuk sejuk.Kat atas ada bell so bila sampai tu boleh la bunyikan bell tu takda korang dah sampai.Aku tengok ada je yang main bell tu bila sampai atas.Pic bell tu aku lupa nak  snap.

KOSONG
LALANG - TAPI BEST JE LEPAK KAT ATAS NI SEBAB NAMPAK LAUT HILANG SEMUA STRESS AKU YANG MEMBUKIT DALAM OTAK NI..LAYAN PERASAAN JE DUDUK SINI FIKIR ITU FIKIT INI,BUAT DECISION UNTUK DIRI SENDIRI
Aku lepak kat atas dalm 15 minit,layan perasaan jap,pastu turun sebab aku nak jalan jalan belah sana pula.Kalau tengok map yang ada kat tangan macam takde yang menarik sangat tapi ada theme park belah sana kalau rajin aku usha kalau tak pangkah saja

Time time ni mata aku rasa mengantuk DAN package with lapar !

Aku jalan cepat cepat sebab aku nak lepak bawah pokok yang ada bangku.

GERAM
LATIHAN JALAN KAKI
TENANG
MERAH SUAM SUAM KUKU
lebih kurang 1 jam aku rasa baik aku blah dan pergi tempat lain.Sebab bila aku pergi sebelah sana macam takde apa yang aku nak tengok.

Cukup la aku dah tengok bunga bulat ni.Aku jalan kaki menuju entrance.Tunggu bas kejap saja.Aku sorang je dalam bus.Sesiapa yang nak datang sini boleh saja datang.Tapi perjalanan pergi balik makan masa dalam 3 jam.Tapi kalau datang dapat view yang cantik berbaloi kot.TAPI DAPAT VIEW  MACAM AKU PERGI NI HOW ???

AKU LEPAK BAWAH POKOK NI
Sampai Katsuta station aku pergi lowson cari kopi dan roti.Masuk dalam Lowson melilau jap cari roti  tengok tengok dulu macam la faham bahasa jepun.Akhirnya tanya kat konter.

Roti ni ada unsur kebabian tak ? macam tu aku tanya

Punya la susah mereka nak faham last aku tunjuk 3 titik(MAKNA ADA UNSUR KEBABIAN) pastu baru faham.,pastu mereka tunjuk pangkah maknanya takde

OK boleh beli pastu order coffe panas.Aku perlu caffeine !

MOTIP KO BOGEL ??? - BETUL BETUL DEPAN KATSUTA TATION
TAK SEJUK KE BOGEL ???
Dapat coffee dan roti aku menapak ke train station.Orang tak ramai pun tunggu train.Lama juga tunggu train.Sambil tunggu train fikir fikir nak pergi mana lagi lepas ni


10 comments:

  1. alahai.. x de dah pokok merah tu.... penat je pegi.. tapi x pe.. dia suruh repeat la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la penat dan mengantuk.repeat tu penting

      Delete
  2. apa yg menarik selain pokok yg bulat2 tu CC..rasa x berbaloi je byr 410 yen tu

    ehh..pegi 15 min je ke tapi kenapa C cakap dalam last paragraph tu 3 jam pergi balik. Kiranya time pegi tu 1 jam setengah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain pokok bulat tu ada theme park nak main ke JM ? Lain kali repeat musim panas

      15 minit lepak kat atas tapi ronda dalam tu adalah dalam 1 jam lebih jugak.

      Yup 1 jam setengah pergi sahaja

      Delete
    2. ada Theme Park?..my feveret tu heeee

      1 jam setengah? sbb CC ada mention mcm ni - "Lega bila dah ada dalam bus.Perjalanan dengan bus lebih kurang 15 minit macam tu sebab jalan clear"

      Itu sbb JM tanya heee...kiranya kalau jln clear 15 min je lah yek..ke typing error?

      Delete
    3. Nanti pergi Disneysea JM main puas puas kat sana

      Jgn risau jalan nak ke sini memang clear.Letak dalam iter sekarang JM ! pastikan JM pergi musim yang cantik







      Delete
  3. Comel pokok2 tu... Jgn kuciwa... Pic dah cun

    ReplyDelete