Monday, April 21, 2014

BERCUTI KE HONG KONG - PART 5 - DISNEYLAND

04/03/2014 - Tuesday

Internary 2nd Day
  • DisneyLand
Awal pagi seperti biasa bangun awal dan bersiap untuk ke Disneyland.Tapi disneyland Buka Jam 10 pagi.Tapi aku mahu ke Ding-Ding Travel yang terletak di "SINO CENTRE" untuk beli tiket masuk themepark.Ramai blogger mengatakan harga tiket di Ding-Ding Travel jauh lebih murah berbanding harga di kaunter tiket.Inilah yang seronok bila aku travel solo,keputusan semua ditangan aku,sebab aku jenis  yang tak suka orang lambat dan terhegeh hegeh.Kalau nak travel ngan aku masa kena panctual.Kalau aku cakap jam 7 maknanya jam 7 semua mesti siap.

How To Find Ding-Ding Travel
  1. Dari station MTR Tsim Tsha Tsui pergi ke Mongkok Station
  2. Sampai Mongkok Station keleuar melalui EXIT E2
  3. Keluar sahaja EXIT E2 sebelah kanan akan jumpa SASA 
  4. jalan sahaja disebelah kanan bangunan yang ada KEDAI SASA tersebut
  5. Jalan lebih kurang 200m akan sampai di "SINO CENTRE" refer MAP DI BAWAH
  6. Sampai "SINO CENTRE" naik tingkat 14
  7. Keluar lif  ada satu pintu masuk sahaja pintu itu dan jalan dalam beberapa langkah sudah jumpa "DING DING TRAVEL"


Mula-mula aku tak jumpa cari sino centre beberapa kali aku pusing-pusing dikawasan tersebut,tanya orang semua macam tak tahu,mula-mula macam dah putus asa nak cari ding-ding travel,akhirnya aku cari no jalan akhirnya jumpa juga Sino Centre.Waktu aku sampai ada beberapa orang sedang beli tiket,ofis ini tak ramai pekerja aku tengok ada 2 orang staff saja.Aku ke kaunter cakapmahu tiket ke DISNEYLAND and OCEAN PARK.

*Jika beli di kaunter harga tiket masuk Disneyland HKD450 dan Ocean Park HKD320 so perbezaan harga agaknya banyak.











Sino centre terletak di 582-592 di Nathan Road.Sino centre adalah sebuah gedung menjual computer games,dvd/cd,toys fesyen yang trendy dan macam-macam lagi dan sering jadi hot spot bagi pelancong luar yang gemar mengumpul toys.Aku tak sempat nak lihat apa lagi yang ada dalam Sino centre sebab mahu ke Disneyland.Sudag beli tiket aku terus ke Disneyland.





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






How to get DISNEYLANDLAND from Mongkok MTR Station
  1. Dari Mongkok MTR Station naik tren dan turun di Lai King MTR Station.
  2. Di Lai King MTR Stataion naik tren laluan Tung Chung Line dan  Turun di Sunny Bay MTR Station
  3. Sampai di Sunny Bay MTR Station naik train khas ke Disneyland Resort



Train pun dah tema Disneyland
Pemengang dalam train pun kepala Mickey Mouse
Disneyland Train Station
Pintu Gerbang DisneyLand
Bila dah sampai betapa terujanya aku rasa macam kanak kanak riang pula walau dah tua bangka.Biasa orang kampung bila dapat datang tempat macam ini haruslah happy sebab masa kecik mak ayah aku tak mampu nak bawak jauh sampai ke luar negara.Sebelum masuk haruslah berselfie nak snap gambar dulu.Waktu aku sampai pintu utama sudah dibuka dan pengunjung juga ramai walaupun bukan hujung minggu.Lagi sekali aku jumpa family yang sama flight dengan aku.Kami sembang kejap lepas tu aku memulakan dunia fantasy disneyland.Sebelum masuk sila beratur untuk pemeriksaan bag dan lepas tu beratur untuk masuk dan sila tunjukkan tiket.Pada yang belum beli tiket di pintu masuk banyak kaunter tiket disediakan.Kanak kanak riang seusia aku paling riang bila datang ke sini.Sesiapa yang mempunyai anak atau belum jika mahu boleh saja menginap di  "DISNEY HOLLYWOOD HOTEL", tapi mahal sikit harga biliknya.

Snap pic depan ini adalah perlu
Jom aku cerita sikit apa yang ada dalam Disneyland ini.Theme park ini terbahagi ke pada 7 bahagian.Dimulakan dengan Main Street usa,Tomorrow Land,Fantasyland,Toy Story Land,Mystic Point,Grizzly Gulch dan Adventureland.Masuk sahaJa aku tengok ramainya orang beratur untuk bergambar dengna mickey & minie maouse,aku nak joint sekali tapi ramai sangat.

