Wednesday, 19 March 2014

BERCUTI KE HONG KONG & MACAU 2014 - PART 2 - BAJET HOTEL@GUEST HOUSE

Cosmic Guest House Hong kong

Name Card
Map pada Name Card boleh refer map ini
Untuk tempat tinggal di Hong Kong aku hanya memilih hotel bajet sahaja.Hotel di Hong Kong mahal.Kalau rasa nak budget sila buat tempahan awal.Aku buat survey dilaman online booking hotel dan aku baca juga diorang punya review tentang guest house yang aku nak booking.Akhirnya aku memilih Cosmic Guest House.Cosmic Guest House terletak di bangunan Mirandor Mansion,iaitu di jalan Nathan Road dan berdekat dengan Masjid Besar Kawloon.Ada beberapa review dari blog yang aku baca mengatakan guest house ini strategik kedudukannya.Maka aku pun mula melakukan aktiviti booking Cosmic Guest House.Pada sesiapa yang rasa nak review guest house ini sila ke ----->http://www.cosmicguesthouse.com/ 

sign board cosmic guest house
MIRADOR MANSION dalam bangunan ini ada banyak sangat guest house

Cara nak booking senang sahaja.Cara pembayaran pulak aku guna Paypal.Aku booking guest house ini 6DAY 5NIGHT.

Kenapa aku pilih COSMIC GUEST HOUSE
  • VERY HIGHT ROCOMMENDED, berdekatan MTR TSIM TSHA TSUI
  • berdekatan dengan tempat shopping,ferry terminal,Avenue of star
  • murah dan bersih
  • sesuai untuk backpacker bilik just sekadar untuk tidur sahaja memandangkan sepanjang hari kita akan berjalan.So bayar mahal untuk hotel yang cantik tak guna lor melainkan kalau aku bercuti ke pulau pulau baru lah aku pilih hotel yang cantik.

Deposit = HKD260.00 = RM115.00

*jika buat pembayaran melalui paypal selesai membuat pembayaran Paypal akan hantar confirmation email  bahawa anda sudah berjaya membuat pembayaran


selesai urusan booking pihak cosmic guest house akan send confirmation email kepada anda.Sila lihat pic dibawah


Bila sampai hotel apa perlu buat???
  • Bila anda nak check-in sila bawak salinan comfirmation booking tersebut
  • Receptionist akan minta passport anda untuk mereka scan,ini sekadar procedur biasa untuk tourist yang menginap di hotel mereka.
  • Make full payment untuk baki bilik yang aku tempah,
  • Receptionist akan bagi kunci,dan password no. untuk WIFI

How To Get Cosmic Guest House (Mirandor Mansion) From Airport
  • Take bus CITYFLYER A21,from airport Harga tambang HKD33/PAX.Dalam bus ada WIFI.
  • Henti di Pit top no.13,jangan risau kerana dalam bas akan ditunjukkan bus stop no.13 ------> sila refer pic kat bawah
  • Jalan terus lebih kurang dalam 50m,Sila alert dengan sign board Mirandor Mansion.(Refer Map kat bawah)
  • Nampak sign "Mirandor Mansion",masuk dan sebelah kanan ada lift.Lift di Mirandor Mansion ada 2 jenis:   
  •  (1) lift untuk tingkat angka genap ---> refer pic kat bawah
           (2) lift untuk tingkat angka ganjil
  • COSMIC GUEST HOUSE kat tingkat 12,so ambil lift angka genap
  • Lift sangat kecil,muat lebih kurang 5 orang,Sampai tingkat 12 tadaaaaa,welcome to "COSMIC GUEST HOUSE" 
LIF NO 3 - Lif untuk tingkat angka genap
Mirandor Mansion ada 4 Entrance.So sila alert anda perlu masuk pintu mana.Sebab COSMIC GUEST HOUSE perlu masuk di pintu yang aku tunjuk (PINTU MASUK)

Ini adalah pit stop NO.13
Ciri-ciri bilik yang aku duduk (SINGLE ROOM)
  • Bilik yang sangat kecik,boleh refer cosmic guest house punya website
  • bilik lengkap TV,Aircond,WIFI
  • Bilik air ada air sejuk dan panas,showel gel,shampoo
  • Bilik bersih,Tapi aku cadangkan sila bawak sarung bantal atau kain lapik untuk untuk bantal,keran sarung bantalnya agak sedih sedikit,tapi jika anda tak kisah no hal,small kes sahaja
  • Sila bawak towel sendiri,sebab nanti ada charge HKD50 kalau guna tower hotel .Jadi aku bawak sendiri punya.
  • PLUG 3PIN sama macam di Malaysia.Tapi ada satu main Plug sahaja.Kalau banyak gajet bawaklah extension
Bila sudah selesai check in bagai aku  terus masuk bilik dan rehat.Planning asal aku nak jejaln sekitar terpaksa dibatalkan disebabkan aku sangat penat.Malam itu aku hanya abiskan masa dibilik sambil baca dan review untuk itenary esok.Good night......

6 comments:

  1. Pertama kali ke hk dulu booking hotel yg sama tp bila sampai nk check in dorang cakap fully book adoyai naperlah jd kes mcm tu walhal dh dpt confirmation n last deal dpt jgk bilik tp guesthouse lain kawan kpd cosmic ghouse

    ReplyDelete
    Replies
    1. guest house sesuai untuk orang tarvel backpacker je kalau bawak nak saya pun tak recommen tidur hotel macam ini,sebab sangat tak sesuai.Tapi guest house ini ok.

      Delete
  2. ala tarikh nak pergi hotel ni dah penuh ada hoel apa lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok kat booking.com saya rasa banyak hotel murah,tapi yang susahnya mereka takde website untuk booking terus.Tapi kalau nak aci redah kat Mirandor Mansion tu banyak guest house.Chungkin Mansion pun banyak.Kalau bawak anak silalah booking yang baik.

      Delete
  3. tgh survey hotel di HK..tq for info...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete