Wednesday, 19 March 2014

BERCUTI KE HONGKONG & MACAU 2014 - PART 1


Lets start journey.

Persiapan untuk bercuti

Hong Kong & Macau dalam kepala apa yang best  disana aku aku pun mula google.Ranapnya harapan untuk ke Beijing memandangkan waktu yang aku nak pergi time winter beberapa kawan aku advise jangan pergi lagi hold first kerana cuaca disana sangat sejuk.Setelah berfikir  aku putuskan untuk ubah haluan ke Hong Kong.Mungkin ini adalah Trip Solo aku untuk pertama kalinya.Aku nak juga perasaan ke negara orang secara solo nak uji diri sendiri berani atau tidak.Tiket belum beli tapi perancangan sudah ada.Sekarang nak cari date yang sesuai aje rasa.Seperti biasa pergi secara backpacker jimat dan murah.Dalam kepala memang dah rancang nak pergi tempat - tempat orang selalu pergi bila ke Hong Kong antaranya :
  1. Ocean Park,
  2. DisneyLand,
  3. Madame Tussauds
Mak ayah aku bukan orang kaya nak bawak anak dorang ronda dunia setakat dalam Tanah Melayu boleh lagi tapi bila dah kerja pergi sendiri.Tak juga aku lupa paling utama nak masuk Macau.Segala info nak ke Macau aku google saje. Harap-harap dapatlah jejak kaki ke sana.Jika Trip ini tiada halangan aku akan lakar apa yang aku dapat.Hope Dream come True.  Kalau nak pergi holiday tentunya ada tiketnya.So pandai-pandai la anda semua cari tiket.Tunggu masa Air Asia buat promotion silakan membeli tiket dengan bahagianya.Selepas puas aku mencari dan menunggu ni dia tiket yang aku dapat dari Air Asia. 

Kuala Lumpur -----------> Hong Kong


Harga Tiket (Sehala) = RM169.00 (KL - Hong Kong)
*Harga tidak termasuk laguge
 
Aku beli tiket sehala dahulu memandangkan aku nak ke Macau mungkin aku akan ambik flight dari Macau ke Kuala Lumpur.So disebabkan itu aku beli untuk sehala dahulu.Aku nak kena siapakan aku punya iternary aku dahulu selepas itu baru aku nak booking tiket untuk pulang.  Selepas puas memikirkan mahu pulang ke Tanah Melayu melalui Macau atau Hong Kong makanya ni dia


Harga Tiket (Sehala) = RM345.00 (KL - Hong Kong)
*Harga tidak termasuk laguge

Harga tiket sebelum tu lagi muarah berbanding yang aku booking ni iaitu RM209.00/hala.Tapi yang lalai amik masa lama sangat nak fikir akhirnya tiket yang mahal aku dapat.So moral of the story kalau nampak yang murah betul terus booking jangan tunggu.Sebab apa yang aku survey Air Asia ni ada sejenis paten dimana kadang kala harga tiketnys sangat murah. 

Harga Tiket Air asia
Sebelum buat apa trip selalu buat list:
- Keselamatan
- Hotel(penginapan)
- Mata wang
- Cuaca 
- Pengangkutan 
- Cuti Umum Hong kong  & Macau

Perkara kat atas aku rasa paling penting.Kita nak pergi negara orang yang kita tak pernah hadap.Kalau pergi first time mesti rancang betul- betul.

Aku juga banyak melakukan rujukan berkenaan HongKong dan Macau melalui google.Sebelum melakukan aktiviti berjalan cuba survey dahulu tentang negara tersebut atau baca blog blog orang berpegalaman dah kesana.

HOTEL

Awal lagi aku dah buat tempahan hotel dengan "COSMIC GUEST HOUSE".Segala entry berkenaan guest ini sila refer page next page


Tukaran Wang 

Sebelum masuk negara orang mesti kita tukar duit mata wang negara tersebut.So nak masuk HongKong kena la tukar mata wang HongKong.Aku buat 2 kali pertukaran.Sebelum buat pertukaran survey  aku survey juga beberapa money changes,tapi rata - rata rates tukar sama sahaja.So aku buat pertukaran ni di Money changer berdekatan umah aku saja.

ini duit yang aku tukar dan berapa aku dapat
Ini rate semasa.List ini kalau rasa nak buat boleh tak pun boleh