Kemudahan Dalam Disneyland
  1. stroller & whellcair rental
  2. ATM
  3. Restroom
  4. Currency exchange
Ini yang penting sahaja aku list,kemudahan lain banyak lagi sila datang sendiri.Atau semak di http://park.hongkongdisneyland.com/hkdl/en_US/home/home?name=HomePage

Tempat yang aku pergi aku masuk adalah yang terletak di "Main Street USA" ,masuk sahaja dah teruja tengok barang barang apatah lagi fridge magnet yang cantik cantik.Aku pusing dalam kedai sahaja dalam 30minit sebab tak sabar nak pergi main,aku hanya beli FM sahaja.Jom ke TomorrowLand

Comel



*Gambar di atas adalah adalah disekitar Hollywood Street.Versi Malas nak Tulis Caption dari dalam kedai samapi disekitarnya


Tomorrowland

Pintu masuk utama TomorrowLand.Semua orang sibuk bergambar kat sini.
Paling aku suka lepak di Tomorrow Land di bawah pokok yang takde Daun ini,fefeling europe gitu
Tomorrowland ini lebih kepada tema aeroangkasa.Permainan kat sini fefeling penjelajahan ke angkasa lepas.Permainan pertama yang aku main adalah "AUTOPIA" lebih kurang macam duduk dalam magkuk pastu bila dah bergerak aku boleh adjust nak turun naik memang agak kebudakan sangat.Turun sahaja aku pergi pula ke "SPACE MOUNTAIN",permainan ini lebih kurang menaiki roller coaster dan akan membawa aku menuju ke angkasa lepas.Lepas tu aku main lagi "BUZZ LIGHTYEAR ASTRO BLASTERS",permainan hanya masuk dalam kereta pastu bila dah jalan boleh tembak-tembak dan collect point,yang pasti agak kebudak-budakan tetapi boleh merehatkan minda.Ada dua lagi tempat yang aku tak main tapi just tengok sahaja iaitu " UFO ZONE" dan "AUTOPIA", sebab kalau main UFO ZONE aku lupa nak bawa baju spare sebab nanti kena main air dan AUTOPIA pula ada zone memandu kereta electrik.Aku sepend masa 1 jam lebih disini.Aku sempat ke kedai sourvenir di dalam zone tomorrowland ini.

FANTASYLAND



suka sangat dapat snap pic depan ni.Thank to random guy yang tolong snap pic ni untuk aku.
Puas di Tomorrowland aku ke Fantasyland pula.Trademark utama fantasyland tentulah istana yang tersergam indah yang dinamakan "SLEEPING BEAUTY CASTLE".Nampak sahaja Castle yang indah itu terus memulakan sesi bergambar.Game di arae Fantasyland hanya biasa sahaja antaranya "DUMBO THE FLYING ELEPHANT","CINDERELLA CAROUSEL","MAD HATTER TEA CUPS","THE MANY ADVENTURES OF WINNIE THE POOH","IT'S A SMALL WORLS" and "THE GOLDEN MICKEY".
Aku memang main semua yang ada dalam zone Fantasyland ini.Kerana zone ini banyak yang cantik cantik dan comel comel.Tak lupa aku siap bergambar dengan karektor cartoon yang ada disini tapi sila beratur ok.
 FantasyLand juga terdapat "train" untuk ronda ronda disekitar Disnelayland tapi waktu aku datang train ini dalam status "suspended".
Dedulu tengok dalam TV je sekarang boleh tengok depan mata.Harap dapat tengok yang di Paris punya





"IT'S SMALL WORLD" castle.Mausk dalam ni boleh naik cruise sambil meneroka dunia kanak - kanak seperti pic di atas
TOY STORY LAND

Sudah habis berfantasy aku ke "TOY STORY LAND" pula.Tapi sebelum itu aku rehat dulu hampir 1 jam,menikmati makan makan tengah hari sambil lihat manusia lain main- main.Sedang makan aku di tegur lagi oleh 1 family yang juga datang dari Malaysia.Habis makan aku pun apa lagi gigih beratur naik main "RC RACER",ini antara game yang agak mencabar di Disneyland.Masa naik RC Racer ini rasa mahu terjunam ke bawah pun ada bila semakin laju.Lepas itu aku main pula "TOY SOLDIER PARACHUTE DROP",lebih kurang macam payung terjun, dan last aku main "SLINKY DOG SPIN".Ini adalah permainan untuk kanak-kanak tapi yang meriah beratur adalah anak-anak tua.Habis main dan sesi bergamabr di TOY STORY LAND aku ke MYSTIC POINT pula.
Best mian ini budak kecik pun boleh naik
Cantikkan Toilet kat sini.




MYSTIC POINT

Aku suka sangat rumah misteri ini
Mystic point adalah tarikan terbaru di HongKong Disneyland.Paling aku suka di Mystic point ini adalah rumahnya yang cantik.Permain di zone ini kurang mencabar tapi aku tetap main juga.Waktu di zone ini aku sempat beramah mesra dengan staff yang bertugas dan ternyata mereka sangat senang membantu bila aku bertanya dan minta dia snap pic untuk aku.

