Wednesday, 19 March 2014

BERCUTI KE HONGKONG & MACAU 2014 - PART 3 - KL - HONGKONG

02/03/2014 (Ahad)

Bermulanya Solo Trip

Bertolak ke LCCT

Dengan perasaan yang agak bedebar dan gembira aku bertolak menuju ke KL Central untuk menaiki bas  ke LCCT.Aku bertolak seawal jam 8.00 pagi walaupun aku dijadualkan berlepas ke Hong Kong jam 1.20 petang.Baik awal daripada pergi saat akhir nanti kelam kabut.Sebelum bertolak aku sempat selesaikan beberapa urusan bank.Lebih kurang jam 9.00 pagi aku bertolak ke LCCT dengan menaiki skybus.1jam perjalan sampai di LCCT,biasalah LCCT sentiasa penuh dengan orang yang nak ternbang dan kebetulan ramai pula orang yang pergi umrah.Sampai sahaja di LCCT aku terus ke Check-In machine.Punya ramai orang beratur,tapi nasib baik ada petugas Air Asia yang tolong aku untuk proses check-in memandangkan machine tersebut ada sedikit ganguan.Selesai check-in aku terus ke kaunter air asia untuk confirmation check-in  di mana kaunter tersebut akan cop pada boarding past.Selesai part check-in aku menuju ke kaunter scan barangan dan imegresen. Syukur takde barang aku yang sangkut bila waktu scan.Sudah la aku letak segala macam barang makanan dalam beg.Sambil menunggu waktu penerbangan sempat juga aku membuat sedikit review tentang aktivity yang aku akan buat di Hong Kong.Tepat jam 12.30 pengumuman penerbangan ke Hong Kong Bersedia untuk boarding.Jam 1.30 Kapal Terbang bergerak bawak aku ke bumi Hong Kong.Tepat jam 5.45 aku tiba di Hongkong International Airport.

Hong Kong International Airport

*Waktu Hong Kong dan Malaysia sama sahaja,so jangan pusing jam anda.Cuma Hong Kong lebih cepat gelap 
 *Nak masuk Hong Kong "TAK PERLU VISA"

Sampai sahaja di Hong Kong International Airport keluar sahaja dari perut kapal terbang cuaca amat sejuk sekitar 12c sejukkan mungkin baru nak masuk Spring.

Perlu Buat apa Masa Tiba di HKIA
  • petugas airport akan tunggu anda di laluan ketibaan
  • Ikut arahan untuk ke Shuttle Bus,Naik bus tersebut menuju ke Terminal 1
  • Sampai Terminal 1,sila beratur untuk pemeriksaan Imegresen,Sila sediakan pasport dan pastikan ada telah isi Imegesen Form.
  • Semasa di kaunter Imegresen,pegawai tersebut akan check detail anda dan juga muka sama tak kat passport,lepas tu dia akan print pass kebenaran untuk memasuki hong kong seperti pic kat bawah.
  • no need for scanning barang lagi,kecuali anda ada barang untuk declaration.
Note: Sekarang imegresen hong Kong Sudah tak cop passport.Mereka hanya keluarkan satu kertas merupakan kebenaran memasuki HongKong Kertasnya kecil sahaja so sila jangan hilangkan. 

contoh landing slip.Pmplet ini aku ambil kat Imegresen HongKong
 Hong Kong Tourism Board

Sebelum pergi dapatkan Bas aku ke HongKongTourism Board untuk dapatkan Map.Berdekatan Hong Kong Tourism Board ni ada kauter untuk AIRPORT EXPRESS.Aku juga sempat check balance Octopus Card yang kawan aku bagi di kaunter tersebut.Aku top up HKD50.Lepas  itu aku ke 7Eleven utnuk dapatkan Sim Card Hong Kong.Sebenarnya aku nak traveller sim card tapi aku sudah tersalah beli.Harga sim card tersebut HKD68,sila pic di bawah.Lepas itu aku terus menuju ke bus stop.Tapi jangan risau korang boleh top up macam biasa sim card ini.So jika aku ke Hong Kong dalam masa terdekat ini aku masih boleh guna sim card ini.

sim card yang aku salah beli.
Octopus Card
inilah rupa Octoups Card

Octopus card ini kalau kat Malaysia macam Touch N Go,Tapi Octopus kat kat sini lagi banyak dia punya function.Boleh guna untuk beli barang kat 7Eleven lagi selain untuk bayar tambang MTR dan Bas.

Kalau anda nak beli harga octopus card tu sila refer jadual dibawah.Korang beli dengan harga HKD150.
HKD50 = DEPOSIT (deposit akan dipulangkan jika korang kembalikan semula kad octopus tersebut.Tapi pastikan baki ada ada HKD50 atau lebih).Kat bawah aku attach jugak tempat anda boleh beli Octopus Card.Tapi aku suggest beli saja masa kat Airport.

Note:So aku cadang kalau boleh anda reload dalam HKD200.Sebab nanti anda akan sentiasa guna MTR dan bus.
 

senarai tempat nak beli octopus card.Ehsan by Octopus card website

harga octopus card.Ehsan by octopus card wesite

tempat untuk top-up octoups card.Ehsan by octopus card website
 Menuju ke hotel

 Disebabkan aku menginap di Tsim Tsha Tsui maka kena ambik bas CITYFLYER A21.Bus 2 tingkat warna merah dan kuning.kat depan bus ada tayang no.A21,so jangan risau anda tak mungkin salah kerana nak naik bus pun kena tunggu di tempat A21

ini map untuk ke bus stop.Ehsan by Google
How To Get Bus Stop at Hong Kong International Airport

* Sila ke kaunter infomation mereka akan kasi ko direction yang tepat.Ikut signboard pun boleh.
*Sudah jumpa Bus Stop sila menuju ke arah laluan sebelah kanan di mana terdapat sign board bus Cityflyer A21


UNTUK HOTEL SILA REFER ENTRY SETERUSNYA



2 comments:

  1. Yeayyy dh jejak kaki ke bumi hk, makin menarik ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH percutian paling bertabah dalam hidup saya jalan sesorang tapi jujur saya cakap jalan disana sangat mudah.lepas ni nak buat trip solo ke Jepun pula

      Delete