Bekalan Makanan
  • Nama pun percutian bajet so makan pun harus bajet.Lagi pun Hong Kong buka syurga makanan untuk orang muslim ataupu untuk orang Melayu.Sebab itu aku tak kisah untuk cut cost pada bab makan.Masa di Hong kong aku memand tak keluarkan duit 1 sen pun untuk makan.
  • Aku bawak bekalan makanan untuk 5 hari.Sila la tengok pic kat bawah.
  • Pada yang tak mahu bersusah payah bawak makanan jangan risau terdapat restoran makanan halal di HongKong.
  • Sila refer di sini --------> http://www.islam.org.hk/eng/E-islamfoodstore.asp  
  • Jika anda menginap di 'CHUNG KIN MANSION"  dalam bangunan ini pun terdapat 1 restoran halal iaitu Restoran Bismillah Tsim Tsa Tsui (TST), tepatnya Shop No. 75,1/F, Chung King Mansion Building, 36-44 Nathan Road, TST, HK.Nak tahu detail anda boleh refer kat sini --------> http://www.ddhongkong.org/restoran-bismillah-kebab-house-pelanggannya-banyak-juga-non-muslim/
Makan stok 6 Day 5 Night

Antara Keperluan Lain
  1. Pakaian bawak beberapa helai.Sebab aku dah plan nak shopping kat sana
  2. Bekalan ubat ubatan seperti minyak angin,panadol
  3. Passport - pastikan belum tamat tempoh
  4. Travel Insurance - Penting bagi yang travel solo macam aku.Masa pergi Trip ini aku tak beli pun Travel Insurance,melainkan aku cuma beli insurance penerbangan sahaja.Jadi pada sesiapa nak buat trip solo ke by group ke sila dapatkan Travel Insurance.Untuk next trip mungkin aku akan dapatkan travel Insurance.Mana nak beli ??? boleh ke laman web syarikat insurance kat Malaysia.Taip saja Travel Insurance dekat google.
How to get info about Hong Kong & Macau

Ini antara sumber infomasi aku dapatkan mengenai trip ke HongKong & Macau

Hongkong & Macau Info

http://www.discoverhongkong.com/my

http://my.macautourism.gov.mo

http://www.travelchinaguide.com/cityguides/macau/ 


Ini ada Consulat Malaysia di HongKong,Jika ada apa-apa berlaku boleh lah anda hubungi untuk buat pertanyaan atau pertolongan.

KEDUTAAN MALAYSIA DI HONG KONG

Address: 24th Floor, Malaysia Building
47-50 Gloucester Road
Wanchai,Hong Kong
Telephone: (852) 2821 0800 ( Main Office Consulate )
(852) 28210818 / 28210823 (Immigration)
Fax: (852) 28651628, (852) 25278826
Email: mwhkg3@biznetvigator.com, malhkong@kln.gov.my
GMT: + 8 hrs
Work days: Monday - Friday 9.00 a.m -1.00pm ,2.00 p.m- 5.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday



13 comments:

  1. Wahh dh ready nk terbang ni, bila buat preparation dgn teliti baru best nk jenjalan

    ReplyDelete
  2. wahh penuh detail.. nak g hk.. tq ur info
    www.kamisukacuti.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank sebab sudi baca baca blog saya.Pergi la kalau nak shopping bulan sept ada sales

      Delete
  3. hai awk. sy baru follow blog awk n sy rasa blog awk memang best. boleh tak share interney or plan dalam excel utk ke hongkong n macau. sy plan nak pergi bulan Jan 2015.

    email me : nanie_nakata@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. iternary yang saya buat semua dah saya tulis kat dalam blog.Kalau nak tanya apa apa just drop je comment tak pun email je pada saya cikcerita.gmail.com

      Delete
  4. salam drop by to read ur blog.very good blog full with info. nak tanya makanan2 tu awak bawak masuk cabin or letak dalam luggage?kalo bawak masuk cabin bole x sbb rugi nk beli luggage..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak dlm luggage je.Aku kedekut sebab tak nak beli lugage.

      Delete
    2. so bole la bawak naik ke cabin ye.sy pon kedekut jgk ni nk beli luggage..nk bawak naek cabin je mknnan2 tu semua..hehe

      Delete
  5. thanks info, nak tanya... mmg selamat ke travel sorg2 ko hong kong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat selagi kita berhati hati.Rasa tak berani jangan travel sorang ajak kawan kawan.Tapi kalau awak nak cuba travel sorang tak salah.Yang penting hati hati selalu.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. you memang dah pergi ke? you tinggal hotel area mana?

    ReplyDelete