*Jika mahu makan di zone RESTORAN yang terletak di MYSTIC POINT ada menyediakan hidangan makanan HALAL

Zone Mystic Point ini masih belum banyak benda yang aku boleh explore mungkin disebabkan baru dibuka.Habis di sini aku ke zone serusnya.



GRIZZLY GULCH

Antara zone yang aku suka.Zine ini lebih kurang macam pekan cowboy zaman dahulu kala.di Zone ini ada Geyser Gulch.Sini ada 1 sahaja permainan yang best iaitu "BIG GRIZZLY MOUNTAIN RUNAWAY MONE CARS" penjalanan menggunakan keretapi seperti kerja-kerja buruh kasar zaman dahulu,part yang paling best bila keretapi ini menaiki bukit dan menjunam ke belakang.


ADVENTURELAND

Last zone aku pergi adalah AdventureLand.Zone ini aku ke Rumah Tarzan yang terletak di Tengah sungai buatan dan menaiki "JUNGLE RIVER CRUISE" mengelilingi zone adventureland.Bila nak ke rumah tarzan mesti menaiki sampan untuk ketengah sungai.Waktu menaiki jungle river cruise sepanjang perjalanan akan ada beberapa tempat menarik yang dilalui seperti perkampungan orang asli,gorila dan dihujung hujung akan ada effect api dan air.Masa nak beratur akan ada 2 line iaitu cina dan inggeris.Aku yang tak berapa nak faham bahasa cina haruslah pilih inggeris.

Cruise ini pulak untuk ronda sungai .Mahu naik cruise ini beratur bukan main panjang lagi.
Nak ke Rumah Tarzan yang ada di tengah sungai mesti menaiki cruise ini

Rumah Tarzan 
Sudah habis jelajah semua zone aku rehat kejap sebab masa tu jam 5 petang.Hujan renyai renyai mula turun.Waktu ini paling best untuk berphoto dengan karektor kesukaan aku sebab tak ramai orang yang beratur. Sebelum tu aku pergi jalan-jalan lagi di Fantasyland.Jam 7 petang baru aku keluar dari Disneyland dengan rasa happy.Sedih pula bila nak balik sayang nak tinggal DisneyLand ayng cantik dan comel ini.Bila nak naik ramai pula orang kaki sudah lenguh.Sebelum tu snap pic puas puas.Ada masa aku datang lagi.

BYE BYE DISNEYLAND

Balik sahaja dari Disneyland aku jalan-jalan lagi disekitar Tsim Tsha Tsui.Aku suka sangat kawasan ni bila waktu malam,meriah dengan orang ramai.Tempat favor aku tentulah butik sasa yang bersepak dan aku haruslah melihat perfume yang dijual dengan harga yang murah.Habis jalan aku naik ke bilik.Masa nak naik lift baru aku perasan yang ada satu kedai jual sourvenir berdekatan lift aku apa lagi masuk dan lihat-lihat apa yang ada didalam.Macam-macam ada segala jenis sourvenir t-shirt,keychain,FM dan lain-lain.Aku apa lagi beli juga keychain untuk kasi pada rakan-rakan office.Habis shopping aku naik ke bilik.Lepas mandi makan upload pic kejap pastu tidur.Esok nak Ocean Park.
 
Pic Sebelum balik hari semakin gelap
Lampu sudah mula dibuka
BYE BYE


ini adalah expenses aku untuk hari ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Expenses (04/03/2014) - Tuesday

                                                                                                                 HKD          RM




DisneyLand Ticket       395.00       169.06
Shopping       290.00       124.20
                                                                   Sub Total -------------->       685.00       293.26
MTR 
(1)Tsim Tsa Tsui ------> Mongkok          4.90          2.10
(2)Mongkok -------> DisneyLand         18.30          7.85
(3)DisneyLand -----> Tsim Tsha Tsui         18.30          7.85
                                                                   Sub Total  ------------>         41.50         17.80
                                                                        Total ----------------->       726.50       311.06


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------








 






































4 comments:

  1. Masa aku pegi dulu Mystic point belum bukak lagi, masih dalam pembinaan gitu.. Zaman bila tu...hehe

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak tahu bila Mystic Point ni siap Jea,tak banyak benda menarik kat Mystic Point ni mungkin sebab masih baru

    ReplyDelete
  3. Cc, beraninya travel solo, Jm ada gak baru nk cuba travel solo ke bangkok tp x pasti berani ke tdak huhuhu tp entri ni mmg penuh informasi coz nk dpt tiket masuk murah boleh ke ding ding travel ni, i likeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JM sebab sudi singgah blog saya.Disebabkan Button Reply tak berfungsi terpaksa komen sendiri kat blog sendiri.Baru saya tahu betapa bestnya travel solo sebab tak terikat nak pergi mana memang suka hati.Kalau ke Bangkok mungkin takde masalah tapi kalau kawasan pedalaman mungkin agak takut.Cub JM jangan tak cuba

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...