Tuesday, December 27, 2016

SANTAI MUSIM LURUH 2015 - DAY 2 PART 1

Hari ke 2

Takpe kan lepas setahun baru entry keluar.Aku malas nak load pic sebenarnya.Jangan carut aku hoccay

Pagi tu aku bangkit awal.Tapi amoi yang lain masih tidur lagi.

Bangun pagi terus ke pantry.Pagi tu breakfast bebiasa je.Pantry pun sunyi sepi lagi.Aku yang ada dengan makcik cleaner sedang kemas kemas.Sempat la say hi.


Sambil sambil makan tu aku study sikit tempat aku nak pergi tu.Usha usha juga tempat lain yang aku boleh pergi,tapi sebab aku dah schedule semua tempat aku nak pergi so macam malas  nak tukar tukar.

Waktu aku tengah makan tu masuk 2 orang pempuan.Diaorang duduk meja sebelah.Sempat la kitaorang borak borak.Diorang baru sampai semalam.Dari Filipino katanya.

Apa pun pagi tu aku bersiap  siap dulu,pergi ke tak fikir kemudian.Sampai Seoul station baru aku decide nanti nak kesana atau tak.

Pagi tu aku keluar dekat jam 10.00 pagi.

Sampai Seoul station aku tengok subway map dulu.

Paling lemah bila nak tukar line subway.Memang maki maki dalam hati.Aku nak pergi Garden of Morning Calm.

baca sini ------> GARDEN OF MORNING CALM  

baca sini pun boleh ------> GARDEN OF MORNING CALM

Macam mana nak pergi sana pun  ada kasi tau dalam tu,jangan malas tau sebab aku tak suka orang malas,aku malas takpe.


Sampai kat station tu kena tunggu bus lagi.Masa tu matahari dan tinggi.Aku siap dah peluh peluh.Tunggu bus pun nan hado.Ramai jugak yang menunggu bus.

Masa  aku duduk kat bus stop ada  pempuan tegur aku.Amoi dari HongKong.Sorry amoi Hongkong aku bagi janji palsu pada kau.

Ceritanya masa tunggu bus tu aku dengan dia sakan la borak borak.Sambil sambil borak tu jeling jeling bus yang tak kunjung tiba.Hari dah makin tengahari tapi bayang bus tak muncul muncul.Stress pun ada.

Tetiba ada sorang pakcik bagi tahu kalau weekend bus memang lambat.Aku memula ingat pakcik tu tipu ke apa,rupanya memang betul during weekend bus memang lambat katanya faktor kesesakan lalulintas.Kawasan kampung je pun sesak apa benda ntah.Dekat bus stop ada bus schedule so boleh refer kat situ.

So aku dengan amoi Hongkong decide share teksi je.Kalau nak tunggu bus agaknya sampai mereput pun belum tentu bus datang.Masa memula tu ada couple tua yang nak join kitaorang.Pastu couple tu tak jadi sebab dia ada lagi geng.So aku dengan amoi tu naik teksi 2 orang je.

Dalam 20 minit naik teksi.Aku ingatkan dekat dekat je.Nasib baik ada amoi Hongkong save sikit bajet aku.Kalau tak mereput aku kat situ tunggu bus.

Dekat dekat nak sampai tu jalan tu macam dah bengkang bengkok,lalu celah celah kampung orang ntah mana mana tapi view memang lawa.Aku tak snap pun just layang dengan mata sendiri jek.Malas nak buat keluar cam,phone pun aku simpan dalam beg.Amoi Hongkong la sibuk  duk snap snap pic.

Masa dalam teksi tu aku sempat tanya dia jam berapa dia nak balik.Aku paling lama duduk dalam tu 2 jam.Amoi Hongkong cakap dia nak balik kul 2.30.Aku dengan bermulut manis terus cakap cakap dengan Ampoi HK nak balik sama sama dengan dia.

Sampai je ke Destinasi duit bertukat tangan.Tambang teksi 8500 won.Kira mahal gak la pada aku.Kalau seorang mahu masak aku nak membayar.

So dah sampai tu depan entrace tu punya ramai orang.Aku dengan Amoi HK terus ke kaunter beli tiket masuk.

Harga tiket 9000 won seorang.Mahal ok.Oh ya dalam kalau sesapa ada discount cuopon tu boleh guna.Aku lupa nak bawa discount coupon,sebab boleh dapat harga 6000 won.Tapi takpe la dah bukan rezeki aku kot.

Tiket bertukar tangan.Amoi HK sempat pergi beli makanan.Satu hal dah abis makan tak jumpa cari tong sampah.Amoi  tu bawak sampah kat tangan sambil jalan.Tapi sebelum tu sempat la aku janji dengan dia nak tunggu dia depan entrance jam 2.3

WELCOME


Tempat ni kalau ikut satu jalan dengan Nami Island.Tapi aku taknak pergi nami dulu sebab ramai yang cakap weekend ramai umah kat sana.So aku malas nak bersesak sesak kat sana.


Daun merah yang sempat aku snap.Kalau nak tengok lagi banyak mohon pergi sendiri

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...